Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Khamis, 20 September 2012

Kuah Durian / Serawa Durian..

Boleh gak kalau tak nak durian. Jadi plain la.... :)


Roti jala berkuahkan serawa biasa

Tadi dah masak roti jala. Resepinya ada saya sertakan semalam. Jadi untuk cicahnya saya suka buat kuah durian. Kalau tak salah ada gak yang kenal dia sebagai Serawa Durian atau bubur durian. Mana pun boleh ler. Kalau tak der durian buat biasa pun sedap gak. Tapi advantagenya kalau ada durian ni rasa lebih umpph la..


Sekarang ni nak buat serawa durian ni tak susah. Tak macam dulu kena tunggu musim durian jer baru dapat merasa buat. Rasanya kat mana-mana pun dah senang nak cari durian. Tak perlu tunggu musimnya sebab kalau tak der local yang best tu boleh ler beli durian siam. Ok ler dari tak der langsung. Tapi kalau mengidam durian local jangan diganti durian siam. Tak dapat compare punya...

Kot malas atau ada lebihan kuah... makan jer dengan roti. Sedap gak tau

Serawa durian ni bukan setakat sedap dimakan dengan roti jala jer tau. Tapi orang dulu-dulu memang hebat. Satu hidangan asas ni dicombinekan dengan lain-lain hidangan. Menjadi jer. Sedap lak tu. Kalau nak tahu serawa ni boleh gak makan dengan pulut tanak, serabai, lempeng dan cicah roti. So kalau rajin tanak ler pulut tu. Kalau semi rajin, buat roti jala atau serabai. Kalau malas sangat makan jer dengan roti yang ada kat rumah tu. Best gak buat hidangan tea time.

Serawa durian putih


Serawa durian perang

Nak buat serawa ni tak susah mana. Tapi ada dua versi satu guna gula putih dan hasilnya serawa durian putih. Satu lagi guna gula perang, gula melaka, gula kabung atau gula merah. Hasilnya pun ikut warna gula tu ler... Perang. Saya suka warna putih tapi Mr Hb suka warna perang. Tu camner agaknya. Isk. Nak buat kita dulu kang untuk dia jadi terlebih manis pulak. Bahaya tu. So agak-agak cam ner yer heheh. Pening gak pikir tapi selalunya saya ler yang mengalah... Sayang suami heheh.


SERAWA DURIAN / KUAH DURIAN

By: Asamgaram2puteri

Bahan-bahan
  • Durian - kalau tak der pun ok just tak jadi ler serawa durian heheh
  • Santan/susu cair
  • Gula putih
  • Gula Perang - kalau nak putih, janga masukkan yang ni. Kalau nak warna perang masukkan dua-dua jenis gula
  • Secubit garam
  • Daun pandan - ikat gulung bagi pendek. Carik-carikkan sikit

Caranya

1. Masukkan semua bahan dalam periuk dan masak atas api kecil. Kacau selalu supaya santan tak pecah minyak.

2. Masak hingga mendidih dan pekat. Boleh ler diangkat.

Dimakan bersama pulut tanak

Serawa dan Serabai... Best sangat

Serawa Vs Lempeng... Sedap gak tau

Pankek diMelayukan... Bersama kuah durian


Doa: Pembuka Apa Yang Tertutup





Ayat dari Surah Al-Fath ni bagus diamalkan untuk :

    1) Hati yang tertutup untuk melakukan amal soleh dan amal jariah


    2) Hati yang tertutup untuk menerima nasihat


    3) Pintu rezeki yang dirasakan seperti tertutup


    4) Minda @ akal yang dirasakan seperti tertutup


   5) Hati yang tertutup untuk berkahwin



Moga dengan mengamalkannya hati dan jiwa kita akan lebih tenang dan dibukakan segala pintu yang dirasakan tertutup itu. Aaamiin.


Rabu, 19 September 2012

Roti Jala / Roti Kirai


"Jan jan jala itik jalan ayam
Dimana hutan kampung seratus lima puluh
Singgah Pak Mat Singgah
Makan sirih mulut merah..."

Nyanyi lak dia. Dah dah syoh... Gi main jauh jauh. Orang dah nak masak ni....

Heheh tiap kali saya menjala Roti Jala harus saya teringat lagu ni. Kaitannya tang jala tu jer tapi harus bermain kat kepala otak ni kalau terpikir pasal roti jala ni.


Roti jala memang sedap sangat kan kalau kita makan dengan kari ayam yang kaw-kaw tu. Nak-nak ayam kampung heheh. Sedapppp. Dia juga boleh dicicah dengan lain-lain kuah yang best seperti kuah durian yang harum mewangi tu. Selalunya dulu kalau musim durian baru ler merasa cicah kuah durian ni. Sekarang dah tak lagi. Mana-mana pun senang nak dapatkan durian tu. Reseoi Serawa Durian tu nanti saya kongsi kayyyy.


Roti jala ni kalau profesional macam nenek dan mak saya nak menjalanya cuma guna tangan je. Jadinya cantik macam orang baru macam saya buat guna acuan kuning berkaki lima. Rasanya cantik lagi kot yang diarang buat. Saya tak pernah ler cuba lagi guna tangan mungkin satu hari nanti? Hehhe tapi buat masa ni guna acuan je la. Tangan ni rasanya masih keras lagi. Tak pandai nak lenggang-lenggang.

Acuan roti jala muncung lima yang saya gunakan. Selalunya hasilnya roti jala bulat dan sewarna je la
 
Acuan roti jala muncung tiga. Yang ni sis Reen Khan yang jual. Cantik sangat buat roti jala tikar

Acuan roti jala dari tembaga.. Isk mahal ni sebab tembaga materialnya

Sekarang ni roti jala ni dah datang dengan versi tikar mengkuang pulak. Versi ni guna acuan muncung tiga.Sorang sahabat FB, sis Reen Khan buat bisness jual acuan ni. Memang dapat sambutan hangat sebab hasilnya memang cantik. Kalau buat jamuan tu memang le menarik perhatian mata memandang. Tapi rasanya kalau nak buat macam tu memang kena sabar dan rajin sangat-sangat ler. Kepantasan pun kena ditingkatkan sebab kang berbelak-belak sana perang sini ptih isk.. Itu yang saya risau tu. Jawabnya biar lah saya ni guna acuan yang lama tu.


Eh... Dah menceceh panjang lebor ni kang lupa lak nak kongsi resepi yang pada mulanya saya main cuba-cuba dan akhirnya terus follow yang ni jer. Sebabnya.... Menjadi. So malas nak pikir cara lain lagi kalau ada. Tapi macam biasa ler sukatannya tak der. Dulu pernah gak try nak ambik sukatan untuk kongsi kat sini tapi tercair pulak. Saya tambah tepung. Terpekat pulak, saya tambah air. Jadi tak reti dah nak tulis sukatan tu jadi macam mana. 2 kali cuba camtu gak. Jadinya sekarang dah maleh nak ambil sukatan. Peliknya masa tak disukat amboi macam pro je sekali buat adunan terus menjadi. Hehehh pelik tak??? Last-last main agak jer la kepekatannya. Janji jangan terlalu cair dan jangan terlalu pekat. Nanti susah dia nak lalu ikut acuan tu. Kalau cair sangat turunnya laju jadinya nanti tak cantik dah.


ROTI JALA

By: asamgaram2puteri

 Bahan-bahan
  • Air secukupnya
  • 1 biji telur
  • Secubit garam
  • Pewarna kuning - tak der pun tak per sebab nak bagi cantik je
  • Tepung
  • Santan - saya tak pernah letak santan. Tapi sedap jugak
  • Daun pandan - ni nak buat sapu minyak kat pan nanti
  • Minyak secukupnya

Caranya

1. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar. Ikut urutan tu supaya tepung tak tertinggal kat dasar blender yer. Pukul hingga betul-betul sebati. Jangan ada yang bergentel kang susah nak lalu dalam acuan.

2. Sapu pan yag dah dipanaskan dengan minyak menggunakan daun pandan. Sapu nipis jer supaya tak melekat nanti.


3. Tuang separuh penuh adunan tadi dalam acuan yang dilapik mangkuk sebelum diputer-puterkan di atas pan tadi bagi jadi bulat. Pastikan adunan tak terlalu cepat keluar nanti tak cantik jadinya. Kalau adunan laju je keluar maknanya adunan tu terlebih cair, kena tambah tepung lagi. Kalau adunan lambat turun maknanya terlebih pekat, kena tambah sikit air lagi. So pastikan pengisar tak switch off plugnya. Biar dia stand by kang kalut sangat pulak masa nak otter nanti. Peringkat pertama ni memang trill sikit. Make sure apinya kecik jer yer. Kang hangus.

4. Bila dah nampak permukaan roti jala tu kering, tepuk-tepuk sikit minyak guna daun pandan atas roti jala tadi. Tang ni nak bagi nampak cantik dan berkilat jer. Kot tak nak pun okeh. Dah boleh angkat.

5. Kalau rajin lepas angkat lipat dan gulungkan ler. Kat tak macam biasa saya buat lipat empat bagi jadi bentuk segitiga. Cantik juga :). Buat sampai habis yer.


* Kalau nak lesskan minyak lagi guna pan yang tak lekat tuuu. Tapi tak le berkilat nanti. Kurang le sikit serinya heheh.

* Kalau guna acuan muncung tiga - Step no 3 tadi buat garis-garis mula-mula melintang dulu dalam 5 barisan. Pastu follow dengan barisan menegak 5 row jugak. Boleh pilih beberapa warna yang disukai kalau buat cara ni. Tapi kena ada 2 ke leih ker acuan tu la. Rasanya kalau yang bulat guna acuan muncung lima tu pun boleh dua tiga kaler tapi kena ada lebih dari satu acuannya ler. Pasti kena pantas.



Dah siap pun. Masa ni ler peringkat paling best dalam menjala roti jala ni. Makan bercicahkan kuah durian/serawa durian atau kari ayam kaw-kaw tu. Memang bestttt sangat :) Jemput makan.

Roti jala tikar buatan kak Reen Khan, sahabat FB.


Yang ni hasil bila guna acuan muncung lima


Mari beli... Mari beli... Murah je tak mahal..

Isnin, 17 September 2012

Malaysia: Penubuhan Negara ku Tercinta


Selamat Hari Malaysia semua!! Heheh lewat sehari tapi masih ok kot sebab kita masih bercuti meraikannya kan kan kan heheh. Lewat kan per sebab sibuk sikit. Memang minggu ni macam saya cakap le sibuk. Ada je hal nak dibuat... Ok hari ni saya nak berceloteh pasal Hari Malaysia yang kita raikan semalam.... Ceritanya, sejarahnya dan segala-gala kot termampu. Kan per nak gak ler tahu sejarah pasal negara yang tercinta ni. Tanamkan sifat patriotik lebih-lebih sikit dalam diri heheh...



Pada tahun 1955, Singapura telah diberikan kuasa pemerintahan dalaman di bawah Perlembagaan Rendel dan David Marshall telah dilantik menjadi Ketua Menterinya yang pertama. Pada tahun 1959, Singapura yang diketuai oleh Parti Tindakan Rakyat (People's Action Party-PAP) di bawah pimpinan Lee Kuan Yew, telah mendapat kuasa penuh untuk menubuhkan kerajaan sendiri. Di Sarawak pula, pilihanraya tempatan diperkenalkan pada tahun 1959.

Langkah pertama dalam penubuhan Malaysia bermula pada tahun 1961 apabila satu cadangan untuk membentuk sebuah persekutuan yang lebih luas merangkumi Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak, Sabah dan Brunei dikemukakan oleh Tunku Abdul Rahman. Cadangan ini secara amnya diterima oleh penduduk Tanah Melayu dan Singapura, tetapi menimbulkan rasa curiga di kalangan penduduk Sabah dan Sarawak.

Walau bagaimanapun, cadangan tersebut dibantah oleh Filipina yang telah membuat tuntutan hak ke atas Sabah. Cadangan ini juga menerima tentangan dari Indonesia yang melihatnya sebagai satu langkah untuk menjajah Borneo oleh Sukarno dan Parti Komunis Indonesia.


Mohd Ghazali Shafie, Wong Pow Nee, Lord Cobbold, Sir David Watherston dan Sir Anthony Abell - Ahli Suruhanjaya Cobbold yang ditubuhkan pada 17 Januari 1962

Cadangan ini bagaimanapun mempunyai kesan langsung dalam mempercepatkan penggubalan perlembagaan di Sarawak, Sabah dan Brunei. Pilihanraya diadakan buat pertama kalinya di Brunei dan di Sabah pada tahun 1962. Satu suruhanjaya kerjasama British-Persekutuan Tanah Melayu yang diketuai oleh bekas Gabenor Bank England, Lord Cobbold, telah melawat Sabah dan Sarawak pada tahun 1962 dan melaporkan bahawa kebanyakan negeri menyokong penubuhan Malaysia.

Walau bagaimanapun, tentangan yang berterusan daripada Filipina dan Indonesia telah menyebabkan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menghantar satu misi ke Borneo pada tahun 1963, yang turut melaporkan bahawa pandangan awam rata-rata menyokong penubuhan Malaysia.



Justeru, pada 16 September 1963, Malaysia telah secara rasminya dibentuk dan ia terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Brunei pula menolak usul untuk menyertai Malaysia. Namun, pada tahun 1965, Singapura menarik diri daripada Malaysia dan menjadi sebuah negera yang merdeka.


KRONOLOGI PENUBUHAN

27 Mei 1961 - Cadangan penubuhan oleh Tunku Abdul Rahman

Julai 1961 - Penubuhan Jawatankuasa Perundingan Perpadua Kaum Malaysia

Ogos 1962 - Penubuhan Jawatankuasa Antara Kerajaan

1 September 1961 - Rujuksuara/referandum di Singapura

16 Ogos - 5 September - Rombongan PBB ke Sabah dan Sarawak

16 September 1963 - Pengisytiharan Penubuhan Malaysia 

1965 - Penarikan diri Singapura dari Malaysia






Negeri Dalam Malaysia

Malaysia terdiri daripada 13 buah Negeri yang terbahagia kepada 9 negeri beraja dan 4 negeri tidak beraja. Negeri beraja terbahagi pula kepada 2 iaitu Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu.Negeri Tidak Beraja juga terbahagia kepada 2 iaitu Negeri Selat dan Negeri Broneo.

1. Negeri Beraja


a. Negeri-negeri Melayu Bersekutu 
  • Perak
  • Pahang
  • Selangor
b. Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
  • Perlis
  • Kedah
  • Kelantan
  • Terengganu
  • Johor

2. Negeri Tidak Beraja


a. Negeri Selat
  • Pulau Pinang
  • Melaka

b. Negeri Broneo
  • Sabah
  • Sarawak

Faktor Penubuhan Malaysia

1. Menghalang perkembangan ideologi komunis -  jamin keselamatan serantau daripada ancaman komunis. Lee Kuan Yew menggunakan ancaman komunis sebagai alasan menggabungkan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu.

2. Melindungi hak dan kepentingan kaum bumiputera -  dapat mengimbangkan pertumbuhan kaum di setiap negeri.

3. Menguasai ekonomi dan kemewahan Sinagpura - pasaran lebih besar dan luas

4. Kemerdekaan bagi Singpura, Sabah dan Sarawak - segerakan kemerdekaan mereka

5. Kebebasan daripada British - Dasar Dekonolisasi British untuk merdekakan tanah jajahan

6. Keseimbangan kaum dan mewujudkan perpaduan



Reaksi Parti Politik

1. PartiIslam Se-tanah Melayu (PAS) - Meminta supaya isu ini dibincangkan terlebih dahulu di kalangan penduduk Tanah Melayu.

2. UMNO - Bersetuju dengan pengabungan Persekutuan Tanah Melayu dengan Sabah, Selawak dan Brunei tanpa Singapura.



Reaksi dan Faktor Penolakan Brunei

1. Persoalan minyak
Brunei hanya dapat menikmati hasil minyaknya selama 10 tahun selepas penyertaan Brinei ke dalam Malaysia tetapi kemudiannya mereka dikehendaki menyerahkan hasi lmahsul minyak kepada Persekutuan Malaysia sepenuhnya

2. Bayaran tahunan
Persekutuan Malaysia menginginkan agar bayaran tahunan dibayar setiap tahun dan ditambah kepada $50 atau $60 juta setahu seperti yang dicadangkan oleh Dato Paduka Neil Lawson Q

3. Kedaulatan Sultan
Kemasukan Brunei ke dalam Persekutuan Malaysia boleh menggugat kuasa Sultan dan sekaligus melenyapkan kedaulatannya. Ini kerana dikatakan ke semua negeri dalam persekutuan kelak akan sama mengikut Perlembagaan yang dirangka. Ini menunjukkan kedaulatan Sultan akan pupus dan Perlembagaan 1959 tidak boleh digunakan lagi

4. Pungutan suara rakyat dan Pemberontakan 1962
Pada 8 Disember 1962 adalah sebagaitanda penentangan rakyat Brunei terhadap gagasan Malaysia. Penentangan juga dibuat oleh pegawai-pegawai kolonial dan kaum Cina yang takut sumber ekonominya terjejas setelah kemasukan Brunei ke dalam Malaysia.






Reaksi dan Tindakan Indonesia

1. Peringkat awal, 1962; pihak Indonesia menentang dan pihak Parti Komunis Indonesia menganggap sebagai satu bentuk 'neokolisme' yang mengancam negara mereka.

2. President Indonesia, Suekarno melancarkan Dasar Konfrontasi terhadap Malaysia.

3. Indonesia turun melancarkan Konsep Gayang Malaysia pada 20 Januari 1963. Ini berikutan ketidak puasan hati Suekarno yang ingin menubuhkan Indonesia Raya iaitu penyetuan Tanah Melayu dengan Indonesia. Dengan itu mereka memusuhi Malaysia dan memutuskan hubungan ekonomi, sosial dan politik dengan Malaysia. [scribd.com/KONFRONTASI]. Konsep ini berakhir dengan jatuhnya kerajaan Indonesia kepada Jeneral Soeharto.

4. Indonesia juga bertindak:
  • Menyerang kapal-kapal nelayan Tanah Melayu.
  • Melakukan pencerobohan udara Tanah Melayu.
  • Melancarkan serangan ketenteraan keatas Malaysia melalui Johor, Sabah dan Sarawak.
  • Memburukkan nama Malaysia di negara Afro-Asia dan Negara Dunia Ketiga.

5. Konfrontasi ke atas Malaysia hanya berakhir pada tahun Ogos 1966.



Reaksi dan Tindakan Filifina

1. Filifina turut menentang penubuhan Malaysia dan Presiden Macapagal membuat pengumuman menuntut Sabah pada tahun 1962. Ini berdasarkan perjanjian  antara Sultan Jamalul Alam dengan Baron Overbeck pada 22 Januari 1878.

2. Beliau juga mendakwa Sabah adalah milik kesultanan Sulu.

3. 1946, SBUB menyerahkan Sabah kepada British.

4. Jun 1966, Filifina mula iktiraf penubuhan Malaysia melalui perjanjian Maphilindo.


Watikah Permasyuran Malaysia yang ditandatangani oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pertama pada 16 Septermber 1963



Begitu le serba sedikit pasal suka duka penubuhan Malaysia dulu. Nak tahu lebih lagi leh rujuk dari sumber yang saya dapat ni kay :) Terima kasih pada penulisnya, Muhammad Saiful Amar... dapat gak saya tambah sikit ilmu tentang negara tercinta ni..



Sumber:  

Rabu, 12 September 2012

Pop Corn Sambil Menonton... Memang sesuai sesangat


Dah beberapa hari saya senyap dari berceloteh kat blog nih. Sibuk sikit jadual harian. Paginya pergi berniaga produk Nurellyss. Alhamdulillah sambutannya best. Ramai kalangan yang dah cuba dulu terus continue dengan produk ni. Kata diarang memang ada perubahan sejak guna. Ada yang berjerawat jenis bernanah, tapi lepas guna set untuk jerawat Alhamdulillah dah kering. Tinggal parut je. Dulu ada sorang abang tu teruk nampak muka dia, macam terbakar je kulit dia tapi lepas guna dah cerah dan sekata balik. Syukur sangat. Ada yang berjeragat teruk dah makin pulih. Kulit pun dah nampak makin halus. Heheh Sukanya :). Saya pun berani jual sebab kesannya yang positif tu le. Jual pun itu je sebab saya dah yakin. Tambahan dengan masing-masing sudi cerita kesan kat diarang. Lagi positif la minda ni jadinya. Dulu masa mula-mula berniaga was-was gak sebab risau gak sesetengah kulit kan jenis sensitif macam saya. Tapi beranikan diri gak sebab saya amat yakin dengan keberkesanannya ke atas diri kami sekeluarga. 


Saya tak banyak lagi sentuh bab produk kecantikan Nurellyss ni selain daripada teh D-Tox sebabnya saya takut kesannya kurang baik pada oarang lain. Tapi lepas tengok hasil dari rerakan yang dah try syukurrrr sesangat. Insyaallah nanti-nanti saya celoteh pasal ni kay. Tungguuuuu. Heheh ingat lagi tak perkataan ni untuk salah satu rancangan di TV3.. Alah sebelum diarang nak beriklan tu hehheh. Dalam Melodi kan :)


Balik malamnya pulak lepas melepak makan malam dengan Mr Hb dan layan anak-anak main baru bertolak pulang. Saya cakap dengan Mr Hb je makan sebabnya both of my dear doter memang payah makan. Kalau nak bertekak sambil makan ajak le diarang.. Penuh dengan peel kang. So dari pada jadi camtu baik kitarang je isi perut dulu heheh. Mana tak tembam membam. Sebelum terus balik singgah umah mak ayah jab bagi anak mengaji. Kat umah mak pun dah sampai kul berapa. So balik umah je terus tidor sebab esok nak bangun awal lagi... Camtu le yer nak cari rejeki lebih.


Malam ni je free sikit sebabnya hari ni tak niaga. So layan le anak-anak nonton Princess Frog kat Disney Channel tu. Best gak le walau dah berkali-kali tengok. Berkumpul dengan family sambil menonton dan makan pop corn best ni. Nak keluar pun malas pulak rasanya dah. Eh betul juga... Kalau sebut tengok wayang tak sah kalau tak der pop corn. Rasa masybuk je menonton sambil mengunyah pop corn nih.. Macam acara wajib je heheh.

Ni ler rupa jagung yag nak digunakan untuk buat pop corn tu

Jom lah kita buat pop corn untuk dimakan masa menonton nak? Resepinya???? Ha... Scroll kat bawah Insyaallah ada... :) Resepinya dulu saya ambil dari Aludra dari My Resepi. Dah lama simpan baru nak kongsikan je heheh. Bertih jagung kering ni pun dah lama dalam stok tapi kemalasan yang lama melanda pun baru hilang so baru sekarang ada rasa nak buatkan heheh. Dulu masa tak der tercari-cari, bila dah ada maleh pulak teruk tul kan.


POP CORN

By: Alundra, My Resepi

Bahan-bahan
  • 2 sudu besar butter/marjerin - saya guna margarine je
  • 2 sudu besar minyak masak
  • Jagung kering secukupnya

Bahan salut : Karamel (optional)
  • 1 sudu besar butter/marjerin
  • 5-6 sudu besar gula - sebenarnya gula ni agak-agak la yer, ikut berapa banyak pop corn yang ada
Cara buat Pop Corn
1. Panaskan butter dan minyak sehingga cair di dalam periuk. Waktu ni kuatkan api, bila butter dah mula cair, kecilkan api pada tahap sederhana besar. Guna periuk bertutup yer, sebab bila masak, pop corn ni meletup-letup. Kalau tidak ditutup kang terabur satu dapur.

2. Apabila butter sudah cair, masukkan jagung kering secukupnya sehingga menutupi dasar periuk dan paras minyak dan butter yang telah cair. Tutup periuk. Kemudian akan dengar bunyi meletup-letup. Ni masa ni kalau guna periuk berpenutup kaca, boleh nampak pop corn tu melompat-lompat.

3. Bila bunyi 'pop' dah kurang rancak, terus matikan api untuk mengelakkan hangus di bahagian dasar. Adalah lebih kurang 10 minit macam tu. Waktu ni penuh pop corn satu periuk. Tak perlu kacau sebab kalau buka penutup peiuk, nanti pop corn melompat ke luar.

4. Keluarkan dan tabur dengan garam kalau tak nak letak karamel.
  

Cara nak buat pop corn berkaramel

  • Masak butter dan gula sehingga cair dan keperang-perangan. Guna api sederhana besar dan kacau selalu untuk elak hangus. Kalau guna api terlalu besar, nanti gula akan meletup-letup. Hati-hati sebab sakit kalau terkena gula bila panas, boleh melecur dan berparut. Bila sudah keperangan, tutup api dan masukkan pop corn tadi. Gaul cepat-cepat sebab gula cepat keras.


Cara nak buat pop corn berkaramel coklat

  • Buat macam topping kek coklat, guna kaedah double boil. Bila dah cair, masukkan pop corn yang sudah disalut karamel, so jadilah pop corn karamel bersalut coklat.

Cara nak buat pop corn berwarna warni
  • Masa nak buat karamel tu masukkan sikit pewarna yang digemari. Gaul rata.
 
Tuang dalam mangkuk  besar dan rebut-rebut makan bersama anak dan Mr Hb sambil menonton. Bestnye.... 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...