Selasa, 25 Jun 2013

Perniagaan bukan semudah yang disangka! Tabahkan hati

Dulu masa kerja makan gaji sering kali gak saya buat projek sampingan untuk tambah sumber pendapatan. Walaupun tinggal bujang masa tu banyak commitment yang kena tanggung antaranya sewa bilik RM300.00, bil-bil, makan, pakai, tambang dan sebagainya. Masa tu walaupun gaji kecik tapi ngam-ngam je untuk semua pembayaran. Nak bergaya lebih (biasa le perempuan hihi) kena le buat duit lebih.


Antara projek saya waktu tu berniaga kain, bunga dan kasut yang saban minggu saya bersama rakan pergi ke car booth sale di Stadium Shah Alam tu untuk berniaga. Di sana saya berkenalan dengan sepasang suami isteri yang mencadangkan agar saya meletakkan kain-kain dibooth mereka di Giant yang berdekatan untuk mereka jualkan. Pembahagian adalah 70-30. Lepas dipikir-pikir saya setuju sebab nampak mereka macam ikhlas untuk berkerjasama. Lagipun itu pengalaman pertama jadi mudah percaya orang jadinya nak-nak mereka tu lebih berusia dari saya. Lebih seribu kos kain-kain saya letak pada mereka.


Namun rupanya dalam baik mereka menipu. Pengalaman itu mengajar saya supaya lebih berhati-hati dengan orang. Bayangkan saya terpaksa tanggung hutang yang banyak untuk membayar balik pada supplier. Itu pun nasib baik ada yang dah dibayar separuh. Kalau tak entah la. Dengan gaji yang cukup-cukup makan berapalah yang mampu saya kumpul untuk bayar pada supplier semula. Nasib baik dengan jasa supplier, saya bayar berdikit-dikit berapa yang mampu. Nasib baik saya tidak ada hutang-hutang lain seperti rumah atau kereta. Jika tak entah la.


Kemudian saya beralih pada menjual kerepek pelbagai jenis di pejabat termasuk dengan kopi segera. Kononnya nak tampung hutang kain yang ada tu. Yang ini pun bermasalah sebab rakan-rakan lebih kepada mahukan secara percuma. Tak ada langsung yang sudi membelinya. Sedih sangat. Bayangkan rasa sayunya hati tengok produk yang saya bungkus semula tu.


Namun Allah beri saya akal untuk terus survive. Mungkin saya tak ditakdirkan untuk berniaga sendiri walaupun Allah dorong saya ke dalam bidang ini. Saya meminta tolong kak Ida, tea lady kat pejabat untuk berniaga. Syukur sambutannya amat menggalakkan selepas itu. Alhamdulillah. Berkat dengannya saya dapat bayar duit hutang kain dengan cepat.


Selain daripada pack semula kerepek yang pelbagai jenis saya turut hasilkan sendiri kerepek yang memang sambutannya terlalu memberangsangkan. Namun untuk hasilkannya agak cerewet. Tapi dek kerana seronok dengan sambutan yang diterima saya sanggup balik je dari pejabat terus buat projek kerepek tu sampai ke malam. Stop pun kerana nak tunaikan kewajipan, solat dan tidur je. Letih memang letih tapi nak cari rezeki lebih macam tu le.


Memang masa saya tak ke mana. Hujung minggu pun mengkerepek juga!


Bila dah kahwin, saya dan Mr Hb membantu dikedai makan ayah. Mula-mula bantu-bantu je. Tak der gaji pun. Tapi bila dah bekeluarga ni dan nak pulak kita biasa pegang duit sendiri memang kena cari projek untuk dapatkan duit. Saya minta izin untuk packkan semula kerepek dan asam untuk diletakkan di kedai ayah. Memang la ayah yang punya tapi tetap kena minta izin. Bukan leh main letak je yer tak. Syukur tiap minggu pendapatan saya memberangsangkan.


Bangun pagi terus pack asam-asam dan kerepek tu. Petang pergi kedai untuk bantu di kedai. Begitu le saban hari tiap minggu. Hihih duit jual kerepek dan asam tu le sahaja yang saya ada untuk berbelanja.


Dari situ dapat le saya kumpul untuk beli bahan-bahan buat ais kacang. Sapa sangka jual asam je leh kumpul duit sikit-sikit? Saya berniaga ais kacang (ABC) dan lai chi kang dengan izin ayah dengan syarat harga RM1.00 je semangkuk. Tak puas hati kerana saya buat yang terbaik saya jual RM1.50 walaupun ayah dan Mr Hb nampak tak berapa setuju. Syukur Alhamdulillah akhirnya Mr Hb dan ayah setuju dengan keputusan saya sebab ABC dan lai chi kang saya bukan sekadar ada tapi saya bagi yang terbaik. Biasanya kalau sekarang orang jual RM4.50 semangkuk. Tu pun kadang-kadang tak berapa cukup pekakas kat dalamnya.


Berniaga ABC ni bukan mudah juga sebenarnya. Kadang kala rezekinya lebat. Sampai tak cukup tangan nak buat. Tapi kadang kala tak der terjual satu pun. Faktor cuaca dan sebagainya jadi penentu. Tapi dalam pada tu saya dapat le kumpul duit sedikit sebanyak dalam 2-3 bulan berniaga tu.


Saya berhenti berniaga ABC tu sebab ikut Mr Hb kerja di Ipoh. Saya bantu Mr Hb di tapak projek sambil-sambil jadi tukang masak untuk semua pekerja. Kononnya habis projek saya akan kembali berniaga. Tapi kebetulan saya disahkan mengandung, jadi Mr Hb nasihatkan saya stop dulu dari berniaga. Tapi akhirnya terkubur kerana ayah beri kedai pada abang. Tak pe la tak der rezeki hihi.


Kini saya bersama Mr Hb berniaga Produk 2 Puteri pula. Mungkin rezeki saya masih dalam bidang perniagaan. Walau dah cuba beralih arah (tak jauh mana pun hihihi) tapi akhirnya kembali gak. Sambil-sambil tu saya buat kuih muih, kek dan pelbagai lagi. Nak harap produk pun bukan boleh nak terus mencanak naik jualannya kan. Tambah-tambah nak perkenalkan kat ramai pengguna. Bukan satu kerja yang mudah!


Hasil jualan kuih muih dan sebaginya tu dapat le sikit tampung belanja kami. Mr Hb pun dah 100% masa dengan perniagaan kami ni. Kalau dulu dia sambil-sambilan sahaja. Perniagaan lamanya terpaksa ditinggalkan kerana masalah projek yang kurang diperolehi. Mr Hb kontraktor elektrik yang lebih tertumpu pada projek-projek kerajaan. Sejak tahun 2010, projek kerajaan kurang sangat jadi kami tumpu 100% kepada perniagaan ini


Namun kini saya terpaksa stop semua tu dan tumpu sepenuh masa untuk Produk 2 Puteri. Commitment kena full sebab kami bekerja suami isteri je. Kena supply ke 45 cawangan pasaraya Mydin Hypermarket dan Tesco Store seluruh Malaysia buatkan saya kurang mampu untuk menguruskan yang lain-lain dah.




Apa yang nak saya ceritakan di sini sebenarnya  adalah pengalaman saya dalam perniagaan. Memang kita nampak macam best je bidang ni. Nak pulak kita dijanjikan rezeki adalah 99% adalah dari bidang perniagaan. Tapi apa yang pasti, bukan mudah nak tempuh sepak terajang dalam perniagaan ni. Bila berniaga bukan sekadang satu bahagian je kita kena fikir tapi pelbagai aspek. Produk, customer, modal, commitment, pasaran, premis dan sebagainya. Untuk setiap satu ada lagi pecahannya yang perlu kita fikirkan bukan satu je. Nak pulak macam saya hasilkan produk, lagi banyak syarat dan keperluan yang perlu disediakan.


Jadi nasihat saya, jika minat anda sebenarnya kepada perniagaan atau memang rezeki anda dalam bidang ni cubalah secara kecil-kecilan dahulu. Pastikan modal yang cukup (secukupnya) baru orak langkah kepada yang besar sedikit. Sikit-sikit baru jadi bukit. Jika anda macam saya, terus terjerumus dalam bidang yang besar begini jika 'modal sekadar ada' lebih baik pikir betul-betul banyak kali lagi. Apa pun yakin pada diri. Itu yang mustahak. Kalau anda ragu-ragu lebih baik tangguhkan dulu hasrat berniaga. Cari keyakinan dulu supaya ianya pengikat semangat kita andai sebarang badai datang melanda dalam kita berniaga.


Saya pun tak jangka akan capai tahap ini dalam tempoh yang singkat tapi mungkin ini rahsia Allah pada kami, kami akan cuba tabahkan diri untuk terus berusaha. Apa yang kami pegang adalah serah jiwa dan raga pada Allah yang satu, Dia lebih mengetahui segalanya. Kita cuma hambaNya...


Mungkin modal kami tak mengcukupi, kemampuan kami terbatas tapi yang pasti kami akan tetap pastikan produk kami adalah berkualiti dan yang terbaik untuk pengguna semua. Itu je yang kami ada dan yang mampu kami buat tanpa modal yang besar. Moga Allah berkati usaha kami dan beri kami rezeki hasil dari usaha kami ini. Aaamiin.


Buat yang nak berniaga good luck! Pastikan anda benar-benar bersedia dalam semua aspek untuk menceburi bidang yang penuh liku ini. Yakin diri, nekad yang kuat dan ikhlas Insyaallah lambat laun anda akan berjaya.


2 ulasan:

  1. kalau tak salah saya, ada nampak iklan produk puteri ni semalam kat tv3 kot..rasanya produk akak kan..kalu betul, tahniahlah. Dah makin mengembangkan sayap

    InshaAllah kalau kita usaha tanpa putus asa, Allah pasti bagi ganjaran. Boleh jadi contoh teladan yang baik :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam Mel laling. Hihiih tu rasanya lain produk tu. Isk tu la masa pilih nama produk tak hengat nak usha produk org lain kot2 tersama ke terhampir sama nama. Tu le akibatnya. Sib baik ada no 2 kat depan hikhik. Akak punya 2 Puteri :)

      Akak lum mampu lagi le sayang.. nak masuk tv utk tayangan tak sampai 5 minit pun udah berapa puluh ribu kena bayar. tu utk 1 kali tayangan kalau byk isk... tak tau le. tp entah le kot ada diskaun sbb tgk ramai gak yg beriklan skrg kan...

      Anyway thanks dear... moga2 kejayaan buat kita yg berusaha yer tak?!?

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...