Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Memaparkan catatan dengan label Jelly. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jelly. Papar semua catatan

Ahad, 5 Ogos 2012

Pemanis Mulut....Orange Jelly



Assalamualaikum..



Tu hari le masa skodeng dapur Rosmaniza @ Ogy... Nampak cun je hasilnya. Mula ler teringin nak cuba buat. Stok oren pun sentiasa ada kat umah ni. So bila  ada peluang apa tunggu lagi... Coba terus. Sementelah pulak bulan posa ni panas sikit cuacanya. Layan jelly memang sesuaiii sangat rasanya.


Buat lebih kurang 12 biji oren. Belennya saya masukkan dalam acuan jelly besar dan yang berbentuk kartun untuk anak-anak. Banyak le jugak dapatnya. Nak mengekjas tak reti dan takut kang tak sedap so saya follow resepi times 3 le untuk 12 biji limau.


Rasanya not bad.. Macam minum orange biasa tu  tapi berjelly le. Rasa masam pun sebijik limau tu. Saling tak tumpah. So kalau makan dalam kulit orenge ni memang feeling tu jelas sangat. Kalau yang dalam acuan ada sikit lari tempo le sebab selalunya jelly kan manis. Bila masam...rasa sukar le sikit nak diterima orang. Jadi saya sarankan kalau nak buat jelly ni jangan banyak sangat. Biar cecukup je dengan jumlah kulit orange yang ado. Tapi cam ner nak jadikan cukup-cukup... Itu ler masalahnya. Buat sikit ok ler kot :) Sebab nak masukkan dalam kulit orange tu tak payah banyak sangat pun.


Buat orang-orang yang macam Mr Hb yang tak suka makan jelly flavour lain kecuali plain sirap jelly boleh le terima jelly ni. Nak-nak yang ada kulitnya so feeling macam makan buah oren berjelly la..


Jom tengok resepinya... Boleh le buat nanti kalau ada masa kan... Gambar saya ambil kiriman kawan-kawan. Saya tak dapat download gambar sendiri sebab cik kamera rosak... Tak berganti lagi. Mr Hb dah warning sok-sok kalo beli jangan dok gatal tanang nak download lagi dah... So terima kasih buat kawan-kawan yang ada gambarnya kat sini ya...



Orange Jelly

By: Yani, MyResepi
Skodeng di: Ogyjoren
Gambar: Juwita & Ogy punya


Bahan-bahan:
  • 4 biji limau saiz besar
  • 10g serbuk agar-agar
  • 5 cawan air
  • Jus limau/oren 
  • 1/2 cawan gula
  • Secubit garam

Caranya:


1.  Limau belah 2 dan keluarkan isinya. Saya perah dulu jusnya baru keluarkan isi. Ada gak yang tebuk sedikit disebelah atas dan keluarkan isi. So boleh le pilih mana yang dirasa mudah kay.


2.  Perah isi ambil jusnya pada yang tak buat lagi. Tapis kalau nak nampak cantik. Saya ambil semua pulpnya. Cuma buang mana-mana yang dirasakan memburukkan oren saya nanti je.


3.  Masak agar-agar, gula dan garam sehingga sebati. Kacau tau jangan biar terus atas api.


4.  Masukkan jus dan pulp dan biarkan hingga mendidih. Tutup api.


5.  Terlebih dahulu susun kulit limau yang dah dibersihkan di atas cawan supaya mudah dituang dengan jelly cair tadi.


6.  Tuangkan jelly cair ke dalam kulit limau sehingga penuh. Biarkan sejuk di luar sebentar baru simpan dalam peti sejuk.


7.  Masa nak hidang nanti baru keluarkan dari peti sejuk dan potong macam belah limau biasa. Biarkan bersama kulit....Kalau ada pulp memang agak terpedaya sikit cuma nampak berkilat je la.

Ok tu je...mudahkan. So sesenang kang try le. Pastikan stok limau ada kat rumah. Musim panas sekarang memang sesuai sangat kalau makan jelly sejuk-sejuk macam ni.


Dek kerana comel sangat Mr Hb dengan anak-anak laju jer habiskan jelly ni. Untuk buah tangan berbuka kat rumah mak diarang suruh bawa yang dalam acuan je ke sana. Tapi masalahnya belen tu saya masukkan dalam acuan kartun so... Sebelum orang kutuk cerita awal-awal... Mr Hb punya salah heheheh



Sabtu, 14 Julai 2012

Puding Tembikai


Assalamualaikum.


Musim-musim panas suam ni (sebab hujan sesekali) kalau makan makanan yang sejuk dan dingin sedap gak kan. Rasa nyaman jer tekak nanti. So hari ini saya bercadang nak buat Puding Tembikai sekali lagi. Saya ambil kat dapur rakan FB. Saper tah tak ler ingat pulak sebab ramai sangat yang tunjukkan kejayaan membuatnya. Apa pun terima kasih ler pada si dia yang sudi kongsikan resepi yang best ni.


Acuan puding tembikai yang diidam

Puding ni sedap dan cantik sangat macam buah tembikai yang betul tu. Kalau nak buat gift atau hantaran memang sesuai ler. Nak pulak kalau buat dalam bekas segitiga atau bulat. Kalau dipotong macam bentuk buah tembikai tu lagi mantop keterujaan nak menjamahnya. Tu hari masa pergi kedai bakeri ada gak usha acuan segitiga tu tapi hampeh. Tak der pun dijualnya. Insyaallah next time kot ada rezeki nak order la kat sahabat di Fb tu sebab kalau tak salah ada ler yang menjualnya. Tapi takat ni, guna ler apa yang ada heheh.


Nak buat puding ni kena ada roti sandwich yer. Kalau ada stok roti sandwich yang hampir nak expired tapi banyak lagi tu boleh ler cuba buat resepi ni. Mudah je... Kalau saya boleh, kowang sure lagi boleh kan...



PUDING TEMBIKAI

By: Sahabat FB


Bahan-bahan
  • 8 keping roti sandwich - racik-racik dan ketepikan
  • 1 paket agar-agar bertali dalam 25g - resepi asal 40g, Kalau guna serbuk ambik 2 peket 11g
  • 6 cawan air - boleh kurangkan sikit jadikan 5 cawan kalau guna 22g agar-agar
  • 1 1/4 cawan gula - resepi asal 1 1/2 cawan. Yang dah ok manis-manis buah
  • 1/2 tin susu pekat
  • Pewarna hijau dan merah/kuning
  • 2 sudu besar margarine/butter
  • 1 sudu kecil essen vanilla
  • Sedikit serbuk coklat - saya ganti dengan cincau. Cepat sikit proses

Caranya

1. Kalau guna cincau, cincang dulu bagi jadi kecil-kecil halus. Yang ni nak buat bentuk bijinya so agak-agak le yer.

2. Masak agar-agar bersama air sampai larut. Kacau selalu yer bagi jangan ada yang berketul-ketul.

3. Masukkan gula dan kacau sehingga gula larut. Kemudian masukkan pula susu dan margarine. Kacau lagi bagi sebati baru padamkan api.

4. Ambil separuh adunan dan kisar bersama dengan roti dan essen vanilla. Pastikan kisar hingga halus yer. Kemudian masukkan semula dalam baki adunan yang kat dalam periuk tadi dan hidupkan api semula. Kacau sehingga sebati.

5. Kalau tak der cincau, masa ni ambil sedikit adunan lebih kurang 1 sudu besar dan campurkan dengan serbuk coklat. Sikit je untuk buat biji tembikai. Kalau dah keras cincang-cincangkan dia.

6. Sendukkan sedikit adunan ke dalam loyang bulat atau empat segi. Agak-agak 1 senduk je untuk jadikan kulit tembikai. Tapi saya guna 1 cawan mudah sikit. Campurkan pewarna hijau. Kacau hingga rata dan sejukkan sekejap abgi beku sedikit. Tapi pastikan jangan terlampau keras nanti lepisan tu tak lekat antara satu sama lain pulak.

7. Agak-agak lapisan hijau dah mula keras sikit, masukkan pula adunan agar-agar tadi. Tapi yang ini pastikan plain jer yer, jangan campur dengan mana-mana pewarna. Ambil dalam 3/4 cawan jer. Biarkan macam yang hijau tadi. Jangan keras sangat juga.

8. Baki yang kat dalam periuk tu boleh ler dimasukkan warna merah atau kuning. Bila dah agak-agak lapisan putih tadi nak mengeras sikit, masukkan adunan berwarna merah/kuning ni. Kemudian taburkan hirisan cincau ataupun agar-agar coklat yang telah dicincang tadi.

9. Sejukkan diluar sebentar sebelum dibekukan di dalam chiller.


Puding ni enak dimakan sejuk-sejuk jadi.... Kalau dah keras tu keluarkan terus dari peti sejuk dan potong. Jangan tunggu lama-lama. Nanti lama-lama dia dah tak sejukkk. Hhehe. Selamat menjamu selera :)





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...