Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Memaparkan catatan dengan label Pasta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pasta. Papar semua catatan

Ahad, 17 Jun 2012

Sup Kentang Berkrim


Assalamualaikum.


Kat dapur ni banyak sangat stok ubi kentang. Mulanya cadang nak buat cucur udang berkentang tapi tiap kali ke pasaraya udang habis ler pulak. Yang jual kat kedai berdekatan rumah ni selalunya kecil-kecil tak best kalau nak buat cucur. Kurang umph rasanya. Next time gi pasar nak skodeng lagi cik udang tu ada ke tak..


Skodeng sana-sini akhirnya sampai dapur akak Linapg di Teratak Mutiara Kasih. Hehhe... Tengok resepinya wokey lebih kurang yang biasa saya buat. So ambil yang ni je la mudah sikit. Tapi ada kelainannya yang dikenal pasti, Serbuk Kari Daging.... tak pernah saya masukkan kalau buat sup omputeh version potato ni. Udah macam mamak version je heheh. Ok ambik yang ni ada kelainan sikit tapi sukatannya kena kurangkan lagi sebab anak-anak tak gemar pedas walaupun sikit. Kang tak pasal-pasal kita yang nak kena habiskan.


Sikit info tentang ubi kentang ni yang saya nak kongsi... Kentang adalah tumbuhan umbi yang ke4 paling banyak ditanam di dunia – selepas beras, gandum, dan jagung. Secara nutrisinya, kentang terkenal dengan kandungan karbohidratnya. Di Asia, ia tidak mengambil alih tempat beras sebagai makanan ruji, sebaliknya kentang banyak dimasak bersama rempah dan dihidang di dalam kari untuk dimakan bersama nasi, roti canai, dan capati. Cara masakan Asia membuka mata baru kepada mereka yang sekadar memasak dengan kaedah biasa seperti merebus, membakar, stim, melenyek, atau menggoreng. Nak lebih cerita boleh baca kat sini kay.
 

Apabila memilih kentang, pilih yang tegang dan mampat. Elakkan memilih kentang berkulit terlalu kering dan berbintik-bintik.  


Tips:
  • Jangan simpan di dalam peti sejuk kerana suhu sejuk akan menukarkan kanjinya menjadi gula. Ini akan menyebabkan kentang menjadi manis dan bertukar warna kegelapan apabila dimasak.
  • Jangan simpan bersama bawang besar. Gas yang dilepaskan oleh bawang besar mempercepatkan proses kerosakannya.
  • Untuk mengelakkan kentang mengalami kegelapan ketika dikupas, letakkan kentang di dalam air sejuk sejurus selepas dikupas sehingga sedia untuk dimasak. Air sejuk akan mengelakkan bahagian luar kentang menjadi gelap/lebam.


Jom kongsi resepinya kat sini kay.... I follow heheh. Tapi saya ada ler ubah sikit-sikit ikut version saya. Tak banyak pun sikit je heheh. Jangan mare yer.


SUP KENTANG BERKRIM

By: Linapg, Teratak Mutiara Kasih
Sumber: Chef Celebrity Ideal TV3


Bahan-bahan:

  • 2 biji kentang - kupas kulit dan potong dadu
  • 2-3 batang celeri - potong kecil
  • 1 labu bawang besar kuning - potong dadu
  • 4-5 ulas bawang putih - cincang kasar. Saya kurangkan jadi 2 ulas je sebab tak suka baunya yang kuat sangat tu
  • 300ml air
  • 1 sudu kecil serbuk kari daging - saya kurangkan kepada 1/2 sudu kecil je just ambil baunya.
  • Sedikit oregano kering atau bayleaf - optional nak masukkan atau tak
  • 1 sudu besar mentega 
  • Garam dan lada sulah secukup rasa
  • 1 tin susu sejat

Caranya:

1. Rebus kentang dan batang celeri dengan sedikit air. Jika ada herba masukkan sekali. Saya guna oregano sebab baunya kurang sikit berbanding bayleaf.

2. Dalam kuali berasingan, tumiskan bawang besar dan bawang putih dalam mentega yang dicairkan hingga layu. Jangan terlalu lama agak-agak layu je. Kemudian masukkan ke dalam periuk rebusan kentang tadi. Rebus hingga kentang empuk kay.

3. Tambah serbuk kari daging, garam dan lada putih.

4. Apabila kentang sudah empuk, tutup api. Sejukkan seketika.

5. Masukkan bahan rebusan (tanpa air itu) ke dalam blender. Blend sampai hancur. Saya ambil sikit airnya. Nak mudahkan kerja memblender dan sebab dah dalam air tu dah letakkan perasa. Sayang pulak rasanya hehe.

6. Masukkan satu tin susu sejat ke dalam blender dan blend kentang itu sampai halus.

7. Masak sekali lagi hingga mendidih. Kalau nak makan terus pun ok dah bak kata akak Linapg.

Sup ni nak makan dengan pasta pun ok dengan roti pun best. Tapi tekak anak-anak tak masuk dengan serbuk kari daging tu jadi tak laku sangat sup saya kali ni. Mungkin dah biasa makan yang simple je yang takder serbuk kari daging. Balance yang ado tu nampaknya kena ler ubah suai jadi donut ker apa. Harap-harap tak membazir ler hendaknya. Kowang kot nak cuba resepi ni sila la yer. Mungkin anak-anak kat rumah tu tak secerewet anak dare saya ni.. :)



Jumaat, 8 Jun 2012

Sup Labu Manis Berkrim


Assalamualaikum.


Hari ni saya nak kongsi resepi Sup Labu Manis Berkrim.


Sup ni pun dibuat atas permintaan Afif. Sebenarnya dah lama gak dia minta. Tapi baru ada kesempatan nak buat :).


Selalunya saya main buat je sup-sup ni. Tak de resepi tak der sukatan. Alhamdulillah anak suka gak. Tapi tah rasa nak kelainan dan nak ikut protokol sikit kali ni saya ambil sukatannya. Lagi pun Insyaallah nanti kot ada rezeki leh turunkan pada anak-anak. Kot tak der sukatan menggagau lak diarang nanti macam saya pulak. Sib baik dah biasa buat so saya cuba sukat apa yang selama ni saya agak-agak je. Lagi pun semua bahan dah ada dalam stok simpanan saya so mudah ler.


Nak buatnya pun tak ler susah mana. Nak kata renyah pun tak juga. Cuma bab nak kupas kulit labu tu.. Keras gak ler kulitnya. Sebenarnya saya tak pernah masak guna labu ni sampai le dulu ada ler buat produk Seri Kaya Labu 2 Puteri. Sekarang dah stop buat sebab nak tumpu pada Sos Char Kueyteow 2 Puteri dengan Cili Boh Asli 2 Puteri dulu. Kiranya labu ni cuma berani sentuh lepas-lepas tu ler. Masa tu ler baru tahu susahnya nak kopekkan kulit labu ni. Terpikir gak saya camner yang omputeh tu dok buat pumpkin lamp tu yer? Alah yang guna masa halloween tuuuu...



Sedikit info tentang labu ni yang saya nak kongsi kat sini adalah Labu Kuning ni adalah sumber yang kaya dengan antioksidan, vitamin dan mineral, termasuk vitamin E, A, C dan Vitamin B seperti folates, vitamin B6, thiamine.potassium, copper, fosforus dan magnesium.


Bahan rahsia dalam sup ini adalah labu kuning yang penuh dengan antioksidan. Beta-karotena boleh menyekat pertumbuhan sel-sel kanser.


Sup ini juga boleh menjadi 'base' yang baik bagi mee ayam atau makanan laut. Hanya tambah makanan laut yang dimasak atau filet ayam (atau ketulan ayam) dan mee atau pasta, untuk snek yang lebih lazat dan mengenyangkan.


Okay back tu to the recipe. Anak-anak ni cerewet sikit :) jadi apa yang saya buat ni ikut selera diarang. Kalau nak jadikan basic hidangan ok ler boleh diterima Insyaallah :)




Sup Labu Manis Berkrim


Ok tak nama saya kasi ni heheh.


Bahan-bahan:
  • 1 labu bawang besar - didadu 
  • 2 ulas bawang putih - cincang halus
  • 2 biji ubi kentang - didadu sederhana kecil supaya mudah empuk
  • 200g labu kuning - potong kecil-kecil sikit gak
  • 2 cawan air - nak sedap masukkan 2 sudu besar stok ayam maggie
  • 200ml krim masakan/susu segar/susu sejat - kali ni nak bagi umph saya pilih krim masakan
  • Garam dan serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar margarine/minyak masak 

Caranya:

1.  Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu menggunakan margarine. Penggunaan margarine membuatkan baunya lebih enak.

2. Masukkan ubi kentang dan labu. Gaul rata jab dengan minyak margarine tadi. 

3. Masukkan pula air yang disatukan dengan stok ayam tadi. Biarkan mendidih dan labu serta ubi kentang tadi empuk supaya mudah dikisar nanti.

4. Bila dah empuk ubi kentang dan labu tu tutup api. Biarkan ianya menyejuk sedikit.

5. Kisar bersama krim masakan hingga halus.

6. Tuang semula dalam periuk dan panaskan. Biarkan mendidih. Kalau pekat sangat tambah air tapi seeloknya biar le nampak pekat sikit. Baru sedap. Tambah garam dan serbuk lada hitam secukup rasa. Kalau dah ok boleh tutup api.


Sup ni saya kahwinkan dengan pasta dan roti bawang putih. Tapi roti tu takat guna roti sandwich je. Semalam keluar shopping barang dapur lupa nak beli Roti Perancis. So amik mana yang ada kat dapur ok le kan heheh. Pasta memang wajib ada dalam stok. Pelbagai rupa bentuk pasta yang ada sebab yang ni anak-anak suka.


Nak tahu cara rebus pasta yang biasa saya buat? Resepi yang simplenya ambik kat sini yer. Dah masak nanti tuangkan je terus Sup Labu Manis ke atasnya.


Pasta Angle Hair bersama Sup Labu Manis Berkrim

Resepi Roti Bawang Putih Perancis next segment pulak saya kongsikan. Dah panjang lebar ni. Kay salam dan selamat menjamu selera :)

Khamis, 7 Jun 2012

Pasta - Tak kenal maka tak cinta


Bismillahirrahmanirrahim.


Pasta. Setiap mendengar kata ini yang terbayang dalam pikiran kita adalah spaghetti, makaroni, fethucini dan pasta-pasta lainnya. Namun, tahukah kita apa itu pasta sebenarnya? Pasta adalah makanan tradisional Italia. Namanya juga diambil dari perkataan Itali iaitu 'Paste' dan ada disebut juga pastasciutta


Sejarah Pasta
Di Eropah, catatan tertulis paling tua tentang makanan serupa mee ini ditemukan pada hiasan makam orang Etruscan di Italia Tengah yang berasal dari tahun 400 SM. Di Tiongkok, mee sudah dikenal sejak tahun 2000 SM berdasarkan hasil penggalian di situs Lajia (Tiongkok barat) yang terletak di tepi Sungai Kuning. Di bawah lapisan tanah jenis tanah loess yang tebal di situ penggalian yang sudah rosak akibat gempa bumi dan banjir ditemukan mee berwarna kuning di dalam panci tanah liat yang terbalik. Panjang mee itu sekitar setengah meter dengan diameter 3 milimeter. Hasil analisis menunjukkan mee dibuat dari tepung biji milet


Pembuatan Pasta


Pasta dibuat dari tepung terigu semolina yang merupakan hasil gilingan biji gandum durum dicampur telur sehingga sedikit berwarna kuning cerah, dan bila dimasak dengan betul akan menghasilkan tekstur sedikit kenyal. Pasta buatan Amerika sering dibuat dari campuran tepung terigu Farina dan Semolina, sehingga mempunyai tekstur yang lebih lembut untuk dijadikan hidangan seperti kaserol.


Di Italia, pasta biasanya dijual di dalam kemasan dalam bentuk kering. Pasta kering dibuat di pabrik dengan menggunakan mesin ekstrusi yang mendorong keluar adunan pasta melalui lubang-lubang saringan. Bentuk-bentuk pasta yang lain diperoleh dengan menggiling adunan pasta menjadi lembaran yang kemudian dipotong-potong atau dicetak.


Pasta segar buatan sendiri dan restoran dibentuk dengan tangan beberapa saat sebelum pasta direbus. Pasta segar memerlukan waktu masak yang singkat, namun pasta segar tidak tahan lama disimpan kerana memiliki kadar air yang tinggi. Pasta kering bisa tahan lama disimpan hingga 3 tahun atau lebih kerana hanya memiliki kandungan air sebanyak 10%. Pasta yang sudah dimasak dan tinggal dipanaskan dengan oven microwave juga sering dijumpai di bahagian makanan beku di pasar.


Aslinya, pasta terbuat dari durum, atau tepung semolina yang dicampur dengan telur dan air, dibentuk menjadi mi dan dimasak menggunakan bumbu sos sebelum akhirnya dihidangkan untuk dinikmati.
Namun, di luar yang kita kenal, pasta ternyata banyak variannya. Tak hanya bentuk dan ukuran, pasta juga dipilih berdasar bahan pembuatnya dan rasanya. Juga, ada pasta kering dan basah, alias segar. Semua, punya keunggulan masing-masing. Jika pasta kering lebih tahan lama, pasta basah atau segar lebih enak rasanya.


Ukuran
Ada ratusan ukuran dan bentuk pasta. Ada yang berbentuk panjang seperti yang kita ketahui, atau berbentuk makaroni, hingga seukuran beras. Beberapa jenis pasta juga diberi nama berdasar bentuknya. Pasta linguine, misalnya, merujuk pada bentuknya yang mirip lidah tapi kecil ukurannya; ouscous, adalah pasta yang dibuat mirip kita membuat cendol; dan gnocchi iaitu pasta yang terbuat dari kentang.


Rasa dan warna
Pasta juga dipilah berdasar varian warna dan rasa. Yang paling terkenal adalah pasta hijau, yang dibuat dengan mencampurkan ekstrak bayam, pasta merah dengan mencampur tomato saat membuatnya, dan pasta hitam yang dibuat dengan mencampurkan 'tinta' cumi-cumi. Ada juga pasta yang dibuat dengan mencampurkan jalapeno, paprika hijau khas Mexico hingga pasta jamur.


Bentuk dan perisanya
Pasta adalah makanan olahan daripada tepung gandum dan air. Telur, garam dan pati sayuran juga turut dimasukkan ke dalam adunan tepung pasta. Tepung ini akan dibentuk dengan pelbagai bentuk, maka timbullah nama seperti makaroni, angel hair, elbow, bow, spageti dan beratus-ratus lagi bentuk dan perisa. 


Pasta non-terigu
Pasta ini khusus diciptakan bagi mereka yang alergi pada gluten, bahan yang ada pada terigu. Pasta buckwheat adalah pasta yang bebas gluten. Ada juga pasta yang terbuat dari beras dan bahan non-terigu lainnya. 


Pasta sihat
Kerana dibuat dari terigu, maka pasta umumnya mengandungi karbohidrat dan memiliki indeks glikemik yang tinggi. Kini, pengeluar pasta membuat varian yang mereka sebut lebih menyihatkan, dibuat dari gandum utuh sehingga lebih kaya serat dan mengandung banyak vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh.




Pasta yang diperkaya
Pasta, kendati nantinya disajikan dengan sos dan biasanya ditambah potongan daging dan keju mozarella, banyak yang diperkaya. Caranya, dalam adunannya ditambahkan keju, herbal, atau bahan-bahan klasik Italia lainnya. Di Italia diketahui ada pasta Agnolotti, iaitu pasta yang diperkaya dengan bahan yang disebut mozzaluna. 



Pasta dalam pasaran
Pasta Kering dibezakan dari bentuknya. Beberapa jenis pasta yang lazim ditemui dipasaran adalah:


1. Spaghetti
Bentuknya panjang ramping seperti lidi. Biasanya dihidangkan bersama sos pasta. Resepi spaghetti tergantung dari jenis sosnya yang berisi daging, sayuran atau bahkan ada juga hanya campuran olive oil, bawang putih, oregano dan irisan cabe atau disebut juga sos olio oglio.


2. Canneloni
Pasta ini berbentuk pipa dengan lubang berdiameter 3cm, panjang kurang lebih 5 cm. Jenis ini dengan ukuran lebih panjang dikenal dengan nama rigatoni, sedangkan yang berujung serong disebuat penne. Cocok diolah menjadi snack panggang atau rebus dengan campuran daging dan keju. Pada bahagian tengahnya yang berlubang boleh diisi dengan daging. Umumnya canneloni dimasak dengan direbus, diberi isian lalu dipanggang. 


3. Penne
Pasta ini mirip dengan Canneloni hanya biasanya berukuran lebih kecil, bergaris dan ujungnya terpotong serong. Penne dihidangkan dengan saus atau dipanggang dengan saus daging, susu dan taburan keju.


4. Lasagna
Pasta lembaran tipis dengan ukuran panjang x lebar 27cm x 5cm. Lasagna biasanya dimasak dengan dipanggang bersama saus daging dan saus keju.


5. Makaroni
Pasta ini memiliki bentuk sperti pipa bengkok yang kecil-kecil dan mempunyai lubang ditengahnya. Ini adalah jenis pasta yang paling akrab dengan kita yang biasa kita temukan di hidangan sup atau bisa diolah menjadi macaroni schootel. Makaroni umum digunakan sebagai campuran sup encer di Indonesia, dibuat skotel atau dimakan bersama sos pasta.


6. Fettucini
Pasta kering yang tipis, pipih dan lebar seperti kwetiau. Dapat dijumpai dengan tiga warna: hijau dari sari bayam, hitam dari tinta cumi-cumi dan kuning dari telur. Sesuai dijadikan hidangan utama dengan daging, sayuran dan seafood. Umum sebagai sajian utama dengan disiram sos daging, keju, sayuran atau seafood.


7. Conchiglioni
Atau disebut juga pasta kerang yang bersaiz agak besar kerana mempunyai bentuk menyerupai cangkang kerang. Lebih umum digunakan sebagai isi sup dan salad.


8. Farfalle
Pasta ini berbentuk dasi kupu-kupu dengan tepi bergerigi. Sesuai dengan hidangan salad atau maincourse dengan sauce yang creamy seperti mornay sauce.


9. Vermicelli 
Pasta bentuk cacing, bulat kecil dan pendek. Ianya lebih nipis berbanding pasta spaghetti.



10. Fusilli 
Kadang-kadang kita menyebutnya dengan macaroni keriting. Bentuknya pendek dan spiral. Bisanya diolah dengan cream sauce bercampur tomato dan kacang polong.

 
Ni saya nak kongsi cara merebus pasta yang biasanya saya amalkan. Tah ler ikut syarat wajib yang biasa orang buat atau tidak tapi memang selama ni tiap kali nak rebus pasta ni ler cara yang saya amalkan. Rasanya ok ler heheh.


Plain Pasta


Bahan-bahan:
  • Pasta - any type/design ok je
  • Garam
  • Air secukupnya
  • Thyme kering
  • 2 sudu besar minyak zaitun

Caranya:

1. Didihkan air dalam periuk. Rebus hingga air benar-benar mendidih sebelum memasukkan pasta.


2. Masukkan garam terlebih dahulu diikuti dengan pasta dan thyme tadi. Biarkan hingga lembut. Boleh test dengan cara cuba potong pasta tu dengan menggunakan sudu atau senduk. Kalau mudah dipotong maknanya ok ler tu. Saya lebih suka test dengan mulut heheh. Kalau rasa ok boleh ler terus tutup api. Kalau tak biarkan dulu sampai ok. Waktu perebusan bervariasi. Jenis pasta basah memerlukan 2-3 minit perebusan sedangkan pasta kering sekitar 8-10 menit.

Ada yang masukkan minyak masa rebus pasta tu tapi pada saya itu satu pembaziran. Sebabnya saya ni suka guna minyak zaitun. Jadi daripada dibuang lebih baik jangan masukkan dalam air rebusan tu. 


3. Tapis keluar airnya dan tuang minyak ke atas pasta tadi supaya ianya tak melekat. Gaul rata. Ada gak yang masukkan air ais untuk bantutkan proses masak pasta tu so tak ler nanti lembik sangat jadinya. Tapi saya tak pernah buat macam tu.


4. Ok dah siap untuk digunakan.

** Jika memasak lebih dari satu jenis pasta kering, rebus terpisah masing-masing pasta kerana setiap jenis mempunyai waktu masak yang berbeza bergantung pada saiz dan ketebalan pasta.


Itu le cara yang biasa saya gunakan. Lain orang lain caranya kan. Lagi pun saya ni tak belajar kat mana pun. Sekadar cuba-cuba je heheh. Tapi nak masak pasta ni bukan le susah mana pun kan so tak ler hebat sangat saya ni heheh.


Kat bawan ni pula gambar bahan-bahan yang biasa digunakan dalam memasak pasta ni

Puree tomato

Cendawan butang

Daging tapi cincang dulu yer

Keju

Thyme

Kay pada yang tak biasa masak pasta boleh le cuba masak pasta kay. Pasta ni pun macam mee gak ler leh dipelbagaigunakan. So maknanya leh ler nak buat apa-apa hidangan guna pasta ni. So selamat menjamu selera :)

Isnin, 5 Mac 2012

Pasta Goreng Sos Char Kueyteow 2 Puteri


Kadang kala terasa bosan juga kalau selalu sangat makan tengah hari dengan nasi kan. Itu yang melanda saya minggu lepas. Puas pikir-pikir nak masak apa pula tengah hari tu. Akhirnya teringat yang stok pasta  ada dalam almari tu.

Jadi berlenseng lengan (udah macam nak gaduh lah hahah) saya pun mula start masak paginya dalam pukul 9.00 pagi. Dah masak pasta tu macam biasa sejukkan la supaya senang nak goreng nanti. Sambil-sambil masak pasta tu  selak ler pulak peti sejuk nak cari apa yang patut untuk disatukan dengan pasta tu. Cari sayur dapat ler tomato dengan kobis. Cari pulak ayam atau makanan laut...ya Allah sudah habis semuanya. Yang penuh dalam freezer rupa-rupanya stok mentega dengan rendang yang saya buat frozen. Ah sudah.... Kurang ler kicknya huhu.

Warnanya yang original menggunakan Sos Char Kueyteow 2 Puteri

Nak pergi beli..hahah saya ni jenis susah nak kuar rumah sensorang...Kot kat laman pun keluar sebab berkebun sikit-sikit atau buat rutin harian je macam jemur kain dan sewaktu dengannya. So sebagai alternatif guna telur udah le heheh.

Nak resepi takkkk...alah kalau dah tulis tu biar tulis sampai habiskan heheh. So sila ler tengok resepi main taruk saya kat bawah ni. Nak buat macam mana saya ni kalau masak main ikut suka tangan dan hati je. Kot rasa kurang tambah. Kot rasa lebih kelam kabut ler jawabnya kena otter hahaha. Itu sebab saya lebih suka buat lauk pauk senang kira tapi tak rajin nak upload malu hehe.


Pasta Goreng Sos Char Kueyteow 2 Puteri


Bahan-bahan:
  • Pasta - guna je apa yang ada dalam stok. Masak macam biasa ye (masukkan garam dalam air rebusan tu supaya rasanya menyaluti pasta kot tak tawar plak pasta nanti) dan sejukkan selepas itu
  • Cili Boh 2 Puteri
  • Sos Char Kueyteow 2 Puteri
  • Sos cili 
  • Sotong
  • Udang
  • Kobis
  • Tomato
  • Kuchai
  • Telur
  • Garam, sedikit gula dan perasa 

Caranya:
  1. Tumis Cili Boh 2 Puteri hingga garing.
  2. Masukkan Sos Char Kueyteow 2 Puteri. Tuang je ikut jumlah yang kita rasa sesuai dengan warnanya yang kita mahukan bersama sos cili.
  3. Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Kalau suka masukkan stok ayam. Ini bagi tambah perisanya. Gaul sebati ya.
  4. Kemudian masukkan sotong dan udang. Kacau rata. 
  5. Bila udang telah kelihatan kemerahan masukkan pula pasta dan sayuran. Gaul sebati dan rata.
  6. Kalau suka pecahkan telur waktu ni dan biarkan seketika baru kacau. Kalau tidak buat je macam yang saya tunjukkan dalam gambar ni...goreng dulu telur sebelum goreng pasta. baru ler nampak cantik sikit dengan warna kekuningan telur tu di atas pasta kita.
  7. Dah siap dan dah boleh makan dah. Selamat menjamu selera :)

So harap-harap teman semua suka ler dengan pasta goreng ni ye. Cara ni pun boleh diapplikasikan untuk menggoreng mee, bihun dan kueyteow.


Khamis, 7 Julai 2011

Spagetti Bolognese


Assalamualaikum...


Untuk Umi Kalsom Nordin...Ni resepi spagetti saya...Boleh dikatakan versi suka hati je..Tapi yang ni guna tomato puree kay.. Harap dapat membantu hehehe (ala2 formal lak rasanya).


Spagetti Bolognese


Bahan untuk spagetti:
  • Spagetti (apa-apa versi pun boleh la...panjang, leper, ABC, bow tie etc - banyak jenis rupanya dia isk isk isk)
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya untuk merebus
  • Minyak agak-agak 2 sudu makan pun ok tapi tengok gak jumlah spagettinya yer..untuk tak kasi dia lekat je
  • Sedikit herba thyme - Kalau ada le bagi bau pastanya terangkat sikit

 Caranya:
  1.  Rebus spagetti dengan semua bahan hingga kembang & tak keras sangat..Jangan terlebih rebus gak sebab kang lembik tak sedap dah huhu...Agak2 la ikut keteroran kita memasak heheh
  2. Bila dah kembang toskan...Set a side (speking london konon - yang tu je tahu heheh)


Ni resepi kuahnya pulak ye....


Bahan untuk kuahnya:
  • Sedikit minyak zaitun - minyak biasa pun ok hehhe
  • Sedikit mentega - saya tak bubuh pun sebab minyak zaitun dah bagi sihat kan heheh
  • 1 biji bawang besar didadu - orang cakap bawang scotland (putih besar tu) sedap..tah le saya mana ada je
  • Seulas bawang putih jika suka - cincang halus je
  • Cili capsicum merah juga didadu - saya tak bubuh pun sebab tak suka wanginya capsicum tu. Kalau suka pedas masukkan cili api ke apa..
  • 1 tin tomato puree - ikut banyak yang kita mahu sebenarnya
  • Tomato didadu lagi - tengok la saiz tamato/jumlah kita ndak masak ye..Saya selalu bubuh 2 biji besar
  • Daging cincang - kalau tak, guna meatball/udang/sotong etc pun boleh tapi masukkan masa lain ye tak sama dengan daging cincang tuuu. Masukkah lepas bubuh tomato puree
  • Susu agak-agak kita ndak banyak mana kuahnya nanti - Rasa-rasa dalam 200 - 300ml je kot (akibat tak pernah sukat & kadang-kadang ada kadang-kadang tak de heheh)
  • Stok daging kalau ada kalau tak air biasa pun boleh untuk bagi berkuah sikit
  • Secukup rasa mushroom butang tu - potong nipis-nipis yea..kalau rajin cincang/dadu tapi tak de viarasi lak nanti kan semua main cincang/dadu je
  • Sayur seperti carrot/celery kalau suka tapi syarat wajib dadu nipis-nipis yer..:)
  • Garam & gula secukup rasa - Gula tu sikittt je bagi pancing rasa je
  • Herba Oregano kalau ada..Sikit gak hehheh
  • Parutan keju parmessan kalau ada - ikut ndak bagi lemak masam-masam lebih sikit

Caranya:
  1. Tumis layu je bawang besar & bawang putih tu
  2. Masukkan daging cincang tadi. Goreng hingga daging keperangan
  3. Masukkan sayur yang dicincang tadi & cili capsicum. Kacau sebati lagi
  4. Masukkan susu. Bagi susu terserap dengan daging tapi kena kacau selalu nanti pecah minyak pulak.  Sayur juga akan lembut masa ni.
  5. Masukkan tomato puree, tomato segar yang didadu tadi, mushroom & sikit air/stok daging (kalau guna 1 tin puree masukkan 1 1/2 -2 tin jugak airnya). Kacau lagi.
  6. Agak-agak secukup rasa garam, gula & herbanya yea...
  7. Masa hidang nanti boleh le taburkan keju parmessan kalau ada. Saya tak bubuh pun cukup lemak dah kat badan ni kuang kuang kuang..

Rasa-rasanya itu saja bahan-bahan & caranya. Harap ok la yea Umi.. Good luck. Dah ada basic nanti boleh puter-puter resepi macam saya sampai tak tahu mana asal mana hasil putaran dah huhu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...