Bagi beginner baker macam saya yang baru nak kenal alam ni memang lemah sungguh dalam bab mengenal fungsi setiap satu bahan dalam membuat kek. Tambah-tambah pulak main bidan terjun je. Tak ada guru sebenar tak ada ilmu yang jelas. Mau menggagau jadinya. Heheh. Tapi Alhamdulillah dari banyak resepi yang saya cuba cuma sikit je la yang tak berapa menjadinya. Mungkin tool tak betul atau mungkin apa-apa sajalah sebab dari segi tool tu memang saya cuma guna blander je. Tak dernya whisker ke apa.
Saya involve dalam bidang ni pun setelah berjinak dengan internet dan FB. Bila tengok hasil air tangan sahabat-sahabat yang ada... Isk terpanggil lak minat saya untuk mencubanya. Alhamdulillah selain daripada resepi yang sahabat-sahabat berikan diarang juga ada yang beri tunjuk ajar yang amat berguna terutama pada orang-orang macam saya. Dari situ saya compilekan supaya mudah untk dijadikan rujukan saya, anak-anak atau sesiapa yang bertandang kat sini di kemudian hari. Insyaallah ilmu yang bermanafaat elok kita kongsikan bersama kan.
*********************************************
1) Tepung
gandum
Dalam pembuatan kek, tepung yang sering digunakan adalah tepung
protin rendah (low protein) seperti tepung kek, tepung superfine, red rose dan
sebagainya. Anda boleh gunakan tepung gandum biasa (serbaguna/protin sederhana)
tetapi teksturnya lebih kasar berbanding jika menggunakan tepung protin rendah
yang menjadikan kek lebih halus. Tepung gandum berfungsi sebagai agen penyerap
cecair dari telur/air dan membentuk struktur yang kukuh buat kek itu. Tanpa
tepung yang cukup, kek menjadi lembik seperti puding.
2) Gula
Gula berfungsi memberikan rasa manis dan melembutkan adunan.
Ada sesetengah kek yang mempunyai kandungan gula yang tinggi agar menjadi
pengawet semulajadi supaya kek tahan lebih lama, contohnya kek buah. Dalam kek
mentega, gula dicampur dengan mentega dan dipukul hingga kembang dan gebu. Gula
ini membantu lemak memerangkap sel-sel udara yang penting untuk menaikkan
adunan kek nanti. Dalam kek yang menggunakan kaedah membuih (foaming method)
seperti membuat kek span, gula membantu menstabilkan buih-buih telur supaya
mudah digaul dengan bahan-bahan lain seperti tepung gandum.
3) Lemak
Dalam pembuatan kek, lemak yang digunakan adalah seperti
mentega atau majerin. Lemak berfungsi melembut dan melincirkan glutin dalam
tepung dan menjadikan kek lembut dan halus. Dalam kek mentega, lemak yang digunakan
adalah dalam bentuk pepejal seperti mentega atau majerin. Untuk mendapatkan kek
yang lebih sedap, mentega adalah dicadangkan tetapi kebanyakan pengusaha bakeri
mencampurkan mentega dan majerin untuk menjimatkan kos dan volume yang lebih
baik bagi kek tersebut. Lemak ini dipukul bersama gula untuk memerangkap
sel-sel udara dan menjadikan ia ringan dan gebu. Lemak yang digunakan dalam kek
span adalah dalam bentuk cecair samada mentega cair, majerin cair atau minyak
masak. Ia memberi kelembutan dan kelembapan kepada kek.
4) Telur
Telur berperanan menyebatikan semua adunan dan memberikan
kelembapan kepada kek. Dalam kek mentega, telur yang merupakan cecair membantu
menyebatikan mentega dan gula. Ia juga membantu mencairkan gula. Dalam kek
span, telur adalah sumber penaik yang utama dimana sel-sel udara yang
terperangkap dalam buih-buih telur itu akan mengembang apabila dibakar. Proses
ini akan menaikkan kek dan menjadikan ia kembang dan gebu. Telur juga menyediakan
rasa lemak dan warna kuning kepada kek.
5) Ovalett
Ia adalah sejenis bahan penstabil atau emulsifier. Nama lain adalah quick 75
atau super sponge. Ia berbentuk pes atau pekatan berwarna kuning dan boleh
didapati dikedai menjual bahan kek. Ia dibuat daripada sumber soya dan
bahan kimia yg dibenarkan. Fungsinya adalah sebagai penstabil dimana ia dipukul bersama telur dan
gula. Ia bertujuan menggebukan kek dan kuih. Juga supaya kek ‘tak jatuh’. Ia
juga membuatkan telur dan adunan yang dihasilkan Nampak halus dan gebu. Bahan
ini menyebabkan adunan telur tetap gebu dan tidak mendap. Hasilnya kek juga
akan menjadi gebu. Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) telah mengesahkan
bahan ini halal digunakan oleh orang Islam.
Jika masih ragu-ragu dapatkan nama
pengeluar/pengedar dari bungkusan dan boleh minta terus senarai bahan-bahan
daripada mereka. Ia juga dikenali dengan Sponge Cake Emulsifier atau Cake
Stabilizer.
6) Bahan Penaik
Terdapat 3 jenis bahan penaik yang selalu digunakan dalam pembuatan kek, pastri mahupun kuih-muih. Ianya ialah serbuk penaik (baking powder), serbuk soda (soda bikarbonate/sodium bikarbonate) dan serbuk tartar (cream of tartar). Ketiga-tiga bahan ini juga dikenali sebagai bahan penaik kimia atau chemical leaveners.
Ia berbentuk serbuk putih dan boleh dibeli di pasaraya dan kedai-kedai
bahan kek. Fungsinya adalah untuk menaikkan dan meringankan adunan
kek/kuih agar lebih gebu.
Bahan penaik yang paling sering digunakan ialah serbuk penaik.
Terdapat dua jenis serbuk penaik iaitu yang jenis biasa dan jenis
berganda (double-action baking powder).Jenis biasa digunakan
dalam kebanyakan kek manakala jenis berganda digunakan untuk kek kukus
atau kuih-muih kukus seperti pau, apam dan sebagainya. Ia bertindak dua
kali lebih kuat dari biasa dan menjadikan kek atau kuih lebih gebu dan
mekar.
Soda bikarbonat pula sering digunakan dalam kebanyakan kek, biskut
atau kuih yang berasid seperti menggunakan susu masam, jus
buah-buahan, serbuk koko, gula hangus , puri buah-buahan dan lain-lain.
Soda bikarbonat adalah bersifat alkali dan ia akan bertindak
menutralkan asid yang terdapat dalam adunan kek dan kuih tersebut dan
menaikkan kek/kuih apabila dimasak.
Soda bicarbonate
menurunkan kadar asid di dalam kek yang menggunakan bahan seperti pisang,
buah-buahan campuran, epal dan lain-lain. Baking
soda berfungsi dalam menggebu dan menggembangkan kek. Manakala baking powder pula adalah sama seperti serbuk
penaik.
Pada umumnya 1 sudu kecil baking
powder nisbah 1 cawan (200 - 250g) tepung, 1 cawan cecair, 1 biji telur
Anda dinasihatkan mengurangkan jumlah baking powder
dalam adunan berasid tinggi (jus limau, buttermilk dan madu) kerana jika
berlebihan akan sebabkan kek/skon/muffin/biskut rasa kurang enak, selain dari itu
ia akan naik dengan cepat dan akan mendap/jatuh lepas dibakar atau akan terlalu
merekah. Untuk elakkannya dari terjadi perlu tambahkan soda bicarbonat dalam
bancuhan.
Contohnya :
1 cawan tepung + 1 biji telur + 1 cawan buttermilk
hanya perlukan ½ sudu kecil baking powder + ½ sudu kecil soda
Untuk
menguji samaada baking powder masih elok atau tidak : Campurkan 5gm/1 sudu
kecil baking powder dengan 120ml air panas. Jika berbuih serta merta, tandanya
ia masih elok.
Pastikan ianya diayak bersama
tepung untuk memudahkan kerja pencampuran bahan kalau buat sebarang masakan
yang menggunakan bahan-bahan ini.
7) Shortening
Adalah lemak
sayuran selalunya dari sumber kelapa sawit atau kelapa. Juga dikenali sebagai
planta putih. Warnanya putih dan teksturnya sama dengan mentega. Biasanya
digunakan untuk buat roti, biskut, donut (jadikan lebih lembut dan gebu) dan
salah satu bahan untuk buat krim kek. Krim kek akan jadi lebih keras dan tak
mudah cair.
8) Cream of tartar
Serbuk krim tartar agak jarang digunakan tetapi ada juga resipi
yang menggunakan soda dan krim tartar bersama. Krim tartar dihasilkan
daripada asid tartarik dan tentunya ia bersifat asid. Biasanya serbuk ini dicampurkan dalam telur putih bagi membuat meringue. Ianya digunakan untuk membuat kek sifon atau membuat kek keju bakar.
Ia berfungsi macam
baking powder juga - membantu mengeluarkan gas. Warnanya putih sahaja tapi ada
yang mengatakan ada keraguan dalam penggunaannya. Jadi sebagai alternative
boleh digantikan cream of tartar dengan jus lemon. Biasanya ia diguna untuk
buat meringue (putih telur dipukul hingga jadi bertanduk). Ia menghasilkan
pukulan putih telur yang cantik dalam proses meringue. Juga untuk jadikan kek
lebih gebu dan ringan.
Ada
juga cara lain jika mahu buat meringue jika tidak ada jus lemon hanya guna
telur putih dan castor sugar sahaja dah jadi. Pastikan jangan ada tercampur
walau sedikit pun kuning telur atau air. Perkakasan juga kena pastikan
betul-batul kering.
9) Creamwell dan shortening
Adalah dua
benda yang sama tapi berbeza. Keduanya adalah lemak sayuran yang diperbuat daripada
kelapa sawit. Creamwell lebih mahal daripada shortening. Creamwell lebih sesuai untuk buat buttercream dan shortening lebih sesuai untuk biskut dan adunan roti (tak pasti samada
boleh digantikan dengan salah 1). Creamwell teksturnya lebih mild. Manakala
shortening padat sikit.
Creamwell + gula aising pun dah cukup leh jadikan
aising/topping kek..
10) Buttercream
Buttercream hendaklah dibuat dengan
lemak sayuran (vegetable shortening) dan marjerin supaya ia tidak mudah cair.
Anggaran lemak
sayuran, 100 gm, manakala marjerin 50 gm. Gula aising pula 300 - 340 gm,
dipukul hingga sebati dan gebu. Jika ingin lebih keras, tambahkan gula aising
lagi. Gunakan pes pewarna (dalam tiub) kerana pewarna jenis cecair akan
melembikkan aising.
11) Whipping cream
Terdapat 3 jenis
whipping cream (krim putar) yang mempunyai fungsi yang sama iaitu dalam
penyediaan continental cake,
dessert, ice-cream dan
topping. Secara ringkas perbezaan antaranya adalah dari segi kandungan bahan,
cara kegunaan dan penyimpanan.
a) Whipping
Topping Cream atau di panggil Non-Dairy Whip Cream.
Non-Dairy Whipping Cream For Topping adalah
krim yang dibuat khas untuk hiasan kek. Ia dirumus daripada minyak
sayuran dan minyak kelapa sawit dan tidak megandungi bahan tenusu. Ini
menjadikan ia lebih stabil,maknanya corak-corak yang dipaip menggunakan
krim ini tahan seminggu tanpa kehilangan bentuknya. Ia juga mudah
kembang jika dipukul dan menghasilkan kuantiti yang banyak. 1 liter krim
ini boleh menyalut dan menghias 3 biji kek bersaiz 8 inci.
Kandungan:
Minyak kernel sawit, sirap jagung (baca bahan pada kotak) tiada kandungan lemak
dari susu.
Tekstur:
Mudah kental apabila dipukul. Ia akan mengembang 2x ganda, rasa manis.
Kegunaan:
Sebagai topping dan filling untuk kek continental seperti Black Forest, Fruit
Flan, Banana Choc dan lain-lain lagi.
Kaedah
Penyimpanan: Simpan ditempat beku (freezer) tahan 1 bulan selepas dibuka.
Jenama di
Pasaran: Rich's, Shine Read, Value Pride, Golden Peak.
Dimana boleh
di dapati: Di kedai-kedai bekalan bakery, dipasaraya jarang didapati
b) UHT Whipping
Cream atau di panggil Dairy Whipping Cream @ Double Cream @ Thickened Cream.
Dairy Whipping Cream adalah merupakan hasil
tenusu dan mengandungi 35 % lemak susu. Ia sesuai digunakan dalam
masakan-masakan Barat, membuat kek seperti tiramisu atau hiasan mudah
untuk aiskrim atau pencuci mulut ala Barat. Ia hendaklah dipukul dengan
kelajuan sederhana hingga ia menjadi kental dan bolehlah dimasukkan
dalam masakan-masakan tersebut. Tetapi krim ini tidak sesuai untuk
hiasan kek seperti Black Forest dan lain-lain kerana warnanya
kekuningan dan kurang stabil. Ini bermakna ia tidak boleh mengekalkan
bentuknya dalam masa yang lama. Kesimpulannya, Dairy Whipping Cream
yang juga dikenali sebagai Thick Cream atau Double Cream tidak sesuai
untuk dibuat hiasan kek kerana faktor-faktor yang saya telah jelaskan
diatas.Krim ini terdapat dalam pelbagai jenama dan boleh didapati di
pasaraya-pasaraya besar.
Kandungan:
Pepejal susu.
Tekstur:
Lebih pekat dari susu segar (UHT full cream milk) tidak mengembang apabila dipukul,
rasa tawar.
Kegunaan:
Sebagai bahan campuran dalam membuat Cheese Cake, Tiramisu, Mousse, Dessert,
Ice-Cream dan Ganache (tidak sesuai untuk topping kek)
Kaedah
Penyimpanan: Simpan dalam peti sejuk (chiller) tidak perlu dibekukan, tahan
1 minggu selepas dibuka.
Jenama di
Pasaran: Anchor, Emborg, Pauls, Shani, Greenfields, Bridel.
Dimana boleh
didapati: Di kedai-kedai bekalan bakery dan pasaraya
**Keistimewaan krim ini ialah ia lebih baik dari segi kesihatan
berbanding krim mentega kerana tidak mengandungi lemak
berlebihan.Warnanya putih bersih dan boleh dicampurkan pewarna lain.
Rasanya juga enak kerana tidak memuakkan. Tetapi krim ini tidak tahan
panas. Ia hendaklah disimpan dalam peti sejuk dan hanya dikeluarkan
jika hendak dihidangkan.Ia tahan seminggu jika disimpan dalam peti
sejuk. Terdapat pelbagai jenama krim ini seperti Presto, Vivo, Richs,
Trans, Anchor dan lain-lain. Krim ini hendaklah diputar dalam keadaan
sejuk (krimnya) dan putar kelajuan sederhana hingga menjadi kembang dan
kental. Jangan terlebih putar kerana krim akan menjadi kasar dan susah
disapukan pada kek.Oleh kerana krim ini sudahpun manis, anda tidak
perlu mencampurkan gula.Krim jenis ini hanya dijual di kedai-kedai
bahan kek .
**Satu kotak whipping cream jenama anchor - lebihan
whipping cream 2-3 bulan lepas simpan kat peti ais (tempat beku). Kalau nak
guna Cuma masukkan ke bahagian chiller, bila dah cair boleh guna. 1 kotak 900gm
boleh topping 2 biji kek . Untuk deko susah sebab jika lambat deko nanti cair
pula. Caranya: Keluarkan dari tempat beku. Biar cair jap kemudian
putar guna mixer dengan hi-speed sampai jadi (ala-ala2 kalau terbalikan mangkuk
tu whipping cream tu tak tumpah). Jangan putar lama-lama nanti ia akan cair
balik dan tak boleh guna lagi. Nak pakai defrost dan kalau ada lebihan air
toskan jap pastu pakai. Putar sampai soft (berapa minit tak pasti). Kelemahan
whipping cream ni memang tak boleh over beat. Nanti kalau diputar lagi dah tak
jadi terus dan kalau nak deko tu kena buat kat tempat sejuk-sejuk. Tapak tangan
tak boleh panas masa deko. Nanti whipping cair.
12) Bahan pengawet
Kegunaannya adalah
seupaya kek tahan lama. Antimould adalah
serbuk putih seperti baking soda/baking powder. Ia adalah bahan pengawet yang
membuat kek tahan lama. Anda boleh beli jenama potassium
sorbate atau sodium benzoate kerana
kedua-duanya adalah antimould. Untuk mencari pembekal antimould secara on-line,
taip jenisnya dan lihatlah senarainya tetapi kalau tak silap, pembekal di
Australia/US dan lain-lain tidak memberikan perkhidmatan untuk kawasan Asia
Tenggara.
13) Dough softener
Digunakan untuk
membuat roti atau donut yang lembut.
14) Yis
Secara ringkasnya, yis adalah sejenis kulat yang digunakan sebagai bahan
penaik (leavening agent) dalam menghasilkan roti. Tanpa yis, roti yang
dihasilkan akan kelihatan meleper dan keras. Ia juga digunakan untuk
membuat minuman beralkohol. Yis membiak dengan cepat. Ia boleh
menukarkan gula menjadi alkohol. Ia terlalu kecil dan hanya boleh
dilihat melalui mikroskop.
Yis aktif ketika bercampur dengan gula dan air suam (bukan air panas),
di mana ia akan menukarkan gula dalam doh kepada gas karbon dioksida,
lalu mewujudkan poket-poket atau ruang udara di dalam doh. Apabila doh
tersebut masak, yis yang ada di dalamnya akan mati. Poket-poket atau
ruang udara yang terbentuk ketika proses fermentasi tadi akan kekal,
lalu memberikan tekstur yang lembut dan 'spongy' pada roti tersebut.
Jumlah yis segera/kering selalunya digunakan separuh dari jumlah yis
segar. Bererti, jika 20 gm yis segar diperlukan, boleh diganti dengan 10
gm yis segera. Cara menggunakannya juga berbeza kerana yis segera boleh
dicampur terus ke dalam tepung manakala yis segar perlu di’naikkan’
dulu dengan mencampur bersama air suam bergula.
20 g yis basah/segar/fresh = 10g yis kering/segera/instant