Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Memaparkan catatan dengan label Coretan Hati. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Coretan Hati. Papar semua catatan

Selasa, 7 Januari 2014

Lama tak berchatting.. 2 Puteri kini di Noodle Station, Food Court Tesco Taiping

Maafkan kami...
Maafkan kami...

Sebahagian lirik lagu Maafkan Kami dendangan Tan Sri P. Ramlee dengan rakan-rakannya.

Sebenarnya itu juga yang saya ingin ucapkan buat sahabat semua yang sudi bertandang ke laman ni.

Dah lama tak update sebarang berita kini saya tampil seketika untuk mewar-warkan bahawa bermula dari bulan Disember 2013 yang lepas 2 Puteri kini telah melangkah setapak lagi dalam industri perniagaan ini.


Alhamdulillah, kini buat pengguna semua boleh menikmati pelbagai hidangan enak yang diolah menggunakan Produk 2 Puteri. Semuanya di Noodle Station, Food Court Tesco Taiping.

Pelbagai menu yang enak disediakan buat pelanggan kami antaranya:-

1) Char Kueyteow 2 Puteri

2) Mee Goreng 2 Puteri

3) Mee Rebus Tok Perak

4) Nasi Rendang Ayam

5) Nasi Maharaja

6) Nasi Lemak

7) Pulut Kuning


Yang istimewanya semua hidangan yang disediakan itu menggunakan Sos Char Kueyteow 2 Puteri sebagai heronya (ramuan utama) manakala Cili Boh Asli 2 Puteri turut digunakan dalam beberapa hidangan. Termasuk masakan Sup Daging yang istimewa tau.

Mungkin Asamgaram2puteri akan senyap seketika dari arena perblogkan ini (amboi ayatttt heheh) namun Insyaallah kalau ada kesempatan kita akan bertemu kembali di sini.

Doakan kejayaan kami dan berilah sokongan jika sudi :) Kami amat menghargainya!


Terima kasih semua.....

Assalamualaikum..

Jumpa di Noodle Station, Food Court Tesco Taiping nanti!!!! Insyaallah puas hati.... :)

2 puteri yang turut membantu

 **mungkin akan ada satu dua soalan yang tak sempat dilayan kami ingin memohon ribuan maaf terlebih dahulu. bukan tak sudi tapi tak berkesempatan.... :)

Isnin, 2 Disember 2013

Rural Business Challenge 2013: Alhamdulillah... Idea Perniagaan 2 Puteri diterima

Lama tak bersiaran. Agak sibuk dengan persiapan penyertaan Program Satu Daerah Satu Industri (SDSI) yang diadakan di MITC Melaka tempoh hari. Yang saya war-warkan kat sini tempoh hari tu...

Ada ke antara yang kat sini pergi ke karnival tu?

gambo dari syamille lebah kelulut.. gambo dr cik abang tak dapat lagi

tempat pertama pavillion terbaik... 3 kali dah katenya. lagi gambo dari syamille lebah kelulut

Alhamdulillah.. Semuanya berjalan dengan meriah sekali menurut Mr Hb.

Mr Hb je yang hadir kat program tu sebab saya kena hadiri satu program lain yang berjalan di Kampung Gali Tengah, Raub, Pahang pada masa yang hampir sama dengan Program SDSI kat Melaka tu.




Program Anugerah Ilham Desa Peringkat Kebangsaan 2013.

Syukur Alhamdulillah akhirnya penantian untuk mengetahui keputusan Pertandingan Rural Business Challenge 2013 akhirnya terjawab.

Ingat tak saya dah ceritakan tentang pertandingan bawah tajuk Rural Business Challange 2013 tu kat sini bawah tajuk Promosi Tesco Store & Rural Business Challenge, juga di sini dengan tajuk Doakan Saya Yer!, kat sini bawah tajuk This Is The Day! dan kat bawah tajuk Cabaran Yang Telah Diharungi.
 
Hadiah RM2juta tu dah disavekan untuk syarikat RM Ninetysixbillion Enterprise tu tau. Tahun 2014 nyer hehehhe... (aaamiin ;)

Alhamdulillah akhirnya ianya mejadi kenyataan selepas kecut perut menanti jawapannya sekian lama. Memang lama tauu....Bulan 4 tutup pertandingan, interview bulan 7. Hah sekarang bulan 12 tapi masa terima berita dan hadiah tu bulan 11 heh...

Penantian memang satu penyeksaan. Tapi Alhamdulillah.. Penyeksaan yang berbaloi jadinya. Redha.. Redha heheh.

semua ni untuk 2 puteri kesayangan... moga Allah berikan yang terbaik untuk mereka, aaamiin

Memula tu pening gak nak pergi dengan sapa sebab Mr Hb dah ke MITCkan.. Sib baik teringat ayah bonda. Sib baik diarang sudi temankan. Dan Pak Su Sahidan yang familiar dengan Pahang ni sebab mertuanya dari sana. Lega le sesangat.

Kat sana kami diberi bilik penginapan. Tapi sebabkan tak muat nak tido ramai sangat yang datang, Pak Su Shahidan bawa mak ayah ke rumah kakak dia di Felda Klau. So nampaknya kena berulang le dia ke Bentong dan Raub sebab saya ditempatkan di Hotel Trans Mutiara Bentong. Thanks pak su.. mak su..

Nice biliknya. Memang selesa le untuk datang lagi nanti :)


Sedari hari pertama kami kat situ pada 29/11/2013 hingga 1/12/2013 hujan memanjang. Udah le berkasut warna beige.. Memang naya. Tapi hujan tu kan ke rahmat Allah so takpe la. Apa pun memang best kat situ sebab walaupun hujan berpanjangan orang yang datang ramaiiiii sesangat. Memang penuh la :)

Hadiah kemenangan disampaikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin. Bangga akak dikkkk. Beliau diiringi oleh Menteri Besar Dato' Sri DiRaja Adnan Yaacob selaku tuan rumah program.


Sempat gak ucapkan terima kasih pada YAB Dato' Seri Mohd. Shafie Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah sebab dibawah kepimpinan beliau nampak banyak gak le peluang yang terbuka untuk peniaga-peniaga muda nih (muda sangat le tuuuuu).

Sekurang-kurangnya dapat gak kami (orang-orang macam saya) mengetengahkan produk kami. Kadang-kadang peluang kita tak secerah orang lain bab-bab nak dapatkan bantuan jadi melalui program macam ni dapat jugak le kita tonjolkan diri kan...

Selain daripada kami, pemenang Pertandingan RBC kategori Idea Perniagaan, ada gak hadiah untuk kampung-kampung yang berinovasi yang diraikan dalam majlis ni. Sebenarnya majlis ni lebih kepada diarang kami ni cuma menumpang je huhu.. Tak der program untuk kami rupanya sobbbbb.

Kampung yang memang ialah Kampung Peruas, Hulu Dong, Pahang yang telah mengalahkan 9 penyertaan lainnya seluruh Malaysia dengan projek Pelancongan Desa. Mereka menerima hadiah berupa wang tunai RM50,000, trofi dan tiket ke luar negara.

johan kategori Anugerah Ilham Desa 2013... bagus la diarang ni

Hadiah kedua dimenangi oleh Kampung Parut Warijo, Batu Pahat, Johor dengan projek ternakan kambing, arnab dan pengeluaran baja organik. Mereka ni pulak dapat RM40,000, trofi dan tiket penerbangan juga ke luar negara.

memang menarik minat saya.. mula le ligat kepala ni :)

Tempat ketiga dimenangi oleh Kampung Batu 26, Bandar Baharu Kulim, Kedah yang mengetengahkan projek Alat Penetasan Unggas. Memang menarik hasil diarang ni. Mula le idea mencurah-curah kat kepala otak saya ni  heheh. Diarang mendapat RM30,000, trofi dan tiket penerbangan ke luar negara gak. Mana le diarang dapat pergi tu yer..... Nak ituttt..

Hadiah saguhati tak ingat le pulak sapa yang terima. Nanti kalau ingat saya betulkan balik info kat sini.

Apa pun syukur Alhamdulillah sekali lagi sebab rezeki ini dapat le jugak saya gunakan untuk projek kedua saya nanti. Huhu ingat boleh joli sakan. Idakkk jugak yer huhu..

So nantikan yer apa projek saya nanti heheheh.... Insyaallah akan saya war-warkan kelak :)

lihat le donia... ini le kami yang berwajah bangga tu.. heheheh ;)

Tahniah buat sahabat yang turut menang RBC 2013 kategori Idea Perniagaan nih... So apa perancangan mike yer laling semua? Macam yang dah ada produk nice... Teruskan hingga berjaya mana le nak tahu kita setaraf Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary kan.... (aaamiin heheh).

Kot yang belum sebab idea baru kan... Moga peluang yang Allah bagi ni tidak dipersiakan. Jadikan modal dikkk. Akak dulu duit sendiri je hahahah.

Terima kasih KKLW, Dr Noor Irfan Khairi dan panel juri serta semua yang terlibat. Tak lupa terima kasih yang tak terhingga buat family tercinta kerana sabar segala dugaan dalam menempuh kejayaan ini..

Allah bersama kita semua... Insyaallah :)

sempat je kau yer... alah tak kaco mana pun mmg tengah kerja akan so bg kerja sikit. bergambo dengan teman heheheh
sis Yana staff di KKLW yg byk membantu & layan kerenah teman. org nak kasi pun ngengadakan hikhik

Terima kasih juga buat sahabat semua yang sentiasa menyokong dan mendoakan kami. Akan kami berikan yang sebaiknya Insyaallah... :)

**ececehhh ngengada nak beri ucapan gak ek hahahah. Tu le tu hari tak dapat so kat sini le berkongsi ucapannya hahahah


Khamis, 14 November 2013

Detik Mencabar Ketika Menghadiri Majlis Mendapatakan Sijil MeSTI


Panjangnya tajukkkk... Hahahah...

Itulah yang saya nak cerita sambungan dari perjalanan masa sebelum dan selepas menghadiri majlis penganugerahan Sijil MeSTI tempohari.


Actually ianya diadakan di Teluk Intan, Perak dalam majlis yang diadakan besemperna Kempen Keselamatan Makanan Peringkat Negeri Perak Tahun 2013. Majlis tu diadakan 7/11/13 yang lepas di Dewan Bandaran Teluk Intan.

Kami bertolak ke sana jam 7.30 pagi. Agak-agak sempat le sampai dalam pukul 11 lebih sebab dijadualkan acara pemberian sijil jam 12.30. Kira sempat le kot apa-apa berlaku yer tak... Nak cari lagi satu hal le jugak kan...

Perjalanan hingga ke Teluk Intan Alhamdulillah lancar. Syukur sebab masa sampai tu dalam jadual. Hehhe baik punya perancangan le heh.

Ladang kelapa sawit yang saujana mata memandang.. Isk kalo le teman yang punya hahahah


Tapi bila masuk pekan pak tua udah meragam. Amboiiii letih sangat ker? Udah over flow pulak dia. Stop jap tepi jalan. 

Masa nak berhenti tu ternampak le sign kata Dewan Perbandaran Teluk Intan tu kat belah kanan kami. Kami pulak ambil lorong kiri. So kena buat U turn le kat depan nanti. Tapi dek kerana pak tua meragam tak dapek le nak ke sana terus.

Mr Hb pun dengan kepakarannya yang banyak menolong kami selama ini pun mengalah sebab dah dicucuk sana sini masih tak kebah pak tua mengerang. Terus dia bertanyakan bengkel keta kat orang di sekolah latihan memandu yang kebetulan seberang jalan je.


Lega rasanya bila diarang kata masuk hujung lorong je dah sampai. Tak le ketar sangat jiwa ni heheh.

Allah kami termasuk kat lorong baiki wiring keta. Nak cari bengkel lain payah sebab tak tahu jalan. Kang salah lorong lagi naya. So pujuk le cina bengkel tu untuk cuba-cuba. Mana le nak tahu kannnn kot dia mampu bantu kitarang.

Saujana mata memandang

Syukur Alhamdulillah memang betul pun yang rosak ada kaitan dengan wiring elektrik keta. Kena tepat le tu. Patut le selama ni bila pak tua meragam. Bila dibaiki ok tapi tak lama jadi balik. Rupanya fius ada problem.

Risau takut tak sempat ke program tu saya pun berjalan kaki menapak ke sana. Mulanya Mr Hb suruh gak ambik teksi. Tapi dah terbiasa berjalan, bila nampak dekat je bangunan tu (ikut firasat saya le dekatnya heheh) lagi baik saya jalan kaki. Dapattt gak keluarkan peluh yang dah lama simpan heheh.

Pakai slipar je kau.. Menapak pakai kasut tinggi kang ada yang terpelecok hahah. Halal la.. Darurat ;)

Alhamdulillah sampainya saya kat sana ngam-ngam dipenghujung Pengarah Kesihatan Perak beri ucapan. Dapat gak layan sikit atur cara diarang hehe. Tengok le adik-adik dari Sekolah Kebangsaan Simpang 4, Hutan Melintang buat persembahan kebudayaan sebelum acara pemberian sijil bermula.

Tengok-tengok Mr Hb dah pun ada. Heheh lega kauuu. Senang pulak pak tua sihat yer lepas jumpa doktor keta.


Lepas makan kitarang bertolak ke Tesco DC pulak. Ingatnya bila dah sampai kat Teluk Intan nih leh le merendek. Heheh nama je orang Perak.. Bukan selalu dapat Teluk Intan. Nak gak bawa anak tengok menara condong ke hapa.

Tapi tak der rezeki lagi kot. So bergegas le kami ke selatan pulak. Tapi tu la macam saya cakap tadi nama je orang Perak, geografi fail sikit. Ikut signboard yang ado pun fail. Nama paling dekat nak ke Bukit Beruntung? Ikut Bagan Datoh ke atau Tanjung Malim? Isk...

So main ikut sedap rasa je kitarang ambil jalan ke Tanjung Malim. Hajatnya nak cari highway le tapi tak jumpa-jumpa. Sampai kat pertengahan jalan tanya pada akak yang jual air. Sebelum tu tengok batu tanda jalan dekat 72km lagi kalau nak pergi Tanjung Malim.

Kata akak tu kalau nak ke Bukit Beruntung tak payah terus ke Tanjung Malim, tapi masuk kanan ke Sg Setengi. Mulanya ingatkan dekat tapi rupanya dekat 50km lebih baru ada simpang ke Sg Setenggi.

Masa ikut jalan Sg Setenggi tu le advanture bermula. Mana taknya dengan hutan, jalan yang tak der jalan raya, Felda semua kami redah. Hati risau bukan kepalang sebab tak pernah sampai tempat-tempat tu dan barang lak kena hantar cepat sebab dah fix masa. So memang risau sangat-sangat.


Takut minyak habis sebab kami pun tak tahu kami kat mana dah, bila lintas Felda kitarang singgah isi munyak. Hehehh jangan tak tahu (buat yang tak tahu macam saya), kat Malaysia ni pun ada tempat nama Soeharto. Felda lagi kau...

Ingatkan nama tokoh-tokoh kat Malaysia ni je diabadikan jadi nama kampung, nama jalan dan sebagainya. Rupanya tokoh negara luar pun ada ya.. Tak pun kat Felda tu ramai orang Indonesia ker??? Isk jangan politikkan pulak kata-kata saya ni sebab saya pun tak tahu sebenarnya heheh.

Lepas tu lintas pulak Felda Sg Setingi. Ammmmboiiii kat sini rupanya. Nama jauh nun disana dah disebut, rupanya udah jauh perjalanan baru jumpa tempatnya heheh.


Alhamdulillah kami sampai kat Bukit Beruntung tepat jam 4.30 petang. Sebenarnya appointment jam 4 petang. So kena pujuk le pulak guard yang ado hihii. Sib baik berjaya hahaha. Kot tak naya kena bawa balik barang pulak.

Tu le pengalaman kami. Nak capai satu-satu bukan senang. Adaaaa je halangan, dugaannya.

Tapi Alhamdulillah semua yang kami usahakan tu tercapai walaupun bergetar gak hati dengan dugaan yang melanda. Apa pun kami redha dengan ujian Allah ni. Tapi kalau boleh tak nak le dah kan... Hehehhe.

Alhamdulillah pak tua pun dah sihat walau pun baru je baiknya tak le semput ke apa dah. Yang tu paling-paling kami syukur sangat-sangat hari tu. Kalau le dibuatnya rosak tengah-tengh hutan tak ke naya. Sapa nak tolong dik non oiiii.

Mula tu menyirap gak darah heheh. Mula le hati tu nak tukar pak tua dengan yang lain (amboiiii cinta nak beralih arah pulak). Hehehe pantang ada masalah heheh. Tapi bila pikir-pikir balik sib baik dia buat perangai tengah pekan dan dekat je dengan lokasi yang nak dituju (selalu pun macam tu le dia). Kalau tak lagi naya...  So apa pun bersyukur dan terima kasih pak tua. Jangan merajuk ar dengan kata hati yang tengah panas tu hehehe.


Syukur kini satu lagi sijil yang diwajibkan oleh Kerajaan Malaysia kepada para pengusaha dah ada dalam genggaman. Nak dapat nih bukannya senang. Habis semua bab diteliti oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia tau. Dari aspek bahan mentah, cara penghasilan, kilang, kenderaan dan macam-macam la. Borang yang nak kena isi pun berfail-fail.

Kiranya sijil MeSTI ni adik kepada sijil GMP dan HACCP la. Nak kata longgar tak punnnn. Ketatnya syarat bukan main. So bila dah dapat lega le sangat. Dengan dugaan yang ada lagi la kan...

Dan paling best bila dimaklumkan 2 Puteri merupakan usahawan pertama di Daerah Kerian yang ada sijil MeSTI ni....


Bangga...bangga... Heheheh....


Selasa, 12 November 2013

Sijil MeSTI - Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri


29 March 2013 yang lepas kami telah buat permohonan untuk dapatkan Sijil MeSTI - Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Dah jadi kebiasaan borang-borang yang penting macam ni harus kami hantar sendiri by hand.



Masa penghantaran dibuat terus jumpa dengan pegawai yang bertanggungjawab untuk melawat lokasi. Heheh terus diarang tanya, "Dah boleh lawat ke?" Fuhhh soalan... Ni kalau jawab tak boleh kang ada yang nak kena tolak markah heheh. So angguk angguk je la hahahha. Apa lagi terus diarang fix appointment hari Selasa, 2/4/2013. Amboiiii laju beb.


Dalam hati berdebar sesangat. Bila fix appointment dalam tempoh yang terdekat lagi berdebor. Tapi kalau lambat pun lagi naya rasanya. Hidup dalam debaran heheh. Bukannya apa, biasa le walau dah jaga macam mana baik sekali pun kalau bab-bab pegawai-pegawai mana-mana jabatan datang melawat harus berdebor kencang punya rasa. Nak-nak ianya tentukan qualiti dan masa depan syarikat... Fuhhh risau sungguh. Macam nak masuk exam tapi tak baca satu hapa pun buka... Main masuk je, gitu le lebih kurang feelingnya.




Apa lagi mula le segenap pelosok kilang kami pusing. Yang tersusun diangkat, yang dah bercuci dicuci lagi. Amboi tak der kerja lain kot heheh. Selagi tak puas hati selagi tu le disusun atur berkali-kali. Bukannya apa, kilang kami ni kecik sangat. Itu yang termampu buat masa ni. Tapi kami jaga sebersih mungkin. Takut berlaku 'pencemaran silang' bak kata orang. Tapi Insyaallah bab kebersihan memang kami beratkan sangat. Nak buat makanan orang beb bukan boleh buat main masak tepi longkang je yop. Semua aspek kena jaga. Takat bangunan tu memang le kami tak mampu. Modal beso sangat nak kena cari tapi bab-bab lain yang perlu jaga kami jaga supaya semuanya ok dan selamat. Tapi harap-harap satu hari nanti dapat le kami miliki bangunan yang lebih selesa untuk bekerja.


Tepat jam 9.40 pagi pada 2/4/2013 diarang datang untuk bagi markah. Heheh puas entertain. Dekat 2 jam bersoal jawab. Syukur langkah pertama dah lepas. Tinggal sinki nak kena tukar kepala paip je kepada yang tolak-tolak. Lagi satu, satu lagi borang yang perlu dicatat tiapkali menghasilkan produk kena buat. Isk.. Dalam dok teliti kertas kerja dan borang-borang yang diarang berikan sebelum ni pun boleh termiss juga satu lagi.. Ya Allah..




Nak kena belek le untuk fahamkan diri ini yang sengal sikit bab-bab ni dan buat satu borang yang sesuai dengan kitarang. Yang lain beressss. Sebut pasal borang ni... Kalau nak tahu punya le banyakkkk borang yang nak diisikan bermula dari beli bahan mentah, stok, kegunaan sampai le stok keluar dan yang ni stock recall kalau ada apa-apa masalah masa stok kat pasaran (nauzubillah). Tu tak masuk lagi bab kilang, kebersihan pekerja, alatan dan kursus pun kena beb.


Jangan kata kat dalam bangunan, kat luar pun kena ambil tahu sama. Yang ni satu lagi, nak kena tegur le pulak pekedai makan sebelah jangan dok buat tempat bakar sampah kat tepi kilang kami. Walaupun tempat bakar tu kecik je (takat bakar sampah yang disapu) tetap tak boleh rupanya. Dan walaupun bangunan kilang kami fully bertutup tapi dah syarat diarang camtu kot.

Untuk lawatan yang kedua, yang kena tegur tu kena perbetulkan barulah kami diiktiraf dengan peroleh sijil MeSTI tu. Ada potensi dapat kata pegawai tu sebab 2 markah je kena tolak. Nanti lepas tukar kepala paip dan minta kedai sebelah kalau sapu sampah tu jangan longgok dan bakar tapi kaut guna pengaut sampah dan buang kat tempat lain Insyaallah kami orang yang ke20 yang akan dapat Sijil MeSTI kat Perak ni.



Tapi tu le kita cuma merancang tuhan yang menentukan yer tak. Lepas je lawatan tempohari, kami kebetulan punya banyak sangat kerja yang perlu disiapkan. Memang tak menang tangan nak handle sampai terpaksa ketepikan sebentar le hal-hal yang perlu diperbetulkan untuk dapatkan sijil MeSTI nih. Dua kali pegawai Kementerian Kesihatan call tapi terpaksa minta tangguh sebab kena siapkan yang penting dulu. Ler... Dekat 2 bulan tertangguh. Ya Allah.. Konon nak cepat tapi tu le tenaga dua orang mana le nak mampu cover semua sekali gus hehe.

Syukur lawatan kali ke2 19/8/2013 tu hari oleh pihak Kementerian Kesihatan nih berjalan lancar. Semua lulus. Syukurrrr. Tinggal nak ambil sijil le lagi ahak ahak we get it... ahak ahak... Hahahah...

KAlau nak tahu, sijil MeSTI ni adik kepada sijil GMP dan HACCP la. Nak kata longgar tak punnnn. Ketatnya syarat bukan main. 

7/11/2013.... Sah! Confirm! Produk 2 Puteri telah diusahakan dengan sebaik-baiknya. Buktinya....

Ni Sijil Penghargaan.. Untuk sijil MeSTI yang sebenar kena contact dengan pihak KKM la nanti


Syukurrr Alhamdulillah... Akhirnya kami berjaya mendapat Sijil MeSTI ni dan menurut pegawai KKM tu, RM Ninetysixbillion Enterprise merupakan syarikat IKS pertama yang memperolehi Sijil MeSTI di Daerah Kerian ni.

Terharu dan berasa lega....

So buat para pengguna dan sahabat 2 Puteri - Sos Char Kueyteow 2 Puteri dan Cili Boh Asli 2 Puteri semua... Dapatkan Produk 2 Puteri di pasaran kerana terbukti kini produk yang kami jalankan ini adalah secara bersih, halal dan terbaik untuk semua!


Buktinya dalam proses untuk dapatkan sijil MeSTI ni, semua aspek kami kena titik beratkan. Kalau terkehel mana-mana satu terus tolak. No sijil-sijil.. Macam saya ceritakan tadi, pihak KKM nilai habis semua bahagian. Dari produk (diambil untuk analisa bahan kimianya), bahan mentah, kilang, cara kendali dan kenderaan pun dinilai bersih atau tidak. Selamat pada produk atau tidak...

So gunakan tanpa was-was sebab ianya memang berbaloi dan mengenakkan lagi hidangan anda :)



Nanti saya coretkan detik-detik yang berlaku masa kami ke Teluk Intan untuk mengambil Sijil MeSTI ni dalam majlis yang pihak Kesihatan anjurkan semperna Kempen Keselamatan Makanan Peringkat Negeri Perak tau... Memang mencabar ;)


Lepas tu kalau Sijil MeSTI yang original dalam genggaman (yang ni penghargaan sahaja sebab berjaya dapat sijil) akan saya kongsikan kat sini kay. Ingatkan ni le ghope sijil yang asli rupanya tak.. Isk..Isk..Isk... nak dapat sijil pun banyak peringkat hihii...


Ni salah satu detik yang penuh cabaran tu...:)

Isnin, 28 Oktober 2013

Tesco On-line Shopping, Membeli-belah menjadi makin mudah!


Cuti minggu ni agak rileks sikit. Tak der gocoh sana sini sangat. Semua preparation produk dah siap. Tunggu nak mengantor je. Untuk hari ni sambil rehat-rehat, masak kena kemas rumah le hihi. Jangan ingat dapat rehat aja ya... Habis satu rumah dibongkah. Susun atur semula. Sakit pinggang mak dikkk tapi puas hati sebab dah lama sangat position perabot tak berubah-rubah. Tahap kalau pejam mata pun harus tak langgar apa le punya hafal dah lorong hikhik... Letih-letih mengemas sambung masak pulak. Hebatkan kita orang perempuan, letih kerja tak hilang dah sambung kerja kat umah pulak. Salute le dari saya ;D.


Tadi masa nak buka blog saya ternampak satu entri perkongsian Kak Ida dari Koleksi 1001 Resepi yang saya ikuti. Amboiii Kak Ida, dah kumpul 5409 followers you.. Kalau tengok dia punya fan view pulak 5931266 orang yang dah bertandang sejak April 2010. Tu le kalau otai kan. Kita orang baru memang telan air liur je la hahahah.


Berbalik dengan apa yang saya baca kat laman Kak Ida tu kay... Yang buat saya tertarik untuk berkongsi kat sini dengan sahabat semua. Ianya berkenaan satu lagi Online Shopping yang boleh kita buat dari rumah je. Tak perlu berdandan bagai sebelum keluar rumah dan tak perlu start keta dah untuk Shopping!! Heheh.. Yang perlu cuma komputer yang paling mustahak untuk masuk buat pembelian online. Kot tak der komputer memang nak mengonline camner pulak yer dak. Takkan takat tekan kat tapak tangan dah boleh kot.... Teknologi tekan kat tapak tangan tu ada dah tapi sanggup ke nak apply heheh. Satu lagi yang wajib ada... Pitih dalam bank atau nak lebih rasa macho (pada saya le kot sebab saya tak der yang ni) guna credit card. Kot tak baik masukkan duit dulu kat dalam akaun supaya leh guna perkhidmatan nih heheh.


Eh sedari tadi dok cita pasal shopping online tak tercita pulak sapa yang dah tingkatkan tahap shopping place diarang sampai tak perlu lagi kita jejak kat premis diarang untuk buat pembelian. Ha.. Nak tahu?? Ceteka heheh. Dianya Hypermarket. Rasanya ikut ranking no 1 kot (yang ni saya yang bagi heheh). Ada 47 cawangan di Semenanjung Malaysia ni kecuali di Perlis, Terengganu dan Pahang. Dan yang tawarkan 34 cawangan diarang untuk pasarkan Produk 2 Puteri heheh. Yup betul.... Tesco Store dah lancarkan 'Shope Online' diarang baru-baru ni. Wah.. Tak cukup dengan 47 cawangan yer.. Tesco tawar pulak pembelian online. Amboiii sampai setiap cara diarang cuba dekat dengan pengguna ek. Bagus.. Bagus... Ni le otak bisness namanya.


Saya pun lepas je baca cita Kak Ida, terus lawat laman web Tesco Store tu. Ambil tahu le sikit ala-ala minah kecoh heheh. Kepoh je lagaknya. Saya ni bukan le jenis online buyer tapi kan per, dapat gak saya cerita kat sahabat yang ada di sini. Mana le nak tahu ada yang berhajat nak guna khidmat ni. Tak sekarang, nanti nanti kan :).


Segala macam jenis produk yang ada kat Tesco diarang senaraikan kat dalam laman shopping online ni. Fresh food, grocery, baby products, chilled & frozen dan pelbagai lagi la. Saya tak le register lagi. Kan per buat waktu ni, mungkin untuk tempoh percubaan pihak Tesco cuma anjurkan di kawasan area Klang Valley je dulu. Kalau ada sambutan Insyaallah kemungkinan diarang akan perluaskan service diarang.


Kalau ada sahabat yang tinggal di Klang Valley yang berminat kena le masuk ke laman web Tesco Store nih di eshop.tesco.com.my. Pastu Sign up sebagai pengguna. Lepas dah sign up maka dah boleh le mula penjelajahan untuk bershopping online. Mudah sangat perkhidmatan yang diarang berikan.

Camner Kak Ida buat cam ni yer untuk kongsi dengan kita semua. Sapa le yang sudi ajar saya huhu


Kot-kot pulak nak tukar produk yang dah dipilih dengan produk lain boleh je buat pengubahan kat situ. Tak der masalah punya. Kata Kak Ida, nak alter banyak mana pun boleh asal jangan dah sampai time diarang buat penghantaran dok nak tukar memang tak le yang tu heheh. Pembayarannya pulak after dah terima barang yang kita tempah tu dan lepas puashati dengan produk yang diarang deliver. Kot tak boleh pulangkan balik kat diarang. Kalau menurut cerita Kak Ida, no charge for this.


Kot nak tukar ke nak check senarai yang dah kita tempah tu leh tekan kat Shopping Trolley yang kat belah kanan tu dan view le apa yang kita dah booking tadi. Masa ni kot nak alter ke hapa boleh je.



Bila dah selesai, klik kat check out dan booking time slot pulak.



Senarai barang yang dibeli tadi akan masuk dalam favourite list dalam akaun memasing. So next time kot nak beli dah ada jenis produk yang memang biasa kita beli, tak payah lagi dok scroll sana sini belek listing yang banyak tu. Jimat dah sikit masa yang ada dan tak le naik juling bijik mata lagi dah. Tapi kot nak alter - tambah atau kurangkan lain-lain produk pun masih dibuat lagi.


Nama pun ada produk kat Tesco Store, saya pun apa lagi mula le cari kot-kot Sos Char Kueyteow 2 Puteri ngan Cili Boh Asli 2 Puteri terselit atau tidak dalam senarai. Cari kat Grocery... Amboi betul kata Kak Ida, leh juling nak baca sesatu. Maleh nak belek, saya pergi kat bahagian search dan type Sos Char Kueyteow... Alhamdulillah Ada!!!! Bestnya. Walaupun gambo tak der lagi tapi sekurang-kurangnya sahabat-sahabat masih boleh dapatkan produk kitarang secara online. Butiran lain ada oklah. Cuma harap sedikit masa lagi diarang upload gambo le pulak, baru cunkan heheh.

Kat dalam tu masih menggunakan label Sos Char Kueyteow 2 Puteri yang lama tau. Linknya kat sini :)

Pastu cari pulak Cili Boh Asli 2 Puteri tapi hampa.. Tak der pun hukhuk.. Sedih akak dikkkk. Sedih dalam gumbira gitu boleh? Nak buat cam ner satu ada satu tak der huk huk. Harap-harap next time akan tersenarai cik Cili Boh Asli 2 Puteri nih.


Hah.. Kot ada yang berminat nak try perkhidmatan diarang ni cuma perlu bayar RM10.00 je sebagai service payment. Tak mahal mana mana pun kan. Memang berpatutan sesangat. Tapi kena tahu yer produk yang beso-beso tak der dalam senarai yer. Yang runcit je yang diarang senaraikan dan boleh kita beli. Baju-baju pun elek heheh. So kalau-kalau barang runcit dah nak kehabisan stok boleh le buat tempahan dan tunggu je ketibaannya esok ikut time slot yang kita pilih. Yang tu saya tak pasti macam mana jadinya sebab untuk waktu ni kata Kak Ida mudah le nak dapat time slotnya sebab tak ramai yang gunakan lagi perkhidmatan ni sebab masih baru. Next time tak tahu le kalau dah banyak. Mungkin pihak Tesco akan perbanyakkan lori diarang le kot.


Yang ni saya kongsikan pendapat Kak Ida lepas dia guna perkhidmatan nih.... Sori yer Kak Ida, saya copy and paste pendapat akak kat sini. Kan per, saya tak der pengalaman so kongsi pengalaman akak yer. Izinkan yer....


>>>>>>
Pronya....
1) takyah keluar rumah...duduk depan komputer aje...tok tek tok tek...
2) boleh tambah dan tolak any time sehingga malam sebelum barang anda di deliver...(day before delivery)
3) jika anda tak upaya nak keluar rumah misalnye takda kenderaan, takda sapa nak jaga anak kecik, sakit atau takut kena panas matahari atau hujan...servis ini amat berguna...:)
4) rumah anda jauh dari tesco...tapi anda kena pastikan kediaman anda termasuk dalam perkhidmatan ini... - boleh check kat sini
5) bayaran hanya dibuat after delivery...iaitu selepas anda puashati dengan barangan yang dihantar kepada anda...
6) selepas shopping utk pertama kali...semua barangan anda akan masuk ke dalam favourite list...lain kali jika anda nak shopping lagi click aje kat favourites...pastu alter aje kat situ...
7) bayaran untuk service ini hanya RM10....tak mahal mana dan mungkin berbaloi jika anda tinggal jauh dari tesco... - kalau tinggal dekat pun lebih dari RM10.00 kot akan kita keluarkan sebab harus teringin  nak beli yang lain-lain kan kan...(saya le tu heheh)
8) ada lagi....nanti kkida fikirkan...:)

....dan sekarang ni kkida nak cerita pula mengenai kekurangan shopping online ni...:P

1) letih ngadap screen komputer....sakit mata dok jegil kat website tesco ni...anda bayangkan ada berapa ratus produk kat tesco tu....dan most of the item mereka letak kat dalam kedai online mereka satu per satu...

contohnye jika anda nak beli sabun basuh baju...akan keluar semua jenis sabun yang anda tak minat nak tengok...satu per satu dari jenama, berat dll...letih weh....nak kena selak dari satu page ke satu page...sampai jumpa barang yang anda nak beli...kkida terpaksa duduk lebih dua jam kerana nak memilih barangan...itu pun ada barang yang kkida nak beli tiada dalam list mereka.....:\ - Tapi macam saya tadi, pergi kat search ada kat belah kanan tu, pastu type ler brand name atau product name. Biasanya kalau dah ada product yang memang jadi favourite kita buat sekian lama mudah le yer tak. Untuk produk baru kena le tengok -tengok kat senarai macam Kak Ida kata atau tulis kat ruang search tu apa yang kta nak cari. Insyaallah ada. Kot nak cari Sos Char Kueyteow 2 Puteri pun boleh heheh. Nanti tak susah dah masuk dalam favourite list korang kan kan...

2) jika anda nak guna barang tersebut immediately memang tak practical lah shopping online ni...mereka hanya akan deliver barang anda paling awal keesokan harinya....sekarang service ni masih baru...mudah utk anda dapat delivery slot pilihan anda...later bila ramai dah tahu mungkin susah sikit...

3) barang kering ok beli cara ni...barang basah tak berapa sesuai...contohnya sayuran dan lauk pauk...mungkin apa yang mereka deliver tak memenuhi piawaian anda...memang kita boleh rejek barang tersebut jika tak suka....tapi lecehlah...nak kena gak keluar rumah cari barang basah...

4) yang paling kkida tak berkenan sangat semalam adalah.....kkida still kena go tru satu persatu barang tersebut berdasarkan senarai mereka...yelah...takkan kita nak terus bayar camtu aje kan...nak kena pastikan dulu samada barang yang depa hantar ikut apa yang kita order...


dan nasib baik kkida periksa satu-satu...ada barang yang kkida order mereka tak masukkan dan mereka ganti dengan barang lain yang kkida tak nak...:)

5) melalui pengalaman semalam kkida dapat rasakan shopping kat tempat asal barang tersebut lebih selesa lagi berbanding beli online...sekurangnye dapat juga menjamu mata, belek-belek dan paling utama boleh gerakkan anggota badan...heheee...

cuma kekadang tu mungkin kita terlebih beli...barang yang tiada dalam senarai pun boleh termasuk sekali dalam troley....

....apa yang kkida sembangkan kat sini adalah pandangan dari pengalaman kkida sendiri....terpulang pada keperluan anda....sekali-sekala jika rasa malas nak keluar rumah bolehlah guna khidmat ni...

>>>>
Yup betul kata Kak Ida...  Terpulang pada sesiapa yang berminat le kan. Anyway thanks Kak Ida atas info tentang perkhidmatan Tesco ni. Mana le nak tahu kot-kot ada sahabat-sahabat yang terdesak boleh gunakan perkhidmatan diarang ni kan. Saya memang tak leh le buat masa sekarang. Kena keluar ke kawasan liputan baru leh heheh.


Selamat membeli belah... Jangan lupa dapatkan Sos Char Kueytoew 2 Puteri di Tesco On-line Shop juga!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...