Ahad, 5 Jun 2011

CUP CAKE KACANG TANAH MOIST BERSALJU


Resepi nih saya ambil kat mana tah tak ingat so pada tuan punya resepi/member-member dia kalau baca tolong cakap yer..credit nih saya anugerahkan kat dia. Maaf yer kot ada tokok tambah dalam berresepi :D



CUP CAKE KACANG TANAH MOIST BERSALJU


Bahan-bahan:
  • 1 cawan kacang tanah (goreng, buang kulit & kisar/tumbuk)
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 sudu teh soda bicarbonate
  • 1 1/2 sudu teh baking powder
  • 1 cawan minyak masak *
  • 2 biji telur *
  • 3/4 cawan susu cair *
  • 1 sudu teh garam *
  • 1 cawan gula castor *
  • 1 sudu teh essence vanilla *
  • 3/4 cawan air dari peti sejuk
* perlu di blander


Caranya:
  1. Blander bahan yang bertanda * sehingga sebati. Tuang ke dalam mangkuk besar.
  2. Masukkan bahan tepung, baking powder & soda bicarbonate yang diayak sedikit demi sedikit sambil digaul sebati.
  3. Tambah kacang tanah yang telah dikisar tadi. Kacau sebatikannya.
  4. Akhir sekali masukkan air dari peti sejuk. Gaul sehingga rata lagi dan lagi dan lagi heheh
  5. Tuangkan ke dalam acuan paper liners yang comel2 itu. Ndak cantik tabur sedikit lebihan kacang tanah kisar jika ada sebagai hiasan & bakar pada suhu 170C selama 15 - 20 minit (atau sehingga masak senang cerita)

    Nih dah ambil resepikan..nanti buat yer. Sedap tapi texture dia kalau dapat dikesan rasa udah macam apam balik dah.. Taruk jangung jer sikit heheh sure sama tapi versi bakar la. Hilang rindu ndak makan apam balik heheh.





    Ndak lebih bestkan..kan pada pendapat saya buat layer taruk coklat ditengah-tengah. Humang aih makan tak ingat heheh. Sedap, lembut, gabu gebas & paling best satu adunan dapat banyak. Sooo boleh ler kot ndak jadikan buah tangan/kirim kat jiran-jiran sebelah menyebelah. Eratkan silaturrahim sesama kita. Kot ndak post kat saya pun dialu-alukan ;p. Tak de alamat...? Message saya heheh.


    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...