Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Selasa, 31 Julai 2012

Rural Business Challange




Last week my dear cousin call cakap yang Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW) tawarkan skim geran buat belia yang nak berniaga atau yang dah berniaga macam kami ni. Pergh... tengok tarikhnya isk nak kena speed nampaknya siapkan segala macam paper work untuk diserahkan pada KKLW nanti. Closing date 3 Ogos ni... Tinggal beberapa hari jer lagi. Thanks yer sebab inform kitarang. Almaklumlah kami ni sibuk memanjang kadang-kadang termiss satu dua berita penting macam ni.


Saya pun yang baru pulang dari berniaga terus bukak internet dan printkan segala information yang ada. Dengan speed yang capai 130km/j (heheh cam bawak kerata ler pulak sib baik tak kena saman sebab dah lebih speed limit heheh), keesokan harinya kitarang call dulu dengan pihak KKLW tentang apa yang boleh diminta dalam geran tu nanti. Almaklumlah kalau dah berhajat benar ni memang takut kang tersalah minta tak dapat pulak. Geran tu pulak diberikan pada hanya yang berkelayakan sahaja. So akan ada tapisan dan sempadan ler harusnya. Lain-lain aktiviti diketepikan sementara waktu kerananya. Tu pasal yang tak der lama kat sini. Semalam jer baru curi masuk jab sebab baru selesai...


Yang ditawarkan bantuan geran untuk pembelian bahan mentah dan mesin. Tapi kami ni memerlukan sebuah bangunan kilang dan sebuah lori.



Bangunan yang kitarang ada ni sempit sikit jadinya memang tak leh masuk ramai staff. Mana nak letak barang lagi. Tu hari pun pihak Kementerian Kesihatan dah cakap bab lain kitarang lulus untuk apply GMP (Good Manufacturing Practise) tapi bab building sikit susah huhuhu. Jadi kami dapat sijil bawah Akta Makanan 1983 : Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2990; Peraturan Pendaftaran Premis Makanan. Alhamdulillah. Tapi kami nak dapatkan pengiktirafan GMP dan HACCP (Hazard Analysis Critical Control Point) supaya boleh pamerkan logo-logo berkenaan ke atas produk kami supaya customer lebih yakin akan kebersihan yang kami amalkan dalam mengeluarkan produk Sos Char Kueyteow 2 Puteri dan Cili Boh Asli 2 Puteri. Nak dapat bukan senang dikkkkk.


Berbalik pada RBC tu... Lepas call baru lega sikit hati kami sebab dibolehkan minta apa sahaja janji ada alasan kukuh. Nanti diarang akan nilai boleh bagi ker tidak. Mulanya kitarang dicided nak tinggal kat Kepong sebab dah usha flatted factory kat sana. Memang mengidam sangat.

Gambar milik meruperdana.blogspot


Malam tu sebabkan ada hal kitarang ke Taiping Sentral lepas berbuka. Masa singgah jab layan anak yang nak makan ice cream pakcik Mat Donat (McDonalds) terpandang booth jualan rumah di Meru Perdana 2 oleh pihak Dominant Star (anak syarikat Emkay). Kat situ ada gak jualan kedai pejabat 2 tingkat. Masa tu terpikir lak yang tak salah kalau try submitt kedai pejabat ni. Mana ler nak tahu rezeki sebab teringat cadangan pegawai kat KKLW supaya kitarang cari di Ipoh sahaja. Lagi pun kedai pejabat tu terletak antara kawasan bandar dan kapung sure tak susah nak cari pekerja nanti,. Insyaallah. So kami decided kalau ada rezeki (hendaknya) kami akan tinggal di Ipoh, if not... Pikir kemudian heheh.


Paginya Mr Hb ke pejabat jualan lori Hino pulak untuk usha lori kat sana dan minta sebutharga. Nak minta lori sama sebab dengan pengangkutan yang baru ni boleh ler kami kembangkan perniagaan kami. Takat kilang jer baru tapi kenderaan pengangkutan dah reput camner nak berjualan kan.. So try submit dedua kot ada rezeki Insyaallah.. Dapat ler apa yang kami hajatkan. Aaamiin.

Image milik mth.com

Sementara tu saya prepare kertas kerja seperti yang diperlukan. Mulanya tu pening gak sebab dah lama tak buat. Tapi bila dah dapat momentum akhirnya semalam baru siap. Sekarang tinggal nak lampirkan apa yang patut jer nanti. Alhamdulillah :).


Insyaallah Khamis nanti kitarang akan bergerak ke Putrajaya untuk hantar sendiri surat berkenaan. Almakllumlah, kalau dah berhajat sangat takut nak guna lain-lain perkhidmatan. Takut tak sampai. Biar sendiri hantar lebih tahu sampai atau belum hehe. Apa la saya ni kan hihihi...


Apa pun terima kasih pada Dominant Star terutama Encik Abdul Rahman Abu Bakar, Sales Team Leader dan pihak TTJ Agency, Encik Syahrul Izwan dan Mr Patrick Lua atas kerjasama yang diberikan. Tak lupa my dear cousin, Encik Saifuddin Saad, "Kot hang tak call habaq harus kami tak tau...". Dan terima kasih Allah, sebab Dia yang buatkan kami tahu mengenainya... :)


Pesanan buat kengkawan, Tolong Doakan Kami Yer Supaya Dapat Geran bawah RBC ni :). Tq....


Isnin, 30 Julai 2012

Kuih Serabai I

Resepi I


Masa kecik-kecik dulu nenek saya, Allahyarhamah Yong Abdullah (alfatihah buatnya) selalu gak masak kuih serabai. Memang sedap. Tapi bila remaja saya dah bersekolah asrama, jarang-jarang dapat jamah hidangan ni. Yer la masa diarang buat saya mungkin tak der, jadi kalau balik kampung sekali sekala tu kot nasib baik je dapat makan kuih serabai ni. Dah bekerja lagi tak dapat sebab nenek pun dah makin uzur dan saya pun dah makin susah nak balik. So lama gak ler tak merasa memakannya. Tambah sejak nenek meninggal lagi tak ler. Sedih sangat...


Nenek memang terer bab masak memasak ni. Apa yang disentuh selalu jer hasilnya enak. Mungkin sebab orang dulu-dulu tetap dengan cara diarang. Tak ubah-ubah sesuka hati kot. Tapi tu ler ruginya saya tak sempat belajar. Apa yang saya masak hari ini adalah hasil ingat jer apa yang pernah saya tengok dia buat. Belajar secara khusus tak der. Itu sebab apa yang saya buat tak der sukatan. Main agak jer.


Demi untuk belajar balik juadah yang dia pernah buat saya cuba cari kat internet resepi kuih serabai ni. Ada gak juadah lain. Tapi saya kongsi yang ini dulu kay. Sejak kenal My Resepi baru lega sikit rasanya sebab banyak resepi yang saya boleh cuba. Tambah-tambah semua resepi tu menjadi. Saya pun cari ler resepi kuih serabai ni. Alhamdulillah jumpa 2 resepi. Satu milik perkongsian Delila manakala satu lagi milik kak Fida. Saya salin kedua-dua resepi dan cuba. Alhamdulillah memang menjadi. Rasanya pun sama sedap macam nenek buat. Sekarang dah berkali-kali saya buat memang sedap sangat.


Kali ni saya kongsi resepi milik Delila dulu yer. Yang ni lebih macam nenek buat. Lebih dekat dihati saya. Guna lebihan nasi yang dimasak. Lepas tu peram semalaman. Makan lak masa nak berbuka pergh.. Syahdu sunggu hati ini. Jom tengok resepinya...


KUIH SERABAI

By: Delila, My Resepi
Hidangan: Untuk 4 orang

Bahan-bahan
  • 500 gram tepung beras
  • 300 gram nasi - kisar bersama sedikit air
  • 1 1/2 biji kelapa - gunakan air suam utk memerah santan, jadikan 1 liter
  • 1 1/2 sudu kecil mauripan / baking soda
  • Garam secukup rasa

Caranya

1. Campurkan mauripan/baking soda dengan santan suam. Kacau sebati dan campurkan ke semua bahan serabai hingga sebati dan peram sehingga 2 jam. Kecairan bancuhan sama seperti membuat kuih cara. Kalau nak lagi mudah masukkan saja dalam blender dan kisar hingga hancur dan halus.

2. Panaskan acuan serabai dan sapukan sedikit minyak. Kalau tak der acuan macam saya guna je kuali/belanga yang berlekuk tu.

3. Masukkan adunan 3/4 penuh ke dalam acuan serabai dan masak hingga adunan masak di atas api kecil. Tutup dengan tudung hingga masak. Buat hingga habis adunan.


Dah siap dan boleh dimakan dengan kuah durian/serawa durian, kari ayam atau sambal tumis. Enak sangat dimakan panas-panas bersama secawan kopi O kaw... Hehheh. Thanks Delila atas resepi yang mengimbaukan kembali kenangan saya bersama nenek, Allahyarhaman Yong Abdullah dan atuk, Allahyarham K.S Mohammed. Miss them so much...


Pengusaha kuih serabai yang glemer kat Penang. Dari sumber yang sahih.. Mak cik ni boleh jual sehingga 6000 keping sehari. Fuhhhh ada sesapa nak bukak gerai jual kuih serabai lepas ni?

Rabu, 25 Julai 2012

Glossary Indon Ke Bahasa Malaysia




Buat kawan-kawan warga Malaysia dan Indonesia. Puasa-puasa ni letih gak yer pikir nak masak apa. Eh salam 5 Ramadhan untuk semua yer.


Skodeng sana skodeng sini cari idea.. Last-last sampai blog zaida-sunshine. Ternampak ler glosari Indon - Bahasa Malaysia ni. Isk memang banyak manafaatnya terutama orang baru yang pening nak pikir nak masak apa berbuka ni. Hehehhe.


Ini sekadar glossary erti bahan-bahan masakan dalam kedua-dua bahasa (Malaysia - Indonesia) yang saya kongsi dari blog zaida-sunshine. Harap-harap ianya bermanafaat buat kita semua. Banyak resepi yang kita nak cuba tapi kadang-kadang masalah bahasa memang memeningkan. Jadi harap-harap glosari bahasa ni dapat membantu. Kalau ada tambahan sila-sila ler beritahu yer. Nak tambah pengetahuan am saya dan rakan-rakan yang lain ok kan :)


1. Tepung gandum = tepung terigu

2. Tepung maizena = cornflour

3. TBM/SP/  = pelembut cake (emulsifier)

4. SKM (Susu kental manis) = susu pekat manis

5. Tepung Hongkong = tepung untuk kuih pau (low protein)

6. Minyak goreng = minyak masak

7. Cokelat bubuk = chocolate powder

8. Bumbu = rempah

9. Ragi instant = yeast

10. Air es = air ais

11. Susu cair = freshmilk

12. Tepung kentang = potato flour

13. Margarine = mentega

14. Donut mix = donut flour (ada jual kat kedai bakeri)

15. Bumbu kare bubuk = serbuk rempah curry

16. Merica = lada sulah/white paper

17. Santan instant = santan segera (dalam kotak)

18. Daun kemangi = boleh gantikan dengan daun kari

19. Putih telur kocok lepas = putih telur dipukul berasingan

20. Sambal botol = cili sos (beli dah siap)

21. Daun bawang/daun seledri = daun bawang/daun sup

22. Tepung roti = breadcrumb

23. Daun selada = daun salad

24. Buah kering = fruitmix dalam kotak

25. Pasta pandan = pandan paste

26. Talas = keledek/yam

27. Pasta talas = yam paste

28. Gula pasir halus = castor sugar

29. Fondant = plastic icing

30. Kue bolu = kuih bahulu

31. Sendok nasi = senduk

32. Ikan lele = ikan keli

33. Gudeg = masak lemak

34. Cabe rawit = cili padi

35. Jahe = halia

36. Terasi = belacan

37. Asam padeh = asam pedas

38. Tepung panir = breadcrumb

39. Kemiri = buah keras

40. Kental = pekat

41. Aduk-aduk = kacau

42. Aduk bolak balik = kacau kaup balik

43. Sendok makan = sudu makan

44. Sendok teh = sudu teh




Sumber: zaida-sunshine

Selasa, 24 Julai 2012

Apam Marmar / Apam Indon


Assalamualaikum..


Saya ni suka sangat belek My Resepi kalau bukak internet ni. Skodeng mana-mana resepi yang best yang ada kat situ. Kalau tengok tu ha... Tangan ni memang sedia dengan pen dan kertas le sebab nak salin. Walau kesempatan membuatnya jarang menjelma tapi bab menyalin memang wajib hihi.


Yang paling best kat situ banyak resepi yang boleh dicuba dan Insyaallah menjadi. Buat yang pertama kali mencuba macam saya, pastinya column comment kawan-kawan yang pernah cuba tu yang dilihat sama. Kat situ pun kaau rajin scroll ke bawah baca banyak soalan dan jawapan yang boleh kita rujuk untuk masak hidangan yang kita tengok tu.




Di situ, salah seorang yang glamer dengan resepi yang best adalah abang Mat Gebu selain daripada Kak Fida dan lain-lain. Banyak hidangannya yang dikongsikan. Selain itu saya juga rajin melawat laman blognya Dapur Tanpa Sempadan tu selain jadi rakannya di FB. Koleksi gambarnya memang menarik mata ni menjamu selera hidangan yang disediakan. Walau tak dapat menjamah dapat pandang pun dah cukup puas.


Salah satu hidangan yang menarik minat saya untuk mencuba adalah Apam Marmar yang dikatakan resepi dari Indonesia. Dengan rupanya yang amat menarik, memang tak sabar nak cuba. Tengok pula kawan-kawan lain yang dah cuba menjadi semuanya lagi ler tak tahan diri. Siap dengan gambar step by step memang mudah le nak rujuk.


Tu hari bila ada kesempatan saya pun cuba ler buat. Alhamdulillah menjadi walaupun pertama kali mencubanya. Memang gebu dan lembut sangat. Manisnya pun cukup-cukup je. So sesuai sangat dengan tekak saya ni. Makan pulak panas-panas bersama teh o memang masyuk habis. Nyum nyum nyum....


Tapi ni dalam bulan Ramadhan ni, kena tunggu berbuka ler kot nak rasa. Tapi dah tahu dah rasanya yang memang sedap dan gebu gebas so tak risau ler nak buat untuk buat buah tangan masa berbuka kat rumah mak nanti.



~APAM MARMAR~

Khas dari Indonesia

By: Mat Gebu @ Myresepi.com


Bahan untuk tin berukuran 10 inci:
  • 250g tepung berserbuk penaik
  • 200ml santan
  • 200g gula halus
  • 2 biji telur gred A
  • 1 sudu kecil essen vanilla
  • 1 sudu besar ovalett
  • Secubit garam
  • 2 jenis pewarna yang digemari

Caranya:

1.  Satukan semua bahan dalam mangkuk adunan kecuali pewarna.

2.  Pukul dengan speed perlahan sehingga bergaul mesra. Kemudian lajukan speed dan putar hingga adunan kembang dan pekat.

3.  Bahagikan kepada 3 bahagian. Satu biarkan kosong dan dua lagi warnakan ikut 2 warna berlainan.

4.  Dalam tin yang telah dileserkan dengan mentega, bubuh warna berselang-seli diikuti bahagian yang tanpa warna pada bahagian atasnya.

5.  Gunakan spatula, buat pusingan satu arah sebanyak 1-2 kali. Kukus atas air mendidih selama 45 minit.

6.  Angkat dan keluarkan dari acuan setelah masak. Biar sejuk baru dipotong.


Tapi tu la apsal yer saya punya atas tu jadi macam gambar kat bawah ni? Kalau ada kawan-kawan tahu boleh tak tolong ceritakan sebabnya? Saya dah cover dengan kain dah tudungnya tapi masih jadi tinggi rendah permukaannya. Pening pening pikir apsal...

Alhamdulillah walau tinggi rendah hasilnya memang best. Dah beberapa kali saya buatnya untuk hidangan sekeluarga dan kalau ada majlis apa-apa. Tapi tu ler... Tak puas hati kat tinggi rendah tu huhu... TOLONGGGGGGG

Isnin, 23 Julai 2012

Celoteh Di Pagi 3 Ramadhan 1433H



Dah lama saya tak berceloteh kat sini. Asyik post cerita, info dan berita heheh. Banyak sangat rasanya yang nak dikongsi tu sebab saya kurang berceloteh. Rasa macam semuanya penting jer untuk dikongsikan. Kalau tak kongsi rasa rugi ler pulak... Tapi hari ni saya nak berceloteh sikit.


Dah masuk 3 Ramadhan dah yer. Salam 3 Ramadhan semua. Sedar tak sedar dah 3 hari kita berpuasa. Puasa kali ni rutin kami berubah sikit. Kali ni kami kena jaga nenek yang uzur kat rumah mak. So buka puasa sekarang harus kalau tak der apa-apa projek, kena berangkat ke rumah mak untuk berbuka. Mak nak bertarawikh di masjid. Rugi katanya. Sib baik rumah mak tak jauh sangat. Laluan kitarang jer heheh.


Tu hari sehari sebelum puasa Mr Hb ke KL untuk settlekan urusan di Mydin dan memproses kemasukkan Cili Boh Asli 2 Puteri ke Pasaraya Mydin. Isk kesian le juga sebab masa balik tu bas dia lewat. Pukul 10.30 malam baru dapat. Tu pun sib baik beli tiket pergi balik kot tak kena naik bas sekolah ler. Dia pulak selesai berurusan petang lagi dah. So kena lepak Pudu Central sampai kul 10.30 malam ler jawabnya. Dia sampai rumah jam 4.15 pagi. Terus sahur le kami.


Kadang-kadang tu ler kita ni merancang tapi tak sedar situasi. Macam Mr Hb, rancang ke KL untuk settlekan urusan kat Mydin. Dia terlupa yang awal puasa orang ramai balik ke kampung untuk raikan puasa pertama masing-masing di kampung. Akibatnya... Menanti ler kawan kat Puduraya tu. Nak berjalan-jalan ke mana-mana Mr Hb ni payah sikit. Lagi rela duduk situ lelama hihihi. Sian dengar. Tapi apa pun Alhamdulillah semuanya selesai.


Keesokan harinya pulak kami ke Penang untuk hantar Sos Char Kueyteow 2 Puteri ke Mydin Bukit Jambul. Alhamdulillah sambutan orang Penang memang best sangat terhadap Sos Char Kueyteow 2 Puteri kami. Terima kasih semua :).


Sejak amalkan minum teh D-tox ni puasa kitarang lega ler sikit. Kalau tak tengah hari sure kruk krak berbunyi sebab lapar. Tapi sejak minum teh D-tox ni perut tahan ler sikit. Alhamdulillah lega ler juga. Masa berbuka puasa pulak kami cuma jamah sikit jer juada berbuka. Tak macam dodulu. Harus berbondong-bondong juadah yang dibeli. Kalau masak pun banyak cam 3-4 orang nak makan. Sedangkan yang makan cuma 2 orang jer huhuh. Harap-harap puasa kali ni berat badan yang terlebih dulu dapat dikurangkan sikit. Tak ler sakit sangat kaki ni nak tampung berat badan yang comel ni hihihi.. Aaamiin.


Mr Hb dah berjaya turunan beratnya hingga 89.2kg. Alhamdulillah. Kalau tak hampirrr sangat ada 3 nombor kat beratnya tu. Saya pun dah kurang sikit. Tapi macam biasa ler mungkin faktor usia, jantina dan aktiviti, berat saya cuma turun 5kg jer sejak minum teh D-tox ni. Tapi baru sebulan jer kitarang amalkan jadi tak ler saya sedih sangat walaupun dihati jeles sangat kat Mr Hb. Ahhh janji turun walau pun secara berdikit-dikit dari tak turun langsung macam dulu. Tak gitu???


Alhamdulillah bila tengok perubahan kami, ramai gak sahabat handai yang turut beli teh D-tox ni. Walau baru sebulan dah 3-4 kali gak ler kami ambil stok dalam jumlah yang banyak gak untuk dijual pada rakan-rakan. Syukur sangat... Ada gak ler duit saku heheh. Produk lain pun macam Collagen, Miracle Touch Foundation, Sabun, Serum dan UV Lightening pun laris sangat. Yang saya tak sangka lelaki yang berusia pun turut beli Serum, Collagen, UV Lightening dan Miracle Touch untuk kegunaan mereka sendiri. Tapi yang nyatanya foundation tu tak nampak pelik walau lelaki yang pakai sebab ianya akan adsorb dalam kulit jadi nampak natural  dan bersih jer muka tu.


Sebut pasal muka bersih, Mr Hb sekarang pun dah mula guna Sabun Pencerah yang saya jual tu. Kalau tak jangan harap ler dia nak guna. Paling-paling pun sabun mandi jer dia guna. Tapi sejak abang ipar puji muka Mr Hb nampak cerah dan bersih lepas minum teh D-Tox ni (dia tak ambil yang lain asalnya), syukur lah dia dah pandai jaga kecantikan kulit. Dah terlebih guna pulak dia sampai ke badan pun heheh. Ok ler tu sebab dia kerjanya bawa produk kami berjualan ke sana-sini. Kena panas, habuk bagai. Elok ler jaga sikit kebersihan wajah. Nanti nak try pujuk dia guna UV Lightening pulak. Kan per dok berjemur tu harus berkilat jadinya so kalau guna UV Lightening tak hindar ler sikit kulit tu dari dimamah cuaca panas terik matahari. Berjayakan???? Isk tu yang payah sebab dia tergolong dalam kategori macho tak layan benda-benda kecantikan ni....


Berbalik pada puasa. Anak sulung, Afif cuma puasa setakat jam 10.00 pagi jer puasa kedua tu. Takut mati tak makan katanya. Mulanya minta susu (yang tak pernah dia minta sebenarnya), pastu minta milo. Last-last dia ambil sendiri vitamin dn makan. So tertunak gak ler hajatnya untuk tak puasa. Isk... Anak dareku. Hari ni pulak tak puasa sebab dia selsema. Jadi nak makan ubat lagi. Bila ler nak mula ajar ni... Dah 6 tahun dah. Si adik, Izaz pulak yang sungguh-sungguh nak puasa heheh. Harap-harap nanti lepas dia baik selsema nanti dapat ler mula balik ajar dia puasa.


Ok lah dah panjang lebo pulak rasanya saya menceceh heheh. Asal jangan mula kata orang hahhah. Ok salam Ramadhan semua :)


Ahad, 22 Julai 2012

Ramadhan Al Mubarak... (Part II)


Bismillahirahmanirrahim.


Bersambung lagi ilmu tenang kelebihan bulan Ramadhan ini kay.




Kelebihan Ramadhan


  • Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah (kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.

  • Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat, istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.

 

  • Berkata Saidina Ali, Nabi (s.a.w) telah bersabda apabila engkau melihat sehari bulan maka bacalah olehmu "AllahuAkbar" 3 kali, kemudian bacalah :

Segala kepujian bagi Allah yang telah menjadikan aku dan telah menjadikan engkau, dan telah menentukan bagi engkau pangkat-pangkat (darjah) dan telah menjadikan engkau tanda (kekuasaan) bagi sekalian alam) nescaya bermegah Allah akan Dia dengan malaikat dan firmanNya: Hai malaikat! saksikanlah kamu, bahwa Aku telah merdekakan daripada api neraka, 

atau dibacakan :


Ya Allah, zahirlah Ramadan atas kami dengan keamanan dan keimanan dan dengan keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhan engkau Allah.


  • Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya. Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. 
Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan. Lalu Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab Al-Janan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan!

  • Pada malam Lailatul Qadar menyuruh Allah Ta'ala akan Jibrail Alaihisalam turun ke bumi, lalu turunlah Jibrail ke dalam perhimpunan malaikat ke bumi bersamanya bendera hijau lalu dipacakkan ke atas Kaabah, baginya 600 sayapnya, setengahnya tiada dibuka keduanya, melainkan pada malam Lailatul Qadar baharulah dibukakan keduanya, hingga sampai dari timur ke barat (Musyriq Ke Maghrib). Untuk menyelamatkan umat Muhammad. Lalu memberi salam kepada tiap orang yang berjaga pada malam Lailatul Qadar beribadah kerana mencari keredaan Allah, dan orang-orang yang duduk beribadah, orang yang sembahyang dan berzikir dan berjabat tangan sesama mereka mukmin dan mengucap amin doa orang-orang mukmin hingga terbit fajar subuh....... 
Berkata para malaikat kepada Jibrail, apakah Allah berikan pada hajat orang mukmin dari umat Muhammad (s.a.w) pada bulan Ramadan ini? Berkata Jibrail bahawasanya Allah menilik kepada umat Muhammad yang berpuasa dan beribadah padanya dan dimaafkan mereka, diampunkan dosa-dosa mereka, melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya: iaitu orang yang kekal minum arak, orang yang derhakakan ibubapanya, orang yang memutuskan sillaturrahim dan orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari 3 hari.
 

  • Apabila pada malam akhir Ramadan dinamakan malam persalinan. Pada malam hari raya Aidilfitri didatangkan Allah malaikat kepada tiap-tiap negeri turunlah mereka ke bumi, berdiri pada permukaan jalan menyeru dengan suara yang kuat, semua mendengarnya kecuali jin dan manusia berkata mereka, hai umat Muhammad keluarlah kamu menghadap tuhan yang amat mulia (sembahyang raya di pagi raya) yang memberi pemberian yang berpanjangan dan mengampun akan dosa-dosa yang besar. 
Apabila tibalah umat Muhammad ke tempat sembahyang, firman Allah kepada maliakat : Hai malaikatKu, apakah balasan orang yang mengambil upah apabila selesai kerjanya? Jawab malaikat, hai Tuhan kami, sempurnakanlah upahnya! Firman Allah bahawa Aku saksikan kamu hai malaikatku, telah aku jadikan pahala mereka dari puasa mereka pada bulan Ramadan mereka mendirikan sembahyang, ialah keredaanKu dan keampunanKu kepada mereka! Maka firmannya lagi : Hai segala hambaku, pohonlah kamu kepada ku, maka demi ketinggianku dan kebesaranku, tiada memohon kepadaku hari ini akan sesuatu bagi agamamu dan duniamu, melainkan Aku kurniakan kepadamu! (Al-Hadith).
  
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
    • Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah 
    • Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
    • Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
    • Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
    • Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)
 
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu, dan amal fardhu diberi balasan 70 kali ganda. Bulan puasa adalah bulan sabar (sabar dalam berbuat taat kepadaNya), dan sabar itu adalah syurga balasannya bulan ini dilebihkan rezeki kepada hambanya orang mukmin, diampunkan baginya dosa-dosa. 
Barang siapa memberi makan kepada orang berpuasa pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya, berkata sahabat : Bagaimana kami tak sanggup memberi makan orang yang berpuasa (berbuka puasa) ya Rasullullah - Allah memberi pahala ini kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma atau segelas air, barang siapa kenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan dosanya, diminumkan Tuhan dari kolam Hudh sejenis minuman yang tiada dahaga lagi kemudiannya hingga masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa. (Al-Hadith)
 
  • Puasa menurut segala yang disuruh dan menjauh segala pantang larangannya, diampunkan dosanya, dan bertasbih, bertahlil dibinakan rumah indah dalam syurga.
 
  • Barang siapa hadir ke dalam majlis zikir pada bulan Ramadan, ditulis tiap langkahnya ibadat setahun, dan pada hari Qiamat bersamaku di bawah Arasy. Siapa tetap berjemaah dalam bulan puasa didirikan kota bercahaya indah, cemerlangnya, dan yang berbakti kepada ibubapanya Allah memandang rahmat kepadanya, dan isteri yang berbuat sesuatu mencari keredaan suaminya, maka pahala yang besar Allah kurniakan kepadanya, seperti Siti Maryam dan siapa yang menyampaikan hajat orang mukmin, Allah menunaikan seribu hajatnya, dan siapa bersedekah kepada fakir miskin (yang ada anak isteri) tiap langkah dikurniakan kepadanya seribu kebajikan, dihapuskan seribu kejahatan dan diangkatkan seribu darjat baginya. (Al-Hadith)
 
  • Orang yang sembahyang bulan Ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi orang yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya . (Al-Hadith)
 
  • Pada hari Qiamat, Allah memerintah Malek Ridwan supaya dikeluarkan orang-orang berpuasa daripada kuburnya dengan keadaan lapar dan dahaga, lalu disuruh Malek Ridwan berikan segala keinginan mereka dari segala macam makanan dan minuman syurga. Maka Malek Ridwan memerintah kepada anak-anak membawa talam-talam makanan, minuman dan buah-buahan. Sebagai balasan berlapar di bulan Ramadan. (A-Hadith)
 
  • Orang mukmin yang tidur dalam bulan puasa kerana puasa Ramadan, dia membalikkan badannya sambil meyebut Allah! maka kata malaikat kepadanya : Rahimakallah (Allah Mencucuri Rahmat kepada kamu)


    • Apabila dia berdiri maka berdoalah hamparannya : (Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadanya hamparan permaidani tebal kepadanya di dalam syurga)
    • Apabila memakai pakaian, berdoalah pakaian (Wahai Tuhanku, kurniakan kepadanya pakaian syurga)
    • Apabila memakai kasut, berdoalah kasut (Wahai Tuhanku, tetapkanlah atas titian Siratul Mustaqim!)
    • Apabila memegang timba berdoalah pula timba : (Wahai Tuhanku kurniakan kepadanya gelas syurga!)
    • Apabila mengambil air sembahyang, berdoalah air itu : (Wahai Tuhanku sucikannya daripada segala dosa dan kesalahan!)
    • Apabila berdiri sembahyang, berdoalah rumahnya: (Wahai Tuhanku cahayakanlah kuburnya dan luaskanlah, lapangkanlah kuburnya!)
    • Serta menilik Allah kepadanya, maksudnya : HambaKu berdoa dan Aku menerima! (Al-Hadith)
 
  • Malaikat yang banyak muka bersujud kepada Allah pada hari Qiamat, satu muka sujud, satu muka melihat syurga, satu muka melihat neraka, satu muka melihat Arasy, lalu berkata malaikat itu : Wahai Tuhanku, ampunlah umat Muhammad, kasihanilah mereka! Janganlah disiksa orang yang berpuasa Ramadan dari umat Muhammad! (Al-Hadith)


Malam Aidilfitri, malam raya, disunatkan kepada kita berjaga malam, beribadah, bertakbir "AllahuAkbar" sepanjang malamnya. Akan mendapat keampunan yang banyak, pahala yang besar, rahmat Allah tercurah kepadanya. Siapa yang menghidupkan dua malam raya (AidilFitri & AidilAdha) dengan ibadatnya dan takbirnya , tiada dimatikan hatinya pada hari yang dimatikan segala hati. (Al-Hadith)


Sumber: abuamiral-hafizi

Khamis, 19 Julai 2012

Ramadhan Al Mubarak kembali lagi (Part I)


Bismillahirrahmanirrahim..


Ramadhan Al-Mubarak bakal kembali tak lama jer lagi. Salam Ramadhan buat semua umat Islam yang menjengah ke laman kami ni. Moga diberkati Allah semuanya.


Di sini bersemperna dengan bulan Ramadhan yang begitu hampir ni saya nak kongsi sedikit kelebihan yang boleh kita perolehi dalam bulan yang penuh barakah ini. Banyaknya kelebihan yang boleh kita perolehi dalam bulan yang amat barakah ini menyebabkan saya terpaksa bahagikan kepada beberapa bahagian supaya kowang sumer tak keletihan membacanya. Dan semoga perkongsian ini biarlah benar-benar bernilai hendaknya. Aaamiin.





Ramadan, Ramada, ertinya : membakar - yakni menghapuskan dosa dosa orang yang berpuasa dan beribadat bulan Ramadan.  


Ramadan ertinya bulan mendapatkan keredhaan Allah dan keampunan bagi hambaNya. Orang yang mendapat keredhaan dan keampunan Allah bererti memberi jaminan (kerana ibadatnya pada bulan mulia dengan penuh taat) mendapat syurga anugerah Allah bagi hambaNya yang benar benar melakukan ibadat kerana Nya pada bulan Ramadan termulia ini dengan ganjaran pahala sehingga seribu kali ganda dan keampunan yang banyak sekali, teristimewa pada malam Lailatul Qadar.  

  • "Bahawa di dalam syurga terdapat bilik bilik, dilihat dari luar nampak di dalamnya dan dilihat dari dalam kelihatan di luarnya, berkata sahabat : untuk siapakah ya Rasulullah? Lantas Baginda menjawab : Ialah bagi orang yang baik percakapannya, bagi orang yang memberi makan makanan, bagi orang yang sentiasa berpuasa, bagi orang yang sembahyang di tengah malam sedang manusia banyak tidur." (Al Hadith)

  •  "Semulia mulia sedekah ialah sedeqah pada bulan Ramadhan." (Al Hadith)

  • "Puasa itu perisai dan sedekah itu memadam kesalahan dosa sepertimana air memadamkan api." (Al Hadith)

  • "Siapa memberi makan (berbuka puasa) kepada orang puasa makan baginya seumpama balasan pahala orang yang berpuasa dengan tidak kurang sedikitpun." (Al Hadith)

 
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba berpuasa Ramadan, diam tiada berkata yang sia sia dan daripada yang haram dan yang makruh, dan sentiasa menyebut Allah (berzikrullah), menghalalkan yang dihalalkan Allah, mengharamkan akan yang diharamkan Allah, tiada mengerjakan kejahatan, melainkan sehingga berakhir Ramadan, telah diampunkan baginya segala dosanya, dan tiap tasbih, tiap tahlil, dibinakan sebuah rumah yang terindah di dalam syurga daripada permata zamrud, di dalamnya daripada yaqut merah indah, di dalam rangka permata itu (yaqut) terdapat sebuah khemah, di dalamnya terdapat bidadari (hurul ain isteri syurga). Terhias dengan permata bercahaya indah yang menerangkan bumi seluruhnya.(Al Hadith)

  • Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawasanya bagi Allah beberapa kejadianNya, dijadikan mereka supaya menyampaikan segala hajat orang dan supaya orang meminta tolong kepada Nya, pada menyempurnakan segala hajat yang diperlukan, mereka itulah orang yang aman daripada siksa Allah (Riwayat At Tibrani) (Al-Hadith)


  • Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawa pintu langit dan pintu syurga dibuka pada awal Ramadan hingga akhir malam Ramadan, tiap orang yang bersembahyang pada malamnya dituliskan baginya tiap satu sujud 1700 kebajikan, dibina rumah baginya di dalam syurga daripada yaqut merah indah, baginya 70 pintu daripada emas yang bertatah yaqut permata yang merah, orang yang berpuasa pada awal Ramadan diampunkan segala dosanya hingga ke akhir bulan Ramadan, dibinakan baginya tiap tiap hari sebuah mahligai di dalam syurga, mempunya 1000 pintu daripa emas, dan meminta ampun baginya 70 000 malaikat dari pagi hingga tenggelam matahari (Al Hadith)

  • Sabda Nabi (s.a.w) : Kelebihan hari Jumaat pada bulan Ramadan atas segala hari yang lainnya seperti kelebihan Ramadan atas segala bulan (Al Hadith)

  • Barangsiapa mengerjakan ibadat pada bulan Ramadan dengan keimanannya dan ikhlasnya kerana Allah, maka di ampunkan segala dosanya yang telah lalu (Al Hadith)


  • Sabda Nabi (s.a.w) : Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat, dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amal ibadatnya dilipatgandakan. (Al Hadith)

  • Apabila berakhir bulan Ramadan, menangis wali-wali Allah kerana terpisahnya bulan yang paling mulia yang digandakan ibadat berlipatkali ganda daripada bulan bulan yang lainnya, bulan Allah mudah menerima ampun taubat hambaNya, bulan yang banyak sekali diturun rahmat ke alam, bulan yang terdapat padanya malam Lailatul Qadar, suatu rahmat dan rahsia yang dikurniakan kepada hamba hamba Nya yang salihin, yang tidak terdapat pada bulan bulan yang lainnya. Mereka menangis kerana belum tentu akan dapat menemui bulan termulia ini pada tahun tahun hadapan, kiranya dipanjangkan umur.

  • Apabila berakhirlah malam bulan Ramadan, menangislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, dan segala malaikat, kerana berlalu Ramadan bermakna berlalulah kelebihan, sebab musibah bagi umatku, dan duduk segala malaikat bagi musibah, orang bertanya : Ya Rasullullah, apa itu musibah? Jawab rasullullah (s.a.w), Kerana segala doa padaNya itu mustajab, sedakah makbul, segala kebajikan digandakan dan siksa kubur diangkat, maka apakah musibah yang terlebih besar daripada ini bagi umatku?! (Al-Hadith)

  • Malam Lailatul Qadar adalah malam rahsia, yang turunnya padanya malaikat Jibrail dan beberapa malaikat dengan perintah Allah. Orang yang berjaga dengan malam ibadatnya untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar yang terahsia itu yang tidak diketahui oleh manusia, hanya orang-orang solihin yang hampir, orang berusaha mendapatkan malam mulia itu dengan berjaga malam pada sepuloh malam Ramadan yang terakhir maka diampunkan tuhan segala dosanya. Di pahalakannya dengan banyak, dirahmatkannya dengan limpah kurnia. Dan orang-orang solihin yang dikurniakan Allah mendapat malam Lailatul Qadar itu satu keberuntungan kebahagiaan bagi akhirat, mendapat keampunan dan rahmat terbesar, mendapat pimpinan Allah dalam hatinya, mendapat keredaan Allah dalam hidupnya dunia dan akhirat.



Balasan yang dijanjikan Allah untuk umat Islam dalam bulan ini
    • Keredaan Allah - bagi orang yang taat
    • Keampuan Allah - bagi orang yang maksiat
    • Jaminan Allah - bagi orang yang taat
    • Kejinakan Allah - bagi orang yang tawakkal
    • Anugerah Allah - bagi orang yang benar


Ok setakat ini sahaja bahagian ini. Moga diredhai Allah segala perkongsian dan ilmu ini. Insyaallah kita sambung next chapter kay. Insyaallah kalau ada kesempatan saya akan kongsikan dalam masa terdekat ini. Salam Ramadhan buat semua :)



Sumber: abuamiral-hafizi

Petua: Lembutkan Kek Yang Keras



Assalamualaikum.


Bagi yang tak biasa membuat kek kadang kala berlaku insident yang kek yang telah dimasak menjadi keras. Walaupun kita dah cuba ikut segala macam bahan dan arahan tu dibuat seteliti yang mungkin. Jangan kecewa dan kek terus pulak dibuang. Jangan yer...


Sebenarnya masih ada cara untuk memperbaikinya. Ikut cara berikut:

1. Biarkan kek yang dimasak menjadi sejuk terlebih dahulu.

2. Bungkus dengan plastik kedap udara dan biarkan semalaman.

3. Keesokan harinya buka bungkusan dan panaskan seketika di dalam ketuhar.


Ha.. Ok tak perkongsian kali ni. So tak ler membazir nanti kek yang kita buat tu yer. Insyaallah... :)




Sumber: Petua Nenek
Petikan: Rasa Karangkraf

Ahad, 15 Julai 2012

Inti Kelapa pelbagai guna. Sekali buat macam-macam resepi boleh apply


Ni resepi inti kelapa cara yang biasa saya buat. Inti kelapa ni best dimakan bersama Pulut Lemak yang saya dah kongsi resepinya, dimasukkan dalam kuih pau, kuih bom bijan (apa nama betul tak ingat rasanya ondeh-ondeh kot), ketayap, tepung bungkus dan lain-lain hidangan berinti kelapa.

Pulut Lemak Berinti Kelapa

Biasa ler saya punya resepi tak der sukatan tapi agak-agak ler ye. Sebabnya jarang-jarang saya buat dan bila dah buat tak pernahnya cuba ambil sukatan. Tapi tak per bila buat nanti Insyaallah menjadi. Jangan risau yer... Bak kata Hajah Shiela Rusly... Masak ikut hati Insyaallah menjadi :)


Kalau nak makan bersama pulut lemak, boleh ler masa nak tunggu beras pulut tu kembang kita sediakan inti ni. Tapi kalau nak buat lain-lain hidangan kena pastikan masak inti ni dan sejukkan terlebih dahulu. Kang panas-panas tak rosak lah kuih yang nak dibuat tu. Jomlah kita tengok resepinya...


INTI KELAPA

By: Asamgaram2puteri



Bahan-bahan
  • Kelapa parut - ambil putihnya sahaja. Parut kelapa tu biar ler halus kang bersergai jadinya ganggu kenikmatan nak makan
  • Gula merah
  • Gula pasir
  • Sedikit air
  • Tepung gandum
  • Daun pandan

Caranya

1. Masukkan air, gula pasir, gula merah dan daun pandan yang telah disimpul ke dalam periuk.

2. Bila gula dah larut, masukkan kelapa parut dan kacau sehingga rata dan inti tadi memekat sikit.


3. Akhir sekali taburkan sedikit tepung gandum dan kacau sehingga rata agak-agak dalam 1 minit lagi.


Ok dah siap. Kalau nak buat filling Apam Polkadot pun boleh gak tapi pastikan kena masak pekat betul-betul yer. Heheheh kelainan ler sikit. Jom makan... ;)

Kuih Tepung Bungkus yang enak sangat

Kuih Ketayap

Kuih Bom Bijan

Pulut Lemak


Semalam Mr Hb cakap yang dia teringin nak makan Pulut Lemak dengan Inti Kelapa. Selalunya dia makan kat kedai mamak Cempaka di Kamunting tu kalau ada kesempatan. Memang best sangat Pulut Lemak diarang tu. Lemak sungguh tau. Kiranya kedai makan tu lain daripada kedai mamak lain sebab selain daripada pulut lemak tu diarang turut jual pulut kuning, lontong dan apam manis.


Mulanya Mr Hb ajak gi makan pagi esok tapi tah tetiba dia minta saya masakkan untuk dia. So oklah sebab dah permintaan suami tersayangkan heheh. Harus kena buat sebab dia jarang-jarang nak minta masakkan apa-apa untuknya. Selalunya dia tak kisah saya masak apa. Jadinya saya mintak ler dia belikan beras pulut dan kelapa parut.


Beras tu bila direndam semalaman hancur ler pulak jadinya. Itu ler susahnya kalau main beli jer beras pulut. Tak cantik sangat ler nanti saya punya pulut lemak. Next time kena tengok bebetul sebelum beli. Lagi baik kalau ada pulut susu. Baru lemak lebih sikit. Tapi nak buat macam mana. Dah terbeli. Guna jer la.


Eh lupa nak pesan... Beras pulut tu seeloknya kalau nak cepat proses kukusannya rendam ler semalaman. Memang ler ada yang cakap 3 jam jer rendam dah boleh kukus tapi saya pernah cuba cara ni. Nak tunggu dia masak humang lamanya. Dalam direndam berjam-jam pun masak makan masa lama. Inikan pula takat rendam 3 jam. Tak sanggup dah teman. Tapi ikut kowang ler ye. Masing-masing punya stail :). Ok la jom lah kita tengok resepinya kay...


PULUT LEMAK

By: Asamgaram2puteri

Bahan-bahan
  • 500g beras pulut - rendam semalaman
  • Santan pekat - perah kelapa parut guna air sedikit panas
  • Sedikit garam
  • Daun pandan - taknak guna pun tak per

Caranya

1. Beras pulut yang telah direndam dicuci dan toskan.

2. Tuangkan beras pulut kat dalam bekas kukusan. Masukkan daun pandan yang telah disimpul dan kukus seperti biasa sehingga masak.

3. Bila dah masak, keluarkan pulut yang dah lembut tu dari periuk kukus. Kemudian tuangkan santan pekat yang telah dicampur dengan sedikit garam. Gaul sebati.

4. Bila dah siap gaul tu, kalau nak kukus sebentar lagi pun ok. Kalau tak nak pun tak per sebab santan tadi sebelum diperah dah dicampur dengan sedikit air panas.


Pulut lemak ni enak kalau dimakan bersama inti kelapa, sambal tumis ikan bilis, bersama ikan masin macam orang Kedah, dengan mangga macam orang Siam atau cicah je kari ayam. Best gak kalau nak makan bersama serawa durian style orang Perak. So terserah ikut selera korang ler yer....

Pulut Mangga.... Kat Kedah glamer nih.

Tu member dah tulis so ok ler kan... Fav orang Kedah ni. Tapi saya tak pandai makan :]


Pulut Vs Kari Ayam.... Who's the winner??


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...