Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Khamis, 27 Jun 2013

Kesilapan Kecil Yang Besar Kesannya... Berhati-hatilah...


Entah kenapa dua tiga hari ni apa yang disentuh tak menjadi je. Isk pening betul bila pikir akibatnya. Nak kata tak hati-hati rasanya dah belek, telek dan kelek (amboiii nak bagi bunyi sama langsung tak belek ayat betul ke idak) betul-betul.


Geram betul... Mula dari senarai barang yang nak dibeli. Puas pusing-pusing last-last yang nak dibeli tak der. Penting lak tu! Senarai dah ditulis tapi termiss out pulak... Geram betul bila dah balik, masa nak guna tak der barang yang paling perlu di beli tu.


Kemdian masa buat tempahan tempat pulak. Nak menghantar produk bukan boleh terus ngantor gitew-gitew jer. Kena booking beberapa hari dulu. Dah diapprove baru boleh dihantor. Kang kot gatal nak ngantor gak kang naya dema reject. Tapi macam saya cakap tadi, dek silap je minggu ni... Yang patut dihanto pagi jadi petang. Sib baik petang kot tersalah hari lagi naya huhu.


Masa letak tarikh luput kat produk pun leh tersalah. Sib baik tak banyak lagi yang dibuat. Habis semua kena bukak balik. Ni kalau jenis laser maunya kena buang botol tuh. Sib baik manual lagi. Eh sapa tau mesin laser untuk tulis tarikh luput tu berapa yer? Nak buat budget nih hihi.


Than masa nak isi delivery order forms... Yang ni pun boleh tersalah gak walau dah tengok segala butiran betul-betul. Takut salah kononnya. Last-last salah gak. Dahhh kena print lain. Sib baik tak terlepas lagi. Kot tak naya kali keberapa tah...


Entah le Mr Hb kata fikiran tu dok melayang le tu masa buat kerja. Isk.. Rasanya tak kotttt. Tapi entah. Mungkin gak kot... Asyem gak le dia bila saya asyik tersalah je. Bila jadi macam ni lagi le rasa bersalah dalam hati yang kecil ini huhu....


Yer la memang betul rasanya sebab banyak sangat yang bermain dalam kepala otak saya ni. Kerja yang menimbun kat rumah dan kerja, nak buat account la, nak settle masalah promosi yang tak menjadi la dan pelbagai lagi.


Tarik nafas... Releks jab. Than schedule balik apa yang perlu dibuat dulu, apa yang boleh dikemudiankan. Tapi masalah tersalah tulis cam ner lak? Itu satu lagi kesilapan yang nampak kecil tapi beri impak besar kerana melibatkan orang lain.


Sebenarnya melakukan satu kesilapan kecil memang memalukan dan menyusahkan terutama bila ia melibatkan orang luar. Ianya sebenarnya membuatkan orang memberi satu tanggapan yang kurang enak kepada kita. Walaupun kesilapan yang dilakukan itu bukanlah kerap kali berlaku tetapi mind set manusia kebiasaannya begitu lah... Salah sedikit itulah yang akan dikenang-kenang. Tu yang keluar kata pepatah 10 kebaikan yang dibuat tak boleh tandingi 1 kesalahan yang terjadi. Yang satu itulah yang paling memberi kesan pada diri.


Ketilitian dalam bekerja selalu saya beratkan. Tapi kita cuma insan yang lemah. Hanya mampu berserah... Ehhhh mana boleh kan. Walaupun kadang kala pengaruh hormon, masalah teknikal mengganggu juga. Kena pastikan le jangan jadikan ianya satu rutin pulak. Ni kang asyik dok buat salah je dah macam wajib pulak memang jahanam le kerjaya. Jadi pentingnya ada orang kedua yang turut mengambil peranan dalam satu-satu perkara. Semak dan semak.


Insyaallah untuk lepas-lepas ini saya akan lebih berhati-hati. Insyaallah....


Tapiiii dalam asyik tersalah buat kerja minggu ni apa yang pasti satu kerja yang confirm tak salah ialah masa masak produk. Insyaallah ianya sentiasa dilakukan dengan penuh tumpuan dan sentiasa berhati-hati. Ianya dah jadi rutin jadi Insyaallah tak akan salah.


Hihi.... Eh dah try Sos Char Kueyteow 2 Puteri dan Cili Boh Asli 2 Puteri? Ehhhh rugi tau kalau tak cuba! Kalau nak masak hidangan selain Char Kueyteow pun sedap tau dengan Sos Char Kueyteow 2 Puteri. Nak pulak bila digandingkan dengan Cili Boh Asli 2 Puteri lagi ngam-ngam hoooo. Masak je Mee Goreng, Bihun Goreng, Sambal Tumis dan lain-lain pasti terangkat punya.


Ok nanti dapatkan di cawangan Mydin Hypermarket dan Tesco Store seluruh Malaysia kay.... Salam....


Selasa, 25 Jun 2013

Ancaman jerebu: Bahaya dalam diam

Fenomena yang melanda Malaysia sekarang ini adalah masalah jerebu yang mendatangkan pelbagai masalah kepada kita rakyat yang menghuni negara yang permai ini.


fenomena pencemaran jerebu semakin menular di seluruh Malaysia yang dikatakan berpunca daripada kebakaran tanah gambut di wilayah Riau, Indonesia. Mengikut pantauan titik panas di laman Badan Meterologi Klimatologi Geofisika milik Indonesia, terdapat 123 titik panas di Sumatera pada 15 Jun 2013.
Faktor angin barat laut dan angin barat daya yang bersilih ganti sebelum kekal untuk monsun barat daya sehingga November menjadi punca jerebu ini ditiup masuk dan menunjukkan bahawa ia merupakan permulaan yang tidak sihat kerana diramalkan kemarau akan berlaku dalam tahun ini.
Ini juga membayangkan bahawa jerebu yang lebih teruk akan melanda menjelang pertengahan monsun barat daya ini.
- See more at: http://fuh.my/bacaan-ipu-jerebu-malaysia-2013/#sthash.wpWegyuS.dpuf

Fenomena ini dikatakan berpunca dari kebakaran tanah gambut di Wilayah Riau, Indonesia. Faktor angin barat laut dan angin barat daya yang bersilih ganti sebelum dijangkakan kekal sebagai monsun barat daya sehingga November ini dikatakan punca jerebu ini ditiup masuk ke negara kita.


Dikatakan ianya permulaan tidak sihat kerana kemarau diramalkan berlaku pada pada tahun ini. Ini juga membayangkan bahawa masalah jerebu ini yang berkemungkinnan lebih teruk akan melanda menjelang pertengahan monsun barat daya.


Menurut wikipedia, Jerebu adalah satu fenomena tradisi atmosfera di mana debu, habuk, asap dan lain-lain zarah mencemar kejelasan langit. Kod panduan Organisasi Meteorologi, Dunia ("World Meteorological Organization") termasuk pengelasan pengaburan mendatar ke dalam kategori kabus, kabus ais, kabus wap, kabus, jerebu, asap, abu gunung berapi, habuk, pasir dan salji.


Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. Jerebu tebal juga dikenali sebagai asbut yang biasanya disebabkan oleh pencemaran industri. Sumber partikel jerebu termasuk pertanian (membajak dalam cuaca kering), lalu lintas, industri dan kebakaran hutan, kebakaran gambut, pembakaran terbuka serta asap perindustrian dan kenderaan.

Jerebu di Tanah Pamah China Utara.



Dilihat dari jauh (contohnya kapal terbang yang menghampiri) dan bergantung pada arah penglihatan berbanding dengan kedudukan matahari, jerebu mungkin kelihatan keperangan atau kebiruan, manakala kabus cenderung kelihatan biru-kelabu. Manakala jerebu sering dianggap sebagai satu fenomena udara kering, pembentukan kabus merupakan fenomena udara lembap.


Sejak tahun 1991, jerebu telah menjadi masalah yang meruncing di Asia Tenggara, kebakaran hutan di Indonesia yang dibakar bagi membersihkan tanah menjadi punca. Sebagai tindak balas pada jerebu 1997 di Asia Tenggara itu, negara-negara ASEAN bersetuju dengan Pelan Tindakan Jerebu Serantau (1997). Pada tahun 2002, semua negara ASEAN kecuali Indonesia menandatangani Perjanjian Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan, tetapi pencemaran masih merupakan masalah pada hari ini. Di bawah perjanjian itu sekretariat ASEAN menjadi tuan rumah penyelarasan dan unit sokongan.


Untuk makluman, jerebu kali ini adalah antara yang paling teruk pernah berlaku di Malaysia sehingga menyebabkan dua buah daerah iaitu Ledang dan Muar diisytiharkan darurat oleh Perdana Menteri. Selain itu, sekolah di beberapa buah negeri atau daerah seperti Melaka, Selangor, Johor, Kuala Lumpur dan Kuantan telah ditutup buat sementara waktu sehingga diberitahukan kemudian.


Indeks Pencemaran Udara



Indeks Pencemaran Udara (IPU) merupakan salah satu cara untuk mengetahui tahap teruknya jerebu. Ia melibatkan pengukuran kuantiti zarah halus merbahaya seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. Pengelasan tahap kualiti udara mengikut IPU adalah seperti berikut:

Nilai IPU Kualiti udara
0 - 50 Baik
51 - 100 Sederhana
101 - 200 Tidak sihat
201 - 300 Sangat tidak sihat
301 - 400 Berbahaya
401 - 500 Sangat berbahaya
Lebih 501 Darurat

Pengiraan IPU

      Nilai IPU dikira berdasarkan kepekatan purata 
      setiap pencemar udara iaitu SO2, NO2, CO, O3 
      dan PM10. Pencemar udara yang dominan dengan 
      kepekatan tertinggi diambilkira sebagai pencemar 
      yang akan menentukan nilai IPU. Pada lazimnya, 
      kepekatan habuk halus (PM10) adalah yang tertinggi 
      berbanding dengan pencemar yang lain dan ini 
      menentukan bacaan IPU. 

 Pembentukan ozon di permukaan bumi (O3) 

      Menjelang lewat tengahari atau pada awal petang, 
      lazimnya kepekatan ozon adalah tinggi dan 
      mendominasi bacaan IPU di sesetengah kawasan. 
      Di bawah pengaruh cahaya matahari, oksid-oksid 
      nitrogen dan sebatian organik meruap yang 
      dilepaskan dari ekzos kenderaan bermotor dan 
      industri bertindakbalas bagi membentuk ozon 
      di permukaan bumi.     

 

Masalah kesihatan


Jerebu boleh menyebabkan masalah kesihatan terutamanya kepada:
  • Kanak-kanak
  • Orang tua
  • Pesakit lelah dan penyakit pernafasan lain
  • Perokok

Antara gejala akibat pendedahan kepada jerebu ialah:


  • Iritasi kerongkong dan batuk-batuk
  • Kesukaran bernafas atau hidung tersumbat
  • Iritasi di mata serta mata yang merah
  • Kulit terasa gatal


Antara perkara yang boleh dilakukan untuk mengelak masalah-masalah di atas ialah:
  • Jangan keluar rumah serta tutup semua pintu dan tingkap.
  • Kurangkan aktiviti di luar rumah
  • Pakai topeng muka yang mempunyai penuras jika terpaksa keluar
  • Kurangkan pengunaan kenderaan terutama motosikal
  • Sentiasa basuh bahagian yang terdedah seperti muka; mandi
  • Selalu minum air kosong/mineral
  • Sediakan ubat jika anda mempunyai penyakit pernafasan. Alert jika keadaan masih berterusan setelah penggunaan ubat seperti inhaler. Segera ke hospital/klinik yang berdekatan. Jangan berlengah
  • Pesakit yang mempunyai penyakit seperti batuk, selesema, asthma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit yang berhubung dengan paru-paru yang agak kronik hendaklah ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah teruk
  • Perokok dinasihatkan agar sekurang-kurangnya kurangkan aktiviti menghisap rokok dalam sehari jika tidak menghentikannya sekalipun. Bagi perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit dinasihatkan agar tidak merokok di dalam rumah
  • Elakkan melakukan aktiviti riadah/bersukan diluar rumah
  • Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan bercuti diluar kawasan dilanda jerebu seandainya bacaan IPU dikawasan mereka mencapai tahap yang merbahaya, sehingga keadaan terkawal semula

Semakan Tahap IPU


Untuk menyemak indeks pencemaran udara (IPU) Jerebu di Malaysia secara online. Orang ramai yang terjejas dengan kawasan yang dilanda Jerebu boleh membuat semakan IPU di kawasan masing-masing untuk mengetahui tahap bahaya jerebu dikawasan anda. Berikut adalah cara mudah untuk membuat semakan IPU Jerebu dan juga maklumat terkini Jerebu.

Semak Indeks Pencemaran Udara IPU Jerebu Di Malaysia
Untuk maklumat semasa jerebu sila layari http://www.doe.gov.my/webportal/ - iaitu laman sesawang rasmi Jabatan Alam Sekitar Malaysia.


Topeng Muka


Pemakaian topeng muka memang penting waktu-waktu ini terutama buat yang berisiko tinggi untuk mengalami masalah kesihatan serius. Anak-anak kecil, orang-orang yang lanjut usia tidak terkecuali. Terdapat 2 jenis topeng muka yang ada dipasaran sekarang, satu ialah surgical mask biasa yang didatangkan dengan 3 design iaitu yang berwarna biru, hijau dan yang nipis putih. Manakala satu lagi ialah jenis cembung yang dikenali sebagai N95. N95 ini turut mempunyai beberapa jenis lagi yang mempunyai kelebihan setiap satu darinya. Namun yang biasa kita dapati di farmasi ialah jenis ini:


Mana satu pilihan yang sebaiknya untuk dipakai diwaktu-waktu sebegini? N95 adalah yang terbaik untuk dipakai. Ianya dijamin 99% dapat menapis partikel habuk dari jerebu menurut seorang doktor di dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia yang ditayangkan di TV3 semalam (24/6/2013). Manakala surgical mask biasa sekadar menghalang partikel besar dari masuk ke salur pernafasan biasa dan tidak bersifat menuras berbanding N95 ini. Nak tahu zarah-zarah merbahaya yang perlukan topeng bersifat penuras ini dipakai? Sila rujuk dibawah ini 

Nota Rujuk Bacaan IPU

Kalau kita lihat pada jadual bacaan IPU pasti ada simbol *, a, b, c dan lain-lain. Apa maknanya pada kita ya? Untuk ketahuinya sila rujuk jadual di bawah ini:

*   -  Habuk Halus (PM10)                         c    -  Ozon (O3)
a   -  Sulfur Dioksida (SO2)                       d    -  Karbon Monoksida (CO)
b   -  Nitrogen Dioksida (NO2)                   &   -  Lebih daripada satu pencemar


Berdoa PadaNya


Jadi marilah bersama-sama kita berdoa pada Yang Maha Kuasa agar masalah jerebu ini akan hilang demi kesihatan kita semua. Antara yang boleh kita lakukan ialah:





fenomena pencemaran jerebu semakin menular di seluruh Malaysia yang dikatakan berpunca daripada kebakaran tanah gambut di wilayah Riau, Indonesia. Mengikut pantauan titik panas di laman Badan Meterologi Klimatologi Geofisika milik Indonesia, terdapat 123 titik panas di Sumatera pada 15 Jun 2013.
Faktor angin barat laut dan angin barat daya yang bersilih ganti sebelum kekal untuk monsun barat daya sehingga November menjadi punca jerebu ini ditiup masuk dan menunjukkan bahawa ia merupakan permulaan yang tidak sihat kerana diramalkan kemarau akan berlaku dalam tahun ini.
Ini juga membayangkan bahawa jerebu yang lebih teruk akan melanda menjelang pertengahan monsun barat daya ini.
- See more at: http://fuh.my/bacaan-ipu-jerebu-malaysia-2013/#sthash.wpWegyuS.dpuf
fenomena pencemaran jerebu semakin menular di seluruh Malaysia yang dikatakan berpunca daripada kebakaran tanah gambut di wilayah Riau, Indonesia. Mengikut pantauan titik panas di laman Badan Meterologi Klimatologi Geofisika milik Indonesia, terdapat 123 titik panas di Sumatera pada 15 Jun 2013.
Faktor angin barat laut dan angin barat daya yang bersilih ganti sebelum kekal untuk monsun barat daya sehingga November menjadi punca jerebu ini ditiup masuk dan menunjukkan bahawa ia merupakan permulaan yang tidak sihat kerana diramalkan kemarau akan berlaku dalam tahun ini.
Ini juga membayangkan bahawa jerebu yang lebih teruk akan melanda menjelang pertengahan monsun barat daya ini.
- See more at: http://fuh.my/bacaan-ipu-jerebu-malaysia-2013/#sthash.wpWegyuS.dpuf
fenomena pencemaran jerebu semakin menular di seluruh Malaysia yang dikatakan berpunca daripada kebakaran tanah gambut di wilayah Riau, Indonesia. Mengikut pantauan titik panas di laman Badan Meterologi Klimatologi Geofisika milik Indonesia, terdapat 123 titik panas di Sumatera pada 15 Jun 2013.
Faktor angin barat laut dan angin barat daya yang bersilih ganti sebelum kekal untuk monsun barat daya sehingga November menjadi punca jerebu ini ditiup masuk dan menunjukkan bahawa ia merupakan permulaan yang tidak sihat kerana diramalkan kemarau akan berlaku dalam tahun ini.
Ini juga membayangkan bahawa jerebu yang lebih teruk akan melanda menjelang pertengahan monsun barat daya ini.
- See more at: http://fuh.my/bacaan-ipu-jerebu-malaysia-2013/#sthash.wpWegyuS.dpuf

Perniagaan bukan semudah yang disangka! Tabahkan hati

Dulu masa kerja makan gaji sering kali gak saya buat projek sampingan untuk tambah sumber pendapatan. Walaupun tinggal bujang masa tu banyak commitment yang kena tanggung antaranya sewa bilik RM300.00, bil-bil, makan, pakai, tambang dan sebagainya. Masa tu walaupun gaji kecik tapi ngam-ngam je untuk semua pembayaran. Nak bergaya lebih (biasa le perempuan hihi) kena le buat duit lebih.


Antara projek saya waktu tu berniaga kain, bunga dan kasut yang saban minggu saya bersama rakan pergi ke car booth sale di Stadium Shah Alam tu untuk berniaga. Di sana saya berkenalan dengan sepasang suami isteri yang mencadangkan agar saya meletakkan kain-kain dibooth mereka di Giant yang berdekatan untuk mereka jualkan. Pembahagian adalah 70-30. Lepas dipikir-pikir saya setuju sebab nampak mereka macam ikhlas untuk berkerjasama. Lagipun itu pengalaman pertama jadi mudah percaya orang jadinya nak-nak mereka tu lebih berusia dari saya. Lebih seribu kos kain-kain saya letak pada mereka.


Namun rupanya dalam baik mereka menipu. Pengalaman itu mengajar saya supaya lebih berhati-hati dengan orang. Bayangkan saya terpaksa tanggung hutang yang banyak untuk membayar balik pada supplier. Itu pun nasib baik ada yang dah dibayar separuh. Kalau tak entah la. Dengan gaji yang cukup-cukup makan berapalah yang mampu saya kumpul untuk bayar pada supplier semula. Nasib baik dengan jasa supplier, saya bayar berdikit-dikit berapa yang mampu. Nasib baik saya tidak ada hutang-hutang lain seperti rumah atau kereta. Jika tak entah la.


Kemudian saya beralih pada menjual kerepek pelbagai jenis di pejabat termasuk dengan kopi segera. Kononnya nak tampung hutang kain yang ada tu. Yang ini pun bermasalah sebab rakan-rakan lebih kepada mahukan secara percuma. Tak ada langsung yang sudi membelinya. Sedih sangat. Bayangkan rasa sayunya hati tengok produk yang saya bungkus semula tu.


Namun Allah beri saya akal untuk terus survive. Mungkin saya tak ditakdirkan untuk berniaga sendiri walaupun Allah dorong saya ke dalam bidang ini. Saya meminta tolong kak Ida, tea lady kat pejabat untuk berniaga. Syukur sambutannya amat menggalakkan selepas itu. Alhamdulillah. Berkat dengannya saya dapat bayar duit hutang kain dengan cepat.


Selain daripada pack semula kerepek yang pelbagai jenis saya turut hasilkan sendiri kerepek yang memang sambutannya terlalu memberangsangkan. Namun untuk hasilkannya agak cerewet. Tapi dek kerana seronok dengan sambutan yang diterima saya sanggup balik je dari pejabat terus buat projek kerepek tu sampai ke malam. Stop pun kerana nak tunaikan kewajipan, solat dan tidur je. Letih memang letih tapi nak cari rezeki lebih macam tu le.


Memang masa saya tak ke mana. Hujung minggu pun mengkerepek juga!


Bila dah kahwin, saya dan Mr Hb membantu dikedai makan ayah. Mula-mula bantu-bantu je. Tak der gaji pun. Tapi bila dah bekeluarga ni dan nak pulak kita biasa pegang duit sendiri memang kena cari projek untuk dapatkan duit. Saya minta izin untuk packkan semula kerepek dan asam untuk diletakkan di kedai ayah. Memang la ayah yang punya tapi tetap kena minta izin. Bukan leh main letak je yer tak. Syukur tiap minggu pendapatan saya memberangsangkan.


Bangun pagi terus pack asam-asam dan kerepek tu. Petang pergi kedai untuk bantu di kedai. Begitu le saban hari tiap minggu. Hihih duit jual kerepek dan asam tu le sahaja yang saya ada untuk berbelanja.


Dari situ dapat le saya kumpul untuk beli bahan-bahan buat ais kacang. Sapa sangka jual asam je leh kumpul duit sikit-sikit? Saya berniaga ais kacang (ABC) dan lai chi kang dengan izin ayah dengan syarat harga RM1.00 je semangkuk. Tak puas hati kerana saya buat yang terbaik saya jual RM1.50 walaupun ayah dan Mr Hb nampak tak berapa setuju. Syukur Alhamdulillah akhirnya Mr Hb dan ayah setuju dengan keputusan saya sebab ABC dan lai chi kang saya bukan sekadar ada tapi saya bagi yang terbaik. Biasanya kalau sekarang orang jual RM4.50 semangkuk. Tu pun kadang-kadang tak berapa cukup pekakas kat dalamnya.


Berniaga ABC ni bukan mudah juga sebenarnya. Kadang kala rezekinya lebat. Sampai tak cukup tangan nak buat. Tapi kadang kala tak der terjual satu pun. Faktor cuaca dan sebagainya jadi penentu. Tapi dalam pada tu saya dapat le kumpul duit sedikit sebanyak dalam 2-3 bulan berniaga tu.


Saya berhenti berniaga ABC tu sebab ikut Mr Hb kerja di Ipoh. Saya bantu Mr Hb di tapak projek sambil-sambil jadi tukang masak untuk semua pekerja. Kononnya habis projek saya akan kembali berniaga. Tapi kebetulan saya disahkan mengandung, jadi Mr Hb nasihatkan saya stop dulu dari berniaga. Tapi akhirnya terkubur kerana ayah beri kedai pada abang. Tak pe la tak der rezeki hihi.


Kini saya bersama Mr Hb berniaga Produk 2 Puteri pula. Mungkin rezeki saya masih dalam bidang perniagaan. Walau dah cuba beralih arah (tak jauh mana pun hihihi) tapi akhirnya kembali gak. Sambil-sambil tu saya buat kuih muih, kek dan pelbagai lagi. Nak harap produk pun bukan boleh nak terus mencanak naik jualannya kan. Tambah-tambah nak perkenalkan kat ramai pengguna. Bukan satu kerja yang mudah!


Hasil jualan kuih muih dan sebaginya tu dapat le sikit tampung belanja kami. Mr Hb pun dah 100% masa dengan perniagaan kami ni. Kalau dulu dia sambil-sambilan sahaja. Perniagaan lamanya terpaksa ditinggalkan kerana masalah projek yang kurang diperolehi. Mr Hb kontraktor elektrik yang lebih tertumpu pada projek-projek kerajaan. Sejak tahun 2010, projek kerajaan kurang sangat jadi kami tumpu 100% kepada perniagaan ini


Namun kini saya terpaksa stop semua tu dan tumpu sepenuh masa untuk Produk 2 Puteri. Commitment kena full sebab kami bekerja suami isteri je. Kena supply ke 45 cawangan pasaraya Mydin Hypermarket dan Tesco Store seluruh Malaysia buatkan saya kurang mampu untuk menguruskan yang lain-lain dah.




Apa yang nak saya ceritakan di sini sebenarnya  adalah pengalaman saya dalam perniagaan. Memang kita nampak macam best je bidang ni. Nak pulak kita dijanjikan rezeki adalah 99% adalah dari bidang perniagaan. Tapi apa yang pasti, bukan mudah nak tempuh sepak terajang dalam perniagaan ni. Bila berniaga bukan sekadang satu bahagian je kita kena fikir tapi pelbagai aspek. Produk, customer, modal, commitment, pasaran, premis dan sebagainya. Untuk setiap satu ada lagi pecahannya yang perlu kita fikirkan bukan satu je. Nak pulak macam saya hasilkan produk, lagi banyak syarat dan keperluan yang perlu disediakan.


Jadi nasihat saya, jika minat anda sebenarnya kepada perniagaan atau memang rezeki anda dalam bidang ni cubalah secara kecil-kecilan dahulu. Pastikan modal yang cukup (secukupnya) baru orak langkah kepada yang besar sedikit. Sikit-sikit baru jadi bukit. Jika anda macam saya, terus terjerumus dalam bidang yang besar begini jika 'modal sekadar ada' lebih baik pikir betul-betul banyak kali lagi. Apa pun yakin pada diri. Itu yang mustahak. Kalau anda ragu-ragu lebih baik tangguhkan dulu hasrat berniaga. Cari keyakinan dulu supaya ianya pengikat semangat kita andai sebarang badai datang melanda dalam kita berniaga.


Saya pun tak jangka akan capai tahap ini dalam tempoh yang singkat tapi mungkin ini rahsia Allah pada kami, kami akan cuba tabahkan diri untuk terus berusaha. Apa yang kami pegang adalah serah jiwa dan raga pada Allah yang satu, Dia lebih mengetahui segalanya. Kita cuma hambaNya...


Mungkin modal kami tak mengcukupi, kemampuan kami terbatas tapi yang pasti kami akan tetap pastikan produk kami adalah berkualiti dan yang terbaik untuk pengguna semua. Itu je yang kami ada dan yang mampu kami buat tanpa modal yang besar. Moga Allah berkati usaha kami dan beri kami rezeki hasil dari usaha kami ini. Aaamiin.


Buat yang nak berniaga good luck! Pastikan anda benar-benar bersedia dalam semua aspek untuk menceburi bidang yang penuh liku ini. Yakin diri, nekad yang kuat dan ikhlas Insyaallah lambat laun anda akan berjaya.


Isnin, 24 Jun 2013

Resepi 2 Puteri: Ayam Harum Hitam Manis 2 Puteri


Hidangan tengah hari hari ni saya telah cuba skill untuk hasilkan satu hidangan baru menggunakan Produk 2 Puteri. Risau gak hati kot-kot tak menjadi tapi kalau tak dicuba sapa le tahu hasilnya yer tak. Dah cuba leh le kita perbaiki mana-mana yang patut lain kali tak gitu... ;D


Dipersembahkan..... Teng tererengggggg.... Ayam Harum Hitam Manis 2 Puteri! Hihihi wokay tak nama hihihi...


Nak buatnya idak le sesusah mana pun. Main campur je apa bahan yang ada kat dapor nun tapi hasilnya membanggakan gak le heheh. Mana idaknya habis sekeluarga makan sampai tak sempat nak simpan sikit untuk malam. Nak pulak anak-anak dare saya niy punya taste kalau tak sedap jangan harap nak sentuh. Lagiii bangga le bila masing-masing bising nak ratah ayam lagi huak huak huak (gelak riak le pulak hehe).


Ayam tu pun bukan le kat mana-mana part yang diarang suka. Baik Mr Hb atau anak-anak sure pilih drumstick biasanya tapi stok drumstick dah habis tinggal dada je la. Tapi disebabkan hidangan kali ni sedap habis semuanya tu yang bangga terlebih jadinya.


Satu lagi resepi mudah menggunakan Produk 2 Puteri - Sos Char Kueyteow 2 Puteri dan Cili Boh Asli 2 Puteri. Jadi pastikan ianya sentiasa berada dalam simpanan sahabat semua untuk kegunaan memasak hidangan yang enak-enak buat keluaraga tersayang!


Rupanya nak sikit macam Ayam Masak Kicap yang biasa kita tengok. Tapi rasanya ada kelainan sikit dengan penggunaan rempah-ratus yang pelbagai dan Sos Char Kueyteow 2 Puteri dan madu yang memberi kalainan padanya. So saya dengan tak malunya meminjam le gambo-gambo hasilan sahabat blogger yang lain untuk menghiasi resepi saya nih. Minta halalkannya yer... suarainsan.com, isaurakitchen dan yang lain-lain tu... Nak buat macam mana, Cik Na tak der kamera yang leh bagi cantik gambo makanan tuh. Kang ada yang tak lalu lak tengok naya pulak jadinya. Pinjam yer...


Jom kita usha resepi. Kot berkenan sila le buat untuk hidang pada keluarga ek ;)


AYAM HARUM HITAM MANIS 2 PUTERI

By: Asamgaram2puteri

Bahan Perapan Ayam
  • Ayam
  • Serbuk kunyit
  • Serbuk ketumbar
  • Serbuk lada hitam
  • Garam
Bahan Sos
  • 1 biji bawang  merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia - mayang halus memanjang
  • 1/2 sudu makan Cili Boh Asli 2 Puteri
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 sudu KFC serbuk jintan manis
  • 3 sudu makan Sos Char Kueyteow 2 Puteri
  • 1 sudu makan madu
  • Sedikit air
  • 1 biji tomato
  • Sedikit daun bawang sebagai hiasan

Caranya
1. Perap seketika ayam bersama bahan perapan. Kemudian goreng 1/2 masak di atas api sederhana kecil. Angkat dan ketepikan.

2.  Untuk bahan sos: Tumis bawang, bawang putih, halia, buah pelaga dan bunga lawang sehingga wangi.

3. Masukkan Cili Boh Asli 2 Puteri dan masak hingga pecah minyak. Kacau sekali sekala supaya tidak hangit.

4. Setelah ianya pecah minyak, masukkan serbuk jintan manis bersama sedikit air untuk jadikan ianya mudah sebati dengan bahan-bahan lain. Gaul seketika.

5. Masukkan Sos Char Kueyteow 2 Puteri bersama madu. Gaul sebati.

6. Masukkan ayam yang digoreng 1/2 masak tadi. Masak seketika sambil dikaup balikkan supaya sosnya  tersalut ke keseluruhan  ayam. Biarkan seketika supaya ianya masak penuh.

7. Masukkan tomato yang dipotong wedges dan daun bawang yang dimayang halus. Kaup balikkan seketika dan tutup api. Siap untuk dihidangkan.


** Hidangan ini tidak memerlukan sebarang perasa dimasukkan didalam sosnya kerana semua bahan perasa ini telah secukup rasa di dalam Sos Char Kueyteow 2 Puteri dan dari madu yang dimasukkan tadi.

** Boleh dijadikan sekadar salutan pada ayam atau berkuah, terpulang pada citarasa masing-masing.


** Sos ini boleh juga salutkan pada ayam dan kemudian dibakar di dalam oven untuk kelainan citarasa.


Ahad, 23 Jun 2013

Saat Hampa: Promosi yang dirancang tidak kesampaian

Dalam post saya baru-baru ni saya ada cakap yang kami akan adakan promosi di semua cawangan Tesco Store bermula 20 June lepas hingga 25 Julai depan kan... Dengan penuh dukacitanya saya nak announcekan bahawa ianya tak jadi kenyataan huhu... Sayu bebeno beb... Srotttttt (cet gili pulak dengo huh).


Pertama-tama sebelum apa-apa saya sekeluarga mohon maaf pada sahabat yang kehampaan sebab produk Sos Char Kueyteow 2 Puteri masih dalam harga yang sama. Actually saya pun tak tahu apa masalahnya sebab saya dah berurusan dengan pihak Tesco Store berkenaan promosi ini sejak bulan Mei yang lepas. Memang urusan ni tak mudah rupanya. Even kami bukan setakat sekali dua memaklumkan kepada pihak mereka berkenaan hal ini. Entah lah...


Mungkin kami sekadar satu syarikat yang kecil jadi perhatian tentang produk keluaran kami ni agak kurang diberikan. Jadi bila urusan yang agak luar biasa begini (belum pernah mana-mana pihak dari SME nak adakan promosi kecuali Jalen yang dah gah tu) keadaan jadi agak sulit sedikit.


Kami benar-benar mohon maaf pada semua dan kami tetap akan teruskan hasrat untuk mengadakan promosi dalam kadar segera yang mampu. Insyaallah... Doakan ianya jadi kenyataan dan amat besar harapan kami ianya jadi kenyataan kerana bagi kami ini sahaja yang kami mampu lakukan untuk menyatakan penghargaan kami buat pengguna semua buat masa ini.


Insyaallah kami akan cuba follow up lagi dengan pihak yang berkenaan dalam kadar yang segera...


Khamis, 20 Jun 2013

Dilema Memilih Pelan Telefon, Apa Sebabnya?

Sekadar perkongsian dari sumber yang baru saya baca di http://my.news.yahoo.com... Ni lebih untuk orang-orang seangkatan dengan saya le hihih. Tau bukak tenet je dan guna apa-apa yang biasa digunakan. Yang lelain pocittt. Tak tau hapa langsung. So harap-harap perkongsian yang saya baca ni leh le bukak mata kita sikit sambil-sambil sekat aliran yang keluar dari poket kita saban bulan heheh....
 

Dilema Memilih Pelan Telefon, Apa Sebabnya?


Selalunya kita akan menghadapi dilema memilih pelan data yang bersesuaian dengan penggunaan seharian kita. Kalau tidakpun, kadang-kadang anda sendiri tidak mengetahui keperluan kapasiti data yang bersesuaian.

Pelan data ditawarkan berkapasiti serendah 100MB hingga menjangkau 5GB sama ada dalam bentuk prabayar atau pascabayar. Sebab itu, jika kita memilih pelan, jangan hanya bergantung kepada minit berbual atau pakej SMS percuma saja.

Data bermakna kapasiti rangkaian yang diperlukan bagi mengoperasikan aplikasi dalam telefon anda. Misalnya, jika anda membuka laman web, ia memerlukan 'loading' tertentu dengan kapasiti yang berubah-ubah. Pada kebiasaannya, membuka satu laman memerlukan 1kb data saja.


Adakah penting memilih pelan data bersesuaian? Mestilah, bayangkan kalau anda melanggan pelanggan 2GB tetapi penggunaan bulanan hanya 1GB saja. Lebihan 1GB pasti membazir dengan kos mungkin antara RM50 hingga RM80. Berdasarkan rekod Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, terdapat sejumlah 14.6 juta pelanggan mudah alih pada tahun lepas dan ia terus meningkat. Angka tersebut menjadi penentu yang menguntungkan syarikat telekomunikasi tetapi ada juga merugikan pengguna.


Meskipun agak susah bagi mengesan tabiat penggunaan data yang betul-betul bersesuaian, dalam blog ini serba sedikit mengajar penggunaan data bagi aplikasi tertentu nanti. Sebenarnya, paling ideal adalah anda menggunakan wifi semaksimumkan mungkin jika ada, samada di rumah atau, sekolah, universiti, kafe, pusat membeli-belah dan pejabat.amai antara kita yang mungkin membayar lebih kuota data daripada apa yang kita sebenarnya perlukan setiap bulan.

Kalau mengikut trend aplikasi semasa, Facebook menjadi pilihan aplikasi laman sosial paling kerap dilanggan rakyat negara yang tentulah penyumbang utama kepada penggunaan data yang banyak apabila mengemaskini foto, 'check in' dan sebagainya. Tambahan pula, ia akan sentiasa mengemaskini muka depan jadi banyak data diperlukan.


Oleh kerana penggunaan data untuk Facebook boleh dikatakan antara yang tertinggi di kalangan rakyat negara ini, banyak syarikat telekomunikasi menawarkan kuota data khas bagi penggunaan laman sosial tersebut.

Sementara Whatsapp mempunyai anggaran penggunaan data kira-kira 4MB hingga 10MB jika anda seorang yang aktif termasuk menghantar serta menerima puluhan mesej dalam tempoh sehari. Laman video seperti YouTube pula memakan data pelan anda sebanyak 18.8MB jika anda menonton video animasi dalam tempoh 9 minit bersama format 1080p. Bermakna, jika anda menonton selama sejam, kapasiti data diperlukan mungkin 118MB.

Mengikut kajian dilakukan satu syarikat telekomunikasi, anggaran perkhidmatan yang menggunakan purata data seperti berikut:

Perkhidmatan Penggunaan Purata Saiz Data
TV Online Menonton satu episod siri selama 15 minit 45MB
YouTube Video muzik 4 minit 11MB
Aplikasi Radio App (stream) 10 minit 15MB
Facebook 15 minit tanpa membuka video 5MB
Emel 100 emel diterima/diterima tanpa sebarang lampiran (attachment) 2.5MB
Emel dengan foto atau dokumen 10 emel diterima/diterima bersama sebarang lampiran (attachment) 18MB
Melayari Web (standard web yang kebanyakannya teks) 50 laman web / 30minit 10MB / 13MB
Google Maps 10 minit 6MB
Muzik 1 trek muzik 5MB

Bagaimana untuk memantau atau memeriksa penggunaa data anda? Selain daripada menyemak bil bulanan, melihat tetapan dalam Setting (sila ke Wireless & Networks – Usage) bagi sesetengah model telefon atau anda boleh memuat turun beberapa aplikasi seperti My Data Manager, DataMan, Data Usage serta 3G Watchdog.

Selepas itu, anda boleh memperoleh sedikit idea bagaimana data pelan yang bersesuaian. Dalam satu kajian rambang, purata penggunaan data bulanan bagi seorang pelanggan dengan data 'caps' 1GB hanya 580MB. Adakah anda salah seorang darinya? Jika ya, anda boleh pergi ke syarikat telekomunikasi dan menukar pelan.

Kata Encik Kenneth Chiew dalam ruangan komen, "Jangan lupa pulak apps dan games yg free tu, banyak iklan yg keluar masa guna apps atau games tu akan "makan" data anda juga".

Isnin, 17 Jun 2013

Promosi Sos Char Kueyteow 2 Puteri di Tesco Store bermula 20 Jun - 25 Julai 2013


Ya Allah... Boleh terlupa saya yang kami ada promosi beli 1 percuma 1 di Tesco Puchong pada 15-16hb yang lepas. Iyer... Sabtu ngan Ahad semalammm. Jadual pack sangat sampai tak ingat nak war-warkan kat sini. Aduhaii apa le saya ni. Dah tua-tua ni cam tu le banyak sangat yang terlupanya. Banyak makan semut kot hehe.


Berakhirnya semalam promosi kat Tesco Puchong tu bermakna berakhirnya promosi ini buat sementara waktu. Ada 2 lagi lokasi yang dijadualkan tapi kedua-duanya bulan Ogos depan. Satu di Tesco Mutiara Damansara pada 17-18 Ogos dan yang terakhir 31 Ogos - 1 September di Tesco Shah Alam. Insyaallah yang ni akan saya war-warkan nanti kay. Insyaallah.


Sebenarnya fokus saya terlari sikit minggu nih. Jadual yang sedia banyak ni ditambah dengan lawatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk persijilan MeSTI, SME Corporation dan menghasilkan produk. Sepatutnya ada seminar yang kena attend hari Jumaat lepas pun dah termiss gak. Dah malam baru hengat. Ada ke patut heheh. Harapnya pihak UUM tak blacklistkan kitarang jika ada apa-apa rancangan kelak. Memang tak ingat langsung. Bukan tak der diary catat sebarang urusjanji tapi macam saya cakap tadi bila fokus dah kacau memang baca apa yang tercatat pun leh tak betul. Naya tul...


Dah nama KKM nak datang... Banyak le yang kena check! Jangan silap kalau rasa nak buat derk je dengan kedatangan diarang nih. Kang tak pasal-pasal ada yang tutup premis perniagaan hihi. Sebenarnya kitarang ni tak le ada masalah apa pun kalau diarang nak datang mengejut ke hapa. Insyaallah semuanya dijalankan dan penjagaan tip top. Sehabis baik kitarang buat supaya tak timbul sebarang masalah dalam menghasilkan produk untuk semua. Tapi dah tabiat kot. Dada nih tetap dup dap kencang gak walau dah lali dengan lawatan pihak kementerian nih hehe. Nanti saya ulas pasal kedatangan diarang nih kay.

piZap.com free online photo editor, fun photo effects

Fokus kitarang yang lebih sebenarnya untuk adakan promosi penurunan harga bagi produk Sos Char Kueyteow 2 Puteri di seluruh Tesco Store bermula 20hb Jun - 25 Julai 2013 nih. Ni kira nak tunaikan janji macam yang saya cakap tu hari yang kami akan usahakan adakan promosi untuk semua pengguna Produk 2 Puteri seluruh Malaysia yang lain juga. Takkan dengar je kitarang buat promosi kat lokasi-lokasi terpilihkan. So nak bagi fair kami tengah usahakan agar ianya terrealisasi. Isnyaallah...


Tapi tu le... Entah le jadi ke tak sebab surat yang kitarang hantar dulu tak le pihak Tesco jawab. Melalui perbincangan menerusi panggilan tepon katanya bila sampai masanya pihak Tesco akan letak tanda je kata promosi sedang dijalankan. Isk tu yang berdebar tu... Nak tunggu 20hb terasa lama sangat tapi sehari-sehari rasa cam pantas berlalu. Camno tu?!?

More promotion will come 2 U... Insyaallah dalam perancangan

20hb nanti saya akan lawat Tesco Store dan harap ianya terlaksana. Walaupun nak buat promosi ni pun kita yang kena bayar, tapi bukan mudah rupanya nak realisasikannya. Entah le camno syarikat besar tu yang dok saban waktu buat rangka promosi. Tapi mungkin sebab kami ni baru first time nak buat tu kot yang terasa susah. Next time akan jadi mudah hendaknya.


Ok udah tengok gambo kilang kami yang serba sederhana sangat tu??? Hhehe. Terima le seadanya heheh. Kat ateh tu ngan kat bawah ni le ghope kilang kami yang tak seberapa untuk tatapan mengkome yer. Udah tuko gaya bahase la pulakkkk. Harap-harap korang puas hati le yer. Tu bukan gambar lama yer. Tarikh kat camera tu je yang terlama sebab tukang ambik gambo nih masa tukar bateri terlupa nak update tarikh baru. 2005 saya baru rasa di alam fana cinta dengan Mr Hb heheh. Bangunan ni pun tak der lagi hahah.


Cam tu le rupa kilang kami yang tak seberapa nih. Ok dah pueh tengok kan hihih... Jangan lupa yer 20hb Jun ni hingga 25 Julai nanti usha-usha Sos Char Kueyteow 2 Puteri di Tesco Store yang berdekatan. Insyaallah kami beri penawaran harga yang berpatutan buat anda!

Jumaat, 14 Jun 2013

Resepi Hebat: Sup Telur Express BONDA YONG K.S


Err dah lama rupanya saya cuti memasak. Eh bukan cuti memasak tapi cuti berkongsi masakan kat sini. Sebenarnya memasak tu hari-hari kecuali hari-hari sibuk extra atau bepergian jer cuti tapi udah hidangan tu macam selalu so tak le semangat sangat nak berkongsi. Rata-rata yang dimasak udah yang sama je kang tak best le pulak kan. Naik muak pulak kowang sumer heheh.


Hari ni saya masak lain sikit. Biasanya hidangan pedas wajib ada atas meja nih tapi hari ni main masak sup mudah je. Sup orang sakit kata nenek, Hajah Yong Abdullah. Yer le kot sebab nak buat pun macam terburu-buru punya stail je. Cepat gitu. Udah macam kalo si sakit minta nak makan, terus capai periuk masak je. Dalam 5 minit dah dok tengah hirup kuah sup dah punya pantas dibuat heheh. Tu andaian saya je la hahah. Bab menumbuk bagai tu mana hilang tah masanya heheh.


Sup ni cukup saya gemar masa kecik-kecik dulu. Kalau nak banding dengan sup ekor nun, yang ni lagi best rasanya. Mungkin tekak orang simple macam saya ni memang simple mimpel le pilihannya heheheh. Adeh jangan tampo tangan comey teman Kak Piah... Gurau je heheheh. Udah tak der sapa nak puji, puji diri sendiri pun wokay gak ek? Heheheh...


Bila saya berkongsi resepi sup ni, maknanya tema hidangan saya kali ni lari sikit dari 2 Puteri. Tapi sikittt je la sebab hidangan sayur masih saya masukkan Cili Boh Asli 2 Puteri heheh. Udah tokey tak leh nak lari dari sumber-sumber hidangan yang diambil dari produk sendiri heheh. Kalau tak pedas kat rumah ni memang tak boleh jadi kalo takat sup tu mana le nak datang pedasnya selain dari serobuk lada yer tak. Tapi udah anak-anak tak makan pedas langsung (lega makkk leh le bedak banyak sikit untuk dijual kat customer hahah) jadi hidangan sayur buat le pedas sikit. Anak-anak makan je sayur yang ado dalam sup tu.


Resepi sup ni pun idak le saya belajar direct dari Allahyarhamah nenek tapi hasil apa yang saya tengok masa kecik-kecik dulu stepnya macam tu le hehe. Dulu kita le cucu sorang yang tinggal dengan Allahyarhamah nenek so manjanya kan kemain. Tu yang banyak ilmu masak tak sempat ambil dari dia. Nape taknya asyik nengok je sentuhnya idak. Takat sentuh masa makan tak sesuai kan... Akhirnya yang rugi sendiri juga... Menyesal sungguh.. Sob sob.. So kowang tu kot ada ibu ke nenek ke gi le cecepat tuntut ilmu masakan diarang. Kot tak dapat banyak sikit pun biar le kekal warisan nenek moyang kita untuk diperturunkan pada anak cucu kita pulak yer tak..

Eh memasak tu yang express... Bukannya bus express hihihi

Udah le tu.. Kang merebak pulak sedaynya kat mengkome pulak. Habis banjir satu Malaysia nanti. Parah hahaha. Jom tengok resepinya...


SUP TELUR EXPRESS BONDA YONG K.S
By: Asamgaram2puteri

Bahan-bahan
  • Ubi kentang, kupas kulit & potong wedges, rendam
  • 1 biji carrot, potong wedges 1 inci
  • Suhun, potong pendek & rendam
  • Telur ayam - ikut le banyak mana nak
  • Daun sup
  • Daun bawang
  • Air
  • Garam
  • Minyak untuk menumis

Bahan tumbuk
  • 4 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih - boleh lebihkan jika suka
  • 1/2 inci halia
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 1/3 sudu teh lada hitam

Caranya
1. Tumis bahan-bahan tumbuk hingga wangi.

2. Masukkan kentang yang telah ditoskan seketika sebelum dimasukkan ke dalam periuk. Kacau-kacau sebentar.

3. Masukkan air sebanyak mana yang disukai bersama carrot. Masak hingga kentang dan carrot empuk. Biasanya saya suka yang idak le terlalu empuk. Biar keras-keras sikit best.

4. Pecahkan telur satu persatu. Hati-hati jangan bagi pecah kuningnya kang tak cantik. Jangan juga bagi dia bertindih kang hilang pulak kecunnannya. Kacau hati-hati yer. Cuba kekalkan kecunnannya sehabis mungkin heheh.

5. Masukkan suhun, garam dan biarkan mendidih sebentar sebelum tutup api.


Hah.. Dah siap le tu. Cepat je kan... Boleh le dihidangkan bersama daun bawang dan daun sup yang telah dihiris halus. Kalau rajin masukkan le sama bawang goreng. Kot korang nak try masukkan bahan pa per pun boleh je. Mushroom ker hapa okay je Insyaallah.



Mushroom ni jangan lak dimasak, yang ni sesuai digeget-geget je. Aummm nyam nyam

Biasanya sup saya ni tak guna perencah lain selain daripada garam. Mungkin sebab memang dah saya ni jenis suka gunakan perasa asli garam dan gula je kot. Tak gemo guna perencah-perencah ni. Belajar guna stok-stok ni pun sebab nak buat nasi ayam dedulu hehe. Sejak tu pandai le sikit guna tapi tetapi tak gemar sebenarnya. Tapi tu hari sebab anak-anak tak berapa suka sup plain yang versi yang saya buat ni, saya cuba le masukkan sikit stok ayam. Banyak pulak diarang makan. Bertambah.


Apa-apa pun terserah kat kowang le kot nak mencubanya. Try je kaedah mana yang disukai sebab memasak ni bukannya susah mana pun. Atas kita gak sebenonya heheh. Tapi kalau buat kuih muih jangan buat main kang tak jadi rugi....


Ok selamat menjamu selera... Moh nak tengok Finding Nemo lak

Khamis, 13 Jun 2013

Resepi CHAR KUEYTEOW 2 PUTERI... Resepinya yang best!


Assalamualaikum...


Hari ni saya nak kongsi resepi Char Kueyteow dengan kawan-kawan semua. Ini macam resepi yang diprintkan pada label Sos Char Kueyteow 2 Puteri kami. Walaupun tertulis pada resepi tu hidangan untuk 1 pinggan sahaja, tapi rasanya boleh 2-3 orang yang makan. So kalau setakat 2-3 orang tu boleh le ikut resepi ni. Kalau nak banyak cuma tambah-tambah je dengan apa yang ada tu. Tapi sebaiknya masak ikut satu hidangan satu hidangan sebab ianya masakan pantas. Cuma beberapa saat je so tak lama mana menunggunya heheh.


Macam saya cakap tadi, Char Kueyteow ni paling elok buat sikit-sikit sebab kalau banyak kang kembang dah kurengg sedapnya. Lagi pun tak ambil masa lama sangat pun so ok jer kalau masak sikit-sikit tau.

Label baru Sos Char Kueyteow 2 Puteri since 30/5/2013


Tinggal kenangan: Label lama... 2011 - 30/5/2013

Maaf yer uolls sebab gambar ni saya ambil dari Mr Google punya senarai. Nak bubuh yang sendiri buat tak de camera. Lagi pun camera lama tu tak cantik kalau ambil gambar. Tambah-tambah jenis-jenis macam ni. Kang sapa yang memandang kang muntah pulak. Naya je. Credit pada purplechoc85 sebab gambar ni memang cantik dan pada saya ini yang paling-paling sama dengan hasil yang boleh dapat bila guna Sos Char Kueyteow 2 Puteri ni.


Pada yang nak resepi sila salin resepi kat bawah ni kay. Jangan lupa dapatkan produk Sos Char Kueyteow 2 Puteri kami kat pasaran kay. Produk  Cili Boh Asli 2 Puteri pun ada. Boleh dapatkan di pasaraya Tesco Store dan Mydin Hypermarket seluruh Malaysia. Senarainya boleh lihat di sebelah yer.


CHAR KUEYTEOW 2 PUTERI

By: Asamgaram2puteri
Gambar: purplechoc85


Bahan:
  • 1 sudu makan bahan tumisan - bawang merah dan bawang putih yang dikisar
  • 1/2 sudu makan CILI BOH ASLI 2 PUTERI
  • 4 sudu makan SOS CHAR KUEYTEOW 2 PUTERI
  • 250g kueyteow - Penang punya style yang jenis kecil-kecil tu tau
  • 150g udang
  • 100g kerang
  • 75g taugeh
  • 50g kucai
  • 1 biji telur
  • Air stok udang
  • Garam secukup rasa
** Air stok udang ni boleh dibuat dengan cara rebuskan kulit dan kepala udang hingga mendidih. Masukkan sedikit gula dan garam. Nanti masa nak guna nanti ambil airnya sahaja kay.


Caranya:

1. Tumis bahan tumisan yang telah dikisar hingga wangi.

2. Masukkan CILI BOH ASLI 2 PUTERI & tumis hingga pecah minyak.

3. Tambahkan SOS CHAR KUEYTEOW 2 PUTERI kacau.

4. Masukkan udang & kerang. Gaul rata.

5. Pecahkan telur; masukkan kueyteow, kucai, taugeh & gaul.

6. Tambahkan sedikit air stok udang jika ada. Jika tidak masukkan je air biasa untuk dapatkan kuahnya & perasakan dengan garam. Gaul & terus angkat. Angkat cepat-cepat supaya air tak kering.

7. Hidangkan terus agar kueyteow tidak kembang & untuk rasa yang lebih nikmat.



** Memasak Char Kueyteow memerlukan kepantasan oleh itu pastikan susun secara teratur semua bahan ikut mana yang dulu mana yang kemudian. Pergerakan kena pantas barulah Char Kueyteow menjadi sedap.

** Pilihan kueyteow perlulah yang terbaik. Ianya perlulah jenis kecil (jangan lebar sangat tapi kalau tak der boleh saja) dan perlulah jenis yang tak cepat serap air.

** Sos Char Kueyteow 2 Puteri juga boleh digunakan untuk memasak hidangan lain seperti Pasta Goreng Sos Char Kueyteow 2 Puteri, Mee / Kueyteow / Bihun Goreng, Kuah Kacang, disalut untuk Nasi Ayam Hainan, Sambal Tumis Ikan Bilis, Sambal Sardin, Kuah Laksa, Asam Pedas dan lain-lain hidangan yang lazat.

Agak-agak kalau masak sendiri ada tak peluang masukkan udang sebesar ni heheh. Saya tak dapek lagi mahal sangat huaa...

Cara betul goreng Char Kueyteow...dalam api. Tapi kalau kat rumah tu takat goreng macam biasa pun okay dah. Dapur kita tak mampu. Janji perasakan dengan betul sedap jugak kan...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...