Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Isnin, 8 April 2013

Produk turun berat badan dan kecantikan. Pastikan tiada bahan berbahaya


Dah lama saya tek jengah laman Ondscene yang banyak menceritakan pasal kemalangan jalan raya dan tips nak selamatkan diri kalau berlaku kat kita dan kita masih dalam sedar. Dulu yang boleh terjumpa laman cik Sham kita ni masa saya cari berkenaan produk kesihatan dan perlangsingan badan. Tup-tup terjumpa laman ni yang menceritakan tentang bahaya yang ada dalam sesetengah produk yang ada dipasaran sekarang. Dengan cerita kehebatan masing-masing dalam menguruskan badan, mencantikkan kulit rupanya ada kandungan yang merbahaya untuk kesihatan kita.


Apa yang sana nak kongsi ni bukan le nak condemn mana-mana pihak. Itu hak diarang. Udah produk diarang suka hati le diarang nak buat macam mana. Kalau berhajat untuk cari rezeki yang halal buat cara yang benar-benar halal. Kalau idak dan sanggup tinggalkan nama buruk pada diri sendiri... Apa le yang mampu kita buat lagi yer tak. Tapi hak kita sebagai pengguna, orang yang keluarkan duit adalah untuk mendapatkan produk yang baik seperti yang dikatakan dan paling penting tak bahayakan kesihatan kita. Kita berhabis duit untuk dapatkan kesihatan dan kecantikan seperti yang dikhabarkan. Takkan ada yang sanggup berhabis duit untuk dapatkan penyakit kan heheh. Pelik tu kalau ada hehehe.


Dalam Ondscene ni, cik Sham kita berkongsi gak gambar-gambar yang dia ambil masa buat serbuan ke atas premis-premis yang keluarkan produk. Selalunya yang buat serbuan ni setahu saya pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tapi tak pasti cik Sham tu kerja apa. Yang saya tahu he as wartawan bebas (amboiiii rojaknya bahasa. DBP jangan saman ai pleaseeee). Wallahu'alam.


Tak kisah le apa pun kerja dia kan... Yang penting halal udah hihi. Dan yang penting tentang perkongsian dia yang boleh buka sikit mata kita tentang bahanyanya sesuatu produk walaupun kengkadang jenama humang aihhhh gah kan ke main. Kalau dengar jenama, amboi harus kita berani bertaruh yang produk hasilan diarang ni gerenti hebat. Nak pulak banyak yang cerita tinggalan warisan turun temurun, lagi le percaya kita sebab tengok si dia ni cun melecun kalah barbie doll ahaks*.


Saya ni pun bukan kebal sangat bab-bab ni. Yer la pompuan, sapa tak nak cantik kan. Nak-nak bila dah berkahwin dan beranak pinak ni lagiii le nak cantik. Muka kot boleh tak nak dah mengerutu-ngerutu cam jalan tak turap betul-betul (hagak-hagak kontraktor nak untung lebih kot hahaha). Badan kot yang ada spre tyre berbijik-bijik (banyak ooo spare tyre yang ada hahahah) kot boleh nak le buang bagi tinggal bak kerengga. Kot buat kerja cepat pancet nak le aktif cam budak-budak yang leka bermain. Korang bayangkan budak-budak kalau dapat main.... Lari, panjat, lompat berjam-jam pun tak per. So terpengaruh le jugak.


Try yang tu tak jadi, try yang ni nampak kesan. Guna lagi la kalau nampak kesan. Tapi tup tup bulan kedua dah masalah balik. Jangan kata tak berkesan, banyak pulak masalah yang timbul. Sakit kepala le, penghadaman ada problem le, jerawat makin berbukit-bukit tumbuhnya le... Isk naik risau le. Ingatkan body yang tak berapa sihat. Kot la faktor cuaca ke hapa. Nak pulak bila bersin dan berhingus je. Lagi le salahkan cuaca. Tak sedar yang kita dok ambil tu sebenarnya yang bawa masalah tu.


Ada pulak yang berani claim, produk diarang sesuai untuk kanak-kanak. Sebab nak anak sihat (Afif ada Asthma dan alah pada cuaca sejuk dia akan bersin bagai), bagi le dia cuba. Memula nampak berkesan. Suka sangat terus percaya. Lama-lama terasa something wrong. Isk apa kebenda nih.... Pikir punya pikir tak dapat jawapan. Still continue ambil sebab percaya bukan pasal produk. Bukan tak nak buat rawatan hospital. Saya ni yang tu yang lebih yakin berbanding produk luar tapi disebabkan dah pergi bahagian Asthma tapi diarang suruh tak payah kasi apa-apa ubat sebab masih baru tu yang risau. Nak guna inhaler pun diarang tak kasi suruh tunggu kalau kena serangan baru bawak pergi klinik. Ibu mana le sanggup anak sakitkan. Kalau boleh nak ganti biar kita je yang sakit tu yang bila digerenti baik untuk budak-budak terus cuba.


Bila kesihatan dah makin mudarat dan puas pikir sebab musababnya, Mr Hb kata mungkin sebab produk. Mulanya was-was gak tapi tah le tetiba rasa nak search kot tenet kot-kot betul produk yang diambil tu merbahaya pada kesihatan. Masa ni le terjumpa laman Ondscene nih. Bila baca... Baru tahu punca kitarang anak beranak sering sakit. Aduhhh apa yang dah saya buat??? Nak sihat punya pasal last-last yang dapat sakit. Rasa menyesal ya amat beb.... Sian kat anak. Dia ikut je kata kita. Naya betul. Sampai hati 'si dia-si dia' yang claim produk ni baik untuk anak-anak, juga pada kita yang dewasa ni sedangkan ada bahan terlarang dalam tu yang boleh buat kita dapat penyakit yang lebih merbahaya. Nak untung macam mana sangat sampai sanggup cari rezeki yang tak halal?? Nauzubillahiminzalik.... Jangan le kami jadi macam tu...


Rupanya, kebanyakan produk kecantikan dan kesihatan yang dijual mengandungi Bahan Kimia Sibutramine. Menurut cik Sham, sejak tahun 2010 ada lebih 20 produk pelansingan badan yang telah dirampas dan disenarai hitamkan oleh KKM sebab dikesan mengandungi bahan kimia Sibutramine ni. Ada gak yang ada kandungan Steroid yang turut mengancam kesihatan kita. Kiranya banyak yang ada bahan kimia ni yang disembunyikan dan didakwa oleh pengeluar sebagai makanan kesihatan. Seluruh dunia dah haramkan bahan kimia Sibutramine ni sebab boleh ancam kesihatan kita hingga peringkat bagi kesan tak siuman dan semput kronik. Isk... Isk.. Isk.... Geleng kepala kau bila dapat tahu... Apa lagi terus stop dan buang le apa yang ada. Tak caya dah!


Harap sangat pihak Kementerian Kesihatan Malaysia atau pihak berwajib yang lain kalau buat rampasan produk-produk yang bahaya pada pengguna untuk announce pada semua menerusi pelbagai medium yang ada supaya kesihatan orang ramai terpelihara. Yang benar lagi baik diwar-warkan bukan untuk menjatuhkan maruah pihak yang berkenaan tapi sebagai peringatan buat semua termasuk pengguna, pemilik produk dan sesiapa sahaja agak kesihatan setiap orang bukan perkara yang harus dibuat main. Kalau dah diperelokkan lepas kes buat je la press conference lepas tu. Jangan tunggu sampai dah parah baru nak dicegah dah tak der gunanya. Tolong yer... Kalau tak pun, bagi surat amaran sambil rampas stok yang ada. Lepas dibagi warning kalau masih buat lagi announcekan. Kalau sayangkan maruah, pihak pemngeluar produk mesti akan lebih berjaga-jaga sebelum buat keputusan yang memudaratkan orang ramai tak gitu. Saya pun pengeluar produk, saya tahu le perasaannya kalau maruah diri dan produk tercemar. Dah kena pun masa tolong jual produk orang tu yang tak sangka bahaya tuuuu :P


Amboiii bukan kemain diarang dakwa ada sijil KKM la, Halal la bagai. Rupanya auta je semua. Siap suruh saya jadi wakil kat Perak ni pun ada. Memang le terpengaruh sebab nampak hasilnya. Siap buat pengeluaran duit untuk modal pasarkan produk diarang. Konon-konon nak cari rezeki lebih. Boleh buat modal mantapkan lagi business kami ni. Rupanya, yang ado nama baik tercemar. Orang kata kita tipu pulak. Duit pun melayang. Allah je tahu geramnya saya. Patut la bila minta Sijil KKM diarang berdolak dalih rupanya ada sebab.... Kot-kot rasa nak tipu jangan le libatkan orang lain. Buat sendiri. Ni tak nayakan orang buat per. Ingat rezeki yang macam tu halal ke. Memang le terlepas kat dunia ni tapi agak-agak kat akhirat camner? Itu yang saya cukup takut dan mintak dijauhkan Allah dari berlaku pada kami. Aaamiin.


Sebenarnya kes ni dah lama berlaku. Dalam tahun lepas. Sejak dari hari tu terus stop ambil sebab bila baca tulisan cik Sham ada persamaan dengan apa yang kami alami. Baki-baki yang dok buat jualan pun terus saya buang. Rugi ribu-ribu gak ler tapi nak buat macam mana kalau dah bukan rezeki. Lagi baik daripada bahayakan orang lain yer tak. Dulu tak tahu mungkin bukan salah kita sebab kita pun mangsa tapi kalau dah tahu dan tetap nak teruskan... Isk... Tak sanggup tanggung dosa you... Ai nak rezeki yang halal je tau. Baik teruskan dengan produk sendiri sekurang-kurangnya kita tahu elok ke tidak dan paling penting kita yakin rezeki yang akan kita peroleh adalah Halal.


Tujuan saya kongsikan kat sini sebab saya tahu ramai lagi yang mengamalkan pelbagai jenis produk-produk yang macam ni kan. Kalau dah baca ni hati-hati lah yer. Kalau nak ambil juga buat research sikit. Kalau boleh minta surat, sijil atau nombor rujukan seperti nombor rujukan KKM ke apa. Saya pun ambil satu tapi kali ni produk ni keluaran luar negara dan dijual di lebih 80 negara seluruh dunia. Keluaran sejak tahun 80an, produk ni turut menaja ramai athlete terkemuka dalam pelbagai bidang sukan. So rasa yakin le sikit. Makan tu nampak le perubahannya tapi kena stop jab, pitih dok maghi lagi hehehe. Kena bekorban sikit untuk kejayaan kelak heheh.


Nak tahu pasal Sibutramine ni baca kat MedlinePlus Drug Information ada le cerita pasal bahan kimia ni. Ok ni saya kongsi kesan bahan kimia Sibutramine ni kat orang yang terambilnya yer:

  • Sakit kepala (headache)
  • Perubahan selera makan (change in appetite)
  • Sembelit (constipation)
  • Pedih ulu hati (heartburn)
  • Mulut menjadi kering (dry mouth)
  • Badan menjadi lemah (weakness)
  • Sakit belakang (back pain)
  • Gemuruh (nervousness)
  • Kesukaran tidur (difficulty falling asleep or staying asleep)
  • Selsema/hidung berair (runny nose)
  • Simptom mirip selsema (flu-like symptoms)
  • Kepanasan (flushing)
  • Sakit semasa haid (painful menstrual periods)


Some side effects can be serious. The following symptoms are uncommon, but if you experience any of them, call your doctor immediately:

  • Degup jantung menjadi kencang (fast or pounding heartbeat)
  • Sakit dada (chest pain)
  • Sesak nafas/pernafasan menjadi pendek (shortness of breath)
  • Mual (nausea)
  • Sakit perut (stomach pain)
  • Muntah (vomiting)
  • Keseronokan yang melampau (extreme excitement)
  • Resah (restlessness)
  • Gelisah (anxiety)
  • Tertekan/murung (depression)
  • Pening (dizziness)
  • Kepala terasa/menjadi ringan (lightheadedness)
  • Pitam (fainting)
  • Keliru (confusion)
  • Pergerakan diluar kawalan (uncoordinated or abnormal movement)
  • Kekejangan otot (muscle stiffness)
  • Tangan mengeletar tanpa dapat dikawal (shaking hands that you cannot control)
  • Sawan (seizures)
  • Menggigil (shivering)
  • Peluh berlebihan (excessive sweating)
  • Demam (fever)
  • Sakit tekak (sore throat)
  • Anak mata mengembang/membesar (large pupils (black area in center of eyes)
  • Penglihatan berubah (change in vision)
  • Sakit mata (eye pain)
  • Ruam (hives)
  • Iritasi kulit (skin rash)
  • Kegatalan (itching)
  • Kesukaran bertutur, bernafas atau menelan (difficulty speaking, breathing, or swallowing)
  • Suara serak (hoarseness)
  • Bengkak di muka, tekak, lidah, bibir, mata, tangan, kai, buku lali atau bahagian bawah kaki (swelling of the face, throat, tongue, lips, eyes, hands, feet, ankles, or lower legs)
  • Lebam atau pendaraham luar biasa (unusual bleeding or bruising)

Hati-hati la yer.. Untuk kesihatan kowang dan keluarga juga :)

Khamis, 4 April 2013

Perihal Asam Jawa, khasiat dan petua untuk kesihatan & kecantikan


Asam jawa atau celagi ialah sejenis pokok saka malar hijau yang mana pokok matang boleh mencapai ketinggian sehingga 25 meter yang menghasilkan buah asam untuk kegunaan masakan harian di Malaysia. Nama latin bagi asam jawa ni ialah Tamarindus indica Linn manakala nama daerah pula Tangkal asam; Acem; Celagi. Rekod dan sejarah menunjukkan yang ibu negeri Senegal diberi nama ‘Dakar’ dalam bahasa tempatan yang bermaksud “pokok asam jawa”. Pokok asam jawa adalah tumbuhan semula jadi di benua Afrika. Pokok ini diperkenalkan ke negara-negara di Asia melalui pedagang-pedagang Arab yang datang singgah ke Asia Tenggara. India ialah negara yang mempunyai tanaman dan ladang asam jawa yang paling luas di dunia. Didapati sebanyak 250,000 metrik tan asam jawa dihasilkan setiap tahun seluruh dunia dimana 65% dihasilkan di India.

Pokok asam jawa mempunyai pelbagai gelaran dan nama tempatan. Nama lain bagi asam jawa adalah Asam, Asam Jawa, Asam Kemal, Asam Kuning (Melayu); Indian date, Sweet Tamarind, Tamarind (English); Anbli, Ambli, Chinh, Imalii, Tamarulhindi (India), Da Ma Lin; Loa Wang Zi (China), Bakham Somkham (Thailand), Me chua (Vietnam); Sempodok (Filipina), Tamarindo (Jepun); dan Khaam, Kok mak Kham (Laos).


Asam jawa merupakan sejenis ramuan masakan yang terkenal dikalangan masyarakat Melayu. Biasanya asam jawa akan dilarutkan ke dalam air dan hanya airnya digunakan dalam masakan. Hampasnya pada kebiasaannya dibuang. Pokok asam jawa sebenarnya merupakan tumbuhan anugerah Tuhan yang mempunyai pelbagai guna. Selain digunakan dalam masakan, asam jawa juga boleh dimakan begitu sahaja ataupun dengan ditambah dengan gula. Selain itu asam jawa juga digunakan secara tradisional bagi mengubat batuk dan perit tekak. Pucuk muda mentah atau yang telah dicelur, dimakan dengan budu, cencaluk, sambal belacan atau pencecah lain dengan nasi. Buah muda asam jawa yang dikupas kulit dan ditumbuk kasar atau diracik kecil, dicampurkan dengan sambal belacan, sesuai dimakan dengan nasi. Rasa buah asam jawa adalah masam-masam manis manakala daunya berasa sedikit kelat dan masam.


Kandungan kimia: Buah mengandung vitamin A; zat gula; selulosa; asam-asam yang terikat oleh kalium; tartrat; gula invart; pektin.

Khasiat: Laksan; Analgesik; Diaforitik; Laksatif


Kegunaan

Buah asam jawa mempunyai dua jenis iaitu asam jawa yang manis dan yang masam. Kandungan utama dalam asam jawa ialah asid, gula, vitamin B dan kandungan kalsium yang tinggi. Kegunaan asam jawa dari segi perubatan tidak boleh dikira banyaknya. Untuk tujuan komersial didapati asam jawa dijadikan asas bahan penyejuk dalam ubat demam dan sebagai julap bagi mengatasi masalah perut kembung. Sama ada dimakan begitu sahaja atau dicampur dengan jus limau, madu atau susu, asam jawa amat berkesan dalam mengatasi masalah penghadaman, penyakit hempedu dan kekurangan vitamin C (skurvi). Amalan ini juga telah terbukti secara klinikal di beberapa negara seperti di India. Asam jawa biasanya dijadikan jus minuman yang dicampur dengan air gula sebagai minuman segar terutama di Malaysia, Thailand dan Indonesia serta negara tropika lain.

Antara kegunaan lain asam jawa ialah:

1) Asam jawa juga digunakan sebagai sapuan untuk mengurangkan kesakitan akibat keradangan. Ia juga digunakan untuk berkumur-kumur bagi mengurangkan sakit tekak.

2) Caranya adalah dengan mengambil sedikit garam dicampur ke dalam air asam dan kemudian ia boleh digunakan sebagai sapuan bagi melegakan sakit sendi.

3) Daun asam jawa sama ada yang kering atau yang telah direbut boleh digunakan untuk merawat bisul, bengkak sendi dan terseliuh. Losyen atau ekstrak daunnya pula boleh digunakan bagi merawat sakit mata, sebagai antiseptik, merawat cirit-birit, jaundis, sakit kulit dan buasir.

4) Kulit pokok asam jawa, jika digoreng dengan garam dan dikisar lumat boleh digunakan sebagai penawar ketakcernaan dan kolik. Air rebusannya digunakan dalam kes radang gusi, lelah dan sakit mata. Losyennya boleh digunakan pada kudis dan ruam ulat bulu.

5) Tepung daripada biji asam digunakan untuk merawat bisul.

6) Kulit buah yang dicampur air masin amat baik digunakan untuk mencuci dan mengilatkan barangan perak, tembaga dan loyang.

 

Petua kesihatan dan kecantikan menggunakan asam jawa


1) Menghilangkan parut pada wajah
Bancuh asam jawa bersama sedikit air sepekat yang mungkin dan tampal keseluruh muka. Biarkan ianya mengering barulah dicuci muka menggunakan air bersih.

atau

Campurkan pes asam jawa bersama minyak zaitun. Sebatikan kemudian sapulah ke kulit wajah. Biarkan selama 15 minit barulah dibasuh menggunakan air suam panas supaya terbuka pori-pori wajah. Kemudian bilas pula menggunakan air yang sedikit sejuk supaya pori wajah tertutup kembali. Lakukan rawatan selama 3 kali seminggu, Insyaallah parut akan hilang.


2) Penjagaan suara
Bancuh asam jawa bersama segelas air. amalkan dengan meminum airnya setiap hari.

3) Untuk turunkan berat badan
Air asam jawa elok diamalakan setiap hari untuk membuang lemak dalam badan dan memberi kesegaran tubuh dengan cara ambil sebuku asam jawa dan ramas dalam segelas air. Amalkan selepas makan tengah hari dan makan malam. Kalau tak suka suam, boleh buat dengan air dari fridge atau lepas diramas tu simpan sekejap dalam peti ais, lepas makan baru ambil dan minum.


4) Demam panas/demam
Bagi anak-anak kecil yang kadang-kala mengalami demam panas ambillah segenggam asam jawa yang kemudiannya diramas di dalam semangkuk air. Kemudian air tersebut dilumurkan di atas kepala bayi anda sambil disertakan selawat . Biasanya saya akan sapu ke seluruh badan seperti yang Allahyarhamah nenek lakukan. Insyaallah badan akan lebih selesa dan panas akan berkurangan.

5) Sakit perut 
Ambillah segenggam asam jawa yang kemudiannya diramas dan disapukan air tadi di perut dan kemudian biarkan seketika sebelum dibilas dengan air yang bersih. Cara ini sesuai diamalkan oleh kanak-kanak dan orang dewasa.

6) Sakit asma
Bagi yang sakit asma pula rebuslah dua (2) potong kulit asam jawa dengan satu (1) liter air sehingga ia mendidih kemudian ditapis. Minumlah air rebusan tersebut sebanyak dua (2) kali sehari.

7) Batuk/Perit tekak
Selain itu asam jawa juga digunakan secara tradisional bagi mengubat batuk dan perit tekak. Caranya dengan mengambil air asam jawa, dicampurkan bersama gula dan air. kemudian ditapis, minum seperti biasa.


8) Luka/Bisul
Manakala daun muda asam jawa juga boleh ditumbuk lumat dan ditampal untuk mengubati penyakit reumatisme, luka dan bisul.

9) Alergi/Biduren
Ambillah 2-3 golong buah asam jawa yang telah tua, garam secukupnya, 1/4 senduk kapur sirih. Caranya semua bahan tersebut direbus dengan 3 gelas air sehingga mendidih hingga tinggal 2 gelas dan disaring. Kemudian diminum dua (2) kali sehari, pagi dan petang.

10) Bengkak disengat lipan atau lebah
Sediakan 3-5 biji asam jawa dan minyak kayu putih secukupnya. Biji asam jawa tadi ditumbuk halus. Kemudian bahagian yang bengkak itu dibersihkan terlebih dahulu dengan kain dan dibasahkan kain tersebut bersama dengan minyak kayu putih. Selepas itu taburkan atau tempelkan bahan tersebut diatas bahagian anggota yang bengkak.
11) Kesakitan masa haid
Ambil asam jawa dalam 1 ruas ibu jari; kunyit 1 jari; Air mendidih 100 ml, ramas dan minum pagi dan petang, setiap kali minum 100 ml ya.
12) Menghilangkan jerawat
Campur bedak sejuk dan asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan di muka dan di tempat jerawat. Insyaallah, jerawat akan beransur hilang.


13) Melembutkan kulit wajah yang kasar/Haluskan kulit wajah
Campurkan bedak sejuk, asam jawa, serbuk kunyit serta sedikit air. Sapu dan gosok perlahan-lahan pada muka selama beberapa minit sebelum mandi. Kemudian cuci dengan air suam. Lakukan setiap hari. 

atau

Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepung ubi. kacau sehingga ia menjadi larutan pekat. Pupurkan kepada muka yang telah dibersihkan. Biarkan ia mengering lebih kurang limabelas minit. Selepas itu barulah dibilas.

14) Kulit cerah/kuning
Campurkan asam jawa dengan tepung bagi sebati. Agak-agak le yer banyak mana korang nak. Pastu korang lumurkan campuran tersebut kat kulit (better kat badan je ok). Tapi wanita India sapu kat muka jugak untuk bagi kulit muka cerah tau. Kalau dah rasa kering baru basuh 


15) Menghilangkan bau kaki
Sediakan sebesen air dan campurkan segengam asam jawa dan dua sudu garam. Rendam kaki yang bermasalah dan gosokkan celah-celah jari kaki dengan asam jawa. Selain dapat menghilangkan bau kaki, ia juga boleh menghilangkan masaalah ulat air atau gatal-gatal di kaki.



16) Rambut gugur
Campurkan air asam jawa dan santan dalam satu bekas. Masukkan beberapa kuntum bunga-bungaan yang wangi seperti bunga kenanga. Lumur rambut dengan campuran ini dan biarkan selama beberapa minit. Bilas dengan air besih. Amalkan selalu dapat mencegah keguguran rambut disamping menjadikan rambut harum seperti bunga. 


Selasa, 2 April 2013

Sekolah Menengah Kebangsan Gunung Rapat... Terkenang semasa duluuu



Dahhh 2 April yer ary ni. Rasa sekejap sangat masa berlalu. Gedebuk gedebak dah masuk 4 bulan kita tempoh tahun 2013 ni. Eh semalam 1 April is April Fool Day kan. Heheh ada sesapa yang terkena, mengena atau takder kena mengena heheh. Tak lama lg


Teringat zaman persekolahan dulu terutama masa belajar di Sekolah Menengah Gunung Rapat, Ipoh. Perghhhh naik risau beb kalau esok 1 April. Memasing menjadi-jadi. Ada je yang penuh dengan idea mengenakan orang. Isk isk.... Tak tahu le kot masih ada yang amalkan lagi ke tak. Tapi saya pun masa kat situ je yang dok rajin sambut. Bila dah pindah ke sekolah lain dah tak lagi. Mungkin pengaruh kengkawan tu yang 'jadi baik' dah hahah. Tapi nostalgia gak le kalau tengah tidur tetiba ada je muka yang kena conteng, kaki kena ikat dan pelbagai lagi. Boleh gelak sensorang kalau layan kenangan lama hihi.


Saya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Rapat (dulu SMGR sekarang SMKGR) ni tahun 1990. Masuk atas tawaran ke Program Rancangan Khas masa tingkatan 1. Kiranya kami generasi kedua pelajar-pelajar dari jauh yang masuk belajar di sini. Tahun sebelumnya dibuka untuk pelajar-pelajar dari asrama desa di Pasir Panjang Ulu, Batu Kurau dan Lenggong dan pelajar-pelajar Rancangan Khas. Sebelum-sebelum tu cuma pelajar-pelajar local je yang belajar di situ. Sekolah ni pun sebenarnya tak le lama mana dibuka. Tahun 1984 dia ditubuhkan. Masa saya darjah 1 hihi. So perkembangan sekolah ni lebih kurang sama dengan perkembangan saya je la baru belajar heheh. Tapi sekarang jangan nak cakap le. Dah capai tahap yang amat-amat membanggakan terutama pada saya bekas pelajar terpilih di sana (perasan youuuuu).


Dengan anugerah yang diterima oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Rapat sebagai sekolah harian terbaik di negeri Perak, mana tak bangga. Dah le terkenal sebagai Sekolah Sukan Negeri Perak (Akedemi Sukan Negeri (ASN) sejak dulu dan juga telah terpilih untuk untuk menjalankan Projek Tunas Cemerlang Olahraga yang dibiayai oleh Majlis Sukan Negara (MSN). So memang balance le kan. Akademik A++, sukan pun A++ bangganya.





Dulu masa baru bukak tahun 1984 cuma ada 6 bilik darjah je yang merangkumi 3 kelas untuk pelajar peralihan dan 3 kelas lagi untuk pelajar tingkatan 1. Tahun 1985, bilangan kelas bertambah kepada 12 buah dan bilangan guru bertambah kepada 23 orang. Tahun 1986 pula, 2 blok pasang siap telah dibina. Sesi persekolahan diimplementasikan dalam 2 sidang iaitu sidang pagi dan sidang petang. Saya dulu rasanya 3 bulan je kot rasa belajar sessi petang (masa form 1) pastu bila bangunan sekolah satu lagi siap dibina semua diserap masuk ke sessi pagi. Lagi best hihi. Kot tak sedih je bila tengok kakak abang dapat balik ke rumah lepas habis persekolahan diarang untuk start cuti semester ke apa. Kita yang sekolah petang tinggal le beberapa jam dulu kat sekolah sebelum turut balik. Sedih sangat masa tu bila kena tinggal. Sob sob...


Pertama kali pelajar kat sini mengambil peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) ialah pada tahun 1986. Pada tahun berikutnya iaitu pada tahun 1987, kelas tingkatan 4 aliran sastera dimulakan. Tahun 1988, buat pertama kalinya pelajar SMKGR menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pada tahun 1998, SMKGR telah mencapai kejayaan yang cemerlang dalam keputusan PMR dan SPM. Dalam tahun yang sama juga, sekolah ini telah dinaikkan taraf ke sekolah gred A. Dewan sekolah ini telah mula dibina pada tahun 1999 dan mula digunakan untuk pelbagai aktiviti pada tahun 2001. Jadi tak le lagi kena beratur kat padang tengah panas tiap hari hehe. Kekadang sampai basah tiak kena berjemur lelama kalau ada apa-apa acara yang perlu kami berkumpul reramai. 

 
Ambil dari SMGR Asgura album's


SMKGR telah dianugerahkan Keputusan Pencapaian tertinggi Daerah Kinta PMR dan SPM. Pada tahun 2002, SMKGR sekali lagi mengekalkan kecemerlangan akademik dan menerima Anugerah Gemilang Akademik SPM dan PMR bagi kategori Sekolah Menengah Bandar. Pada tahun 2005, SMKGR telah dianugerahkan "Anugerah Sekolah Lima Bintang".

Anugerah Sekolah

ANUGERAH / PENGIKTIRAFAN PIHAK YANG MEMBERI TAHUN DIPEROLEHI
Sekolah Kluster KPM 2007
Cemerlang PMR 2004 JPN Perak 2005
Cemerlang PMR 2004 PPD Kinta 2004
Cemerlang Kelas Rancangan Khas 2003 JPN Perak 2004
Cemerlang PMR 2003 JPN Perak 2004
Cemerlang Peningkatan Berganda Pencapaian Semua 'A' SPM 2004 JPN Perak 2004
Cemerlang Pencapaian 100% SPM 2003 JPN Perak 2003
Anugerah Gemilang Akademik Kategori Sains Dan Teknologi PPD Kinta 2003
Kualiti PMR SM Bandar JPN Perak 2002
Tertinggi SPM 2000 JPN Perak 2001
Gemilang Akademik SPM SM Bandar (PMR) JPN Perak 2001
Tertinggi PMR 2000 JPN Perak 2001
Pencapaian Tertingi SPM 2000 JPN Perak 2001





Pencapaian Akademik

Pencapaian PMR 2000-2004
Analisis Mata Pelajaran PMR 2000-2005 (%)
MATA PELAJARAN 2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006
BAHASA MELAYU 100 100 100 100 100 100 100
BAHASA INGGERIS 97.6 99.5 99.5 97.0 98.0 98.0 99.57
SEJARAH 99.5 100 100 100 99.5 99.5 99.57
GEOGRAFI 99.5 99.5 100 100 100 100 99.57
BAHASA CINA 100 100 100 100 100 100 100
PENDIDIKAN ISLAM 100 100 100 100 100 100 98.29
MATEMATIK 100 98.5 100 100 98.5 98.5 99.13
SAINS 100 100 99.5 100 100 100 99.13
KEMAHIRAN HIDUP PILIHAN 1 100 100 100 100 100 100 100
KEMAHIRAN HIDUP PILIHAN 2 100 100 100 100 100 100 100

Pencapaian SPM 2000-2005
Analisis Mata Pelajaran SPM 2000-2006 (%)
MATA PELAJARAN 2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006
BAHASA MELAYU 99.4 100 100 100 100 100 100
BAHASA INGGERIS 91.6 94.3 95.3 98.2 95.31 98.86 99.33
PENDIDIKAN ISLAM 100 96.8 100 100 99.29 100 98.23
PENGAJARAN MORAL 98.5 100 100 95.1 100 97.73 94.44
SEJARAH 92.1 94.9 95.9 92.9 96.68 97.29 97.32
MATEMATIK 91.6 95.5 93.5 94.7 94.79 94.29 95.30
SAINS 98.8 98.9 100 100 100 100 100
KESASTERAAN MELAYU 88.0 66.7 80.0 - - - 100
PENDIDIKAN SENI 100 100 100 100 100 100 100
MATEMATIK TAMBAHAN 84.4 86.9 84.6 76.2 84.21 84.93 84.92
PERDAGANGAN 86.3 98.4 94.1 97.3 95.65 96.55 100
PRINSIP AKAUN 66.7 86.2 84.0 56.2 87.14 88.89 93.55
EKONOMI ASAS 92.9 95.3 86.4 70.0 90.0 83.69 78.57
REKA CIPTA 100 100 100 100 100 100 100
FIZIK 95.3 98.6 100 100 98.58 100 100
KIMIA 98.1 97.9 100 94.6 97.87 100 99.04
BIOLOGI 98.9 100 98.6 98.8 100 99.07 100
BAHASA CINA 100 100 100 100 100 100 100
SAINS SUKAN - - - 100 95.7 100 100
TASAWWUR ISLAM - - - 100 100 100 100
PENDIDIKAN ISLAM & ASSUNNAH - - - - - 100 -
PENDIDIKAN SYARIAH ISLAM - - - - 92.73 100 -
EST - - - - - 100 100
BAHASA ARAB TINGGI - - - 100 - 100 -
BAHASA ARAB KOMUNIKASI - - - 100 - - -


Paling membanggakan bila pada Mac 2007, SMKGR telah mencipta sejarahnya yang tersendiri apabila diiktiraf sebagai "Sekolah Kluster Kecemerlangan" bagi kategori sekolah harian oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Pada tahun 2008 pula, SMKGR telah dijadikan sebagai Sekolah Sukan Negeri Perak. Kalau tak salah sebelum tu beberapa tahun stop jab sebelum diiktiraf semula tahun 2008 tu lah.. Wallahu'alam... Itu seingat saya le sebab saya pun bukan ingat sangat hihi.Yang saya ingat masa saya belajar tahun 1990 atau 1991 masih sekolah sukan. Justeru, pelbagai alatan dan kelengkapan sukan mula dibekalkan kepada sekolah ini. Antaranya ialah dengan pembinaan sebuah stadium mini dan juga trek sintetik yang telah siap pembinaannya pada Jun 2010. Kalau nak tengok pencapaian SMKGR dalam bidang Ko-kurikulum dari tahun 2004 - 2007 pulak boleh lawat SMGR.net.




Pada tahun 2009, SMKGR telah dianugerahkan "Anugerah Cemerlang PMR 2009" bagi kategori Pencapaian Sekolah Terbaik Daerah Kinta Utara oleh Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Utara.  


Lagu sekolah baru SMKGR

LAGU SEKOLAH 
 SMGR sekolah kitaMencapai hidup yang berjayaIlmu suluh jiwa ke arah mencapai cita mulia 
*Kejayaan kita di persada duniaTekad setinggi gunungAnyamkan impian tepiskan godaanSemai semangat waja
*Khazanah pendidikan dijunjungMaju terajui wawasanJati diri tonggak impianBersendi Rukun Negara 
Agama jadi landasanPedoman insanKupohonkan keberkatanPadaMu Tuhan. 
Ulang rangkap *.


Lagu Ciptaan : Alfred Wong
Penulis Lirik: Hasmida bt. Mohd Jan & Noraini bt. Baba


Seingat saya le kan.. Dulu lagunya cam nih (yang ingat je mampu ditulis. Ngengada je kan nak tulis hikhik tak sedor pale otak dah makin karat heheh)


Kami pelajar SMGR
Berikrar dan berjanji
Menjaga dan mengekal
Nama baik sekolah ini

Kepada SMGR
Kami tumpahkan setia
Ilmu suluh jiwa
Pedoman bagi kami semua

Dibidang pelajaran
Kami tetap berusaha
Menjaga, mengekal (dah tak hengat hahah)


Ahad, 31 Mac 2013

Bihun Goreng Sayuran Pedas 2 Puteri


Dah agak lama gak tak masuk entry. Sebenarnya jadual agak padat tu yang tak sempat nak masuk. Selesai kerja malam dah terasa malas pulak nak bukak computer. Hari ni gagahkan diri lepas check order untuk update. Maaf yer sahabat semua. Agak kusam blog ni beberapa hari nih.


Sekarang ni cuaca dah makin panas kan. Lepas hujan pun masih berpeluh kita dibuatnya. Macam saya yang tinggal di Bukit Merah ni lagi le terasa kalau cuaca panas dan hampir nak kemarau ni sebab boleh tengok air tasik yang semakin kering. Kalau boleh rajin-rajin le minum air suam yer supaya tak jatuh sakit. Saya ni pun pantang kalau panas sangat. Sakit kepala ni makin menjadi-jadi. Dah berbotol air suam diminum tapi sakit kepala tak berkurangan pun. Makan pil tahan sakit pun macam tak jalan je. Tapi tak pe la, dah berumur nih pandai-pandai sendiri le kan nak jaga kesihatan. Yang tengah dok risau ni anak-anak. Cukup punya susah nak suruh diarang minum air suam. Nak dapat segelas pun cukup punya susah. Kalau lebih lagi le payah. Cam ner la nak buatkan diarang ni amalkan minum air suam. Puas bercakap tak dihiraunya diarang.


Esok dah mula bersekolah semula. Lega rasanya. Kalau tak tiap hari dua-dua beradik asyik tanya bila nak sekolah bila nak sekolah. Letih sungguh nak jawab. Terang panjang lebar pun masih tak faham-faham. Sib baik cuti seminggu jer. Kalau lebih maunya tercabut mulut menjawabnya heheh. Apa pun syukur sangat sebab dua-dua rajin ke sekolah. Nak harap kami suami isteri mengajar memang tak le pandai mana. Takat refer pada buku latihan yang berlambak kat rumah ni je la. Tapi step-step yang paling sesuai harus cikgu gak yang terorkan. Kami takat bantu apa yang termampu je la.


Hari ni saya tak masak menu yang istimewa pun untuk Mr Hb. Takat Bihun Goreng je. Panas-panas ni memang maleh nak duduk dapur lelama. So masak sesuatu yang mudah cukup lah. Mr Hb pun tak cerewet so lega le sangat. Anak-anak jangan tanya le memang selalunya saya tak masak apa pun untuk diarang. Kalau diminta baru le saya masak sebab kang tak dimakannya kalau pepandai je kita masak tanpa diarang minta. Susah gak le sebab kena standby je. Penat dah nak ajar supaya jangan cerewet tapi tu le budak-budak nih. Memang tak makan saman hihi. Agak-gak ibu ayah kecik-kecik dulu pun camni kot. Tapi Bihun Goreng tak risau sangat. Kalau masak untuk diarang pun harus diarang makan sebab yang ni diarang tak berapa cerewet sangat. Kalau masak Bihun Goreng Singapore harus diarang setuju je. Tapi jangan banyak lah. Kang tak habis pulak.


Kat rumah ni kalau menggoreng bihun, harus 2 versi. Satu Bihun Goreng versi putih yang tak pedas untuk anak-anak. Satu lagi versi pedas dan gelap sikit. Yang itu untuk Mr Hb dan saya. Saya kalau masak Bihun Goreng harus nalar punya banyak. Budget-budget 1 bungkus 1/2 kot untuk kami yang cuma 4 orang ni makan. Banyak kan... Makan sampai lebam tu tema kitarang kalau masak Bihun Goreng heheh. Tapi harus habis gak tau sebab dari lunch sampai dinner kitarang bedal heheheh. Tu yang lebam tu hehehe. Tah le cam ada something je kat Bihun tu buat rasa nak makan berkali-kali. Isk camner nak diet koi.... Buruk lantak ghupanya hehehe.


Kali ni saya kongsikan resepi Bihun Goreng Sayuran Pedas 2 Puteri ok kot. Bihun Goreng versi anak-anak nanti-nanti saya kongsikan pulak. Insyaallah... Janji nih :) Ok lah jom kita tengok resepi Bihun Goreng Sayuran Pedas 2 Puteri cara saya yer.... Harap-harap kalau ada yang nak cuba tu puas hati lah yer :) Ok jom...


BIHUN GORENG SAYURAN PEDAS 2 PUTERI

By: Asamgaram2puteri

Bahan-bahan:
  • 1 bungkus 1/2 bihun - rendam dalam air sebentar. Air biasa je tak payah panas-panas
  • 1 biji tauhu - goreng sebentar & hiris nipis. Ketepikan
  • 3 ulas bawang merah - kisar
  • 1 ulas bawang putih - kisar
  • 1 biji bawang besar - kisar 
  • 3 sudu besar Cili Boh Asli 2 Puteri
  • 7 sudu besar Sos Char Kueyteow 2 Puteri - ikut suka yer. Mr Hb suka gelap sikit
  • 2 sudu makan stok ayam
  • Isi ayam - didadukan agak-agak sejari
  • 6 ketul fishball - potong 4
  • 1 ketul fishcake - hiris nipis
  • Kobis - hiris nipis
  • Carrot - hiris memanjang nipis-nipis
  • Sayur sawi 
  • Taugeh
  • Tomato - hiris serong nipis
  • Telur
  • Sedikit air
  • Garam dan gula
Caranya
1.  Rendam bihun dalam air biasa sebentar. Ketepikan.

2. Goreng tauhu sehingga masak. Bila siap biarkan sejuk dan hiris nipis. Ketepikan.

3. Tumis bahan kisar hingga keperangan. Guna minyak goreng tauhu tadi pun tak per. Masukkan Cili Boh Asli 2 Puteri bersama sedikit garam kasar dan tumis hingga garing.

4. Tuang Sos Char Kueyteow 2 Puteri, stok ayam, sedikit air (agak-agak nak bagi rata ke ayam je yer), isi ayam, fishball, fishcake, garam dan sedikit gula. Gaul sebati dan biarkan ayam masak seketika.

5. Masukkan bihun yang direndam tadi bersama sedikit air. Agak-agak yer airnya jangan sampai terlebih pulak. Kang lembik jadinya. Selalunya saya letak secawan 1/2 dulu. Kalau nampak agak keras saya masukkan sikit lagi. Gaul sebati.

6. Agak-agak bila dah sebati dan bihun goreng tadi pun dah cun, buat satu lubang kat tengah-tengahnya. Ala-ala kawah gitu dan pecahkan le telur kat tengahnya. Tunggu beberapa minit. Bila nampak dah masak dalam 90% telur tu kacau-kacau dulu bagi jadi cam omlett. Dalam masa nak tunggu telur tu masak masukkan sayur-sayuran segala macam tu yer. Bila telur nampak agak masak dalam 90% baru gaul sebati semuanya. Sejurus sebelum tutup api masukkan taugeh dan tomato.


Ok dah siap. Simple kan tapi kalau rajin buat pulak bawang goreng dan cili potong... Ha.. Yang simple jadi masyuk beb. Tu yang kena buat nalar punya banyak hehehe. Makan pulak dengan ayam goreng dan keropok ikan heheh. Satu je yang saya ubah dalam resepi ni iaitu masa masukkan telur tu heheh. Kan per saya selalunya buat omelett dulu. Tak sekalikan dengan bihun sebab pada saya telur kuning putih nampak lebih cun berbanding dengan telur yang ada cili-cili kat kelilingnya. Lagi pun mudah sekali buat je untuk anak-anak dare ni makan juga.

Kalau guna lebih sikit Sos Char Kueyteow 2 Puteri camni le jadinya warna Bihun Goreng tu tau. Tak gelap sangat tapi warna camni Mr Hb suka. Yang merah dia tak layan. Tu sebab kot jadi tokey Sos Char Kueyteow 2 Puteri hahaha

Bihun Goreng versi anak-anak... Putih je tapi sedap. Nanti saya kongsi resepinya kay


Rabu, 27 Mac 2013

Funny Jokes: Burung


Pada suatu hari ada seorang kanak-kanak bernama Musa masuk ke sebuah kedai burung. Dia sangat teruja melihat setiap seekor burung yang ada. Penjual tertarik melihat gelagatnya.

Penjual: Adik, dari tadi pak cik melihat adik kusyuk membelek burung.

Musa: Yer pak cik. Saya suka tengok gelagat burung.

Penjual: Ada ke yang adik nak beli?

Musa: Ada pak cik.

Penjual: Adik nak burung apa?

Musa: Emmm... Angry Bird ada jual tak?

Penjual: ...................


2 Puteri: Dasat pengaruh si Angry Bird yer... Hehhehe


Sumber: Majalah Mastika

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...