Dilema Memilih Pelan Telefon, Apa Sebabnya?
Selalunya kita akan menghadapi dilema memilih pelan data yang bersesuaian dengan penggunaan seharian kita. Kalau tidakpun, kadang-kadang anda sendiri tidak mengetahui keperluan kapasiti data yang bersesuaian.
Pelan data ditawarkan berkapasiti serendah 100MB hingga menjangkau 5GB sama ada dalam bentuk prabayar atau pascabayar. Sebab itu, jika kita memilih pelan, jangan hanya bergantung kepada minit berbual atau pakej SMS percuma saja.
Data bermakna kapasiti rangkaian yang diperlukan bagi mengoperasikan aplikasi dalam telefon anda. Misalnya, jika anda membuka laman web, ia memerlukan 'loading' tertentu dengan kapasiti yang berubah-ubah. Pada kebiasaannya, membuka satu laman memerlukan 1kb data saja.
Adakah penting memilih pelan data bersesuaian? Mestilah, bayangkan kalau anda melanggan pelanggan 2GB tetapi penggunaan bulanan hanya 1GB saja. Lebihan 1GB pasti membazir dengan kos mungkin antara RM50 hingga RM80. Berdasarkan rekod Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, terdapat sejumlah 14.6 juta pelanggan mudah alih pada tahun lepas dan ia terus meningkat. Angka tersebut menjadi penentu yang menguntungkan syarikat telekomunikasi tetapi ada juga merugikan pengguna.
Meskipun agak susah bagi mengesan tabiat penggunaan data yang betul-betul bersesuaian, dalam blog ini serba sedikit mengajar penggunaan data bagi aplikasi tertentu nanti. Sebenarnya, paling ideal adalah anda menggunakan wifi semaksimumkan mungkin jika ada, samada di rumah atau, sekolah, universiti, kafe, pusat membeli-belah dan pejabat.amai antara kita yang mungkin membayar lebih kuota data daripada apa yang kita sebenarnya perlukan setiap bulan.
Kalau mengikut trend aplikasi semasa, Facebook menjadi pilihan aplikasi laman sosial paling kerap dilanggan rakyat negara yang tentulah penyumbang utama kepada penggunaan data yang banyak apabila mengemaskini foto, 'check in' dan sebagainya. Tambahan pula, ia akan sentiasa mengemaskini muka depan jadi banyak data diperlukan.
Oleh kerana penggunaan data untuk Facebook boleh dikatakan antara yang tertinggi di kalangan rakyat negara ini, banyak syarikat telekomunikasi menawarkan kuota data khas bagi penggunaan laman sosial tersebut.
Sementara Whatsapp mempunyai anggaran penggunaan data kira-kira 4MB hingga 10MB jika anda seorang yang aktif termasuk menghantar serta menerima puluhan mesej dalam tempoh sehari. Laman video seperti YouTube pula memakan data pelan anda sebanyak 18.8MB jika anda menonton video animasi dalam tempoh 9 minit bersama format 1080p. Bermakna, jika anda menonton selama sejam, kapasiti data diperlukan mungkin 118MB.
Mengikut kajian dilakukan satu syarikat telekomunikasi, anggaran perkhidmatan yang menggunakan purata data seperti berikut:
Perkhidmatan | Penggunaan | Purata Saiz Data |
TV Online | Menonton satu episod siri selama 15 minit | 45MB |
YouTube | Video muzik 4 minit | 11MB |
Aplikasi Radio App (stream) | 10 minit | 15MB |
15 minit tanpa membuka video | 5MB | |
Emel | 100 emel diterima/diterima tanpa sebarang lampiran (attachment) | 2.5MB |
Emel dengan foto atau dokumen | 10 emel diterima/diterima bersama sebarang lampiran (attachment) | 18MB |
Melayari Web (standard web yang kebanyakannya teks) | 50 laman web / 30minit | 10MB / 13MB |
Google Maps | 10 minit | 6MB |
Muzik | 1 trek muzik | 5MB |
Bagaimana untuk memantau atau memeriksa penggunaa data anda? Selain daripada menyemak bil bulanan, melihat tetapan dalam Setting (sila ke Wireless & Networks – Usage) bagi sesetengah model telefon atau anda boleh memuat turun beberapa aplikasi seperti My Data Manager, DataMan, Data Usage serta 3G Watchdog.
Selepas itu, anda boleh memperoleh sedikit idea bagaimana data pelan yang bersesuaian. Dalam satu kajian rambang, purata penggunaan data bulanan bagi seorang pelanggan dengan data 'caps' 1GB hanya 580MB. Adakah anda salah seorang darinya? Jika ya, anda boleh pergi ke syarikat telekomunikasi dan menukar pelan.
Kata Encik Kenneth Chiew dalam ruangan komen, "Jangan lupa pulak apps dan games yg free tu, banyak iklan yg keluar masa guna apps atau games tu akan "makan" data anda juga".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan