Perkongsian catatan perjalanan suka duka kehidupan dan business - produk makanan dengan jenama 2 PUTERI yang berupa Dodol, Sos Char Kueyteow (boleh didapati di Pasaraya TESCO & MYDIN) & Cili Boh Asli (terdapat di Pasaraya TESCO). Juga perkongsian tentang kejayaan kecil tetapi amat bermakna. Perkongsian segala ilmu kehidupan dan akhirat. Semoga hari ini akan lebih baik daripada semalam & esok akan menjadi yang terbaik daripada hari ini.
Khamis, 25 Oktober 2012
Selamat Hari Raya Aidil Adha & Kesihatan Kami
Selamat menyambut hari raya AidilAdha buat semua. Moga bergembira di hari mulia ini.
Dalam kegembiraan nak sambut hari raya ni kami sekeluarga tak sihat le pulak. Masing-masing batuk, selsema. Aduhai rasa kurenggg sikit jadinya. Tapi raya tetap diteruskan hihihi. Ketupat lemang dan siap dimeja, tinggal nak buat rendang pulak lepas ni. Alah sediakan rencahnya saja dulu. Esok baru masak hihihi. Insyaallah nanti ada-ada masa saya kongsikan resepinya. Nak masak terus malas le pulak sebab badan tak berapa sihat. Tak sabar nak berehat je.
Tak sihat ni sebab 'down' sebab ada yang complain tak jumpa Sos Char Kueyteow 2 Puteri kat pasaraya Tesco kot heheh. Sebenarnya semalam lepas dapat berita tak enak tu terus kitarang call pegawai kat Tesco. Tapi dikatanya ikut rekord semua dah dihantar. Jadi kitarang dengan semangatnya terus ke Tesco Taiping. Kebetulan kat sini pun tak der jadi mudah le nak usha bila ada apa-apa masalah.
Tapi bila dah sampai dan cari sana sini tetap tak der. Apa yang dah jadi? So kitarang pun tanya le pada pegawai yang handle bahagian 'Produk Malaysia Citarasa Kita'. Bila di rujuk pada sistem memang ada. Jadi dia pun tengok le pulak kat store diarang tapi tak der. Iskkkk lagi.
Ini kalau tak settlekan cepat camner kitarang nak tengok perjalanan produk. Camner nanti kalau pihak Tesco kata produk kitarang tak laku sedangkan kat pasaran pun tak der. Isk isk isk... Masalah-masalah...
Tadi masa Mr Hb hantarkan Cili Boh Asli 2 Puteri dia ada cuba settlekan masalah tu. Tapi katanya nanti diarang check. Entah le harap-harap betul-betul le diarang check dan settlekan le segera. Tapi, Alhamdulillah juga sebab bak kata Mr Hb sib baik cawangan Tesco Taiping pun tak der, mudah gak kitarang nak usha dan usahakan apa yang patut. Kalau tak entah le..
Banyak juga cabaran yang kitarang dapat, tapi Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya cuma kerja kena lebih le sikit hihihi. Dugaannnnnn.
Alhamdulillah hari ni baru dapat tahu yang ada gak tempat yang dikatakan tak der tu bukan sebab tak dihantar. Tapi sebabnya DAH HABIS heheh. Sudah hati akak dikkk. Yang tahu pun sebab dapat order baru tadi. Kat situ ada tulis kat mana yang nak kena hantar balik. Syukur Alhamdulillah. Tapi yang kat Taiping tetap masalah yang sama... Dalam sistem ada tapi tak sampai kat cawangan. Insyaallah by next week kitarang cuba selesaikan mana yang patut. Moga-moga selesai le nanti. Aaamiin.
Lagi satu leganya sebab Mydin Hypermarket Terminal 2 Seremban dah mintak order baru. Insyaallah next week kitarang antar sekali dengan yang kat Tesco punya. Untuk Mydin Hypermarket Gopeng yang baru nak bukak tu pun dah dapat order. Alhamduillah... Syukur sangat-sangat.... So maknanya kat Perak ni tambah satu lagi cawanganlah yer. Dah masuk yang ketiga selain dari Mydin Hypermarket Meru Raya dan Mydin Manjoi. Syukur Alhamdulillah... Tu le dahsyatnya Mydin ni. 2012 terus tiga cawangan diarang bukak kat Perak ni.
Terima kasih semua yang dah cuba produk 2 Puteri. Baik yang dah dapatkat kat Mydin ataupun yang dah dapatkan kat Tesco. Pada yang belum, cubalah. Insyaallah berbaloi dan menepati citarasa kowang.
Selamat Hari Raya Aidil Adha semua.....
Rabu, 24 Oktober 2012
Nugget Kacang/Kacang Goreng Tepung/Kacang Botak 2 Puteri
Hari nak kongsikan satu resepi. Snek untuk dijamu untuk tetamu semperna Hari Raya AidilAdha nanti. Tapi sekarang nak jamu tekak jab sebab tengah berpiluan sebab Sos Char Kueyteow 2 Puteri tak sampai lagi kat Tesco. Ramai yang dah bertanya. Pening kepala nak menjawab.
Resepi yang best saya dapat dari My Resepi yang sesuai untuk hari perayaan atau masa-masa lain pun boleh gak sebab senang jer nak buatnya adalah Nugget Kacang. Saya tak ingat milik siapa resepi ni sebab saya ambil ni tahun lepas lagi. Dah banyak kali buat pun.
Nugget Kacang atau ada yang panggil Kacang Botak ni memang sedap dimakan tak kira bila-bila masa pun. Tak payah tunggu musim perayaan pun ok sebab memang mudah sangat nak sediakannya. Sedap lak tu. Ni kalau makan sambil menonton ni harus tak sedar tup tup dah licin sebalang kau. Hehehhe... Nak pulak masa tengah sedih macam ni lagi le tak sedar hihi.
Dulu masa sekolah rendah saya pernah buat dengan ibu saudara, Siti Aminah K.S Mohammed untuk berjualan. Tapi masa tu kita tukang goreng dan tukang timbang jer. Bab lain dia yang handle so tak tahu ler apa bahan dan sukatannya. Memang laku sungguh Nugget Kacang ni masa berjualan dulu. Seingat saya kerap gak kitarang projekkan Nugget Kacang ni.
Nasib baik masa skodeng resepi kat My Resepi tu saya terjumpa resepi ni. Terus buat you walau masa tu bukannya masa perayaan pun. Anak-anak pun suka dengan Nugget Kacang ni.
Heheh... Last year saya pun pernah buat jualan Nugget Kacang ni. Laku sangat. Memang kena buat selalu. Tapi sekarang dah stop sebab nak kena tumpu lebih kepada penghasilan produk 2 Puteri saya. Untuk raya tahun ni salah satu hidangan yang saya buat adalah Nugget Kacang ni.
Senang jer kalau uolls nak buat. Sempat lagi la walaupun baru nak buat malam raya nanti. Jom tengok resepinya.
Nugget Kacang 2 Puteri
By: Sahabat My ResepiHasil: Sebalang
Bahan-bahan
- 500g kacang tanah
- 1 biji putih telur
- 1 1/2 inci halia - saya kurangkan sebab tak mahu bau halia lebih sangat
- 5 ulas bawang putih
- 1 cawan tepung beras
- 2cm serbuk cili - saya gantikan dengan 1/2 sudu besar Cili Boh Asli 2 Puteri
- 1 cawan air
- 4 biji cili padi - jika suka. Saya tak masukkan pun
- Gula dan garam secukup rasa
Caranya
1. Tumbuk halia, bawang putih dan cili padi.
2. Pukul telur putih dengan garfu sekejap.
3. Campur semua bahan kecuali kacang. Gaul rata.
4. Masukkan kacang, biar sebati.
5. Goreng atas api kecil hingga masak. Selalu kacau agar tak melekat.
* Untuk kacang tak melekat, tambah 1 sudu minyak dalam adunan.
Haaa... Dah siap. Bila udah sejuk masukkan dalam bekas kedap udara. Agak-agak esok nak raya masih sempat buat lagi ni. Mudah jer kan ;)
Pening Kepala Nak Menjawab... Cik Tesco Tolong Le Teman Ni..
Hari ni ramai sahabat yang mengadu puas cari produk Sos Char Kueyteow 2 Puteri kat Tesco tapi tak der. Isk macam mana leh jadi macam tu. Nampaknya kena call pegawai yang incharge le jab gi. Pening teman nak menjawabnya. Leh stress oooo. Sian pun ada sebab susah payah diarang gi cari last-last hampeh.
Lama wooo gi hantar tu hari. Masuk esok dah 2 minggu dah hantar. 2 minggu bersamaan 14 hari. 14 hari bersamaan 840 jam. Jadi takkan tak sempat nak agihkan? Treller banyak kat sana. Aduh... Aduh...
Yang peliknya kat Tesco Ipoh, Tesco Kota Bahru dah sampai. Tesco Kota Bahru lagi dahsyat, agak-agak baru je 2 hari tengok ada kat Tesco Ipoh dah masuk order baru untuk dihantar ke Kota Bahru lagi.
Camner nak jelaskan. Penat beriklan jadi cam ni pulak. Harap-harap esok gi hantar Cili Boh Asli 2 Puteri diarang tak le simpan lelama jugak kat gudang. Kalau jadi juga tambah pening le teman huuuu.
Labels:
2 Puteri,
Coretan Hati,
Tesco Store
Selasa, 23 Oktober 2012
Bahan Masakan: Buttermilk
| Buttermilk??? Apa tu????? Susu campor butter ker??? |
Itu ler saya. Mula-mula mengenal nama buttermilk dulu saya ingatkan campuran butter dengan susu hihih. Selama hidup tak pernah tahu pun apa dia. Lepas ditengok-tengok resepi barulah tahu yang jauh panggang dari api hahaha. Lepas tu bila ke pasaraya baru le mata terpandang kotak buttermilk ni. Kot tak tak pernah nampak.
Tinjau punya tinjau baru le tahu yang Buttermilk adalah produk komersial susu dibuat dengan menambahkan kultur (biasanya bakteri asam laktat) ke dalam susu rendah lemak (pasturised milk), menyebabkan ia masam dan menebal setelah didiamkan selama 12 – 14 jam di bawah suhu rendah (69F). Penghasilannya pula ada yang bergaram dan ada juga yang tidak bergaram. Tapi kebanyakkan buttermilk yang dijual mengandungi garam. Memiliki rasa tajam mirip dengan yoghurt dan bertektur lembut. Buttermilk biasanya memiliki kandungan lemak mentega kurang dari 2%. Ia lebih pekat dari susu tapi tak le sepekat krim. Ala-ala lemak berkrim je hihih. Daripada 1 gelen susu yang diproses hanya dapat menghasilkan 1/2 pint buttermilk je. Isk isk... gitu yer.
Sebenarnya buttermilk ni bukan senang nak jumpa kat mana-mana pasaraya. Yang terpilih je sebab jenis tak tahan lama. Jadi jangan nak berangan le nak cari kat kedai runcit belakang rumah tu hihihi. Kat pasaraya pun ada sesetengah tempat je yang jual.
![]() |
Kat sini ada beberapa kaedah buat buttermilk kalau sukar sangat nak jumpa kat pasaraya terdekat. Antaranya
Cara Pertama :
![]() |
1 cawan susu
1 sudu besar jus lemon
Campurkan kedua-dua bahan tersebut dan biarkan selama 5 ~ 10 minit. Dah siap menyediakan buttermilk yang mudah. Gunakan lah ia mengikut jumlah yang diperlukan oleh resepi.
Cara Kedua:
1 cawan susu
1 sudu besar cuka makanan
Campurkan kedua-dua bahan tersebut dan biarkan selama 5 ~ 10 minit.
1 sudu besar cuka makanan
Campurkan kedua-dua bahan tersebut dan biarkan selama 5 ~ 10 minit.
Cara Ketiga:
250 ml susu cair
1¾ sudu makan cream of tartar
atau
1 cawan susu
2 sudu teh cream of tartar
Campurkan kedua-dua bahan
tersebut dan biarkan selama 5 ~ 10 minit.
Cara Keempat:
Menggunakan Krim Tenusu / Dairy Wipping Cream ~ Heavy Cream
atau Thick Cream atau Double Cream atau Dairy Whipping Cream. Cari yang halal yer ;) Antara jenama yang sering jadi pilihan Anchor, Emborg, Payson Breton.
Gambar dari sis Azlita Aziz, fromintankitchen
Putar Krim tenusu / Dairy Whipping Cream (Heavy Cream atau Thick Cream atau
Double Cream atau Dairy Whipping Cream) hingga ia kental. Proses ini sama
seperti kaedah penyediaan krim. Teruskan memutar sehingga ia akan mencair semula,
dan terpisah 'seperate'. Hasil dari pengasingan ini menghasilkan
butter (yang berupa gumpalan berwarna kuning pucat) dan buttermilk (cecair yang
putih-kekuningan).
Cecair yang putih-kekuningan
itulah buttermilk dan boleh digunakan dalam
pembuatan kek yang memerlukan buttermilk. Pepejal kuning yang terhasil
pula
adalah butter. Jangan pulak buang bila tengok buttermilk yang terhasil jadi berbuble. Buttermilik rasa seakan susu basi kerana kemasamannya sebab itu
tak tahan lama kalau beli yang kotak. Tapi jangan pandang pada rupanya... Pandang pada hasilnya, kek yang guna buttermilk akan jadi lembut, gebu dan hmmm yummy.
Kalau dah Malas Nak Campur-campur:
Buttermilk juga dapat diganti dengan yoghurt atau krim masam
dengan jumlah yang sama hihihi....
Antara hidangan yang terhasil menggunakan buttermilk dalam resepinya adalah Kek Red Velvet yang glamor tu... Kalau guna untuk membuat pancake... Boleh dilihat tekstur pancake yang dihasilkan lebih
lembut, empuk, sponggy, fluffy dan moist tanpa menggunakan lemak yang banyak. Macam magic. Tak caya??? Jom kita cuba sesama ;) Lain-lain hidangan pulak Cream Cheese Buscuit, Chocolate Banana Oat Muffin, Baked Buttermilk Chicken dan lelain.
Labels:
Beginner Baker,
Glosari Masakan,
Ilmu
Langgan:
Catatan (Atom)
























