Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Ahad, 31 Mac 2013

Bihun Goreng Sayuran Pedas 2 Puteri


Dah agak lama gak tak masuk entry. Sebenarnya jadual agak padat tu yang tak sempat nak masuk. Selesai kerja malam dah terasa malas pulak nak bukak computer. Hari ni gagahkan diri lepas check order untuk update. Maaf yer sahabat semua. Agak kusam blog ni beberapa hari nih.


Sekarang ni cuaca dah makin panas kan. Lepas hujan pun masih berpeluh kita dibuatnya. Macam saya yang tinggal di Bukit Merah ni lagi le terasa kalau cuaca panas dan hampir nak kemarau ni sebab boleh tengok air tasik yang semakin kering. Kalau boleh rajin-rajin le minum air suam yer supaya tak jatuh sakit. Saya ni pun pantang kalau panas sangat. Sakit kepala ni makin menjadi-jadi. Dah berbotol air suam diminum tapi sakit kepala tak berkurangan pun. Makan pil tahan sakit pun macam tak jalan je. Tapi tak pe la, dah berumur nih pandai-pandai sendiri le kan nak jaga kesihatan. Yang tengah dok risau ni anak-anak. Cukup punya susah nak suruh diarang minum air suam. Nak dapat segelas pun cukup punya susah. Kalau lebih lagi le payah. Cam ner la nak buatkan diarang ni amalkan minum air suam. Puas bercakap tak dihiraunya diarang.


Esok dah mula bersekolah semula. Lega rasanya. Kalau tak tiap hari dua-dua beradik asyik tanya bila nak sekolah bila nak sekolah. Letih sungguh nak jawab. Terang panjang lebar pun masih tak faham-faham. Sib baik cuti seminggu jer. Kalau lebih maunya tercabut mulut menjawabnya heheh. Apa pun syukur sangat sebab dua-dua rajin ke sekolah. Nak harap kami suami isteri mengajar memang tak le pandai mana. Takat refer pada buku latihan yang berlambak kat rumah ni je la. Tapi step-step yang paling sesuai harus cikgu gak yang terorkan. Kami takat bantu apa yang termampu je la.


Hari ni saya tak masak menu yang istimewa pun untuk Mr Hb. Takat Bihun Goreng je. Panas-panas ni memang maleh nak duduk dapur lelama. So masak sesuatu yang mudah cukup lah. Mr Hb pun tak cerewet so lega le sangat. Anak-anak jangan tanya le memang selalunya saya tak masak apa pun untuk diarang. Kalau diminta baru le saya masak sebab kang tak dimakannya kalau pepandai je kita masak tanpa diarang minta. Susah gak le sebab kena standby je. Penat dah nak ajar supaya jangan cerewet tapi tu le budak-budak nih. Memang tak makan saman hihi. Agak-gak ibu ayah kecik-kecik dulu pun camni kot. Tapi Bihun Goreng tak risau sangat. Kalau masak untuk diarang pun harus diarang makan sebab yang ni diarang tak berapa cerewet sangat. Kalau masak Bihun Goreng Singapore harus diarang setuju je. Tapi jangan banyak lah. Kang tak habis pulak.


Kat rumah ni kalau menggoreng bihun, harus 2 versi. Satu Bihun Goreng versi putih yang tak pedas untuk anak-anak. Satu lagi versi pedas dan gelap sikit. Yang itu untuk Mr Hb dan saya. Saya kalau masak Bihun Goreng harus nalar punya banyak. Budget-budget 1 bungkus 1/2 kot untuk kami yang cuma 4 orang ni makan. Banyak kan... Makan sampai lebam tu tema kitarang kalau masak Bihun Goreng heheh. Tapi harus habis gak tau sebab dari lunch sampai dinner kitarang bedal heheheh. Tu yang lebam tu hehehe. Tah le cam ada something je kat Bihun tu buat rasa nak makan berkali-kali. Isk camner nak diet koi.... Buruk lantak ghupanya hehehe.


Kali ni saya kongsikan resepi Bihun Goreng Sayuran Pedas 2 Puteri ok kot. Bihun Goreng versi anak-anak nanti-nanti saya kongsikan pulak. Insyaallah... Janji nih :) Ok lah jom kita tengok resepi Bihun Goreng Sayuran Pedas 2 Puteri cara saya yer.... Harap-harap kalau ada yang nak cuba tu puas hati lah yer :) Ok jom...


BIHUN GORENG SAYURAN PEDAS 2 PUTERI

By: Asamgaram2puteri

Bahan-bahan:
  • 1 bungkus 1/2 bihun - rendam dalam air sebentar. Air biasa je tak payah panas-panas
  • 1 biji tauhu - goreng sebentar & hiris nipis. Ketepikan
  • 3 ulas bawang merah - kisar
  • 1 ulas bawang putih - kisar
  • 1 biji bawang besar - kisar 
  • 3 sudu besar Cili Boh Asli 2 Puteri
  • 7 sudu besar Sos Char Kueyteow 2 Puteri - ikut suka yer. Mr Hb suka gelap sikit
  • 2 sudu makan stok ayam
  • Isi ayam - didadukan agak-agak sejari
  • 6 ketul fishball - potong 4
  • 1 ketul fishcake - hiris nipis
  • Kobis - hiris nipis
  • Carrot - hiris memanjang nipis-nipis
  • Sayur sawi 
  • Taugeh
  • Tomato - hiris serong nipis
  • Telur
  • Sedikit air
  • Garam dan gula
Caranya
1.  Rendam bihun dalam air biasa sebentar. Ketepikan.

2. Goreng tauhu sehingga masak. Bila siap biarkan sejuk dan hiris nipis. Ketepikan.

3. Tumis bahan kisar hingga keperangan. Guna minyak goreng tauhu tadi pun tak per. Masukkan Cili Boh Asli 2 Puteri bersama sedikit garam kasar dan tumis hingga garing.

4. Tuang Sos Char Kueyteow 2 Puteri, stok ayam, sedikit air (agak-agak nak bagi rata ke ayam je yer), isi ayam, fishball, fishcake, garam dan sedikit gula. Gaul sebati dan biarkan ayam masak seketika.

5. Masukkan bihun yang direndam tadi bersama sedikit air. Agak-agak yer airnya jangan sampai terlebih pulak. Kang lembik jadinya. Selalunya saya letak secawan 1/2 dulu. Kalau nampak agak keras saya masukkan sikit lagi. Gaul sebati.

6. Agak-agak bila dah sebati dan bihun goreng tadi pun dah cun, buat satu lubang kat tengah-tengahnya. Ala-ala kawah gitu dan pecahkan le telur kat tengahnya. Tunggu beberapa minit. Bila nampak dah masak dalam 90% telur tu kacau-kacau dulu bagi jadi cam omlett. Dalam masa nak tunggu telur tu masak masukkan sayur-sayuran segala macam tu yer. Bila telur nampak agak masak dalam 90% baru gaul sebati semuanya. Sejurus sebelum tutup api masukkan taugeh dan tomato.


Ok dah siap. Simple kan tapi kalau rajin buat pulak bawang goreng dan cili potong... Ha.. Yang simple jadi masyuk beb. Tu yang kena buat nalar punya banyak hehehe. Makan pulak dengan ayam goreng dan keropok ikan heheh. Satu je yang saya ubah dalam resepi ni iaitu masa masukkan telur tu heheh. Kan per saya selalunya buat omelett dulu. Tak sekalikan dengan bihun sebab pada saya telur kuning putih nampak lebih cun berbanding dengan telur yang ada cili-cili kat kelilingnya. Lagi pun mudah sekali buat je untuk anak-anak dare ni makan juga.

Kalau guna lebih sikit Sos Char Kueyteow 2 Puteri camni le jadinya warna Bihun Goreng tu tau. Tak gelap sangat tapi warna camni Mr Hb suka. Yang merah dia tak layan. Tu sebab kot jadi tokey Sos Char Kueyteow 2 Puteri hahaha

Bihun Goreng versi anak-anak... Putih je tapi sedap. Nanti saya kongsi resepinya kay


Rabu, 27 Mac 2013

Funny Jokes: Burung


Pada suatu hari ada seorang kanak-kanak bernama Musa masuk ke sebuah kedai burung. Dia sangat teruja melihat setiap seekor burung yang ada. Penjual tertarik melihat gelagatnya.

Penjual: Adik, dari tadi pak cik melihat adik kusyuk membelek burung.

Musa: Yer pak cik. Saya suka tengok gelagat burung.

Penjual: Ada ke yang adik nak beli?

Musa: Ada pak cik.

Penjual: Adik nak burung apa?

Musa: Emmm... Angry Bird ada jual tak?

Penjual: ...................


2 Puteri: Dasat pengaruh si Angry Bird yer... Hehhehe


Sumber: Majalah Mastika

Isnin, 25 Mac 2013

Tudung, kewajipan dan garismasa yang sewajarnya


Dalam Islam, tudung atau kerudung merupakan pakaian yang digunakan untuk menutup bahagian kepala seorang wanita. Bertudung adalah perintah Allah kepada setiap wanita Islam yang telah baligh. Begitu juga bagi wanita dewasa yang memeluk Islam maka wajib baginya bertudung sebagai sebahagian dari menutup aurat. Sementara kerudung sendiri di dalam al-Qur'an disebut dengan istilah khumur, sebagaimana terdapat pada surah An-Nuur ayat 31: "Hendaklah mereka menutupkan khumur (kerudung-nya) ke dadanya."
Darjah pemakaian tudung berbeza-beza mengikut tempat.

  • Di sesetengah negara Arab, pemakaian tudung (atau salah satu keluarganya) diwajibkan. Di sesetengah negara lain pula, ia tidak diwajibkan, tetapi merupakan adat masyarakat.
  • Di sesetengah tempat seperti di rantau Asia Tenggara termasuk Malaysia, tudung dilihat sebagai pilihan peribadi. Ia merupakan hak wanita itu sendiri untuk memakainya atau tidak.
  • Di sesetengah tempat lain pula, terutamanya di Dunia Barat, terdapat larangan untuk memakai tudung di tempat-tempat tertentu.
Fesyen dan jenis tudung juga berbeza-beza mengikut adab setempat:

  • Burqa menutup seluruh badan manakala niqab menutup seluruh kepada.

- Burqa (Bahasa Arab: برقع‎) ialah tudung atau jilbab yang menutup seluruh muka perempuan. Di Afghanistan, wanita yang memakai burqa biasanya menggunakan topeng jarang berlubang-lubang melindungi bahagian muka. Islam tidak mewajibkan memakai burqa. Namun di kebanyakan negara Islam konservatif seperti Afghanistan dan Yaman, ramai penduduknya memakai burqa. 


- Niqab (Bahasa Arab: نقاب‎, niqāb) atau purdah ialah sejenis kain yang menutupi wajah, dikenakan oleh beberapa kaum perempuan Muslim sebagai sebahagian daripada tudung/jilbab mentereng.
Niqab sering dipakai di negara-negara Arab sekitar Teluk Parsi seperti Arab Saudi, Yaman, Bahrain, Kuwait, Qatar, Oman dan UAE. Ia juga biasa di Pakistan dan sesetengah wanita Muslim di United Kingdom.

  • Tudung labuh atau mini telekung.
  • Tudung bersegi seperti tudung bawal.
  • Tudung sarung atau tudung mini.
  • Selendang.
  • Skarf.

Jilbab

- Jilbāb (Bahasa Arab: جلباب‎) merupakan perbuatan melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar) untuk isteri-isteri dan anak-anak perempuan serta perempuan-perempuan yang beriman.  

Dalil Al Quran tentang Jilbab:
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan (jilbab) pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Ahzab : Ayat 59)

Dalil Hadith tetang Jilbab:
"Rasulullah memerintahkan kami untuk keluar pada Aidil Fitri dan AidilAdha, baik gadis yang menginjak akil baligh, wanita-wanita yang sedang haid, mahupun wanita-wanita pingitan. Wanita yang sedang haid tetap meninggalkan solat, namun mereka dapat menyaksikan kebaikan dan dakwah kaum Muslim. Aku bertanya, "Wahai Rasulullah, salah seorang di antara kami ada yang tidak memiliki jilbab?" Rasulullah menjawab, "Hendaklah saudarinya meminjamkan jilbabnya kepadanya." (Hadis Riwayat Muslim). 

Hadis ini, di samping, menunjukkan kewajipan wanita untuk mengenakan jilbab ketika hendak keluar rumah, juga memberikan pengertian jilbab; bahawa yang dimaksud dengan jilbab bukanlah pakaian sehari-hari yang biasa dikenakan dalam rumah. Sebab, jika disebutkan ada seorang wanita yang tidak memiliki jilbab, tidak mungkin wanita itu tidak memiliki pakaian yang biasa dikenakan dalam rumah. Tentu ia sudah memiliki pakaian, tetapi pakaiannya itu tidak terkategori sebagai jilbab.

Penggunaan jilbab dalam kehidupan umum akan mendatangkan kebaikan bagi semua pihak. Dengan tubuh yang tertutup jilbab, kehadiran wanita jelas tidak akan membangkitkan syahwat lawan jenisnya (lelaki). Sebab, naluri seksual tidak akan muncul dan menuntut pemenuhan jika tidak ada faktor yang merangsangnya. Dengan demikian, kewajipan berjilbab telah menutup salah satu celah yang dapat membawa manusia terjerumus ke dalam perzinaan; sebuah perbuatan menjijikkan yang amat dilarang oleh Islam.
 
Selain wanita Islam, terdapat juga wanita sesetengah agama lain yang  turut mengenakan tudung. Antaranya:

Penutup kepala wanita Kristian yang bertudung wimple sewaktu Zaman Pertengahan Eropah, sertai dengan menutup auratnya.

 
1) Wanita Kristian Yang Bertudung
Banyak para wanita Kristian pada Zaman Pertengahan Eropah memakai tudung serta berpakaian menutup aurat, yang sangat mirip dengan wanita Muslim kini yang memakai jilbab. 1 Corinthians 11:5, menjelaskan bahawa, “Setiap wanita yang bersembahyang atau beramalan dengan kepalanya tidak ditutup tidak memuliakan kepalanya, dan itulah dan adalah sama seperti jikalau rambutnya dicukur.” 

Oleh itu, wanita Kristian pada zaman itu bertudung bukan hanya sewaktu sembahyang, tetapi banyak juga bertudung di tempat awam, oleh kerana wanita yang telah berkahwin diwajibkan memakai tudung. Terdapat juga banyak lukisan, patung dan gambar di tingkap menunjukkan [id:Maria] memakai jilbab, bercadangkan cara pemakaian umat Kristian pada zaman pertengahan Eropah. Sehingga zaman 1960an, perempuan Katolik memakai tudung ketika bersembahyang di gereja atau katedral. Sekarang, hanya kebanyakannya para biarawati gereja yang sering bertudung, demi mengkhidmati diri mereka kepada Tuhan. Tudung kepala serta menutupi leher pada Zaman Pertengahan Eropah ini dipanggil wimple dalam bahasa Inggeris. Kini, banyak Orang Barat mengatakan bahawa wanita yang memakai wimple, menindaskan wanita, walaupun tiada bukti yang diberikan dalam Bible yang mengatakan demikian, dan anggapan ini juga kelihatan bertentangan dengan kepercayaan biarawati.

Tudung wanita Yahudi - Tichel

2) Wanita Yahudi Ortodoks
Wanita Yahudi Ortodoks masih memakai tudung hingga ke hari ini. Tudungnya digelar tichel, dan alasan memakainya adalah berasaskan koda berpakaian menutup aurat yang dikenali sebagai Tzniut.
 
Pemakaian tudung bagi wanita Islam adalah selewat-lewatnya setelah beliau baligh iaitu sebaik keluarnya darah haidh pertama. Kebanyakan wanita yang mengalami baligh adalah dalam lingkungan usia 9 tahun ke atas. Maka pada masa ini adalah menjadi satu yang Wajib ke atasnya untuk menutup aurat iaitu berpakaian yang tidak menampakkan susuk tubuh kecuali muka dan dua tapak tangan. Sehingga usia itu atau sehingga turunnya darah haidh yang pertama, adalah tidak menjadi kewajipan pada anak-anak kecil untuk menutup aurat mereka. Namun adalah sebaiknya sebagai ibu bapa kita mengasuh secara perlahan-lahan dan penuh hikmah. Ini adalah agar mereka dengan lembut dan rela hati untuk menutup aurat mereka sendiri tanpa paksaan. Selain itu, agar tidak berlakunya kes anak-anak ini secara curi-curi membuka aurat mereka tanpa pengetahuan ibu bapa. 
 
Pendapat saya sama seperti pendapat Abu Mardhiyyah yang beliau lontarkan bicaranya di intisonline forumotion. Didikan kepada anak-anak kecil perlulah dilakukan dengan cara yang berhikmah, sebagaimana orang yang dewasa inginkan ketika agama ingin disampaikan kepada mereka, pengenalan tentang aspek halal dan haram kepada anak-anak tidaklah semestinya berdasarkan kepada umur yang tertentu, tidak ada umur yang khusus untuk proses tarbiah ini bermula.. Kemungkinan seawal umur 2 atau 3 tahun pun bagi anak-anak yg mampu untuk berjalan, bercakap dan makan dengan sendiri meskipun tidak berapa proper perilakunya, tetapi mereka sudah boleh diajar tentang adab-adab dalam Islam seperti makan dan minum dengan tangan kanan, memakai tudung kerana hal ini hanyalah untuk membiasakan mereka dengan didikan islam meskipun mereka tidak mengetahui hukum disebaliknya... 


Apakah kita perlu bertegas sekiranya mereka melakukan sebaliknya? Sudah semestinya jawapannya tidak, disebabkan mereka masih belum lagi dipertanggungjwabkan terhadap perkara ini dan faham tentang apa yang mereka lakukan, mereka hanya mengikuti apa sahaja yang ibu bapa mereka berikan..
Oleh itu ibu bapa digalakkan pada tahap umur ini atau lebih awal daripada itu untuk mendedahkan sebanyak mungkin adab-adab dalam Islam untuk dijadikan amalan harian bagi anak-anak, tetapi biarlah ia dilakukan dengan sedikit demi sedikit, penuh kasih sayang dan lembut dalam penyampaian dan tindakan.. Kerana anak-anak secara fitrahnya adalah seperti kain putih, ibu bapalah pencorak diri mereka, sekiranya corakan itu adalah menepati apa yang Islam inginkan, maka Insyallah kita harap agar Allah akan timbulkan dalam hati mereka keinginan untuk melakukan perkara yang dituntut apabila tiba waktu yang dipertanggungjawabkan ke atas mereka nanti tanpa dipaksa... Samada tudung, pakaian yang menutup aurat, solat, doa dan lain-lain maka semuanya adalah berdasarkan kebijaksanaan ibu bapa dalam merancang proses tarbiah awal anak-anak... Ibu bapa tidak perlu memaksa tetapi apa yang penting merek berusaha untuk timbulkan persekitaran yang Islamik kepada anak-anak, agar dengan itu anak-anak mereka akan membesar dengan suasana yang Islam inginkan, dan harapan ibu bapa tidak lain hanyalah mengharapkan anak yang mereka didik akan menjadi soleh dan solehah pada masa akan datang..... Bukankah mereka itu adalah permata hidup ibu bapa??? Maka kita mesti berusaha mendidik mereka untuk menjadi permata, penyejuk jiwa dan penghibur hati kita:)


?????

Apa yang saya highlightkan pada hari ini adalah berkenaan kes anak saya, Afif yang tidak memakai tudung ke sekolah. Penerimaan rakan-rakan agak kurang baik. Apa yang saya perhatikan ianya berikutan rasa cemburu kerana masing-masing diarahkan memakai tudung seawal usia oleh ibu bapa masing-masing. Begitu juga penerimaan guru-guru. Sindiran tajam pada anak kecil tanpa memperdulikan perasaan mereka hanya kerana kelainan itu. Mungkin saya agak terbuka dan tidak mengikut arus seperti yang diamalkan oleh ibu bapa sekarang. Tapi adalah lebih baik seperti yang dikatakan dalam petikan di atas tadi, didikan biarlah secara berhemah dan berlemah lembut supaya jika anak telah didedahkan dalam menutup aurat ianya tertanam terus dihati mereka agar tidak berlaku pada satu peringkat usia, anak-anak akan secara curi-curi membuka aurat meraka tanpa pengetahuan kita. Memang pada masa ini saya memberi kelonggaran, namun secara berhemah, perlahan-lahan saya sering ceritakan bahawa bila sampai masanya iaitu sebaik mereka baligh adalah menjadi kewajipan pada mereka tanpa sebarang alasan untuk tetap menutup aurat. Semoga ianya menjadi kenyataan apabila tiba masanya kelak. Aaamiin...


Saya mahukan kerelaan atas kesedaran untuk anak-anak menutup aurat supaya mereka tidak mencari alasan untuk membukanya semula. Tetap bertudung hingga akhir hayat mereka. Itulah harapan saya suami isteri. Saya amat berharap pengertian daripada guru-guru dan semua agar tidak perlu mendesak anak-anak kecil untuk mengikut kehendak kita. Beri mereka masa kerana dalam Islam sendiri mewajibkan usia baligh untuk mereka menutup aurat. Apa yang Allah gariskan adalah yang sebaik-baiknya dan kita sebagai orang yang lebih dewasa cuba mendidik mereka sebaik yang mungkin supaya kebaikan berkekalan dalam diri mereka. Teguran adalah sebaiknya dengan cara berhikmah supaya menjadi tarikan dalam diri mereka secara rela untuk menurut apa yang kita hasratkan. Buat guru-guru, ibu bapa dan semua, saya mohon agar janganlah memandang serong dan berbahasa kasar terutama pada anak-anak kecil dalam mendidik mereka. Umpama menarik rambut di dalam tepung, jangan sampai tepung berselerak atau rambut terputus. Semoga dengan itu apa yang kita hasratkan akan berjaya dan lebih mendalam maknanya.... Doa dan harapan saya biarlah kebaikan bersama anak-anak kita sehingga akhir hayat mereka... Aaamiin.


Maaf atas nukilan ini, setiap orang berbeza pandangannya namun Insyaallah apa yang kita mahukan adalah kebaikan akhirnya. Salam ukhawah :D


Ini harapan saya suami isteri, moga ianya menjadi kenyataan pada anak-anak kami. Aaamiin
 

Jumaat, 22 Mac 2013

Announcement!! Tawaran Hebat dari 14 - 25 March 2013 di Pasaraya Mydin



TAWARAN HEBAT!!
DI PASARAYA MYDIN HYPERMARKET SELURUH MALAYSIA
SOS CHAR KUEYTEOW 2 PUTERI

HANYA RM4.49 SEBOTOL (350g)


TAWARAN sah di SEMUA CAWANGAN MYDIN HYPERMARKET SELURUH MALAYSIA dari 14 MARCH 2013 hingga 25 MARCH 2013 sahaja bersemperna dengan Promosi Pengusaha Industri Kecil Dan Sederhana (IKS)

 

Semua dijemput beramai-ramai ke MYDIN HYPERMARKET yang berdekatan...:) Terima kasih.




Khamis, 21 Mac 2013

Pengiraan kalori makanan dalam diet & petua sihat


Amboi hai.. Dua tiga minggu ni seibuk bebeno sampai nak update blog pun tak sempat. Syukur Alhamdulillah sibuk bermakna syarikat masih beroperasi kan hihihi. Buat sahabat yang setia bersama kami terima kasih banyak saya ucapkan. Alhamdulillah hari ni saya dapat kembali berchit chat. Kerja pun dah kurang sikit untuk hari ni jadi boleh le mengulat hehehe. Tapi mengulat pun kejap je esok kena sambung untuk pengeluaran produk lagi, pastu untuk siapkan kertas kerja permohonan sijil Skim Kebersihan Asas Industri (MeSTI) dan renew Halal. So banyak lagi kerjanya.


Hari ni saya nak tambah ilmu tentang pengambilan kalori dalam makanan. Relek-relek lepas letih kerja nak gak tambah ilmu pengetahuan dapat gak ajar kat anak-anak nanti. Saya ni kadang-kadang pening gak tak tahu camner nak kira jumlah kalori dalam satu-satu hidangan tu sedangkan kalau nak berdiet katanya itu salah satu aspek penting yang perlu kita perhatikan dan kawal. Sebabnya tubuh kita ni cuma guna 1600 - 2000 kalori (perempuan) atau 2000 - 2500 kalori (lelaki) je sehari. Sedangkan setiap makanan dan minuman yang kita ambil dikira sebagai penambahan kalori. Isk.... Walau sepotong buah atau garam je dah dikira penambahan kalori, bayangkan pulak kalau ambik makanan sehari-hari. Oooo patut le akak comey loteh dikkk hehehhe.


Jom baca info yang dikongsi oleh pihak Penerangan dalam laman pmr.penerangan.gov.my nih. Pertama-tama kita ketahui dulu apa itu KALORI nih... Sama-sama kita tambah ilmu untuk kesihatan kita sekeluarga gak kan....

Kalori adalah sejenis unit tenaga

Apa itu kalori?
Kalori adalah unit untuk mengukur tenaga.

Adakah badan perlukan kalori?
Ya, badan perlukan kalori untuk menjana tenaga, tetapi jika ia diambil (dimakan) terlalu banyak dan tidak dibakar, ia akan ditukar menjadi lemak dan disimpan dalam badan, ini akan menyebabkan pertambahan berat badan dan membahayakan kesihatan.

Macam mana saya hendak kira kalori dalam makanan?
Biasanya setiap produk yang dijual ada kiraan kalorinya di bahagian “Maklumat Pemakanan” dan kiraan juga boleh dibuat dengan mendarab berat dalam “gram” nutrisi berikut dengan nombor pekali yang disenaraikan.

Karbohidrat: Didarab dengan 4 kalori setiap gram
Protein: Didarab dengan 4 setiap gram
Lemak: Didarab dengan 9 setiap gram.

Contoh:
Satu hidangan Sos Cili yang mengandungi;
Karbohidrat-53g (53g X 2 = 106 Kalori)
Protein-1g (1g X 4 = 4 Kalori)
Gula (juga Karbohidrat)-16g (16g X4 = 64 Kalori)
Jadi satu tuangan Sos Cili bernilai 174 kalori!


Berapa kalori diperlukan oleh lelaki dan wanita dewasa dalam sehari?
Lelaki: 2000-2500 kalori
Wanita: 1600-2000 kalori

Apa akan berlaku jika saya makan lebih pada itu?
Setiap 8000 kalori yang terkumpul (tidak dibakar) akan menaikkan 1kg berat badan.


Berapa kalori dalam makanan orang Malaysia?
Kategori: Kuih Muih
1. Kasui berkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
6. Popia basah (satu) = 95 kalori
7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori

Kategori: Lauk Pauk
1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori


Kategori: Makanan Rutin
1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori




Kategori: Makanan Segera
1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
5. Burger keju (satu) = 425 kalori
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori

Kategori: Buah-buahan
1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
2. Betik (sepotong) = 45 kalori
3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
5. Limau (sebiji) = 42 kalori
6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
8. Epal (sebiji) = 63 kalori
9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
10. Mangga (sebiji) = 103 kalori

Kategori : Minuman
1. Minuman berkabonat 1 tin 285g = 120 kal
2. Minuman kotak 250g = 105 kal
3. Susu tepung penuh krim 1 sudu makan = 33 kal
4. Susu tepung tanpa lemak 1 sudu makan = 25 kal
5. Aiskrim 2 skop= 390 kal
6. Susu pekat manis 1 sudu makan = 71 kal
7. Yogurt rendah lemak 1 cawan = 90 kal
8. Mentega 2 sudu teh = 75 kal

Berapa yang selalunya orang dewasa makan sehari?
Makan Pagi: Nasi lemak bersambal (400 kalori) + Telor mata kerbau (21 kalori) + Teh Tarik (120 kalori) = 541 kalori
Pukul 10 pagi: Kuih karipap 3 biji (390 kalori) + Teh O (20 kalori) = 410 kalori
Makan tengahari: Nasi 3 cawan (420 kalori) + Ayam kari (250 kalori) + Dalca Sayur setengah cawan (150 kalori) + Air Tembikai (80 kalori) =   900 kalori
Minum petang: Kopi susu (120 kalori) + Popia Goreng 3 biji (390 kalori) = 510 kalori
Makan Malam: Nasi 3 cawan (420 kalori) + Ikan Tenggiri Masak Merah (142 kalori) + Kangkong goreng belacan (120 kalori) = 682 kalori
Jumlah (541 + 410 + 900 + 510 + 682) = 3043 kalori.

Apa akan berlaku jika tabiat makan kita seperti di atas berlarutan selama setahun?
Jika lelaki bakar 2500 kalori tetapi makan 3043 kalori sehari maka mereka akan simpan 543 kalori setiap hari sebagai lemak. 543 X 365 hari = 198, 195 kalori setahun disimpan. Jadi dalam setahun berat akan meningkat sebanyak 24.77kg!! (198,195 / 8000).



Bagaimana untuk bakar kalori?
Tingkatkan aktiviti harian, berjalan pantas, naik turun tangga, cuci kereta, bersukan, senaman. Kurangkan menonton TV atau bermain permainan computer kerana badan hanya membakar 1 kalori seminit jika kita beraktiviti seperti ini dan ia sama nilai dengan kalori yang dibakar semasa tidur!

Berapa kalori dibakar dengan aktiviti yang kita lakukan?
Kalori yang dibakar bergantung pada berat badan dan ketumpatan tubuh seseorang Berikut adalah kiraan kalori yang dibakar seorang yang seberat 68kg beraktiviti selama sejam.
1) Menonton TV = 40 kalori
2) Berjalan pantas = 300 kalori
3) Bermain bola keranjang (agresif) = 450 kalori
4) Mengemas rumah = 240 kalori
5) Berkebun = 320 kalori
6) Bermain golf (bawa sendiri Club) = 385 kalori
7) Berbasikal statik = 380 kalori
8) Erobik = 405 kalori
9) Ping Pong = 280 kalori


Ada yang cakap pengiraan kalori untuk turunkan berat badan kena buat macam ni:

Tips pengiraan kalori makanan
Pengiraan kalori ayng diperlukan = berat(kg) * 30 calories

Contoh: Berat kita 45kg * 30 = 1350 kalori/hari

Katakan target kita nak kurangkan badan dalam minggu tu 1kg.. maksudnya 45kg - 1kg = 44kg

Jadi untuk minggu tu, pengambilan kalori perlu hanya 44 * 30 = 1320 kalori/hari sahaja

Lagi 30 kalori/hari tu (1350-1320 calories) kita akan withdraw dari part-part lemak kita yang sedia ada.. Biasanya start dengan punggung ler.. Isk... Best ni :)






Petua memilih makanan di restoran hasil perkongsian Kevin Zahri (Jurulatih Kesihatan Malaysia) :
1) Sebelum menempah meja, dapatkan maklumat sama ada bahan ramuan hidangan dapat ditukar. Baca menu dengan teliti dan pilih makanan yang sihat. Pilih makanan yang bersayur.

2) Minta salad tanpa dresing - dressing tu akan bagi tambah kalori lagi banyak.


3) Minta makanan yang kurang berminyak, garam dan tanpa serbuk perasa (MSG). Minta yang menggunakan perasa seperti rempah atau herba. - Kalau tak pun pilih je yang jenis yang seperti yang disarankan biasanya kita ni malu nak minta yang macam-macam dari peniaga tu kan.

4) Pilih hidangan yang dikukus, rebus, panggang atau dibakar. - Biasanya makanan jenis ni mahal sikit harganya tapi kot nak sihat boleh le kan...

5) Jika ada sos, minta ianya disajikan berasingan - Jadi tak le kita ambil dalam kuantiti yang banyak kan. Cicah-cicah je tak pun jangan ambil terus lagi baik.

6) Jika anda memerlukan makanan yang rendah kolestrol, elakkan makanan berdaging seperti otak, hati dan buah pinggang atau ketam, udang atau sotong.

7) Pilih makanan yang disediakan pada asalnya memang berkalori rendah - kenal belajar ingat jadual makan kat atas tak pun print dan bawak bersama-sama untuk check kalau perlu heheh.


8) Minta buah-buahan sebagai pencuci mulut - Pencuci mulut sebelum makan hidangan yang berat yer. Bukan pencuci mulut lepas habis makan. Yang tu dah salah dan tak elok untuk kesihatan kita nanti.

9) Minum air, teh atau kopi tanpa gula daripada meminum minuman ringan yang manis.



Selasa, 19 Mac 2013

Cabaran G1GIH - Anjuran Agensi Inovasi Malaysia (AIM)


Tu hari terbaca dalam paper berita yang pihak Kementerian Inovasi buat satu cabaran yang diberi nama G1GIH untuk semua rakyat Malaysia yang terlibat dalam aktiviti menambahkan pendapatan keluarga dalam bidang keusahawanan. Tak kira cara apa pun janji menambahkan pendapatan keluarga. Kira penambahan pendapatan paling kurang RM1000.00 pun dah boleh masuk cabaran ni.


Yang bestnya ganjaran ni diberi untuk sesiapa yang terbukti berjaya nak ubah diri sendiri jadi orang yang  berjaya. Kira RM1000.00 yang kita dapat ekstra tu hasil usaha kita le nak ubah diri jadi lebih baik yer tak. Fuhhh dah lama saya harapkan cabaran yang macam ni. Selalunya untuk yang 'nak' je baru. Yang dah tapi masih di middle selalu tak pandang tapi kalau dah benar-benar berjaya baru nak sanjung. Jadi cabaran yang macam ni untuk orang-orang yang middle macam saya le. Dah berusaha. Bukan just berangan-angan je. Bagus lah.. Sekurang-kurangnya cara ni buatkan kita rakyat Malaysia tak le harapkan bantuan saja untuk teruskan hidup kan...


Berminat dengan apa yang dicakapkan dan ganjaran yang diberikan, saya terus skodeng ke laman web diarang di www:gigih.my. Mulanya skodeng-skodeng dulu. Faham segala syarat dan apa yang dimahukan dulu. Pastu tanya Mr Hb nak joint tak cabaran ni. Ganjaran hadiah RM2 juta untuk 500 pemenang. Tapi kalau tak salah dalam TV tu hari katanya RM berapa ribu tah untuk pemenang. Akak terlupa dikkk. Pastu kalau ada yang jadikan kita sebagai contoh kita akan dapat dalam RM1000.00 lagi kot untuk setiap sorang.


Dah dapat izin Mr Hb (walau benda baik tetap kena minta izin cik somi you baru dapat pahala dan berkatnya Insyaallah) baru saya isi borang online yang ada kat laman tu. Cerita le lebih kurang tapi pesan Mr Hb jangan panjang sangat kang letih orang membacanya. Amboiiii tahu je yer kelemahan isterinya yang kalau dah mula bicara heheheh. Lupa diwi youuuuu hahahah.


Lepas isi lebih kurang. Bagi dia check. Bila dah masing-masing rasa ok terus tekan Daftar. Haaa.. Dah siap dah pun. Kalau ada rezeki Alhamdulillah, kalau tak tak per la mungkin ada yang lebih Gigih dari kitarang hehehe. Apa pun suka sangat akhirnya ada gak cabaran yang sebegini. Selalunya banyak cabaran dan anugerah hanya untuk yang telah berjaya. Yang pasti pendapatan masing-masing juta-juta je baru dipandang. Kot tak sedih rasanya jadi orang yang kelas pertengahan ni. Berusaha dah untuk berubah tapi kot masih belum rezeki. Jadi kayuh le pelan-pelan heheh. Harap-harap basikal yang dikayuh ni bertukar jadi basikal supersonik satu hari nanti hehehe.


Kalau menang cabaran G1GIH ni agak-agak apa yang saya nak buat???? Emmmm banyak sebenarnya hajat dihati ni. Paling utama kot ada rezeki nak tukar Pak Tua (Van Nissan C20) kitarang tu kepada yang baru. Tu pun kalau ada yang sudi beli le heheheh. Kot tak de sapa yang sudi beli buat peneman Pak Tua pun ok sebab sian kat Mr Hb kalau jadi kena hantar barang ke Mydin Kulai Jaya, Johor nun tak le semput kena tahan panas dan keletihan memandu lebih dari 24 jam. Dengan Pak Tua, nak ke Melaka pun sampai 23 jam beb sebab takat 80km/j je dia mampu pergi heheh. Naik bukit lagi le semput siap driver trailer yang sarat bawa muatan pun boleh lambai tangan sebab leh potong kita heheh.


Yang kedua hajatnya nak beli mesin sealer baru dan bahan packaging. Mesin sealer yang ada ni kecik sangat. Kena seal 3 kali untuk satu bungkus plastik Cili Boh Asli 2 Puteri. Bayangkan kalau nak bungkus banyak mau tercabut tangan hehehe. Selain tu nak gak buat packaging baru untuk Sos Char Kueyteow 2 Puteri. Ramai yang nak beli saiz besar tapi takat sikit-sikit leh le kitarang jual. Nak letak kat pasaraya tu tak mampu le sangat sebab nak kena beli banyak botol dan stikernya kalau macam tu. Kalau boleh beli runcit ok lah tapi mana le diarang sudi jual. Paling kurang kena ada lebih RM5000.00 untuk tujuan tu. Pastu kalau dah ada nanti kena pulak deal lain dengan pihak pasaraya. Tu pun tak tahu bila boleh masuknya. So memang kalau takat nak simpan duit sendiri memang lambat le nak dapat pulangannya.


Yang ketiga nak upgrade kilang kitarang. Heheh sebenarnya tarafnya takat bengkel je dikkk. Tapi dek kerana saya dengan Mr Hb percaya apa yang disebut akan jadi doa, tu yang kami sebut kilang. Mana le nak tahu kot-kot diperkenankanNya... Bengkel jadi kilang kan Alhamdulillah syukur tuuu. Buat masa sekarang kilang kitarang kecik sangat. Nak simpan stok bahan mentah pun puas kena selit-selit. Tapi syukur dalam dok selit pun Kementerian Kesihatan Malaysia dulu dah beri sijil le kat kami. Cuma sekarang je tak mampu lagi nak apply sijil MeSTI sebab tak de kemampuan untuk ke Ipoh nun lagi. Insyaallah sikit masa nanti akan saya apply. Langkah-langkah ke arahnya dah dibuat. Cuma tinggal nak isi dan antor borang je lagi.



Ehhhh dah ke mana-mana le saya ni dah hehehe. Tu le pantang bagi peluang. Ada je yang diomelnya heheh. Ok back tu the main subject... Cabaran G1GIH. Hah korang kot ada yang buat projek untuk tambah pendapatan ni elok le masuk. Mana le tahu kot ada rezeki yer tak. Kot macam saya dulu masa kerja Affin, buat part time bungkus kerepek untuk jualan di pejabat. Selain tu buat batang buruk dari kulit popiah. Balik je office terus mengadap kulit popiah sampai ke malam. Kul 11 baru stop. Lengoh tulang belakang dikkk duduk terlampau lama. Takat bangun jab je solat ke atau lain-lain. Kot tak buat camtu kang lari customer. Paling penting fulus pun lari le dikkk heheheh. Esok sambung balik. Cam tu le tiap hari. Nak buat cam ner nak cari rezeki lebih. Harapkan gaji memang tak cukup. Duit bilik je dah RM300, makan lagi, tambang lagi, nak shopping lagi huakhuakhuak.. Nak pulak dekat-dekat nak kahwin dulu lagi le nak guna duit banyak yer tak. Saya dulu bertunang, nikah dan kahwin semua nak kena ada hantaran. Mula-mula 7 dulang, naik 11 dulang masa nikah. Pastu naik pulak sampai 33 dulang masa kahwin... Haaa sapa nak kasi yang kalau tak kumpul duit beli sendiri. Nak buat camner permintaan keluarga Mr Hb dah macam tu kena ikut le kang tak jadi kahwin naya heheh. Hasilnya pendapatan dapat le bertambah sikit bila buat part time berniaga kecil-kecilan tu. Kahwin dulu pun tak der hutang sapa-sapa dan leh le buat belanja apa yang patut.


Cam tu gak lepas kahwin masa tolong ayah mertua kat kedai. Saya bungkus asam dan kerepek gak. Baru-baru kahwin tak le pandai masak lagi. Ayah tak bagi gaji so nak soru kena le buat sendiri. Syukur dari duit tu boleh pulak beli bahan nak buat ais kacang dan len chi kang untuk tambah cabang berniaga selain dari belanja. Masa berniaga ais kacang dan len chi kang tu walau ayah tetapkan harga tak lebih dari RM1.50 tapi memang lengoh tangan nak siapkan pesanan sebab saya ni kalau buat akan pastikan segala kas-kasnya lengkap dan yang penting customer puas hati. Tapi dek kerana kedai tu dah diserahkan kepada abang ipar... Kena le simpan semua tu dan cari lak cara lain untuk tambah pendapatan. Bukan Mr Hb tak mampu nak sara tapi takat buat kontrak wiring apa sangat le dapatnya. Keuntungan kontraktor wiring berbeza dengan keuntungan krontraktor binaan dan lelain tu. Kadang-kadang kena kencing la, kena curi barangan la, kena pau la lagi. Memang naya. Nak elak pun payah sebab kuasa di tangan diarang kang kalau tak bagi tak bersign document camner nak claim? Kalau tak claim camner nak makan, bayar pekedai dan pekerja? Tu sebab sekarang Mr Hb dah tak buat wiring dah. Nak dapat rezeki halal pun susah. Cukup le baiki apa yang rosak kat rumah ni.


Lepas tu saya try pulak baking-membaking. Sekitar 2-3 tahun lepas. Dalam masa yang sama kami keluarkan produk Sos Char Kueyteow 2 Puteri, Cili Boh Asli 2 Puteri, Dodol Nenek 2 Puteri, Sos Pencicah Thai 2 Puteri dan Sekaya Labu 2 Puteri. Alhamdulillah sambutan ok le jugak tapi letih bagai nak rak le sebab nak siapkan tempahan yang kadang-kadang tu banyak sambil nak jaga anak lagi. Memang tak mampu. Nak gajikan pekerja camner nak bayar sebab duit dah berhabis beli segala mesin bagai dan buat kilang. Nak tak nak kena tanggung sendiri la jawabnya. Kalau kena harinya buat pulak dodol lagi le letih. Masak dodol kena mula jam 4 pagi sebab nak siapkan bahan lagi la. Nak masak la... Memang petang baru siap. Masak je dekat 7 jam berpanas pulak lepas letih menyediakan bahan sejak jam 4 pagi. Nak buat Sekaya Labu dan Sos Pencicah pun kena kerja teruk gak. Tu mana nak baking, mana nak mendodol dan mana nak buat produk lain lagi memang letih sangat. Selain dari letak kat kedai-kedai, jual direct saya turut ke Wisma Persekutuan Taiping untuk berniaga. Jauh gak le nak pergi tapi tu le last-last surrender sendiri hehe. Mr Hb pun try berniaga kat Teman, Gopeng tapi tak berbaloi. Perjalanan jauh tapi yang terjual sikittt sangat. Lebih keluar dari masuknya. Kononnya nak kenen-kenen FAMA lepas beberapa kali apply bantuan tak diendahkan. Tu yang sanggup pergi sana walaupun jauh tapi idaknya dema pandang pun hehehe. Pun surrender gak.


Kali terakhir saya ada gak try jual produk kecantikan dan kesihatan local. Tapi last-last kitarang dapat tahu kandungannya bahaya untuk kesihatan dan kecantikan pengguna terus saya stop. Yang tu rasanya dah rugi lebih RM2000.00 gak le sebab beli stok dan semua kelengkapan. Habis duit simpanan ASB saya huhu. Dah mak serik nak jual produk local dah. Nama pun jadi buruk. Kerana produk orang yang buat cara tak betul, orang tengok kita pun benci naya. Tak kuasa dah saya. Biarlah saya consentrate kat produk saya ni dah. Tu yang fight sangat untuk naikkannya jadi setanding dengan otai-otai yang lain.


Tu le cerita kegigihan saya sekeluarga untuk ubah taraf hidup. G1GIH tak???? Heheheh. Tapi dalam gigih sangat tu dah berkali-kali terkena. So satu pesan saya try bantu keluarga untuk tambah pendapatan tapi waspada jangan sampai terkena. Buat dengan ikhlas dan Insyaallah try masuk cabaran ni. Mana le tahu kan... Hahahaha :)


Isnin, 18 Mac 2013

Popiah Goreng Berinti Burger Maggie 2 Puteri


Semalam blur sikit. Pepagi lagi dah blur sebab tak der idea nak masak apa untuk sarapan. Dah seminggu tak masak sarapan sebab bangun je terus kena kerja so breakfast main aci beli je. Tapi semalam dah cool sikit sebelum start sibuk kembali ari ni. Tu pasal yang jadi blur heheh.


Pikir punya pikir, sementelah pulak anak minta maggie goreng untuk breakfast diarang terus saya rendam maggie 2 bungkus. Satu untuk diarang breakfast (masak kena asing sebab diarang tak makan pedas langsung) dan satu lagi untuk saya mula bereksperiment hihih. Nasib le Mr HB nak kena makan menu eksperiment saya lagi pagi ni hihihi.


Selalunya saya kalau goreng maggie tak pernah rendam dulu tapi hari ni sebab nak ambil untuk buat Popiah Goreng Berinti Burger Maggie 2 Puteri saya kena rendam jab. Sementara menunggu maggie  kembang, saya rendam gak daging burger untuk bagi cepat lembut. Membeku dalam fridge tu, itu yang kena bagi lembut balik sebab nak hancurkannya. Masa nak hancurkan daging tu baru saya tahu yang kandungan lemak dalam daging burger tu fuhhh berketul-ketul. Patut le saya kalau buat burger walau tak masukkan minyak tetap berlinang minyak yang keluor. Rupanya 'kaya' dengan lemak daging tu. Jadi kowang kot nak sihat lebih jangan dok bakar daging burger dengan apa-apa jenis minyak atau margerine dah tau. Biar dia keluar minyak dari lemak dia sendiri. Memang le keras sikit tapi nak sihat ma....


Lepas buang serba sikit lemak yang ado (yang mampu je la sebab banyak) saya siapkan bahan-bahan lain. Pastu goreng balik sikit untuk enakkan adunan inti tu. Alah campur tu, campur ni, campur Sos Char Kueyteow 2 Puteri ngan Cili Boh Asli 2 Puteri ok gak rasanya. Eh lupa nak cakap masa rendam maggie tu kena letak sikit rencahnya atau garam supaya kang maggie yang kita makan tak terasa kosong kosong kosong.... Hihihi. Ada le perisa sikit kat maggie tu.

Ke barisan... Sedia! Line up before masuk kuali

Sib baik cepat gak sejuknya adunan inti tu sebab kang kalau panas-panas nak membungkus rosak pulak kulit popiah tu nanti. Tapi nak bagi cepat sejuknya, saya tuang adunan inti yang sikit tu dalam dulang dan ratakan bagi jadi lapisan nipis. Biarkan bawah kipas hihihi. Nak makan breakfast kena le creatif sikit sebab buat kerja last minit. Kang tak pasal-pasal jadi hidangan tengah hari pulak heheheh.


Buat Popiah Goreng Berinti Burger Maggie 2 Puteri ni makan masa yang agak lama gak sebab proses macam-macam. Memang tak sabar nak rasa hihi. Ok tak nama yang saya bagi hehehe. Panjang berjela tapi nampak cam best je yer tak. Kan orang sekarang lagi panjang nama menu tu lagi rasa mahal jadinya kan kan ;D. Orang dulu-dulu suka yang simple dan pendek-pendek tapi orang sekarang suka yang panjang-panjang. Sekarang lagi panjang nama lagi mahal harga yang boleh diletakkan walau sebenarnya biasa je heheh. So menu saya ni ikut arus le gak heheheh.


Ok jom tengok resepi olahan saya ni....


POPIAH GORENG BERINTI BURGER MAGGIE 2 PUTERI

By: Asamgaram2puteri

Bahan-bahan
  • Kulit popiah- defrostkan pada suhu bilik
  • 1 peket maggie - rendam sehingga lembut
  • 2 keping daging burger - lembutkan dan hancurkan
  • 1/2 biji bawang besar - didadu halus
  • 1 ulas bawng putih - cincang halus
  • 1 sudu teh Cili Boh Asli 2 Puteri
  • 2 sudu besar Sos Char Kueyteow 2 Puteri
  • 1/2 sudu teh lada sulah
  • 1 sudu teh serbuk oregano - ikut suka kalau nak masukkan yang lain
  • 2 inci lobak merah - sagat halus
  • 1/2 biji ubi sengkuang saiz kecil - sagat halus
  • Sedikit garam atau perasa
 Caranya
1. 1 peket maggie direndam sehingga lembut. Masukkan sedikit garam atau serbuk perasa ke dalam air rendaman. Apabila lembut, toskan dan ketepikan sebentar.  

2. Daging burger dihancurkan dan diketepikan. Jika baru dikeluarkan daripada peti sejuk beku, rendam seketika di dalam air sehingga lembut. Baru dihancurkan.

3. Dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih sehingga layu. Kemudian masukkan Cili Boh Asli 2 Puteri. Tumis sehingga garing.

4. Masukkan Sos Char Kueyteow 2 Puteri, sedikit lada sulah dan serbuk oregano. Sebatikan.

5. Masukkan daging burger, maggie yang telah direndam tadi, lobak merah dan sengkuang. Gaul sebati dan perasakan dengan garam atau serbuk perasa. Goreng sehingga bahan inti tadi agak kering (90% kering). Setelah itu tutup api dan sejukkan sebentar.

6. Bentangkan kulit popiah dan sendukkan sedikit bahan inti yang telah sejuk. Gulung mengikut saiz yang disukai. Buat sehingga habis semua.

7. Goreng sebentar popiah tadi sehingga berwarna kuning keemasan. Angkat dan wallah dah siap untuk dijamu kepada keluarga.


Popiah Goreng Berinti Burger Maggie 2 Puteri ni boleh dimakan begitu sahaja ataupun bersama apa-apa jenis sos yang kita suka. Kali ni saya dapat tulis sukatan sebab first time buat terus ambil sukatan jadi mudah le sikit. Kalau yang selalu-selalu tu memang payah sikit sebab tangan ni dah terbiasa tak dibendung dengan sukatan jadi selalu je kalau nak ambil sukatan bila buat harus tak tepat. Yang ni saya eksperiment jadi sebelum mula lagi saya dah budget sukatannya. Sib baik menjadi dan Mr Hb pun makan banyak heheheh.


Kalau nak buat kulitnya dari adunan lain pun ok tapi pagi ni udah lambat sikit siapnya jadi takat gulung cam bantal peluk pun ok tu. Mula le terbayang enaknya memeluk bantal hujung-hujung minggu nih heheh.


Kot sudi sila le cuba resepi baru saya ni yer ;D

Kalau nak buat balutan bentuk Samosa pun ok. Ikut creativiti yer :)


Sabtu, 16 Mac 2013

Promosi Sos Char Kueyteow 2 Puteri di Pasaraya Mydin Hypermarket (14 - 25 March 1013)


Minggu ni memang bertungkus lumus sungguh kerja untuk penuhi tempahan produk oleh Pasaraya Mydin Hypermarket. Kerja lebih kurang last minit sebab kesihatan agak tak mengizinkan tapi syukur Alhamdulillah saat akhir kami makin sihat dan berjaya gak penuhi semua tempahan. Kena overtime la hihihi. Sib baik kerja suami isteri so tak kisah sangat kerja lewat-lewat malam pun. Anak-anak pun syukur dah faham so tak banyak kerenah le walau layanan agak kurang minggu ni.


Macam yang diceritakan last time, kami ditawarkan oleh pihak Mydin untuk tambah lagi pasaran di 3 cawangan mereka iaitu di Mydin Hypermarket Kubang Kerian, Kelantan; Mydin Hypermarket Kuala Terengganu, Terengganu dan Mydin Hypermarket Kulai Utama, Johor. Jadi bilangan semua cawangan adalah 10 buah. Syukur Alhamdulillah, makin berkembang pasaran dan moga-moga makin berkembang juga syarikat yang kami bina ini. Aaamiin.


Untuk makluman sahabat semua, pihak Mydin Hypermarket sedang mengadakan promosi 'IKS & Wedding' yang berlangsung selama 12 hari bermula pada 14 March hingga 25 March. Jadi kalau sesiapa yang sudi, sila le ke Mydin Hypermarket yang berhampiran dan beri sokongan kepada kami yer pengusaha-pengusaha IKS ni. Kalau berhajat nak buat majlis perkahwinan pun boleh le singgah ke sana sambil-sambil usha produk pengusaha IKS :).


Tadi kami menghantar produk ke Pasaraya Mydin Bukit Jambul. Tempahan lambat terima jadi  lambat le kami hantar. Rugi le 3 hari dari tarikh promosi kerana produk dah kehabisan stok rupanya di Pasaraya Mydin Bukit Jambul tu. Rasanya dah lama habis sebab dah tak der pun tempat Produk 2 Puteri diletakkan. Sign 'kehabisan stok' pun tak der. Isk... Ralat sungguh. Masa promosi ni le yang kami harapkan dapat perkenalkan produk kami kat pengguna semua. Harap-harap cepat le ianya diletakkan dirak nanti. Tak le bila pengunjung Mydin yang cari Produk 2 Puteri akan kehampaan. Nak pulak sekarang (14 March - 25 March 2013) ada offer tau Produk Sos Char Kueyteow 2 Puteri ni. Harga promosi sekarang RM4.49 sahaja untuk sebotol bersaiz 350g. Satu botol tu boleh hasilkan 10 hidangan Char Kueyteow.



Syukur sangat sebab pihak Pasaraya Mydin telah meletakkan gambar produk kami di risalah tawaran promosi dan di bahagian promosi di laman web Mydin. Kalau nak tengok boleh tengok kat sini. Kami amat berbesar hati dan ucapkan jutaan terima kasih pada Pihak Mydin atas kesudian mereka letakkan produk kami di risalah promosi dan di bahagian promosi di laman web berkenaan. Kalau ikutkan kami tah le bila sebab kami tak ada kemampuan sebenarnya. Terima kasih sekali lagi!!


Jadi buat sahabat yang sudi untuk mencuba Produk 2 Puteri atau yang nak dapatkan stok baru, sila dapatkan di Pasaraya Mydin Hypermarket yang berdekatan ya. Tengah murah ni. Insyaallah tak rugi :)

Agak-agak leh nampak kot hihihi... Almaklum la tak ekspert sangat ;p

Khamis, 14 Mac 2013

Alhamdulilah... 2 Puteri dah melangkah ke Mydin Kubang Kerian, Kuala Terengganu dan Kulai pula


Alhamdulillah syukur....


Setelah bertungkus lumus berkerja dalam beberapa hari ni untuk siapkan produk, akhirnya siap juga. Sib baik kesihatan pun dah semakin ok jadi dapat le buat produk tanpa ada sangkut-sangkut. Risau gak tu hari sebab order banyak masuk tapi selsema dan batuk tak henti-henti. Tak nak le kang bervirus produk kitarang tu yang walau tempahan diterima sejak minggu lepas, baru beberapa hari lepas je buat. Kena confirm betul-betul sihat baru boleh buat. Sib baik lepas makan je ubat dan dapat tidur yang cukup, kesihatan pun semakin pulih. Kot tak tak tahu le cam ner nak handle.


Alhamdulillah juga kerana bermula pada 13 March (semalam hihihi), Produk Sos Char Kueyteow 2 Puteri makin jauh perjalanannya. Kini, Sos Char Kueyteow 2 Puteri boleh didapati di Mydin Hypermarket Kubang Kerian, Kelantan; Mydin Hypermarket Kuala Terengganu, Terengganu dan Mydin Hypermarket Kulai Utama, Johor. 2 PUTERI dah ke Kelantan, Terengganu dan Johor pulakkkkk!!!! Best best.. Tak le susah orang-orang sana nak dapatkan Sos Char Kueyteow 2 Puteri kami. Dah makin dekat dah :)


3 cawangan Mydin di 3 Negeri pada tahun 2013 dalam bulan 3. Amboiiii banyaknya angkat 3 dikkk heheheh. Apa pun syukur sangat-sangat. Berkat usaha, doa dan harapan kami akhirnya ianya makin nampak hasilnya. Moga-moga jualan pun makin memberangsangkan Aaamiin.


Dengan kemasukkan ini bermakna Sos Char Kueyteow 2 Puteri kini telah dipasarkan di 10 cawangan Mydin Hypermarket. Bermula daripada hanya 4 cawangan di awal tahun 2012 iaitu Mydin Hypermarket Bukit Jambul, Pulau Pinang; Mydin Hypermarket Subang Jaya, Selangor; Mydin Hypermarket Terminal 2, Seremban, Negeri Sembilan dan Mydin Hypermarket MITC, Ayer Keroh, Melaka. Kemudian bertambah sebanyak 3 cawangan lagi bermula pada pertengahan tahun 2012 iaitu di Mydin Hypermarket Meru; Mydin Hypermarket Manjoi dan Mydin Hypermarket Gopeng yang kesemuanya di Ipoh, Perak menjadikan 7 cawangan yang memasarkan Produk 2 Puteri.


Produk Sos Char Kueyteow 2 Puteri berada dibahagian Agrobazaar dan bahagian Sos di setiap cawangan Mydin Hypermarket tau.Bahagian Agraobazaar ditanda dengan pintu gerbang yang tertulis 'Agrobazaar' manakala bahagian Sos di letak sign di atas setiap lorong. Nak tengok kena dongak le sikit.


Buat sahabat yang tinggal di tanah jajahan Kelantan, Terengganu dan Johor sila-sila le dapatkan Produk 2 Puteri dipasaran Pasaraya Mydin Hypermarket ya... Kalau nak ke Tesco Store pun Insyaallah ada. Baik dapatkan sekarang, kang habiskan rugi tauuuuu....... Kalau di Tesco Store, kena cari kat bahagian IKS atau 'Produk Malaysia Citarasa Kita' (ditanda dengan flag biru) tu. Insyaallah ada.


Sos Char Kueyteow 2 Puteri tidak hanya enak dibuat Char Kueyteow tau malah boleh diaplikasikan ke atas lain-lain hidangan seperti Mee Goreng, Pasta, Lauk-pauk dan boleh dimakan begitu sahaja sebagai pengganti kicap. Banyak juga resepi yang menggunakan Sos Char Kueyteow 2 Puteri dan Cili Boh Asli 2 Puteri dah saya kongsikan kat sini bagi memudahkan sahabat untuk mempelbagaikan masakan menggunakan produk kami. Dengan Produk 2 Puteri, kerja masak memasak menjadi semakin mudah dan enak!


Produk 2 Puteri Insyaallah dibuat dengan pernuh ketelitian, bersih dan paling penting ianya menggunakan semua bahan-bahan yang halal. Segala tatacara dan operasi pembuatan dilakukan mengikut prosedurr yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pihak Jabatan Agama Islam yang memberikan sijil Halal. Kami memberi yang terbaik kepada para pengguna kami supaya rezeki yang kami peroleh juga merupakan rezeki yang halal Insyaaaallah. Jadi.... Gunakan tanpa was-was ;).


Pada yang dah cuba produk kitarang, Sos Char Kueyteow 2 Puteri ngan Cili Boh Asli 2 Puteri terima kasih banyak-banyak. Teruskan bersama kami yer sampai bila-bila :) Buat sahabat jangan lupa dapatkan produk kami di semua cawangan Mydin Hypermarket yang berdekatan dengan korang. Atau boleh juga di cawangan Tesco Store yang berhampiran. Haa... Dah makin mudah nak dapatkan Produk 2 Puteri tu jadi minta beri sokongan ya....


Tq tq tq....

Flying kiss sikit... Muuuuuuah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...