Ceriakan hidup anda... Just layan lagu ary ni :)
Perkongsian catatan perjalanan suka duka kehidupan dan business - produk makanan dengan jenama 2 PUTERI yang berupa Dodol, Sos Char Kueyteow (boleh didapati di Pasaraya TESCO & MYDIN) & Cili Boh Asli (terdapat di Pasaraya TESCO). Juga perkongsian tentang kejayaan kecil tetapi amat bermakna. Perkongsian segala ilmu kehidupan dan akhirat. Semoga hari ini akan lebih baik daripada semalam & esok akan menjadi yang terbaik daripada hari ini.
Rabu, 21 Ogos 2013
Songs: Just Give Me A Reason (Pink ft Nate Russ)
Ceriakan hidup anda... Just layan lagu ary ni :)
Labels:
Songs
Selasa, 20 Ogos 2013
Resepi Hebat: Rendang Ayam Minang MeleTop 2 Puteri
Minggu-minggu ni sibuk sikit dengan membuat tempahan dan pelbagai lagi kerja yang perlu diselesaikan. Nak bukak computer pun tak sempat apatah lagi nak update blog. Rasa tired je dah.
Huh.. Tak tahu le kenapa. 'Mabuk' raya tak habis lagi kot hahah...
Ni dah berkesempatan melayari internet atas urusan kerja saya panjang-panjangkan le ke dalam blog pulak. Nak mengomel apa pun tak le tahu heh... Moh le saya kongsikan satu resepi dengan uolls kay. Lama gak kan saya tak kongsikan resepi kat sini.
Resepi yang nak saya kongsi kali ni ialah Resepi Rendang Ayam Minang MeleTop 2 Puteri yang power. Power sebab sejak sebelum raya sampai ke hari ni dah berkali-kali buat. Tak salah dah masuk 4 kali kalau Rendang Ayam Minang MeleTop 2 Puteri nih. Kalau daging pulak dah 2 kali. Sebelum raya 2 hari kot hingga sekarang baru masuk minggu ke2 Syawal. So... Agak-agak harus meleTop kebabowww kan heheh.
Nak merendang sebenarnya mudah je. Bahan je kena cukup tapi macam biasa le kalau ikut resepi saya ni kemahiran deria rasa kena tinggi. Guna seluruh pancaindera Insyaallah hidangan yang dihasilkan sure sodap punya sebab saya ni biasanya masak tak ikut sukatan.
Actually saya tak pasti le sangat ni Rendang Minang ke rendang pedas ke hapa hehe. Ler.. Udah masa belajar main belasah je tak der cikgu. Ada agak tengok buku resepi tapi tu le macam saya cakap tadi ada yang kata Rendang Minang ada yang kata Rendang Pedas so belasah je la yer hekhek... Tapi naluri saya yang hebat nih kata nih Rendang Minang. Trust your instinct no...
Moh mike salin resepi nih... Nanti buat tau ;)
RENDANG AYAM MINANG MELETOP 2 PUTERI
By: Asamgaram2puteri.blogspotGambar: Wattieshomemadecakes
Bahan-bahan
- 1 ekor ayam - agak-agak dalam 2kg beratnya
- 100ml santan
- 3 sudu makan Sos Char Kueyteow 2 Puteri
- 1/3 sudu makan kerisik
- 2 helai daun kunyit
- 2 helai daun limau purut - saya tak masukkan pun
- Garam dan gula
- 3 kuntum bunga lawang
- 1 batang kulit kayu manis
- 2 biji buah pelaga
- 6 sudu makan Cili Boh Asli 2 Puteri - akak suka pedas dikk
- 2 sudu KFC serbuk kunyit / sedikit kunyit hidup (kunyit hidup perlu dikisar dengan bahan kisar lain)
Bahan kisar halus
- 5 biji bawang merah
- 5 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 2 batang serai
- 1/3 inci kunyit hidup - jika suka (jika guna kunyit serbuk tak perlu guna kunyit hidup)
1. Panaskan minyak dan masukkan buah pelaga, bunga lawang dan kulit kayu manis hingga wangi.
2. Masukkan pula bahan kisar tadi. Agak-agak dapat dalam 4-5 senduk bahan kisar tadi tu untuk sesuaikan dengan jumlah banyaknya ayam. Biar naik bau dan jadi keperangan sebentar.
3. Sudukan 2 sudu KFC serbuk kunyit jika tidak memasukkan kunyit hidup dalam bahan kisar diikuti dengan 6 sudu besar Cili Boh Asli 2 Puteri. Jumlah Cili Boh Asli 2 Puteri boleh dikurangkan jika tidak mahu pedas. Tambah daun kunyit yang disiat kasar sebahagiannya. Ketepikan sebahagian untuk diracik halus. Sebatikan dan masak hingga pecah minyak.
4. Masukkan ayam dan perasakan dengan garam, gula secukupnya dan Sos Char Kueyteow 2 Puteri. Masak hingga ayam empuk. Gaul sekali sekala.
5. Tuangkan santan pekat mengikut jumlah kuah yang dikehendaki. Biarkan hingga mendidih sedikit.
6. Masukkan kerisik dan gaul rata. Pastikan rendang secukup rasa dan jumlah kuahnya mengikut selera uolls.
7. Sebelum ditutup apinya, masukkan daun kunyit yang dihiris halus dan daun limau purut. Kacau sebentar terus tutup api.
Wallah.. Kan mudah je tu. Main kisar semua bahan utama, pastu masak je. Tak susah mana pun. Cuma saya nak kongsilah kat sini sikit yer...
1. Jumlah bawang-bawang tu ikut pada selera uolls kay. Lagi banyak bawang lagi best tapi kena hati-hati gak kang terlebih bawang tengik baunya. So apply ikut bawang besar mendominasi bawang-bawang lain sebab ianya bagi rasa manis pada hidangan.
2. Jumlah Cili Boh Asli 2 Puteri pun ikut suka uolls nak letak. Ada yang suka pedas ada yang tak kan. Tapi tak perlu letak cili padi dah sebab ianya dah sememangnya pedas. So nak extra pedas letak pun extra. Jangan risau sebab cilinya memang terbaik so tak le bau tengik masakan nanti. Yang pasti biarkan hingga pecah minya bahan tumisan Insyaallah...
3. Daun kunyit kena dibahagiakan kepada 2 bahagian.Satu bahagian siat-siat kasar je dimasukkan diawal tumisan supaya kita dapat baunya. Manakala sebahagian lagi diracik halus dan dimasukkan dipenghujung masakan sebaik sebelum ditutup api supaya bau segar wujud dalam hidangan tu nanti. Daun limau purut hanya dimasukkan di akhir masakan supaya tidak terembes rasa pahitnya daun tu nanti kay.
4. Jumlah santan ialah mengikut jumlah kuah yang kita inginkan. Ada yang suka kering so masukkan sedikit sahaja. Kira-kira dari 1/2 biji kelapa atau 1/2 kotak. Ada yang suka berkuah boleh masukkan lebih.
5. Penggunaan kerisik juga secara minimum je. Jangan nanti bau kerisik mendominasi rendang kita pula. Tak masukkan pun boleh tetapi ada yang berpendapat kerisik membantu untuk memberi daya tahan pada rendang yang dimasak.
6. Ada Rendang Minang yang menggunakan lengkuas dan asam keping dalam resepinya. Penggunaan lengkuas harus secara minimun atau 1/2 inci untuk 2kg ayam supaya rasanya yang pedar tidak mempengaruhi rendang. Asam keping harus dimasukan diawal tumisan supaya ianya sebati dengan bahan lain. Saya tidak gemar memasukkan kedua-dua bahan ini kerana ianya jika tersilap boleh mendominasi rasa masakan kita. Tapi kalau nak selamat kisarkan asam keping tuh supaya semua bahagian dapat :)
Tu je rasanya serba sedikit yang sana nak kongsi. Alah bukan per.. Sekadar panduan untuk kita bersama heheh. Kot ada lagi nanti yang saya figure it out nanti saya tambah kay...
Labels:
Lauk Pauk,
Makan Apa 2?,
Resepi 2 Puteri,
Sauce / dipper
Jumaat, 16 Ogos 2013
Selasa, 13 Ogos 2013
Syawal: Sambutan rumah terbuka.. Elak obes / sakit dihari raya
Salam Syawal semua...
Heheh mood Aidilfitri tak hilang lagi ar. Rase malehhhh sangat nak mula kerja tapi kerja kena buat gak kang soru misss sapa nak jawab yer tak??? Hehehh.
Banyak dapat undangan rumah terbuka? Sure berbaris rumah yang nak kena pergi kan. Bestnya. Selagi ada rumah terbuka yang perlu kita pergi selagi tu le mood raya tak akan hilang kan.
Tapi dalam dok pergi rumah terbuka tu jaga-jaga le yer. Jangan le terlebih makan dan hati-hati memilih makanan yer. Maklum la makanan yang enak-enak memang menarik mata dan nafsu untuk menjamahnya tapi jangan sampai memudaratkan kita pulak yer.
Dengan ketupat, rendang, lemang, lontong, nasi tomato la, briyani la dan kuih-muih pelbagai jenis... Memang susah nak menolak. Nak pulak kalau dihidangkan dengan air-air manis yang pelbagai perisa. Lagi le bertambah sedap rasanya.
Kat sini saya nak kongsi sedikit beberapa panduan untuk kita jaga kesihatan di musim perayaan macam sekarang nih. Ala... Memang le banyak dah yang kita baca pasal nih kan tapi tak salah kalau saya kongsikan sekali lagi untuk kebaikan kita bersama :)
Pertama - Ketika berkunjung ke rumah teman dan saudara, minum lah air kosong kerana ianya zero kalori. Kalau tak pun minum sikit je air manis tu. Pastikan dalam kereta dibekalkan sebotol air kosong untuk diminum terlebuh dahulu.
Kedua - Jika rumah yang anda ingin kunjungi itu tidak jauh dari tempat anda, lebih baik berjalan kaki sahaja, kerana ianya akan membakar kalori yang kita sudah ambil sebelumnya. Nak tahu tak, dengan semangkuk mee kari yang mengandungi 530 kalori orang perempuan kena berlari selama 72 minit atau 290 minit kalau berjalan perlahan untuk membakarnya. Tu tak kira yang lain-lain lagi tu ;D
Ketiga - Melayani tetamu juga adalah satu senaman, kerana ia akan buatkan anda bergerak sentiasa, dan juga mengeratkan silaturrahim antara teman dan saudara.
Keempat - Hindari perut dari kosong, hal ini kerana jika anda makan, anda akan mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak. Jika senantiasa makan, namun ianya dalam kuantiti yang sedikit. Satu lagi petua, sebelum turun ke mana-mana destinasi rumah terbuka ke apa minum air banyak-banyak terlebih dahulu. Dengan meminum air kosong, kita akan terasa kenyang dan ini menghadkan pengambilan makanan yang berlebihan nanti.
Kelima - Niat untuk merasa. Terlalu banyak makanan yang baru anda nampak, jangan diambil dalam kuantiti yang banyak pula, kerana makanan lain anda belum lagi rasa. Oleh demikian ambil lah sedikit-sedikit sahaja setiap hidangan.
Keenam - Menilai kalori hidang. Anda perlulah kurangkan mengambil hidangan yang mempunyai lebih banyak kalori. Agak-agak je kot tak reti macam saya. Nampak yang bersantan, bergoreng atau berminyak hadkan pengambilan. Kot dapat elakkan terus lagi hebat le sangat. Jeles ai dengan orang yang macam nih heheh.
Ketujuh - Lebihkan hidangan yang berprotein tinggi, kurangkan hidangan yang berkabohidrat tinggi.
Kelapan - Makan la secara perlahan-lahan, anda tidak akan ketinggalan untuk ke rumah lain. Kot takut tak sempat ke rumah sahabat lain, ambil dalam amaun sikit heheh.
Kesembilan - Kunya chewing-gum ketika dalam perjalanan ke rumah seterusnya untuk merehatkan mulut dari memakan makanan yang lain. Ni salah satu lagi petua yang memang elok kita amalkan.
Kesepuluh - Menolak tawaran, bukan untuk melebih-lebih atau memilih. Alasan anda semestinya kenyang ataupun nak jaga kesihatan. Tapi kot susah sebab yang mempelawa tu kawan baik kita, make sure kita ambil makanan dalam amaun yang sedikit kay. Alahhh kawan kita sure tak kisah punya sebab yang penting kehadiran kita meraikan majlis dia kan...
Kesebelas - Gunakan pinggan kecil. Pinggan kecil menampakkan kita ambil makanan macam banyak walaupun sebenarnya tak pun. So dari orang kata kita pelahap sebab nampak menimbun makanan tu, sure kita akan ambil sikit yer tak secara tak langsung kita akan makan pun dalam jumlah yang kecil hahah.
Keduabelas - Jangan lama di meja makan. Kot ada tempat lain pindah le lepas makan ke tempat tu. Kalau tak pun, asah lidah bagi rajin bersembang. Hahha ni petua yang best sebab dengan bersembang banyak tanya khabar bagai kita akan kurang makan, secara tak langsung kita sihat kawan-kawan pun suka sebab kita ambil berat pasal khabar dia kan.. Kan...
Ketigabelas - Tunggu 15 - 20 minit sebelum mengambil hidangan lain. Bagi perut rehat sikit.
Keempatbelas - Rajin-rajin le lakukan senaman disebelah pagi terutama sebelum pergi ke rumah terbuka nanti.
Kelimabelas - Minum air halia bagi membantu penghadaman. Dah makan macam-macam so dengan bantuan air halia ni dapat gak le keluarkan angin dan bagi perut tu pulih sikit. Caranya.... hiris atau tumbuk sikit halia, pastu campurkan dengan air panas serta teh atau madu. Insyaallah.. Nanti kurang le rasa tak selesa perut tu.
Tu le lebih kurang serba sedikit yang saya nak kongsikan kat sini. Tapi jangan lupa yer, buat sahabat yang punya penyakit yang pelbagai tu... Jangan lupa makan ubat dan pastikan ambil makanan dalam jumlah yang ala kadar je. Kang bertambah sakit kang naya lak.
Harap-harap dari himpunan petua yang ada nih leh gak bantu kita kawal berat badan. :)
Kay... Selamat berjamuan semua :D
Labels:
Coretan Hati,
Ilmu,
Kesihatan Sejagat
Jumaat, 9 Ogos 2013
Syawal: Selamat Hari Raya Aidilfitri
SELAMAT HARI RAYA semua!!! Dah makan ketupat rendang? Wajib tu dihari raya. Kalau tak der raya terasa hambar kan... Hari ni saya tak nak komen panjang-panjang... Just nak kongsi dengan kengkawan semua lagu-lagu raya.
1) Dendang Perantau - Allahyarham Tan Sri P. Ramlee
2) Bila Takbir Bergema - Allahyarhamah Datin Rafeah Buang
3) Balik Kampung - Allahyarham Sudirman Haji Arshad
4) Satu Hari Di Hari Raya - Datuk M. Nasir
5) Seloka Hari Raya - Hail Amir dan Uji Rashid
6) Aidilfitri - Sanisah Huri
7) Suasana Hari Raya - Anuar Zain dan Ellina
8) Cahaya Aidilfitri - Ramlah Ram
9) Kepulangan Yang Di Nanti - Aman Shah
10) Selamat Hari Raya - Allahyarhamah Datin Sri Saloma
11) Musafir Di Aidilfitri - S. Jibeng
12) Salam Aidilfitri Ayahanda Bonda - Raihan fet. Hujan
13) Menjelang Hari Raya - Datuk D.J Dave
14) Nostalgia Aidilfitri - Datuk Sharifah Aini
15) Salam Aidilfitri - Jamal Abdillah
Labels:
Songs
Langgan:
Catatan (Atom)













