Jumaat, 10 Jun 2011

APAM MEKAR / Bahulu Senyum


apa pun nama mu tetap pujaan hatiku :)


"Salam berbahagia semua uolls yang baca celoteh saya kali nih....hari ini hari Khamis bersamaan10/6/2011. Bersama lagi kita di udara dengan lagi resepi yang telah dicuba & menjadi..." hehehe berangan jadi dj blog yang merangkap chef jab (kan per rasa bowing ler pulak tak pandai ndak berkata apa-apa sebagai pembuka bicarakan).



Resepi nih saya cuba untuk kali pertamanya hari Khamis minggu lepas satu hari dengan buat Muffin Pandan & Cup Cake Kacang Tanah Moist Bersalju tuh.

Masa ada tempahan tuh hari dengan selambanya saya beranikan diri cakap kat jiran "Ok saya akan buat Apam Mekar pulak sebab kasi lain sikit tuh hari kak XXXX ada amik order Apam Polkadot. Kasi ler lain sikit nak???" Walhal mana pernah buat pun. Main percaya jer kat resepi sebab saya yakin kawan-kawan kat KR (Kongsi Resepi) & MyR akan bagi resepi yang betul-betul ikhlas punya (tak ingat saya jumpa aininaufal tuh kat mana). Si jiran tuh pun kata ok jer janji cantik & sedap. Sebab dia ndak bawa untuk majlis cukur rambut anak sedara dia.

Percubaan pertama telah dijalankan pada jam 7.45 malam lepas solat Maghrib (minta doa mudah-mudahan jadi ler apam nih). Bahan-bahan semua disusun aturkan petang tadi siap-siap lepas selesai buat muffin. Kan per takut tercicir pulak karang dah ndak cepat. Biasa ler mak nih dah tue karat sikit dah ingatan nih huhuhu. Karang ada lak yang tercicior kang.

Lepas bahan2 siap dipukul2 dengan 'Abang Ender' ku sayang...akhirnya keluar ler hasil adunan yang mendebarkan jiwa. "Ehhhh apsal pekat sangat nih?? Apam polkadot cair jer. Camne dia ndak mekar nanti???" Tertanya sendirian sambil menyalahkan diri sebab main ambil order je tapi tak cuba dulu. Parah..parah.



Hati dah risau dup dap dup dap, tapi dek kerana adunan dah disediakan masak gak ler cuba dulu tengok keputusannya kan. Bacaan Bismillahirrahmannirrahim & selawat panjang mengiringi apam tuh masuk ker dalam perut 'Kak Kus' (memang ler baca selama nih tapi yang nih lebih sikit heheh). Penantian 15 minit rasa lama walaupun tumpuan diberikan untuk memasukkan adunan selebihnya.

'Tingggg' bunyi 'Abang Saat' lak memberi tanda dah siap. Fuhhhhh moga menjadi ler hendaknya. Selepas bacaan Bismillah & selawat sekali lagi baru dibuka topi 'Kak Kus'. Alhamdulillah cantiknya....menggebu gebu. Siap buat announcement kat Mr Hb cakap dah jadi & sempat gak bertanya bangga tak dia dapat isteri pandai masak (mengaku dahhh). Bangga rasanya hehehhe.

Nih kalau sesapa ndak cuba resepi nih leh ler ambik resepi sipi di bawah yer..insyaallah senang jer buat tapi kena tekun ler walau tak ler teruk sangat tahap ketekunannya berbanding apam polkadot tuh. Tapi kot ndak order pun boleh...tempahan sebarang majlis (untuk lain-lain produk pun ok saya terima eg DODOL NENEK- harga boleh bincang heheeh - promo jab)

*********************************************


APAM MEKAR/Bahulu Senyum

By: aininaufal (thanks to you dear)


Bahannya :
  • 1 cawan gula halus
  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 1 sudu besar ovelette
  • 2 biji telur yang disejukkan
  • 3/4 cawan susu segar (saya guna susu cair jer sbb yang nih je ada stoknya)
  • 1 1/2 sudu teh essence vanilla
  • Perasa & Pewarna yang digemari (suggestion 1 sudu besar coklat emulco (kalau tak de buat sendiri dengan combined kan pewarna & perisa coklat), 1 sudu besar pes strawberry & 1 bahagian lagi biar plain - kalau ndak taruk color lain pun ikut suka ar)

Caranya :
  1. Campur semua bahan & pukul dengan kelajuan maksima sampai adunan putih
  2. Bahagikan kepada 3 bahagian & diwarna + perisakan ikut suka (boleh follow suggestion warna & perisa kat atas)
  3. Isi dalam cawan kertas & kukus api yang kuat selama 15 minit
  4. Selepas 15 minit lihat hasilnya...taraaaa hehehe

*kalau suka leh ler letak inti saya tak buat pun bagi ler sikit beza dengan apam-lain lain kan hehehh. tapi kot versi besar leh kot letak, baru terasa sikit makan (pandangan saya jer).

2 ulasan:

  1. terima kasih sudi cuba resepi ni. hehe.

    err, saya pernah cuba resepi apam mekar versi asal, tapi kenapa ye agak padat mcm bantat? mmg mcm tu ker kejadiannya atau saya buat tak jadi? tu pasal sy menggigihkan diri cuba buat mcm apam mekar tapi versi lembut. hehe

    BalasPadam
  2. saya pun tak dapat ndak jawab sebenarnya. sebab saya cuba mmg lembut betul. mungkin pukul tu kurang kembang kot. saya buat ikut aturan spt apa polkadot tu mula2 pukul gula, telur & overlette dulu sampai berbuih sikit. cuba lagi insyaallah mana tahukan :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...