Hari ni saya nak kongsi ilmu yang saya belajar dari sis Zack dari dapur Zachoes. Ilmu tentang cara nak pukul Fresh Cream yang paling-paling saya risau sangat nak handle tapi terpaksa gak kerana panggilan Durian Crepe lagi kuat memanggil saya untuk mencubanya.
Seumur hidup baru ini le first time saya nak sentuh Fresh Cream ni dan kena pulak saya ni mana le ada mixer. Guna pemukul telur je Jah. Memang dup dap dup dap le cam bullet train je laju dia berdegup. Fresh cream yang saya gunakan adalah jenis Vivo Topping Ace (non diary whipping cream). Yang ni harganya murah sikit berbanding Gold Label. Sikit je pun tapi orang yang tak pernah guna macam saya ada baiknya beli yang murah. Kang baki tersimpan dalam frezer je tu yang rasa membazir beli yang mahal.
Memula jom berkenalan dengan FRESH CREAM nih dulu...
Perihal Krim Putar atau Whipping Cream
Whipping Cream atau krim putar ini ada dua macam – Non-Dairy Whipping Cream dan juga Dairy Whipping Cream. Perbezaan diantaranya adalah kandungan lelemak (fats content) yang ada didalamnya. Untuk menghias kek sebaiknya menggunakan Non-Dairy Whipping Cream.
1) Non-Dairy Whipping Cream @ Fresh Cream @ Whip Topping For Cakes and Pastries @ Whipped Topping @ Whipped Cream
Non-Dairy Whipping Cream (atau juga dikenali sebagai Fresh Cream @ Whip
Topping For Cakes and Pastries @ Whipped Topping @ Whipped Cream) adalah
krim yang dibuat khas untuk hiasan kek. Ia dirumus daripada minyak
sayuran dan minyak kelapa sawit dan tidak mengandungi bahan tenusu. Ini
menjadikan ia lebih stabil, maknanya corak-corak yang dipaip menggunakan
krim ini tahan seminggu tanpa kehilangan bentuknya. Ia akan kembang
3-4x ganda dari kuantiti cecair asalnya jika dipukul, jadi jangan
dituang lebih dari 20% dari saiz mangkuk mixer anda. Ia juga
menghasilkan kuantiti yang banyak. 1 liter krim ini boleh menyalut dan
menghias 3 biji kek bersaiz 8 inci (lebih kurang 1C atau 300g krim dalam
bentuk cecair). Sebelum digunakan kotak krim harus digoncang supaya
sebati (kadang-kadang air dan krim di dalam kotak akan terpisah semasa
proses nyahbeku dari freezer) dan pukul pada kelajuan yang tinggi hingga
kembang dan gebu. [citation]
Cara guna:
Selalunya
krim jenis ini sudah ada perasa gula, jadi apa yang perlu anda lakukan
adalah colek sedikit rasa kemanisannya, tak perlu ditambah gula. Jika
tak cukup maka boleh tambah gula halus dan pukul. Jangan terlebih putar
kerana ia akan menghasilkan krim yang kasar dan sukar untuk dilepa di
atas kek. Cukup memadai jika ia kembang, gebu dan likat. Jika anda
terlebih pukul krim putar jenis bukan tenusu ini, masukkan sedikit krim
(yang masih dalam bentuk cecair) ke dalam krim yang terlebih pukul tadi.
Pukul pada kelajuan perlahan hingga krim menjadi lebih cair dan halus
(seeloknya keluarkan separuh krim yang terlebih pukul tadi dan simpan
dalam freezer untuk elak pembaziran. Guna sebanyak mana yang perlu
saja).
Mewarnakan:
Jenis
non-dairy whipping cream ini juga boleh diwarnakan sebaik saja dipukul
dengan kembang dan gebu. Ambil sedikit pewarna cecair atau serbuk (biasa
saya guna pewarna cecair) dan kacau dengan perlahan guna sudu (bagi
kuantiti yang sedikit). Simpan dalam peti sejuk sebentar untuk
'mematangkan' warna kerana dari permerhatian saya, krim yang diwarnakan
dan dibiarkan untuk sehari atau beberapa jam lebih terang dan cerah
berbanding jika digunakan terus. Ini juga dapat mengelakkan kita dari
terlebih letak pewarna dan menambahkan kuantiti cecair dalam krim. Ia
juga akan lebih mudah digunakan selepas dibiarkan dalam peti sejuk.
Penyimpanan:
Krim
yang telah dipukul sebaiknya disimpan selama sehari dalam peti sejuk.
Keesokkannya boleh gunakan untuk menghias cupcakes ataupun kek. Tips ini
supaya anda dapat krim yang lebih mantap atau juga boleh terus
digunakan. [citation] Bergantung
kepada jenama krim yang digunakan, kebanyakannya boleh tahan 6 bulan
setelah dipukul hingga gebu dan disimpan dalam bekas kedap udara di
dalam freezer (contohnya jenama Flavor Right yang biasa saya gunakan)
Walau bagaimanapun, elok jika anda tanya si penjual di kedai bakeri
supplier untuk keterangan yang lebih tepat.
Jenis/Jenama:
Antara contoh jenama atau jenis non-dairy whipping cream/whip
topping/fresh cream yang boleh didapati di pasaran di Malaysia adalah
seperti Rich's Whip Topping (Gold Label), Red Man Whip Topping for Cakes
and Pastries, Anchor Baker's Mix Krim Putar untuk Hiasan Atas Bukan
Tenusu/Non-dairy Whip Topping, Value Pride Ready To Whip Topping, Flavor
Right Premium Dessert and Pasrty Topping, Vivo Topping Ace, Presto
Toppin' Pride Ready To Whip Topping, dan lain-lain. Jenama yang
disebutkan di atas adalah halal, insyaAllah.
Harga:
Dan bergantung juga pada jenama, sesetengahnya lebih mudah digunakan
untuk paip hiasan atas kek dan lebih tahan pada suhu bilik berbanding
yang lain. Bergantung pada anda untuk memilih yang mana satu. Harga di
pasaran bagi 1liter whip topping antara RM10-RM12, juga bergantung pada
tempat. Salah satu tip untuk memilih whipping cream untuk hiasan atas
kek adalah lihat pada labelnya. Jika tertera perkataan 'for topping',
'whip topping' atau 'non-dairy', ia sesuai digunakan untuk hiasan.
![]() | |
Presto Toppin' Pride Ready to Whip Topping |
![]() | |
Vivo Topping Ace keluaran Singapore |
Rich's Whip Topping (Gold Label) |
Value Pride Ready To Whip Topping |
![]() |
Anchor Baker's Mix Krim Putar untuk Hiasan Atas Bukan Tenusu/Non-dairy Whip Topping |
2) Dairy Whipping Cream @ UHT Whipping Cream
Dairy Whipping Cream atau UHT whipping cream adalah merupakan hasil
tenusu dan mengandungi kandungan lemak yang lebih berbanding dengan
Non-Dairy Whipping Cream (35 % lemak susu).
Kegunaan:
Ia sesuai digunakan dalam masakan-masakan Barat, membuat kek seperti
tiramisu (kerana lebih lemak berkrim dan tidak manis) atau hiasan mudah
untuk aiskrim atau pencuci mulut ala Barat. Ia hendaklah dipukul dengan
kelajuan sederhana hingga ia menjadi kental dan bolehlah dimasukkan
dalam masakan-masakan tersebut. Tetapi krim ini tidak sesuai untuk
hiasan kek seperti Black Forest dan lain-lain kerana warnanya kekuningan
dan kurang stabil. Ini bermakna ia tidak boleh mengekalkan bentuknya
dalam masa yang lama dan mudah cair pada suhu bilik. [citation]
Dairy Whipping Cream (yang juga dikenali sebagai Thick Cream atau Double
Cream) tidak sesuai untuk dibuat hiasan kek kerana faktor-faktor yang
saya telah jelaskan diatas. Krim ini terdapat dalam pelbagai jenama dan
boleh didapati di pasaraya-pasaraya besar. [citation]
Selain itu, whipping cream atau thick/double cream kerap digunakan dalam
pembuatan kek untuk digunakan sebagai thickening agent (ejen pemekat).
Ia boleh digantikan (substitute) dengan bahan lain, namum tidak boleh
digantikan sebarangan kerana dikhuatiri akan menjejaskan kuantiti cecair
dalam masakan. (rujuk: ingredient substitution)
Penyimpanan dan cara guna:
Seperti non-dairy whipping, krim jenis ini perlu disimpan di dalam
freezer. Gunakan sebelum tarikh luput yang tertera pada kotak krim
tersebut. Sebaiknya sebelum putarkan krim, simpan bekas mixer, beaters
dan krim putar di dalam peti sejuk bahagian bawah. Ini kerana krim putar
akan lebih mudah mengembang dalam keadaan yang sejuk. Kek yang
menggunakan krim putar jenis tenusu ini (contoh: triffle atau tiramisu)
mudah cair pada suhu bilik, jadi sebaiknya simpan kek tersebut dalam
peti sejuk dan keluarkan ketika hendak dihidangkan sahaja.
Jenis/Jenama:
Antara contoh jenama Dairy Whipping Cream yang selalu kita jumpa di
pasaran di Malaysia adalah Anchor UHT Whipping Cream, Emborg Whipping
Cream, Arla Whipping Cream, President UHT Whipping Cream dan lain-lain. [citation] Harga di pasaran di Malaysia adalah dalam RM15-RM16 bagi 1liter cecair; walau bagaimanapun ia bergantung pada tempat.
Jika terlebih pukul:
Jangan terlebih pukul adunan whipping cream kerana ia akan cair semula, dan
boleh 'seperate' atau terpisah, menghasilkan butter (yang berupa
gumpalan berwarna kuning pucat) dan buttermilk (cecair yang
putih-kekuningan). Jika ini terjadi, jangan dibuang. Sebaiknya tapis dan
gunakan homemade 'butter' anda itu untuk melepa roti dan gunakan cecair
buttermilk yang terhasil untuk menggantikan susu segar atau cecair di
dalam sesuatu resepi contoh pancake, kek, biskut dan lain-lain.
Buttermilk rasa seakan susu basi kerana kemasamannya, namun ia akan
menghasilkan kek yang lembut dan gebu kerana tindakbalas kimia antara
buttermilk (asid) dengan leavening agent seperti soda bikarbonat
(alkali). [citation]
Contoh website untuk membuat homemade butter dan buttermilk guna whipping cream.
![]() |
Arla whipping cream for cooking and whipping |
![]() |
Arla Whipping Cream |
Anchor UHT Whipping Cream |
![]() |
Emborg Whipping Cream |
![]() | |
President UHT Whipping Cream |
UPDATE 22 MAY 2011: More info in Citarasawan's blog (kak Wan).
UPDATE 26 MAY 2011: Info cara guna, simpan dan warna fresh cream (non-dairy whipping cream).
UPDATE 9 MARCH 2012: Cara dan rupabentuk dairy whipping cream (Anchor) yang telah diputar gebu.
UPDATE 9 MARCH 2012: Cara dan rupabentuk dairy whipping cream (Anchor) yang telah diputar gebu.
Kay yang ni pun saya copy dan paste terus dari apa yang sis Zack tulis kat laman dia. Harap-harap bermanafaat untuk kita semua kay.... Insyaallah dah minta keizinnan dari tuan punya ilmu.
Cara Guna, Simpan, dan Warna Fresh Cream (Non-dairy whipping cream)
Post ini dibuat khas untuk orang yang tiada pengalaman langsung dalam
menggunakan fresh cream (nama lain non-dairy whipping cream).
Step-by-step cara mudah (bergambar) memukul fresh cream atau non-dairy
whipping cream untuk tujuan hiasan kek. Selalu fresh cream didapati di
bahagian freezer di kedai bakeri supplier dan berada dalam keadaan beku.
Sebelum boleh menggunakan fresh cream ikuti beberapa langkah di bawah:
1) Fresh cream yang dibeli biasanya dalam keadaan beku. Nyahbekukannya semalaman atau seharian di bahagian bawah peti sejuk jika ingin menggunakannya esok hari.
Jika ingin menggunakannya pada hari itu juga, nyahbeku pada suhu bilik
tetapi pastikan jangan sampai terlalu cair. Biar kotaknya masih sejuk
(mungkin titisan air akan kelihatan di luar kotak) tetapi apabila
digoncang tiada ketulan-ketulan besar kedengaran.
2) Sangat penting: goncang kotak fresh cream sebelum dituang ke dalam mangkuk mixer.
Ini kerana ketika ia dinyahbekukan, kemungkinan kandungan cream dan air
yang terdapat di dalamnya telah 'seperate' atau terpisah. Jika anda
terus tuang dan pukul tanpa menggongcangkannya terlebih dahulu,
berkemungkinan fresh cream anda akan lembik dan tidak kaku walaupun
telah dipukul lama. Ada kemungkinan anda hanya menuangkan air ke dalam
mixer dan bahagian creamnya tertinggal di dalam kotak.
3) Tuangkan jumlah yang ingin digunakan sahaja ke dalam mangkuk mixer.
Pastikan tidak melebihi kapasiti mangkuk mixer tersebut kerana fresh
cream akan mengembang berkali ganda dari saiz (cecair) asalnya. Tuang
1/5 saiz atau 20% saiz mangkuk mixer anda.
4) Sebaiknya simpan bekas mixer dan beaters (pemukul mixer) dalam peti sejuk hingga sejuk sebelum hendak memukul fresh cream.
Ini kerana ia lebih mudah mengembang dalam keadaan sejuk. Gunakan
mangkuk stainless steel (jika ada). Walau bagaimanapun mangkuk plastik
juga boleh digunakan.
5) Mulakan dengan memukul fresh cream pada kelajuan rendah.
Perlahan-lahan tingkatkan kelajuan hingga ke maksimum speed. Selepas
beberapa minit apabila fresh cream mula kelihatan pekat, perlahankan
speed mixer kepada sederhana (speed 4). Bagi 1C fresh, masa yang diambil
untuk memukulnya hingga ke keadaan kental adalah lebih kurang 2 minit.
6) Perhatikan fresh cream anda. Jika ia kelihatan halus tanpa buih-buih besar dan gebu ia sudah boleh digunakan serta tidak terlalu 'lembik' atau 'keras'.
Fresh cream yang terkurang pukul akan kelihatan masih boleh mengalir
dan lembik. Jika terlebih pukul ia kelihatan kasar dan sangat pekat
(apabila cuba dilepa atau dipicit dengan nozzle dalam icing bag ia
seperti terlalu berketul-ketul). Jika terkurang pukul, tambah lagi masa
memukul. Jika terlebih pukul, tambah sedikit fresh cream (yang masih
dalam keadaan cecair dari kotak) dan aduk hingga ia lebih cair.
7) Fresh cream dalam keadaaan kaku
(kental) boleh terus digunakan atau disimpan dalam freezer beberapa
bulan (bergantung pada jenama). Kek yang dihias dengan fresh
cream biasanya akan mula mengeras (hiasan fresh creamnya) selepas hari
ke-3. Seeloknya hias sehari atau pada hari anda ingin menghidangkan kek
tersebut (setelah beberapa jam disimpan dalam peti sejuk).
8) Apabila anda ingin menggunakan fresh cream yang sudah di'freeze'kan, nyahbekukan fresh cream yang kaku tadi sebentar pada suhu, atau boleh juga dalam peti sejuk bahagian bawah.
9) Fresh cream boleh diwarnakan setelah dipukul kaku.
Sebaiknya guna pewarna gel atau jika tiada, pewarna cecair (pastikan
jangan terlebih letak, takut kandungan cecair tinggi menyebabkan fresh
cream lembik). Ambil kuantiti yang diperlukan dan titiskan beberapa
titis pewarna dan kacau menggunakan sudu. Fresh cream yang sudah
diwarnakan akan 'matang' atau lebih terang warnanya setelah ia disimpan
beberapa jam/semalaman di dalam peti sejuk.
10) UPDATE 26 MAY 2011: Fresh cream kental yang dinyahbekukan
kemungkinan akan sedikit cair. Jika ini berlaku, sebelum digunakan pukul
dengan mixer sebentar hingga kembali kental.
11) UPDATE 30 OCTOBER 2011: Fresh
cream tidak sesuai untuk perjalanan jauh (contoh: perjalanan 5 jam
dalam kereta) lebih-lebih lagi dalam keadaan cuaca yang terik.
Paling jauh ia tahan (berdasarkan pengalaman customer) kek yang dihias
dengan fresh cream adalah 3 jam dalam perjalanan dalam kereta
beraircond. Juga pastikan cream yang digunakan adalah benar-benar non-dairy whipping cream dan bukannya dairy whipping cream. Dan pastikan creamnya telah dipukul hingga betul-betul kental untuk elak ia cepat cair.
12) Untuk mendapatkan fresh cream yang licin dan tidak berlubang-lubang ketika melepa, pukul fresh cream dalam satu arah sahaja.
Jangan pukul kiri-kanan kemudian atas-bawah. Pukul samada ikut jam atau
lawan jam, 360 darjah, speed medium pada saat-saat akhir. Ini bagi
mengelakkan kita memasukkan gelembung udara ke dalam adunan (sama
seperti kita membuat buttercream, perlukan kesabaran). Apabila ia
kelihatan sudah kental, gunakan speed paling rendah dan kacau perlahan.
Tujuannya untuk menyebatikan kembali mana-mana gelembung udara yang
terdapat dalam fresh cream tersebut.
13) Sekiranya cuaca
ketika anda ingin memukul fresh cream tersebut agak panas, anda boleh
meletakkan mangkuk mixer (pastikan ia besi/stainless steel) di dalam
mangkuk yang berisi ketulan air dan ais. Ini akan mengekalkan suhu fresh cream supaya sejuk dan memudahkan ia dipukul dengan lebih baik. (Credit to Puteri Aida sebab beritahu pengalamannya pada saya.)
UPDATE 28 MARCH 2012: Berkaitan dairy whipping cream boleh lihat di sini.
Cara Guna Fresh Cream (Non-dairy whipping cream)
By: Aku.Zack@zachoes.blogspot.com
Bahan dan alat:
- 1C @ 300g fresh cream dalam keadaan cecair tapi masih sejuk - ku guna jenama Value Pride
- Mangkuk mixer
- Beaters mixer
1) Tuangkan fresh cream yang sudah dinyahbeku ke dalam mangkuk mixer.
2) Pukul pada kelajuan rendah. Tingkatkan kelajuan dari sederhana ke tinggi.
3) Setelah 30s fresh cream mula kelihatan pekat.
4) Fresh cream bertambah pekat selepas dipukul 1 minit.
5) Fresh cream mula kelihatan gebu dan bila dikacau dengan beaters
(berhentikan mixer dahulu), ia rasa seperti kapas yang lembut.
6) Pukul hingga kaku, tidak lagi cair dan 'peak' fresh cream tidak lentok lagi.
7) Fresh cream sudah dipukul sebati (pastikan setiap sudut mangkuk sudah dipukul). Lebih kurang seperti buat 'meringue'.
8) Boleh terus guna atau disimpan.
NB: Info berdasarkan pengalaman sendiri menggunakan fresh cream. Jika ada tersilap atau salah harap beri tunjuk ajar.
Contoh jenama Value Pride |
UPDATE 4 SEPTEMBER 2011: Video youtube cara memukul fresh cream@non-dairy whipping cream:
UPDATE 13 JULY 2011: Antara resepi kek yang saya deco guna non-dairy whipping cream adalah Kek Kiwi Fresh Cream, Kek Black Forest, Kek Strawberry Shortcake, Blueberry filling layer cake dan Kek sponge vanila.
UPDATE 10 MARCH 2012: Cara mengenali non-dairy whipping cream dari labelnya (topping, bukan hasil tenusu, ready to whipp topping, whip topping, etc.)
UPDATE 10 MARCH 2012: Cara mengenali non-dairy whipping cream dari labelnya (topping, bukan hasil tenusu, ready to whipp topping, whip topping, etc.)
![]() |
Mana yg kena bulat tanda merah indicator leh guna untuk kek. Gambar ni amik masa tengah ada stok fc. Vivo pun masuk kategori ni. |
UPDATE 25 APRIL 2012: Cara saya simpan lebihan fresh cream.
Rasanya orang lain takde buat camni lagi. Setakat ni ok cream masih
kental macam biasa ketika lepa dan piping.
![]() |
Cara simpan lebihan fc. |
Terima kasih sekali lagi buat sis Zack yang sudi beri tunjuk ajar dan ilmu yang amat berguna ni. Alhamdulillah... :)
nape ea...susah sgat nk jumpa value pride ni kat pasaraya kak?
BalasPadamMaaf la nk tanya cket. Kadang2 sy keliru ble sebut simpan dlm freezer, frezeer di bhgn atas atau bhgn bwh....
BalasPadamDairy cream mesti simpan di bawah(2'-4'c). Manakala non dairy cream blh dibeku, letak di bwh 1 hari b4 use
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamAssalam kak. Nk tanya. Kalau non diary(belum dipuku) kita dah buka kotaknye, berapa lama ye boleh tahan kalau letak kat freezer?
BalasPadamHai. Terima kasih kerana berkongsi info yg amat berguna. Semalam try buat fresh cream guna dairy type punya. Tp x menjadi maybe sebab i jump pegi kelajuan max terus. However, thanks for this info.
BalasPadamFollow my blog : bebdanyal.blogspot.com
Nak tanya Rich'Versatie tue non dairy type or dairy type. Bole guna utk topping cake?
BalasPadamNak tanya Rich'Versatie tue non dairy type or dairy type. Bole guna utk topping cake?
BalasPadamAssalamualaikum...terima kasih sis atas ilmu yg dikongsi...
BalasPadamAssalamualaikum...terima kasih sis atas ilmu yg dikongsi...
BalasPadamSalam..di mana boleh dapatkan non dairy whipping cream ni eh?
BalasPadamSalam..di mana boleh dapatkan non dairy whipping cream ni eh?
BalasPadamSalam..di mana boleh dapatkan non dairy whipping cream ni eh?
BalasPadamTerima kasih. Gigih saya membaca. Baru nak kenal jenis-jenis cream, biasanya memang keliru bila di kedai bakery.
BalasPadamDuk cari idea nak hias kek simple2 je utk kek anak. Gitu nak buat sendiri hrp2 menjadi lah ye 😂
BalasPadamTrbaik ckup dgn penerangan dn gmbr2 contoh non diary whipping cream dn none diary . Tksh bnyk2.
BalasPadamTerima kasih share ilmu😘
BalasPadamTerima kasih share ilmu😘
BalasPadamTq untuk info ni..
BalasPadam