Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Selasa, 14 Mei 2013

Sekadar Pesanan Buat Penggunjung Semua...


Assalamualaikum semua.


Sibuk hari ni? Mesti la kan.. Banyak aktiviti yang nak dilakukan yer tak. Tambah-tambah awal-awal minggu ada je yang nak kena buat. Dah le 'Monday Blues' dok terasa lagi walau dah sehari berlalu hehe.


Sebenarnya ari ni tak le saya nak bercerita panjang lebo mana pun. Cuma terasa nak tegur le beberapa orang sedara sedari yang lawat Asam Garam 2 Puteri ni je. Ehhh tak le tegur yang bagai-bagai pun. Kami appreciated sesangat pada yang sudi bertandang kat sini. Cuma dalam appreciated tuuuu ada le beberapa tingkah tetamu yang sikittttt mau kasi kena tegur maa...


Sebenarnya dah lama kami pejam mata dengan tingkah sesetengah tetamu kami ni. Alah ingatkan ok le sikit-sikit kan. Tapi lama-lama ramai pulak yang buat benda yang sama. Tu yang rasa makin tak best di hati nih.


Sebenonya saya ni pun bukan le pandai mana pun buat laman blog ni. Bukan takat sikit punya tak pandai... Tapi memangggg tak pandai langsung. Main terjah je atas harapan dapat mempromosikan Produk 2 Puteri kepada pengguna. Nak beriklan cara lain memang tak mampu sesangat. Nak tumpang laman blog sahabat-sahabat pun belum mampu lagi sebab nak kena bayar beratus gak kan sebulan untuk satu iklan. Itu kalau iklan yang stay je.. Kot yang macam yang hebat-hebat tu, yang moving-moving mau beribu yer tak.  Tu le punca saya berblog nih.


Tapi sebab tak pandai banyak lagi le kekurangannya. Ada yang kata laman blog boleh jana pendapatan. Entah le, betul ker?!? Camne tu??? Mudah ke nak panggil orang beriklan kat laman blog kecil kita nih? Isk nak gak survey pasal ni bila ada kelapangan nanti. Tu hari dah cuba cari tapi bila terbaca ada yang mengeluh tak dapat payment tu yang tak terasa nak joint.




Ha... Topik yang saya nak sentuh ni pun pasal iklan ni le. Heheheh jauhhhh berjalan baru nak cita pasal topik perbincangan ek. Hahahah sib baik ada post tittle. Dapattt gak tahu apa cita yang sana nak ketengahkan kat sini hehe. Kot tak mau jerabu mata membaca baru nak faham hehehe.


Sebenarnya saya tak buka lagi ruangan untuk khalayak yang nak beriklan kat sini. Kalau boleh biar le tahu serba sikit syarat-syarat dan apa yang sepatutnya baru sesuai joint. Oleh itu memang saya tak bersedia buka sebarang bentuk pengiklanan kepada pihak luar untuk mempromosikan segala bagai produk, service dan segala-galanya yang seangkatan dengannya. Jadi saya amat berharap agar pengunjung-pengunjung kat sini faham yer. Bukan nak jual mahal atau sombong tapi rasanya tak patut la kan.. Banyak tempat-tempat yang buka peluang untuk beriklan jadi ambil le peluang yang ada kat sana. Kat sini biar le kami mempromosikan Produk 2 Puteri je. Kalau tak pun rasa tak mampu nak bayar memahal, buat cam saya... Try le sedaya upaya untuk wujudkan laman blog sendiri. Insyaallah kot saya yang rabun IT (rabun je tak buta sepenuhnya hahahah) ni boleh takkan korang tak boleh kottttt.


Kot rasa laman kita tak terkenal takut payah nak dapat customer beriklan le kat laman-laman otai macam Beautifulnara, Murai, Rotikaya, 1001 Resepi dan lelain tu yang kot ada ruang untuk beriklan. Sambil-sambil tu cari jalan untuk perkenalkan laman blog kita ni. Insyaallah pelan-pelan nantiakan ada gak tetamu yang sudi bertandang. Saya dulu pun meleleh gak tapi syukur dah makin ada yang sudi bertandang walau tak le sampai cecah beribu-ribu hehe. Syukur le sebab kalau nak banding dengan laman-laman blog otai yang banyak tu adaaaa gak yang sudi bertandang kat sini.


Saya ni bukannya apa. Bukan tak nak berkongsi atau kudukut kata atok tapi tak gemar sikap sesetengah orang yang pantang orang diam asyikkkk nak ambil peluang je. Please hormat sikit dengan orang yang kita jumpa sebab dengan rasa hormat tu baru le negara aman hehehe. Sama-sama susah nak cari makan so jangan le ambil peluang antara satu sama lain. Mari sesama kita serah pada Allah, Insyaallah rezeki tu akan datang gak kat kita tak cepat lambat pun Insyaallah ada punya. Just lakukan dengan cara berhemah supaya tak terserlah sifat dalaman kita yang tak cocok dilihat orang yer. Guna saluran yang betul dan cara yang betul baru le perniagaan kita akan jadi lebih baik dan bawa rezeki yang lebih halal.


Okay la dah panjang lebar membebel. Harap-harap sahabat semua faham la yer.. Saya kat sini nak mempromosi Produk 2 Puteri sambil-sambil berkongsi apa yang patut supaya jadi panduan (kalo molek le perkongsian tu) buat sahabat semua dan paling penting buat 2 puteri saya kelak. Saya tak der ilmu atau apa-apa yang hebat untuk dikongsikan, sekadar pengalaman hidup yang sedikit ni je kot sesuai. Yer la kot sesuaiii ;).


Insyaallah sedikit masa lagi Sos Char Kueyteow 2 Puteri akan berwajah baru! Nantikan yer. Harap-harap dapat menarik perhatian pengguna semua dengan wajah baru kami nanti. Kandungannya??? Insyaallah... Kami akan pastikan memberikan hanya yang terbaik supaya pengguna berpuas hati dengan Produk 2 Puteri dan kami pun dapat rezeki yang halal... Insyaallah...


Dannnnn jangan lupa promosi di Tesco Store Ampang pada 18 - 19 Mei nanti yer. Tawaran HEBAT dari kami.. Beli mana-mana 1 produk 2 Puteri akan dihadiahkan PERCUMA 1 bungkus Cili Boh Asli 2 Puteri 280g. Cepat tau.. Jangan ketinggalan untuk dapatkan produk kami nanti kay...


Satu lagi, Insyaallah bermula pada 23 Mei - 3 June 2011, satu lagi promosi yang akan disertai oleh Sos Char Kueyteow 2 Puteri di setiap cawangan Mydin Hypermarket. Tawaran pembelian sebanyak 10% untuk setiap belian Produk 2 Puteri. Insyaallah ianya memang berbaloi... Jadi jangan lupa yer ;D


2 ulasan:

  1. Assalam kak, nampaknya blog akak popular gak kalau ada yang nak beriklan tu..ewahhh..Cayalah kak!

    Mehlah jual kat bintulu gak..Teringin juga nak rasa produk akak ni..hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihi Mel ni nakal ek. Tak le fofular mana pun tapi pecah pala gak le nak tarik perhatian sahabat seantero dunia hehehe.

      Insyaallah memang teringin sangat nak berkembang sampai Sabah Sarawak tapi tu le badan je yg dok berkembang tu yg tak larat tu hahaha. Insyaallah kot ada rezeki cita2 jd nyata hendaknya. Thanks Mel laling sudi baca nukilan akak kat sini :)

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...