Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Selasa, 4 September 2012

Rural Business Challange & Petua Kejayaan Syarikat


Tu hari dalam seronok sambut kemerdekaan satu berita sedih telah singgah kat pendengaran kami. Memang dah agak dah tapi sentap le jugak hati ni masa dengar announcement yang PM kita buat dalam Perhimpunan Janji Ditepati yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam lepas Merdeka tu. Heheh dah kebah dari kesedihan kat hati ni baru tulis. Takut masa tulis nanti meraung pulak heheh.


Alah.... Announcement pasal pemenang Rural Business Challange yang dianjurkan oleh KKLW tu. Yang pemenang terbesar yang buat Telur Asin tu... Isk kitarang punya le berharap tapi tak pe mungkin bukan rezeki kitarang kot. Allah dah janjikan yang lain yang lebih baik lagi Insyaallah.


Contoh sampul surat

Tapi tu le, sekurang-kurangnya dapat le surat dukacita awal-awal tak le kita berharap sangat. Ni tak langsung. Mungkin sekarang punya polisi dah tak payah bersurat dukacita dah. Mungkin surat tu hanya untuk interview je kot utuk yang lelain tak payah dah. Heheh agak je aaa sebab semua orang tahu lepas gi interview kalau dapat surat nipis bertulis Urusan Seri Paduka Baginda tu tahu le kandungannya surat dukacita le heheh. Tapi ikut pengalaman saya sejak menjak berbisness ni memang tak pernah dapat surat dukacita le atas segala macam permohonan yang ditolak. Main faham sendiri je kuang kuang kuang...


Kira dahsyat gak ler KKLW dapat buat penelitian dalam tempoh less dari 1 bulan. Bukan sikit rasanya orang buat permohonan tu. Masa gi hantar sendiri kat ibu pejabat KKLW tu hari pun saya bertembung dengan 3-4 orang lagi. Sebelum dan selepas tu entah berapa ramai lagi. Dengan nak raya lagi... Isk cepat sungguh. Sapa kata kakitangan kerajaan malas kerja? Tengok less than 1 month untuk semua permohonan yang masuk. Tapi malam pengumuman pemenang tu tak le pulak dinyatakan berapa ramai yang apply. Patutnya ada le supaya leh kita tengok berapa ramai yang alert dengan benda-benda macam ni.

Tarikh tutup 3hb, raya 19 & 20hb, announce 31hb...... Cepat tu

Tak pe la dengan kemasukan ke Pasaraya Tesco nanti terubat gak le dukacita dihati nih heheh. Cuma mula tu pening sikit cam ner nak buat penghantaran. Kot guna van harus tak sempat bertolak satu body luruh ke tanah. Tak leh jalan heheh. Berat beb nak supply lebih 30 cawangan Tesco satu Malaysia. Bawak lak 2 barang Sos Char Kueyteow 2 Puteri ngan Cili Boh Asli 2 Puteri. Bukannya ringan. Maunya pancit van tuh.


Mula tu pikir nak sewa je dulu sementara nak ada kemampuan beli lori, tapi my dear cousin cakap lagi untung upah syarikat transporter barang yang betul-betul. Sekurang-kurangnya ada insuran. Eh eh la... Betul gak.... Sib baik ada pandangan luar yang bernas. Leh try tanya kat diarang nanti berapa diarang charge...

Agak-agak cam ni tak jadinya nanti van kitarang kalau angkut produk ke Tesco nanti... Heheh

Pasal building bangunan tu kena bersabar sikit la.. Insyaallah nanti akan diusahakan juga supaya dapat satu bangunan kilang yang lebih baik. Bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah. Jadi kena banyak-banyak berkorban le.


Untung pada sesapa yang dapat bantuan kerajaan terutama para siswazah baru tu. Banyak bantuan untuk diarang nak memulakan sesuatu perniagaan tak macam kami. Memang tergapai-gapai le sendiri. Dengar kata belum tubuhkan syarikat lagi dah ada bantuan untuk diarang. Isk tak ke bagus sangat tu... Kami ni dah tubuh syarikat lama dah pun dan rekod perkembangan syarikat yang terbukti berjaya pun masih tak dilayan. Jadi satu je pesanan saya buat adik-adik siswazah yang nak buat perniagaan ni... Kuatkan tekad dan usaha bersungguh sungguh. Dengan bantuan yang diberikan jangan persiakan. Laksanakan apa yang dirancang hingga berjaya. Sebabnya kalau belum bukak syarikat dah ada bantuan, kalau dah berjaya bayangkan le... Agak-agak apa lagi leh dapat. Kerajaan memang jaga korang tau tak macam kami yang tak pandai atas kertas peperiksaan tapi masih tetap berusaha nak survive dalam hidup dan keluarga. Memang payah beb. Nak buktikan macam mana lagi pun tak tahu le baru nak dipandang. Itu pandangan peribadi saya le lepas dengar pasal bantuan sebelum bukak syarikat untuk siswazah tu.


Mungkin kami kurang nak sertai kursus kat mana-mana. Tu yang tak de sesapa nak pandang. Sebabnya segala kursus tu kena bayar. Kami lak memang kurang berkemampuan dalam bab ni sebab nak dahulukan modal so tak le sertai kursus sangat kecuali yang dianjurkan oleh Jabatan Pertanian Daerah. Tu pun kalau terpilih sebab percuma jadi ramai yang nak sertainya. Lagipun kebanyakakan kerja dilakukan oleh kami suami isteri sebab nak jimat kos tenaga kerja. Jadi kalau sorang tak de susah le sikit. Insyaallah nanti kalau ada rezeki lebih dapat le gajikan lagi pekerja. Tapi tu pun kalau dah tak mampu dilaksanakan oleh staf kami yang ado. Nak berjaya kena banyak pengorbanan dibuat. Tu yang kebanyakan kerja kami yang kena turun padang. Tenaga kerja yang ada guna sepenuhnya supaya bertepatan dengan hasil yang dapat. Insyaallah takat ni kami 4 orang berjaya gak le hantar ke merata-rata produk kitarang termasuk ke Mydin. Dan Insyaallah lepas ni ke Tesco pulak.


Jadi kesimpulannya kalau nak berjaya, tekad kena tetap. Ambil satu cara untuk tetapkan apa yang kita nak buat sekarang. Macam kami suami isteri nekad untuk berikan kehidupan yang terbaik untuk anak-anak. Itu tekad kami. Nak berniaga ni memang banyak cubaan dan dugaannya terutama yang tak berijazah macam kami ni. Pengorbanan harus dilakukan. Bukan sikit-sikit tau. Kadang kala ujian yang datang tu buat rasa nak surrender je. Cari kerja lain. Tapi bila tekad dah tanam dalam minda dan hati kita Insyaallah. Renung muka anak-anak terus semangat balik.


Apa saja dugaan dan cubaan yang dihadapi serah balik kepadaNya. Allah yang suratkan pada kita segala macam dugaan dan cubaan ini. Hanya Dia yang tentukannya. Kita adalah hamba yang digerakkan olehNya dengan belas ikhsanNya. Insyaallah dengan ayat ni hati kita akan rasa tenang kembali dan hasrat untuk berusaha tu datang kembali.


Selalu-selalulah bercakap atau berbincang hal-hal positif untuk masa depan perniagaan kita. Insyaallah walau ada ranjaunya sekarang, nanti akan dapat kita atasi juga... Insyaallah.


Sedih memang sedih tapi dengan ayat diatas tadi Insyaallah kita akan bangkin semula. Percayalah.....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...