Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Jumaat, 1 Julai 2011

Cara Memotong Kek dan Menyalut Kek



Kerja nak potong atau bahagikan kek kepada beberapa bahagian memang susah. Tambah orang baru nak cubanya macam saya. Boleh jadi haru biru dibuatnya. Kang tersalah potong, senget benget hancus kek yang telah diusahakan saparuh hari heeh. Melopong jawabnya. Satu lagi detik mendebarkan ialah masa nak salut kek tu pulak. Pergh maunya berpeluh youuu.


Maka dengan itu saya pun skodeng ler mana-mana laman yang ada ajar cara nak bahagikan kek ni kepada beberapa bahagian dan cara nak salutnya. Selak sana, selak sini akhirnya jumpa kat alikhram. Alhamdulillah nasib baik. Boleh ler saya ambil untuk rujukan next time. Kot ada yang nak belajar pun sila ler sebab saya kongsikan bersama kat sini. 


Cara Memotong Kek dan Menyalut Kek

Sebelum kita memulakan kerja menyalut kek samada disalut dengan aising krim mentega, krim segar atau coklat, kita hendaklah menyediakan keknya terlebih dahulu. Biasanya kek yang digunakan ialah kek span. Anda juga boleh menggunakan kek mentega atau lain-lain jenis kek. Kek tersebut hendaklah betul-betul sejuk supaya ia mudah dipotong. Seelok-eloknya biarkan semalaman agar ia lembap. Berikut adalah langkah-langkahnya dari awal.


1. Alaskan meja dengan kertas suratkhabar agar habuk kek tidak bersepah.


2. Letakkan kek atas papan kek yang bersesuaian saiznya iaitu 2 inci lebih besar dari saiz kek.Contohnya jika kek bersaiz 8 inci, papannya bersaiz 10 inci.


3. Gunakan pisau panjang yang bergerigi (serrated knife)dan potong bahagian bawah sekali sebanyak 1 lapisan. Potong lagi dua lapisan menjadikan 3 lapisan.


4. Bersihkan kek dari habuk-habuk kek.


5. Sekarang bolehlah disapukan inti kek (filling) pada setiap lapisan.


6. Salutkan kek anda dengan krim yang disukai.


7. Hiaskan mengikut citarasa anda. 



Macamana nak cantumkan kek jadi kek yang besar?

Buat 3 kek saiz 10″. Then cantumkan tepinya dengan buttercream. Cantum 2 kek dan potong hujung 2“. Potong kek ke 3 kepada 2 dan cantum kat tepi yg 10″ tadi dan potong lebihan 2″ tu.. Dapat laa 15″ X 18″.







Sumber : alkiram.net

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...