Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Khamis, 13 Jun 2013

Resepi CHAR KUEYTEOW 2 PUTERI... Resepinya yang best!


Assalamualaikum...


Hari ni saya nak kongsi resepi Char Kueyteow dengan kawan-kawan semua. Ini macam resepi yang diprintkan pada label Sos Char Kueyteow 2 Puteri kami. Walaupun tertulis pada resepi tu hidangan untuk 1 pinggan sahaja, tapi rasanya boleh 2-3 orang yang makan. So kalau setakat 2-3 orang tu boleh le ikut resepi ni. Kalau nak banyak cuma tambah-tambah je dengan apa yang ada tu. Tapi sebaiknya masak ikut satu hidangan satu hidangan sebab ianya masakan pantas. Cuma beberapa saat je so tak lama mana menunggunya heheh.


Macam saya cakap tadi, Char Kueyteow ni paling elok buat sikit-sikit sebab kalau banyak kang kembang dah kurengg sedapnya. Lagi pun tak ambil masa lama sangat pun so ok jer kalau masak sikit-sikit tau.

Label baru Sos Char Kueyteow 2 Puteri since 30/5/2013


Tinggal kenangan: Label lama... 2011 - 30/5/2013

Maaf yer uolls sebab gambar ni saya ambil dari Mr Google punya senarai. Nak bubuh yang sendiri buat tak de camera. Lagi pun camera lama tu tak cantik kalau ambil gambar. Tambah-tambah jenis-jenis macam ni. Kang sapa yang memandang kang muntah pulak. Naya je. Credit pada purplechoc85 sebab gambar ni memang cantik dan pada saya ini yang paling-paling sama dengan hasil yang boleh dapat bila guna Sos Char Kueyteow 2 Puteri ni.


Pada yang nak resepi sila salin resepi kat bawah ni kay. Jangan lupa dapatkan produk Sos Char Kueyteow 2 Puteri kami kat pasaran kay. Produk  Cili Boh Asli 2 Puteri pun ada. Boleh dapatkan di pasaraya Tesco Store dan Mydin Hypermarket seluruh Malaysia. Senarainya boleh lihat di sebelah yer.


CHAR KUEYTEOW 2 PUTERI

By: Asamgaram2puteri
Gambar: purplechoc85


Bahan:
  • 1 sudu makan bahan tumisan - bawang merah dan bawang putih yang dikisar
  • 1/2 sudu makan CILI BOH ASLI 2 PUTERI
  • 4 sudu makan SOS CHAR KUEYTEOW 2 PUTERI
  • 250g kueyteow - Penang punya style yang jenis kecil-kecil tu tau
  • 150g udang
  • 100g kerang
  • 75g taugeh
  • 50g kucai
  • 1 biji telur
  • Air stok udang
  • Garam secukup rasa
** Air stok udang ni boleh dibuat dengan cara rebuskan kulit dan kepala udang hingga mendidih. Masukkan sedikit gula dan garam. Nanti masa nak guna nanti ambil airnya sahaja kay.


Caranya:

1. Tumis bahan tumisan yang telah dikisar hingga wangi.

2. Masukkan CILI BOH ASLI 2 PUTERI & tumis hingga pecah minyak.

3. Tambahkan SOS CHAR KUEYTEOW 2 PUTERI kacau.

4. Masukkan udang & kerang. Gaul rata.

5. Pecahkan telur; masukkan kueyteow, kucai, taugeh & gaul.

6. Tambahkan sedikit air stok udang jika ada. Jika tidak masukkan je air biasa untuk dapatkan kuahnya & perasakan dengan garam. Gaul & terus angkat. Angkat cepat-cepat supaya air tak kering.

7. Hidangkan terus agar kueyteow tidak kembang & untuk rasa yang lebih nikmat.



** Memasak Char Kueyteow memerlukan kepantasan oleh itu pastikan susun secara teratur semua bahan ikut mana yang dulu mana yang kemudian. Pergerakan kena pantas barulah Char Kueyteow menjadi sedap.

** Pilihan kueyteow perlulah yang terbaik. Ianya perlulah jenis kecil (jangan lebar sangat tapi kalau tak der boleh saja) dan perlulah jenis yang tak cepat serap air.

** Sos Char Kueyteow 2 Puteri juga boleh digunakan untuk memasak hidangan lain seperti Pasta Goreng Sos Char Kueyteow 2 Puteri, Mee / Kueyteow / Bihun Goreng, Kuah Kacang, disalut untuk Nasi Ayam Hainan, Sambal Tumis Ikan Bilis, Sambal Sardin, Kuah Laksa, Asam Pedas dan lain-lain hidangan yang lazat.

Agak-agak kalau masak sendiri ada tak peluang masukkan udang sebesar ni heheh. Saya tak dapek lagi mahal sangat huaa...

Cara betul goreng Char Kueyteow...dalam api. Tapi kalau kat rumah tu takat goreng macam biasa pun okay dah. Dapur kita tak mampu. Janji perasakan dengan betul sedap jugak kan...

6 ulasan:

  1. SOS CHAR KUEYTEOW 2 PUTERI ni mmg kat mane tesco n mydin ade ye. Kueyteow kecil tu mmg ade juai ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. hi emma fatimah. insyaallah ada dan cawangan tesco / mydin kena refer kat jadual sebelah yer untuk lokasinya. saya dah catatkan satu persatu. Insyaallah next week akan masuk Tesco Extra Seberang Jaya Pulau Pinang pula. So anak-anak Penang watch out... Kami akan makin hampir lagi dengan kalian heheh. tak lama je lagi hah heheh.

      kueyteow kecil memang ada jual. tapi kena rajin cari sebab yg dominasi sekarang saiz yg biasa tu.

      Padam
  2. salam mana bole dpt kicap char kueyteow ni eik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam.. Kicap/Sos Char Kueyteow 2 Puteri ni boleh dapat di Pasaraya Mydin Hypermarket dan Tesco Store. Untuk ketahui cawangan-cawangannya boleh rujuk kat gadjet belah kanan ni yer. Ada saya sertakan cawangan ikut negeri sama ada nak cari di Mydin atau Tesco.

      Terima kasih yer Sue :)

      Padam
  3. Pasaran sabah sudah masuk ker. Boleh saya dapat number utk urusan perniagaan

    BalasPadam
  4. Boleh order sos char kuey teow kat sini tak..?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...