Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Memaparkan catatan dengan label Family Tersayang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Family Tersayang. Papar semua catatan

Jumaat, 18 Oktober 2013

Memancing di Tasik Bukit Merah... Best!!


Tempoh hari saya dengan Mr Hb berkesempatan untuk membawa anak-anak memancing di Tasik Bukit Merah yang berdekatan dengan rumah kami. Dulu saya ada ceritakan pasal kawasan kampung Bukit Merah nih kat sini...

Walaupun berdekatan tapi kesempatan untuk singgah dan lakukan aktiviti kat situ payah sangat nak dapat. Jadi bila berpeluang nih, bukan setakat memancing jadinya tapi habis dihangkut periuk belanga berpiknik sekali hahah.


Tapi tu le, persekitaran tak berjaga membuatkan rasa tak puas hati sikit le kalau nak berpiknik. Sampah merata-rata. Harap-harap pihak yang berwajib akan ambil tindakan sebab lokasi kat situ punya peluang yang amat cerah untuk dijadikan kawasan reakreasi untuk seisi keluarga.

Banyak aktiviti yang boleh dijalankan antaranya macam saya cakap tadi piknik, memancing, bersampan dan kalau pihak berwajib naikkan papan gelonsor ke apa leh jadi tempat kanak-kanak bermain. Kot nak cantik lagi buat trek untuk jogging. Tak yah kami yang tinggal dekat sini pergi jejauh ;) (jogging kawasan umah kang banyak berhenti bersembang dari jogging. Ramai sahabat yang menegur la katakan hahah).


Bila dapat peluang memancing nih... Amboiiii anak-anak dara 2 orang nih bukan main punya suka. Dari malam sebelumnya tak sabar-sabar dah. Siap masukkan bekalan bagai. Macam yer yer errr sahaja hahahah.

Sebelum bergerak Mr Hb pesan jangan bising kang ikan tak makan umpah. Huh.. Boleh pesan je la. Siap nyanyi bagai hahahah. Punya le excited sorang-sorang sampai pesanan tinggal pesanan je la. Bab bercakap apatah lagi le kan...

Tapi tu le mungkin ikan tak der masa tu atau mungkin mata kailnya tak sesuai (sebab tak sempat beli untuk tasik, yang ado laut dalam) satu pun tak dapat. Boleh penat je la hahahah.



Kononnya next time le nak pergi lagi. Tapi bile tengok keadaan Afif yang masih tak kuat kalau berdekatan dengan kawasan-kawasan tasik dan sebagainya membuatkan perancangan dibatalkan.

Dari kecil hingga sekarang dia nampaknya masih tak kuat kalau berada dikawasan tasik-tasik nih. Lepas dibawa berjalan-jalan di tasik pasti dia akan kelesuan yang amat sangat. Jika dulu harus sampai tengah malam meraung bagai sampai kami tak berani lagi pergi ke kawasan tasik.




Ingatnya dah umur 7 tahun nih dah ok le. Bila dah lama tak pergikan. Rupanya masih tak boleh. Jadi nampaknya kena hold on lagi le. Tengok le macam mana bila dia dah besar sikit lagi nanti. Sian Mr Hb tak dapat le dia gi memancing lagi hikhik... Baru je semangat sampai dah punah balik hahah.

Sib baik masa bawa dia mandi laut ke apa ok. Tak pulak jadi macam nih. Tak pe la... Kita gi tempat lain je nanti.











Rabu, 31 Julai 2013

2 minggu penuh cerita kini dia turut mengalami asthma

Lama tak bernukilan. Semuanya sebab banyak sangat peristiwa yang timbul sejak dua menjak nih. Nak nak pada Afif Khadyeeja, anak saya yang sulung tu.


Kalau dah banyak benda yang berlaku pada dia, saya dengan Mr Hb sure terbabit sama. Yer la.. Kitarang kan ibu ayah dia harus ikut terbias dengan apa yang berlaku pada dia. Hikhik.


Apapun terima kasih buat sahabat semua yang masih sudi bertandang walau tanpa nukilan terkini. Saya hargai sangat-sangat :)


Apa yang berlaku sampai saya tak sempat nak masuk N3?


Kisahnya macam nih. Last week dia ditukarkan tempat di dalam bilik darjah. Dari duduk depan kena duduk belakang. Alasan cikgu kelas dia, pelajar ditukarkan tempat duduk jika tidak hadir ke sekolah. Bermakna dalam sebulan kalau tak datang 2-3 kali, kena tukar pun 2-3 kali gak ar kot. Mulanya kami minta jasa baik cikgu kelasnya untuk pindahkan dia semula ke depan atas alasan dia tidak ke sekolah bukan sebab dia malas tapi kami yang tidak dapat menghantar atau mengambil dia jika ada urusan luar. Kami tak punya sesiapa yang boleh menjaga dia sementara kami tiada.


Anak saya pulak seorang yang agak aktif, punya masalah dyslexia dan tumpuannya mudah terganggu jika diletakkan dalam satu-satu keadaan dalam jangka masa yang lama. Jadi lokasi tempat duduk dalam kelas adalah amat penting pada saya berdasarkan pengalaman yang ada. Sementelah pula kami kadang kala terpaksa attend kerja-kerja luar yang terpaksa anak saya ikut bersama dan meyebabkan dia tidak dapat hadir ke sekolah. Lagi le dia perlu kekal di depan supaya mudah pada dia catch up mana-mana subject yang tertinggal. Atas alasan itu, amat penting untuk dia kekal berada ditempat lamanya.


Dan cikgunya tu pun setuju. Apabila dia dipindahkan ke depan seorang guru lain yang anaknya dikelas yang sama tak setuju dan arahkan anak saya kebelakang semula. Kuasa veto seorang guru pada pelajar yang tak mengerti apa-apa. Nak pulak Mr Hb jenis yang malas nak bising-bising jadi apa yang terjadi pada anak saya umpama angin yang berlalu. Akibatnya dia tanggung sendiri kesannya nanti.




Apa yang saya ketengahkan ini bukan kerana suka membangkang. Jauh sekali untuk mencari ruang perbalahan. Sekadar meluahkan perasaan sedih sebab, ketidak upayaan kami anak terpaksa ponteng sekolah walaupun dia kadang-kala menangis sebab suka ke sekolah. Lagi pula saya takut pelajarannya terjejas sebab tumpuannya  mungkin akan kurang bila duduk di belakang. Ini pernah terjadi pada saya suatu ketika dulu. Akibatnya pelajaran saya makin mundur dari seorang pelajar cemerlang menjadi pelajar yang bermasalah dalam pelajaran. Jadi minta dijauhkan hendaknya daripada ianya berulang semula.


Tapi berikutan dia ditempatkan dibelakang baru kami sedari yang dia punya masalah penglihatan. Semuanya bermula bila dia mengadu tidak dapat membaca apa yang tertulis dipapan tulis.


Mendengar hal itu, kami ke kedai cermin mata untuk memeriksanya. Namun keputusan diperolehi diragui. Jaid kami ke hospital pula untuk pengesahan tetapi doktor mencadangkan kami ke pakar mata untuk rujukan.


Bila pergi rujuk pada pakar mata, barulah jelas kepada kami yang Afif punya masalah penglihatan juga. Sedih juga hati sebab saya sudah berusaha untuk pastikan dia tak perlu memakai cermin mata. Tapi dah takdir dia mungkin, walau dijaga masih rabun jauh.. Akhirnya kini dia turut bercermin mata. Harap-harap bila dia bercermin mata nih dapat le dia baca apa yang tertulis di papan tulis nanti.


Baru je dia dengan kisah mula pakai cermin mata tiba-tiba balik dari Pulau Pinang hari Sabtu minggu ketiga Julai, dia mula batuk-batuk. Kami ke hospital untuk mengambil ubat batuk namun masih tak pulih. Malah 23 Julai nafasnya berdesit seperti lelah. Mr Hb bawa ke klinik dan dia diberi nabulizer. Lega sedikit tapi masih terus batuk-batuk.


Akhirnya pada 27 Julai dia dimasukkan ke hospital kerana lelah yang agak teruk. 3 kali diberi semburan ubat lelah masih tak hilang lelahnya. Di wad dia disahkan mengalami lelah. Selama ini saya yang syak tanpa pengesahan doktor kerana symptom-symptomnya seperti lelah.


3 hari di wad menyebabkan semua kerja kami tergendala. Nampaknya kami kena review balik cara kerja kami agar tak mengganggu kelancaran dalam memproses produk 2 Puteri.


Afif tetap Afif.. Walaupun tengah sakit dia tetap aktif. Itu yang merisaukan saya sebab bila asthma menyerang selalunya pesakit perlu rehat. Dia pula sebaliknya.... Tapi syukurlah mungkin sebab dia aktif, tempoh dalam wad tak lama. Dia semakin pulih.


Pada masa sekarang Afif masih perlu diberi semburan lelah setiap 4 jam. Jika tidak dia akan mula batuk-batuk dan kemungkinan besar lelahnya akan kembali menyerang. Moga dia akan kembali sihat walaupun lelah ini tak mungkin akan hilang lagi buat selamanya.... Sedih sangat tapi kena redha.. Ketentuan Ilahi tak siapa boleh halang. Cuma saya berdoa agar dia dapat jalani kehidupannya dengan lebih baik selepas ini.




Jumaat, 7 Jun 2013

Perjalananku Dalam Menghantaran Produk Sos Sos Char Kueyteow 2 Puteri...

Fuhhh dah lama gak rupanya terstop menceceh kat sini. Jadual pack bebenor. Menyiapkan produk, mengantor, buat report dan segala bagai. Isk letih Ya Rabbi. Tu ler tenaga kerja untuk semua cuma setakat 2 orang je memang tak menang tangan le nak handle semua-semua. Sabo je la husss. Meh nak cite sikit catatan perjalanan kami dalam 2 minggu nih....


Seawal cuti kitarang bertungkus lumus untuk siapkan produk untuk promosi di Tesco Kajang dan Mydin Hypermarket. Alhamdulillah dalam kalut tu siap gak le semuanya dan selamat dihantar ke lokasi-lokasi yang berkenaan. Balik dari menghantar produk ke Melaka, kitarang bertungkus lumus pulak untuk menghantar produk ke Terengganu dan Kelantan. Banyak gak le yang nak kena disiapkan jadi memang tak sempat le nak update pa per kat sini. Sampaikan nak berceloteh pasal promosi produk kat sini pun tak sempat.


By the way Alhamdulillah semuanya dah selamat. Menghantar produk dah selamat, promosi pun dah selamat. Syukur sangat-sangat.


Ke Melaka itu hari tak sempat langsung nak jalan-jalan. Sian gak kat anak-anak dare 2 orang tu. Berpenat-penat dalam van last-last balik gitu je sebab ibu ayah kena siapkan produk untuk penghantaran ke Kelantan dan Terengganu. Jadi bila dah berkesempatan sampai kat Pantai Timur tu apa lagi ambil peluang le bercuti sama. Nak pulak Mak dan Ayah pun ikut sama jadi kami menumpang bermalam di rumah kakak, Tijawati Abu Bakar selama 4 hari. Heheh terlebih pulak yer heheh.


Sebenarnya bergerak pergi balik tu pun dah sehari. Menghantar ke Kuala Terengganu pun ambik masa sehari. Yang baki sehari tu je untuk lepaskan lelah sekejap untuk kumpul tenaga. Dah petang baru nak bergerak kononnya nak le ke Pasar Siti Khadijah ke hapa. Dah tup rupanya hehe. Last-last setakat ronda kat pasar malam sebelah bangunan tu je la. Hasrat nak ke Wakaf Che Yeh pun tak tercapai sebab hujan yang amat lebat turun membasahi bumi Kelantan. Balik je le... Nak buat camner lagi huhu.



Isk tak sangka ramainya costomer di Mydin Kubang Kerian tuh. Walaupun kami pergi menghantar produk hari bekerja sebelah petang tapi tetap ramai pelanggang diarang. Kat Kuala Terengganu pun sama. Nak tolak troli pun payah. Asyik berlaga je heheh.


Kami bertolak balik Bukit Merah lepas rehat sehari kat rumah kakak. Lepas singgah jab kat Rantau Panjang dan Bukit Bunga memborong apa yang patut (yang tak patut pun ada gak terbeli hihih), kami bertolak balik lebih kurang jam 2 petang. Syukur perjalanan semua selamat dan kami akhirnya sampai pukul 7 malam lepas stop jab kat Lenggong sebab Afif bising lapar. Sekejap sekejap pun dekat sejam lebih la hehe.




Syukur sekali lagi sebab semuanya selamat. Paling tak sangka performance Pak Tua memang tip top le walaupun memanjat gunung dengan muatan yang penuh dengan produk, barang-barang kami dan kami heheh. Sooo in love dengan Pak Tua heheh.


Ok lah nanti-nanti saya sambung balik. Macam syiok le pulak tengok cita Sebenarnya Saya Isteri Dia di TV3 nih. First time tengok cita nih sebenarnya. Tah siri ke berapa baru nak tengok heheh. Ok Salam semua.....


Isnin, 20 Mei 2013

Kerja..Kerja Sekeluarga Bekerja: Menghantar Produk ke Market


Alhamdulillah promosi kat Tesco Ampang dah selesai dan boleh dikatakan berjaya. Terima kasih semua yang sudi dapatkan produk kami ni yer :).


Eh.. Kenapa saya kata 'boleh dikatakan berjaya'? Nak tahu kenapa??? Ohhh sebenarnya sales yang kitarang buat ni masih banyak kekurangannya. Nak buat cara yang lebih baik tak mampu lagi. Tapi dari sambutan yang diterima tu berjaya le, cuma yang saya kata lebih kurang sebab memang harap promosi oleh promoter je untuk tarik pembeli. Yang lelain tak der huhu. Anyway thanks sekali lagi.


Lama menghilang yer??? Heheh.. Kebelakangan ni sibuk sikit. Lepas post cita last tu hari, tumpuan saya lebih kepada menghasilkan produk. Lepas tu bila produk dah terhasil kena menghantara le pulak yer tak hehe. Penghantaran kali ni kami semua ikut. The whole family sebab Mr Hb tak arif sangat pasal jalan kat KL nun. Nak pulak penghantaran kali ni di Petaling Jaya. Lagi le putar-putar jadinya. Saya ni pun bukan le arif pun sebab dah pindah kampung lama dah. Dengan kepesatan kawasan yang ado memang tak ler leh ingat arah jalan dengan tepat tapi saya co pilot yang ditugaskan membaca peta dan sign jalan heheh. Gitu le kalau kerja suami isteri kena give n' take lebih hehehe.


Bertolak ke Tesco untuk penghantaran jam 11.20 malam. Memang macam ni le selalunya pun. Risau naik pak tua ni takut gak kang ada sebarang masalah akan timbul sebelum selesai penghantaran. Walaupun tak pernah le jadi tapi batter be safe than sorry yer tak.... Dengan kelajuan yang mampu Pak Tua capai, kami sampai ke Tesco sekitar jam 4.30 pagi lepas singgah seketika di Hentian Sebelah. Kat sini Mr Hb wajib makan dulu lepas perut mula terasa lapar lepas gegaran yang kena tanggung sepanjang perjalanan dengan Pak Tua heheh. Masa Mr Hb buat penghantaran masuk produk, saya dengan dua puteri tumpang tido kat surau highway. Memang le ada sign kata jangan tido kat surau tu tapi 'darurat' terpaksa le engkar. Yer le nak cari hotel mana le pepagi buta tu. Lagi pun bukan le lama sangat kami tumpang berteduh, tunggu Mr Hb selesai je berurusan kami keluar le balik.



Tapi akibat 'sistem down' urusan yang patut selesai lebih kurang 1 jam jadi 4 jam. Huhu.. Sian Mr Hb, tidur tak sampai sejam sejak semalam. Singgah mandi di R&R Sungai Buloh lepas breakfast sekitar jam 11.00 pagi. Kemdian terus bertolak ke Petaling Jaya pulak.




Yang ni agak haru. Sebelum pergi puas dah saya skodeng kat Mr Google maps cari lokasi untuk kami hantar produk. Semua tunjuk Petaling Jaya Commercial City (PJCC) kat belah Sea Park. Dah study jalan through map tu, tanya pulak kat sorang brader (kenalan Mr Hb) lokasi dia pun sama gak kami pun yakin le masuk kawasan ke Sea Park tu. Tapi hati cuak sebab Brader tu kata dekat Sea Park je tapi tak jumpa-jumpa pun kawasannya. Terus saya decide dengan Mr Hb singgah balai polis untuk bertanyakan arah. Isk kalau polis tak tahu memang le kan, diarang dok meronda kawasan takkan tak tahu kot... Melampau le heheh. Call person yang kami nak hantar barang tu pun tak berangkat. Sib baik dengan pengetahuan dan bantuan pihak polis baru le kami tahu yang kami sudah silap da....


Yang nak kena tuju Petaling Jaya Selatan, kami pulak dah sampai kawasan Petaling Jaya Utara. Memang takkan sampai le jadinya. Pusing le 1000x pun heheh. Dengan bantuan tunjuk arah yang diberikan kami sampai le kawasan Petaling Jaya Selatan tu. Tapi kena tanya gak le kat sorang lagi brader (Allah... Lupa pulak tanya nama dia yang berjasa tu) baru le tepat direction yang diberi. Oooo kat Kampung Medan rupanya heheh. Mana le teman nak tahu. Kat addtress tu tak tercatat semua-semua tu ;P. Terima kasih tak terhingga pada semua yang sudi membantu, dari brader kenalan Mr Hb tu, anggotak polis di Balai Polis Sea Park, brader yang tunjuk arah yang tepat (terbantut jab dia nak gi makan dengan anak dia tu sebab nak tolong kami yang sesat nih heh) dan brader kat opis yang kami hantar produk tu le. Melilau cari arah tu makan masa punya le lama, hampir jam 3.30 petang baru selesai semua. Dengan keletihan, panas dan lapar kami singgah makan jab kat restoran mamak yang berhampiran.


Bertolak balik terus lepas makan dan lepas pusing jab kawasan tu tengok banyak blok kedai yang nak dijual. Isk berkenan le juga kalau dapat duduk situ sebab sekolah semua dekat. Tapi tu le kita ni orang melayu mana le mampu nak beli bangunan kedai tu. RM1.3 juta untuk tingkat bawah. Memang dapat pandang je la... Kalau tingkat atas memang le murah sikit sekitar RM400 ribu je tapi payah le pulak sebab barang kitarang heavy-heavy belaka, saper la sanggup hangkat naik turun segala macam mesin dan bahan mentah semua tu. Nak harap Mr Hb.. Isk patah pulak pinggang nanti huhu.. Tak sanggup ai. Patut le orang melayu semua tak der harta kat bandar ni, mahal-mahal belaka... Nak kata kawasan  ni maju tak le sangat. Pada pandangan saya agak terpinggir sebab banyak kedai yang tutup dan kata oarang kat sini agak kelam sebab banyak kedai-kedai judi dan games je.. Entah le.. Tapi plannya diarang dah ada cuma tak tahu bila le akan naiknya. Pada pendapat saya yang tak berapa pandai ni le kan.... Plan tu untuk bagi naik harga mahal je sebab kawasan tempat tinggal saya sekarang ni pun macam tu le, kawasannya huluuuu sesangat tapi rumah kat sini dijual agak mahal sebab katanya akan banyak pertumbuhan akan berlaku. Tapi dah dekat 20 tahun.. Apa pun tak de. Baru je la nak bina tol keluar dari highway ikut Alor Pongsu nih... Saya ni pulak baru nak berbusiness memang tak mampu le nak dapat bangunan kat tengah bandar nih.


Sampai kat Mydin Gopeng dah dekat jam 8.00 malam. Singgah makan, tapi sebelum tu Mr Hb lelapkan mata jab sementara anak-anak dibiarkan bermain jab kat tempat main yang disediakan. Isk memang kalau tak der hero sorang ni (my laling Mr Hb) memang tah le... Cam tu le dia kalau menghantar produk, tidur jab je. Tu yang hati risau sangat tu. Ni baru sampai KL, cuma dapat tidur kurang 2 jam je. Kalau ke Johor, Melaka lagi le kesian. Tu yang hati risau sangat kalau dia pergi sensorang. Kita ada sama leh gak le sembang-sembang ke hapa. Tapi anak-anak le pulak, sapa le nak tolong jaga... Tu yang berhajat kalau ada rezeki nak kena cari gak belah-belah KL supaya tak le jauh sangat dia kena travel tiap-tiap minggu. Tapi dengan nilai bangunan yang ada... Isk tah le. Harap-harap pihak kerajaan dapat le bantu serba sedikit kami nih untuk dapatkan bangunan kedai camnih sebab nak beli kilang lagiiii le pecah kepala mikirkannya. Paling murah pun RM1.2 juta tapi hulu sangat le. Kot nak kawasan 'pekan' sikit RM5 juta.Duit dalam poket pun tak sampai 5 kupang heheh....


Nak masuk dalam usha produk Mr Hb kata tak yah le sebab dia nak balik sangat tidur. So tak dapat le usha Sos Char Kueyteow 2 Puteri kat Mydin Gopeng nih... Tak per lah.. Lain kali mungkin.


Kami sampai rumah jam 10.30 malam. Ha.. Kan... dekat 23 jam gak le kitarang berkerja. Anak-anak dan Mr Hb lembik habis dah. Tambah le Mr Hb tu... Sian dia... Moga-moga Allah lariskan perniagaan kami dan moga saya dapat le tunaikan cita-cita kami untuk berpindah ke KL supaya Mr Hb tak payah nak travel jauh selalu sangat... Aaamiin....

Jangan lupa yer.. 23 Mei ni Promosi Sos Char Kueyteow 2 Puteri di rangkaian Mydin Hypermarket seluruh Malaysia....! :)




Sabtu, 18 Mei 2013

Happy Birthday Afif Khadyeeja Hairol yang ke7 tahun




Selamat Hari Lahir buat anakku sayang, Afif Khadyeeja Hairol yang ke 7 tahun. Syukur Alhamdulillah selama 7 tahun Afif telah hadir bersama adik dan membahagiakan ibu dan ayah. Terima kasih sayang.


Ibu dan ayah sentiasa doakan agar Afif menjadi anak solehah yang berjaya dunia akhirat & hidup dalam kecemerlangan, kegemilangan dan jadilah insan yang terbilang Insyaallah. Ibu dan ayah akan sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk anak-anak kami dan moga Allah berkati hasrat kami untuk memberi yang terbaik untuk kalian, Insyaallah.




Semoga terus berjaya dan jadi anak yang terbaik yang Afif mampu. Ibu ayah tak minta lebih cuma apa yang kami pinta ialah Afif pilih jalan terbaik supaya hidupmu tergolong dalam golongan insan-insan hebat yang berjaya di dunia dan akhirat. Kami akan sentiasa doakannya menjadi kenyataan buat Afif dan adik Insyaallah.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...