Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sabtu, 21 Januari 2012

Sos Char Kueyteow 2 Puteri kini di MYDIN HYPERMARKET BUKIT JAMBUL, Penang


Alhamdulillah akhirnya bermula semalam (20 Januari 2012) SOS CHAR KUEYTEOW 2 PUTERI mula memasuki Mydin Hypermarket di Bukit Jambul, Pulau Pinang. Setelah sekian lama menanti akhirnya penantian itu berakhir juga semalam :) Bangga, happy sangat-sangat dan terlalu bersyukur kehadrat-Nya kerana rezeki ini Alhamdulillah. (Moga dengan ini akan lebih berjaya dimasa-masa akan datang).

Terdapat di lorong Agrobazar
Celoteh-celoteh juga tapi.... Buat rakan-rakan yang tinggal di sekitar Bukit Jambul atau di Pulau Pinang amnya, sila-sila ler ke Mydin Hypermarket Bukit Jambul untuk mendapatkan sebotol dua (lebih pun ok gak heheh).

Kini dengan adanya Sos Char Kueyteow 2 Puteri ini, pastinya semua orang dapat membuat sendiri Char Kueyteow pada bila-bila masa sahaja. Resepi dan sukatan untuk memasaknya telah disertakan pada label. Insyaallah pasti teman-teman semua akan berpuashati.  Resepi yang ada disertakan itu adalah resepi mudah yang menepati citarasa semua. Namun bagi yang rajin dan mahu lebih enak, gantikan air seperti di dalam resepi dengan stok rebusan kulit dan kepala udang. Kalau suka boleh masukkan sotong dan sedikit gula juga. Ingat ya lepas masak makan segera.

Bagi yang allergy, Insyaallah jangan risau kerana kandungannya pasti selamat untuk semua.

Insyaallah siapa yang beli pasti akan berpuas hati sebab ianya bukan sahaja dapat digunakan untuk memasak Char Kueyteow yang macam dijual tu tapi sebaliknya boleh digunakan untuk lain-lain resepi juga seperti memasak bihun goreng, pasta, sambal tumis, buat sayur masak kicap dan lain-lain. Apa yang pasti olah sahaja mengikut kebijaksanaan teman-teman ya.

Harganya yang murah berpatutan dengan hasilnya untuk 10 hidangan Char Kueyteow. Berbaloi, boleh makan puas-puas dan apa yang penting....Jimatttt.


p/s : Insyaallah dalam masa terdekat ini Sos Char Kueyteow 2 Puteri juga akan menemui teman-teman semua di Mydin Hypermarket Subang Jaya, Era Square Seremban (Terminal 2) dan MITC Melaka. Nantikannya ya :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...