Khamis, 2 Mei 2013

PRU 13: Pilihan raya makin dekat, jalankan amanah & tanggungjawab yang diberi


Alhamdulillah hari ni agak lapang sikit. Jadual waktu belah pagi agak lenggang lepas hantar anak ke sekolah. Tapi takat kul 11 pagi je la. Pastu kena start enjin balik le. Camtu le kalau merangkap suri rumah sepenuh masa ni. Hidangan untuk keluarga pun sesibuk mana pun tetap kena siapkan hidangan untuk yang tersayang.


Uishhh sana sini dok dengar lagu Mari Mengundi dah yer. Macam-macam versi yang dok dengar tapi tah le feeling lebih terasa kalau dengar old version tu. Mungkin sedari kecil lagu tu wajib berkumandang kot sebab tak der lagu lain tu yang telinga ni lagi tangkap syok kalau dapat dengar versi lama tu.



Demam mengundi kali ni lain macam sikit rasanya. Tak macam dedulu walau dulu-dulu pernah gak saya bersama kawan-kawan serumah bertandang ke sana sini untuk dengar ceramah. Tak kira le group mana pun kami main redah je heheh. Masing-masing muda lagi tak der perasaan sangat nak mengundi atau ambil tahu sangat. Yang tahu cuma nak senghonok jer. Bila sampai masanya masing-masing tarik selimut tak der sorang pun keluor mengundi heheh. Bikin kecoh je lebih...


Tambah-tambah bila negara dok aman dan segala kelengkapan apa yang nak semua ada. So memang tak ambil pusing sangat hal-hal lain. Yang dok terbentang dalam kepala ni kerja, have fun dan cari duit lebih sebab nak beli handbag le, baju le, kasut le bagai. Isk... Tah le tapi apa yang nak difikirkan lagi kalau dah tak der masalah. Hidup aman, apa yang nak semua leh dapat janji kerja.. Kerja.. Kerja. Dengar lak sana sini ada je peluang untuk orang yang nak sambung study, nak tambah pendapatan dan pelbagai lagi peluang yang menjanjikan kehidupan yang lebih baik cuma kena usaha je lagi le tak susah susah nak pikir.


Tapi tu semua nostalgia masa membesar kata orang heheh (besar mana le nak capai tu yer hehe). Sekarang bila dah ada anak (itu yang terpenting dalam hidup saya sekarang), dah ada business sendiri baru le tahu betapa pentingnya negara aman dan terjamin kebaikan untuk rakyatnya. Baru le nak buka mata sikit. Dan baru le mula nak risau masa depan negara. Sebabnya negara aman, Insyaallah kehidupan pun akan sempurna. Janji semua pihak kena amanah le. Kot tak payah gak.


Dulu kalau cuti-cuti seperti raya le bagai KL akan lengang (rasanya sekarang pun kan). Masa tu yang ramai orang Indon, Bangla dan seangkatan dengannya yang datang kat sini akan lepak kat Chow Kit, Pekeliling dan banyak lagi tempat le. Masa tu terasa tak amannya kalau berjalan ke tempat-tempat tu. Gerun semacam je bila kita berjalan sensorang mata diarang memerhati gerak langkah kita. Memang tak aman. Terasa macam kita sesat tempat orang je sebab selama ni kehidupan kita aman je. Tapi masa tu memang confirm rasa tak aman. Diarang tu tak le buat apa pun cuma melepak je kat tepi-tepi jalan dan usha kita tapi rasa tak seronok la sebab ni negara kita. Tempat kita kan. Sepatutnya kita bebas ni terbalik pulak. Tapi diarang pulak yang terasa aman kat negara kita ni berbanding kita masa tu.


Kejadian tu membuatkan saya baru sedar yang keamanan ni penting sesangat. Kalau tak kita tak bebas untuk jalankan aktiviti seharian kita. Memang tak best sangat.

Tak pernah terbayang yang negara kita akan begini juga. Ya Allah... Cukup cukup lah yer

Kejadian demontrasi yang pertama berlaku di ibu negara diikuti yang berikut-berikutnya juga buatkan saya rasakan keamanan mudah terancam kalau kita tak bersatu hati. Masa tu saya dah tak tinggal kat KL tapi dek kerana segala selok belok kawasan sana ada le dalam memori saya, buatkan saya terasa lagi goyang. Dalam kita berasa aman dan bebas buat apa yang kita suka, kita digemparkan dengan hal macam tu. Dulu dok tengok je dalam kaca TV. Dalam hati cukup takut, jangan le jadi macam tu kat sini. Tapi bila terjadi sendiri kat negara kita setelah lama merdeka pun, hati ni mula nak ambil tahu hal-hal negara. Tak kan masa saya membesar saya nak bebas bermain ke sana sini tapi masa anak-anak saya biarkan mereka hidup dalam ketakutan pulak. Sepatutnya keadaan tu masa dulu-dulu je, masa sekarang tak lagi tapi terbalik pulak.

Sanggup ke kita tengok anak-anak yang tak tahu apa-apa ni jadi mangsa ketidak amanan di negara kita??

Demontrasi menyebabkan banyak kemusnahan berlaku. Harta benda, keselamatan dan pelbagai lagi akan musnah dalam demontrasi ni. Saya sebagai peniaga tahu le perasaan peniaga lain yang tak boleh cari makan masa tu. Orang lain tak per la ada gaji tiap bulan tapi peniaga ni mana le nak ada semua bagai. Kalau kerja ada le gajinya. Kalau tak tongkat dagu le. Nak pulak kalau masa demontrasi tu ada kemusnahan harta benda kita harus lagi satu runsingnya. Dah le tak der pendapatan hari tu, nak kena baiki pulak apa yang rosak. Kalau sewa lagi satu hal. Isk... Memang menyusahkan betul dek akibat demontrasi yang merosakkan tu.


Jadi peliharalah keamanan. Pentingkan rasa bebas dan damai yang kita kecapi sekarang. Jangan biarkan ada pihak yang nak porak perandakan negara kita. Mungkin bagi pihak tu kalau rosak Malaysia ni dia boleh lari ke negara lain yang lebih aman padanya. Tapi pada kita yang tak mampu ni macam mana? Nak kena jadi pelarian atau tawanan di negara sendiri ke? Saya mengaku apa yang berlaku confirm saya tak mampu nak bawa keluarga keluar dari negara ni. Anak-anak akan tanggung beban hidup dalam negara yang rosak ni. Keselamatan mereka terancam. Bagai mana diarang nak jalani hidup macam yang kita pernah alami dulu?


Yer la masing-masing ada rasa tak puas hati sana sini. Jangan kata korang, saya pun ada le sikit rasa tak puas hati. Almaklum la kita ni manusiakan. Hati perasaaan dan keinginan tu macam-macam. Selalunya selera tinggi. Tapi tu bukan bermaksud kita boleh musnahkan keamanan yang ada untuk puaskan hati kita. Ada salurannya yang betul supaya keamanan terjaga dan ketidakpuasan hati terlerai.


Paling penting juga demi menjaga keamanan negara kita ni disamping kita nak jayakan jadi negara yang pesat berkembang, masing-masing kena bertanggungjawab dan amanah le. Pemerintah kena jalankan tanggungjawab yang diberikan dan amanah untuk bangunkan negara. Bukan setakat masa nak pancing undi je baru nak ziarah kampung ke kampung. Rakyat kena bertanggungjawab sebab masing-masing yang pilih pemerintah kan. So terima dulu, kalau tak puas hati cukup 5 tahun pilih le untuk tukarkan orang-orang yang buat kita tak puas hati tu. Tapi lebih baik jangan pilih yang tak jalankan amanah diarang je. Yang baik-baik kita kekalkan. Tak payah nak tumbangkan melulu-lulu bagai. Rakyat juga kena amanah untuk jalankan tanggungjawab sebagai warga negara yang baik dan turut bangunkan negara jadi lebih berjaya. Pekerja juga kena bertanggungjawab atas amanah kerja yang diberikan. Sejujurnya bekerjalah dengan lebih amanah, jangan curi tulang dan jangan buang masa. Amanah telah diberikan dan jadi satu dosa besar kalau kita tak amanah. Nak pulak jadi punca rezeki kita yang kita bagi pulak pada anak-anak kita makan. Lagi le kena jalankan amanah tu betul-betul. Negara akan maju kalau semua pegang amanah. Ekonomi juga akan lebih meningkat Insyaallah.


Kalau masing-masing tak bertanggungjawab tu le yang berlaku kemusnahan tu. Kalau tak amanah pulak, akan buatkan hati banyak yang kecewa dan terluka. Akibatnya orang-orang yang kecewa ni cari jalan pendek dengan adakan demontrasi. Jadi peliharalah amanah dan tanggungjawab masing-masing. Macam gak kita jaga amanah kita dan jalankan tanggungjawab kita sebagai ibu bapa pada anak-anak. Keadaannya lebih kurang sama cuma bezanya institusi tu kecil atau besar je. Tapi coraknya lebih kurang sama je.


Heheh sebenarnya saya nak tulis ni pasal kain-kain rentang yang digantung kat tengah-tengah jalan raya tu. Tah kenapa bila dan start tekan keyboard ni terasa nak sentuh pulak bab amanah dan tanggungjawab ni. Memang le berkaitan sedikit sebanyak tapi tu le terlari topik sikit. Sebenarnya say acukup gerun sekarang nak lintas kat bawah terutama kalau angin kencang atau hujan yang disertai angin  ni. Dengan botol air 500ml le, 1 liter le, batu le semua ada. Bila-bila masa boleh jatuh kena penunggang atau pemandu kereta yang boleh buatkan eksiden. Isk gerun. Tadi saya nampak pulak buluh yang diikat pada kain rentang. Tercacak ke bawah sebab diikat belah kiri dan kanan supaya tegang. Kalau le nak jadi cerita buluh tu jatuh dan tercacak atas kepala, Nauzubillah tapi apa yang akan berlaku agaknya? Benda ni jangan buat mudah sebab boleh akibatkan kematian, pergolakan sebab ada keluarga yang tak akan puas hati dengan keadaan tu dan pelbagai lagi masalah yang kalau dipikirkan eloklah turunkan.



Nak rentang atas jalan tu buat le elok-elok. Guna tali banyak sikit tarik atas bawah, kiri kanan. Jangan le gantung benda-benda merbahaya ni. Kang tak pasal-pasal ada yang kena saman berjuta-juta (sekarang tak main ratus ribu yer) pulak. Mungkin tak der lagi yang berlaku, Syukur Alhamdulillah tapi better be safe than sorry kata nenek.


Ahad ni dah nak mengundi so pilih yang terbaik dan satu harapan buat pemimpin-pemimpin yang terpilih, tolong lah Yang Berhormat semua jalankan amanah dan tanggungjawab yang kami sandarkan ini untuk kemajuan tempat Yang Berhormat sekalian. Insyaallah rakyat akan lebih hormat pemimpin yang betul-betul bertanggung jawab dan amanah... Insyaallah :)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...