Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sabtu, 17 November 2012

Mydin Hypermarket Manjoi... Kami datang kembali. Maafkan kami :)


Alhamdulillah, semalam selamat menghantar Sos Char Kueyteow 2 Puteri kat Mydin Hypermaraket Manjoi.


Sebenarnya dah lama gak stok habis kat pasaran Mydin tu. Tengok date 'out of stock' tu 22/10/12 tu hari. Isk isk isk... Dah dekat 1 bulan baru dapat order. Mak ooi cam ner le teman nak berniaga cam nih hisss... Kalau yang pergi mencari camner? Kesian lak diarang.


Teringat sahabat Fb, Kak Uteh (sis Kamilia Ibrahim) tu. 2 kali pergi Tesco Ampang cari Produk 2 Puteri (Sos Char Kueyteow 2 Puteri & Cili Boh Asli 2 Puteri) tapi dua-dua kali hampa. Ada gak dia mengadu kat saya. Mulanya saya pelik gak sebab baru je hantar. Tak sampai seminggu. Sahabat-sahabat Fb lain pun camtu gak. Baik kat Kelanatan, Kedah dan Ipoh. Isk... What happen??? Cuak beb takat satu leh le mak tahan nih dekat 5 dah camner. Tak masuk lagi kat Taiping. Huuuuu risau... Memang risau.


Mula tu ingat ada masalah le kat DC diarang. Terus le kitarang call tanya. Tapi diarang kata ok tak der sebarang masalah. At last 1 minggu kemudian baru tahu yang stok dah habis. Hihih nak buat camner. Ikut agreement order/penghantaran dibuat hanya seminggu sekali je. Itu yang masalahnya.  Jadi walau dah seminggu habis, penghantaran kedua dibuat lepas 2 minggu sebab dalam agreement kitarang cakap 1 minggu lepas dapat order baru leh buat penghantaran. Kan per mula-mula dulu takut hihihi. Sekarang baru tau... :)


Tapi kes kat Mydin nih lain sikit. Sebabnya kalau Tesco Store diarang dah advance. Semua guna sistem. So follow sistem, tak ada masalah sangat Insyaallah. Mydin nih masih sistem manusia. Jadi memang bergantung pada pekerja ler untuk semua-semua urusan. Jadinya kena rajin call tanya khabar ahaks*.


Tapi apa pun Alhamdulillah dah selamat sampai dan harap-harap dah ada le kat rak hari ni. Jangan sangkut lagi seminggu dua macam kat Mydin Hypermarket Meru Raya udah le. Sedih mak dikkk. Sob sob......


Kami dapat tahu ada gak yang guna Sos Char Kueyteow 2 Puteri untuk berjualan. Antaranya yang stall kat Mydin Hypermarket Meru Raya tu... Jadi kalau tak der kat rak camner agaknya??? Isk jangan kata rezeki kitarang sangkut, rezeki orang pun kacau jadinya. Itu yang saya tak sanggup tu. Kesian orang yang susah payah nak cari rezeki. Disebabkan masalah sikit nih habis tergugat. Harap-harap lepas ni tak jadi dah masalah macam nih.


Kami harap sangat produk kami dapat berterusan kat Hypermarket semua tu sebab-sebab macam ni lah. Kalau boleh nak sangat jadi macam Jalen, Kipas Udang, Maggie dan lelain yang otai tu...

Produk 2 Puteri memang terbaikkkkk ;)

Khamis, 15 November 2012

Kuih Bakar Sagu Biji


Salam Tahun Baru semua (tahun Hijrah yer hihih). Cuti-cuti nih apa lagi memerojek kat dapur le dari pagi sampai petang. Dari breakfast Lempeng Kelapa dengan Durian. Lunch Ikan Goreng Salut Sambal 2 Puteri cicah Sambal Kicap BerSos Char Kueyteow 2 Puteri dengan Terung Bersambal 2 Puteri. Memang ler banyak kerjanya. Petang lak tunaikan Mr Hb punya request Bubur Kacang Berdurian. Sambil tu dah alang-alang ada Biji Sagu untuk buat Bubur Kacang tu, saya ambil kesempatan le untuk buat Kuih Bakar Sagu Biji. Resepi-resepi yang lain tu Insyaallah nanti saya kongsikan kay...


Ha... Kuih Bakar Sagu Biji.... Resepi best ni adalah perkongsian sahabat di My Resepi, Kak Fida. Memang best resepi ni sebab saya dah buat beberapa kali.


Orang baru di arena ni macam saya memang terharu ler sesangat bila berjaya but kuih bakar yang best ni. Resepi yang Kak Fida kongsikan ni memang menjadi dan sedapppp. Sebelum ni beli jer kat kedai kalau teringin nak makan kuih bakar. Tapi selalunya kalau kat kedai tu jenis biasa jer... Kuih bakar pandan atau kuih bakar lemak jer. Tapi yang ni lain dan best.... Kuih Bakar Sagu Biji.


Sejak kenal resepi nih baru le saya tahu sagu biji ni boleh dibuat kuih bakar hehehhe. Kalau tidak idak ler teman tahu yong....


Teringat masa kecik dulu tengok nenek buat kuih bakar sure guna api atas bawah. Guna dapur kayu. Atas loyang tu dilapiknya tin pastu letak dengan bara api dari sabut dan kayu. Lepas siap saya yang tak sabar nak makan sebab keraknya rangup sangat. Best betul makan panas-panas. Sekarang orang dah tak buat macam tu. Guna oven jer. Jadi orang baru macam saya dapat ler jugak belajar buat sebab dah mudah. Janji resepinya tepat macam resepi ni. Memang confirm menjadi beb...


KUIH BAKAR SAGU BIJI

By: Kak Fida, My Resepi
Hasil: 1 loyang 8"-9"


Bahan-bahan
  • 300g sagu biji
  • 200g mentega/margerin
  • 170g gula pasir/gula merah - saya guna gula pasir. Hasilnya warna kekuningan cantik
  • 3 biji telur
  • 150g tepung gandum - campur bersama
  • 1 sudu kecil baking powder - campur bersama
  • 1 susu kecil esen vanilla
  • 1/2 sudu kecil garam

Caranya

1. Rendam sagu biji dalam air penas mendidih selama 30 minit. Tapiskan. Rendam sebentar dalam air dingin selama 5 minit. Tapis.

2. Mentega, gula dan telur dikacau rata. Masukkan garam dan essen vanilla. Kacau lagi.

3. Masukkan campuran tepung dan baking powder tadi dan kacau lagi hingga sebati.

4. Masukkan pula sagu biji dan kacau sebati.

5. Tuang dalam acuan yang disapu mentega. Bakar selama 45 minit hingga 1 jam pada suhu 160C menggunakan api bawah. Lepas tu tambah 5-10 minit tapi tukar api atas sahaja untuk hasilkan kerak dibahagian atas kuih bakar tadi.


Dah siap. Mudah jer kan. Sedap tau hasilnya. Cubalah :)


Rabu, 14 November 2012

Salam Maal Hijrah 1434. Mari Berdoa Awal & Akhir Tahun

Salam Maal Hijrah 1434. Moga tahun-tahun yang mendatang memberikan seribu kebaikan dan keberkatan kepada kita sekeluarga. Aaamiin - 2 Puteri, Asamgaram2puteri


************************************************

‘Doa Akhir Tahun’ dibaca tiga kali tatkala menjelang berakhir tahun baru Islam, boleh dilakukan sesudah Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib di hari terakhir bulan Zulhijjah, sama ada pada tarikh 29 atau 30 Zulhijjah sesuatu tahun tersebut.

Dengan doa ini, kita memohon agar ketika akan mengakhiri perjalanan setahun yang bakal ditinggalkan, moga akan mendapat keampunan daripada Allah SWT atas segala perbuatan kita yang dilarang oleh-Nya; Dan jika dalam tahun yang akan ditinggalkan, terdapat amal perbuatan yang kita lakukan diredhai oleh Allah SWT, maka mohon supaya amal soleh tersebut diterima oleh Allah Ta’ala.


Dengan izin Allah, sesiapa yang memabaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa selama setahun terbelakang.
.
.
Video Doa Akhir Tahun



*****

‘Doa Awal Tahun’ dibaca ketika menjelang masuknya tarikh 1 Muharam. Doa ini adalah rentetan daripada ‘Doa Akhir Tahun’ yang telah dibaca di penghujung waktu Asar hari terakhir pada 29 atau 30 Zulhijjah tahun sebelumnya.

Doa Awal Tahun boleh dibaca tiga kali yang dilakukan selepas Maghrib, sesudahnya ataupun pada malam 1 Muharam. Dengan doa ini kita sebagai Mu’min, memohon kepada Allah SWT agar dalam memasuki tahun baru ini, kita dapat meningkatkan amal kebajikan dan ketaqwaan kepada-Nya.
.
.
Berikut adalah Doa Awal Tahun:



Fadilat Doa Awal Tahun adalah membenteng diri dari gangguan syaitan. Sesiapa yang membaca doa ini, InsyaAllah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun mendatang
 .
.
Video Doa Awal Tahun




Sumber: shafiqolbu.wordpress

Selasa, 13 November 2012

Doa: Untuk Melembutkan Hati Anak Degil


Baru balik dari majlis kenduri adik, otak buntu nak bercerita. Hihihi. Dah beberapa hari menghilang kan... Brain nih dah penuh dengan nasi kenduri kot hahhaha. Tak pe la. Sian gak pada kengkawan yang sudi bertandang kat sini. Lagi pun dah janjikan dulu nak update selalu. Janji harus ditepati andai berdaya.BNak update cita kat umah mak tak dapat. Kita guna handphone murah je dikkk. Lak call, leh massage cukup la hihihi. Insyaallah sok sok saya kongsikan cerita yer. Sehingga tu meh kita tengok satu Doa yang elok dibaca jika ada anak yang ter'degil' sikit. Heheh nama pun budak-budak tak degil tak sah tapi takut gak dibuarkan kang melarat naya.



Doa yang sesuai untuk lembutkan hati anak yang keras. Insyaallah dengan izinNya anak-anak akan kembali lembut dan mendengar kata. Insyaallah...




Cerita Lucu: Ubat Anti Gempa




Di satu kaki lima yang sibuk di sebuah kota , terdengar seorang penjual ubat sedang mempromosikan ubat jualannya.

Penjual ubat : Mari! Mari! Abang, adik, kakak, makcik, pakcik! Saya ingin memberitahu anda semua sesuatu. Sebentar lagi bandar ini akan dilanda gempa! Sekiranya anda semua mahu selamat, cubalah ubat saya ini! Nescaya anda tidak akan merasakan gempa bumi itu walau sedikit pun! Saya telah menjualnya di merata pelosok dunia dan setakat ini tiada yang merungut tentang kesahihannya! Cubalah! Bandar ini bakal dilanda gempa pada tepat jam 11.30 pagi nanti!!

Orang ramai yang lalu lalang di situ pun terpinga-pinga mendengarnya. Oleh kerana ada yang percaya apa sahaja boleh berlaku dalam dunia hari ini, mereka pun tanpa was-was berduyun-duyun membeli ubat anti-gempa tersebut.

Jam sudah hampir 11.30 pagi. Semakin ramai yang berkerumun untuk membeli ubat tersebut. Dalam ramai-ramai itu adalah seorang pakcik yang tergesa-gesa membelinya kerana waktu gempa sudah semakin hampir. Pakcik itu dan mereka yang lain pun terus memakan ubat tersebut untuk mengelak dari merasakan gempa bumi yang bakal berlaku.

Jam sudah menunjukkan pukul 11.30 pagi.. Satu minit berlalu...dua minit berlalu.....hingga minit yang ke sepuluh, pakcik tadi pun berteriak kepada penjual ubat itu.

Pakcik : Eh! Dah lama dah ni! Mana gempanya? Awak tipu kami ya?

Penjual ubat : Haa! Kan betul apa saya kata! Pakcik tak merasakan apa-apa gempa pun kerana memakan ubat saya! Itu menandakan ubat saya sangat mujarab!!

Pakcik : ????

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...