Jumaat, 17 Jun 2011

KURSUS GMP & IMP - anjuran Kementerian Pertanian Perak




Alhamdulillah...hanya itu yang termampu diucapkan dengan kata-kata. Bersyukur kerana Allah memakbulkan hasrat dihati untuk menjalankan pengurusan pengeluaran produk (jenama 2 Puteri) keluaran syarikat saya, RM Ninety6billion Enterprise berlandaskan Garis Panduan Perkilangan mengikut syarat Kementerian Kesihatan Malaysia & berlandaskan Islam. Moga ini memberi rezeki yang halal lagi baik (halalan toyyiba) buat saya sekeluarga.


Tanggal 14/6/2011 saya melangkah meninggalkan anak-anak disamping suami tercinta demi untuk memenuhkan ilmu didada (macam dasat jer heheh).


Kali kedua meninggalkan si bongsu. Terasa sayu namun ditabahkan hati demi untuk masa depan mereka. Selama 3 hari mendapatkan ilmu berkenaan amalan perkilangan Islam ini, barulah jelas pada saya bahawa umat Islam kini amat-amat memerlukan satu penguatkuasaan yang jitu berkenaan produk untuk umat Islam. 


Akhir-akhir ini produk pemakanan di Malaysia sering diperkatakan & diragui berkenaan hal haram/halalnya. Selain itu, kita juga khuatir dengan keselamatan kandungannya. Seperti penjelasan di laman http://www.ehalal2u.com "Muslim Ummah around the world are exposed to unsafe food products and also contains a variety of materials and illegal contamination that may lead to the weakness of the nation in terms of faith, intellectual, and spiritual health. Surah Al Baqarah, verse 168 explains that human beings are required to eat foods that are lawful and good [Halalan Thoyyiba]. With the virtual methods of food according to al-Quran and Islamic law can be addressed more easily and quickly."




Insyaallah walaupun tidak banyak sekurang-kurangnya syarikat dapat membantu serba sedikit untuk kemajuan ummah. Selain itu dapat juga memberi rezeki yang terbaik buat anak-anak supaya dengan itu mereka akan menjadi anak2 yang berakhlak mulia aaaminn.




Penerangan oleh pihak Kementerian Kesihatan juga jelas memperlihatkan garispanduan yang perlu saya ikuti supaya produk keluaran syarikat saya akan lebih baik & selamat pada para pengguna. Insyaallah selepas ini syarikat akan memohon pula kedua-dua piawaian ini bagi menjadikan produk 2 Puteri antara yang terbaik untuk pengguna.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...