Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Jumaat, 8 Julai 2011

Hari Hari Yang Sibuk

Assalamualaikum...selamat pagi Jumaat yang berbahagia. Moga catatan perjalanan kita juga akan bahagia yer hendaknya...aaaminn.

Apa la cerita saya sebenarnya kan heheh..merapu tak habis-habis. Bukan apa..letih sangat rasanya dua tiga minggu ni dengan pelbagai kerja, tempahan & idea yang perlu dilaksanakan. Ni pun main curi2 je bukak FB, bukak blog, bukak resepi...Akibatnya, segala kerja tak jadi juga (Jadi pun sikit je kira 1/4 dari semuanya). Tertangguh lagi huhu.


Kerja2 untuk office banyak yang perlu dibereskan. Ndak kira stok keluar, belanjawan syarikat, modal yang perlu ada. Report lagi isk isk isk... Rasa macam gempak je kalau cerita tapi syarikat cepetot je keciknya...hehhe.

Kan per baru2 ni dapat bantuan mesin dodol (nanti akan saya upload gambaunya kay) & seumpamanya dari Jabatan Pertanian. So sebagai balasan kena buat report jualan setiap 3 bulan. Segala report tu pulak saya dah ketepikan sejak segala permohonan saya dipandang sepi oleh jabatan2 yang berkaitan...marah punya pasal habis kelambu di buang ke tepi (takat buang tak bakar lagi la). Akhirnya pertanian & halal je yang bagi layanan...Apa pun Alhamdulillah. So maknanya mula dari Januari saya ndak kena review balik..Malehnya teman. Kena bukak balik resit2 yang lama huhu.

Tiap2 minggu pulak berjualan kat Taiping. Itu satu lagi ndak kena pikir menu jualan. Untuk ke sana saja kena 2 hari masa untuk siapkan juadahnya. Saya lak suka try sesuatu yang baru sebab bukan selalu ndak berjualan kat sana. Lagi pun dapat gak mengasah bakat yang tak berapa berbakat ni heheh. Sekarang bulan puasa pulak dah ndak dekat. So Mr Hb cadangkan saya buat biskut & rendang untuk berjualan kat situ bulan puasa ni selain dari jualan dodol si dodol saya tu...Aduhhh kalau tak buat rugi gak kan tapi macam mana ndak buat, berapa harganya ndak letak, takat mana tempahan yang wajar saya terima sebab sorang je ndak handle yang tu..isk..isk..isk pening kepala pikirkannya.


Tempahan kuih muih, kek & biskut.. Satu lagi rezeki Allah taala bagi..Alhamdulillah. Itu pun kena layan juga kan. Kot tak rugi. Alhamdulillah sejak kenal laman Kongsi Resepi & My Resepi saya dah berani buat segala macam kek, biskut & kuih muih ni. Berani punya berani sampai ambil tempahan le sekarang walau sebenarnya baru 2 bulan seingat saya dalam dunia ni.

Nak bersembang ndak bersembang gak kat FB. Hehehe jalinan muhibbah tak le tinggalkan walau sesibuk mana kita kan. Tapi tu la kadang2 terlajak sembang sampai tak hingat dapur tu tak berasa2 lagi. Dekat anak ndak balik baru sedar diri.. Akibatnya masak je apa yang pantas & deras heheh.

Ha...anak pun dah ndak balik...So kena calo dulu la yea.. Nak masak pulak heheh.. Itu la rutin harian saya yang selalu sibuk & terlebih buat sibuk ni heheh...Assalamualaikum semua..salam ukhwah.

Khamis, 7 Julai 2011

Spagetti Bolognese


Assalamualaikum...


Untuk Umi Kalsom Nordin...Ni resepi spagetti saya...Boleh dikatakan versi suka hati je..Tapi yang ni guna tomato puree kay.. Harap dapat membantu hehehe (ala2 formal lak rasanya).


Spagetti Bolognese


Bahan untuk spagetti:
  • Spagetti (apa-apa versi pun boleh la...panjang, leper, ABC, bow tie etc - banyak jenis rupanya dia isk isk isk)
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya untuk merebus
  • Minyak agak-agak 2 sudu makan pun ok tapi tengok gak jumlah spagettinya yer..untuk tak kasi dia lekat je
  • Sedikit herba thyme - Kalau ada le bagi bau pastanya terangkat sikit

 Caranya:
  1.  Rebus spagetti dengan semua bahan hingga kembang & tak keras sangat..Jangan terlebih rebus gak sebab kang lembik tak sedap dah huhu...Agak2 la ikut keteroran kita memasak heheh
  2. Bila dah kembang toskan...Set a side (speking london konon - yang tu je tahu heheh)


Ni resepi kuahnya pulak ye....


Bahan untuk kuahnya:
  • Sedikit minyak zaitun - minyak biasa pun ok hehhe
  • Sedikit mentega - saya tak bubuh pun sebab minyak zaitun dah bagi sihat kan heheh
  • 1 biji bawang besar didadu - orang cakap bawang scotland (putih besar tu) sedap..tah le saya mana ada je
  • Seulas bawang putih jika suka - cincang halus je
  • Cili capsicum merah juga didadu - saya tak bubuh pun sebab tak suka wanginya capsicum tu. Kalau suka pedas masukkan cili api ke apa..
  • 1 tin tomato puree - ikut banyak yang kita mahu sebenarnya
  • Tomato didadu lagi - tengok la saiz tamato/jumlah kita ndak masak ye..Saya selalu bubuh 2 biji besar
  • Daging cincang - kalau tak, guna meatball/udang/sotong etc pun boleh tapi masukkan masa lain ye tak sama dengan daging cincang tuuu. Masukkah lepas bubuh tomato puree
  • Susu agak-agak kita ndak banyak mana kuahnya nanti - Rasa-rasa dalam 200 - 300ml je kot (akibat tak pernah sukat & kadang-kadang ada kadang-kadang tak de heheh)
  • Stok daging kalau ada kalau tak air biasa pun boleh untuk bagi berkuah sikit
  • Secukup rasa mushroom butang tu - potong nipis-nipis yea..kalau rajin cincang/dadu tapi tak de viarasi lak nanti kan semua main cincang/dadu je
  • Sayur seperti carrot/celery kalau suka tapi syarat wajib dadu nipis-nipis yer..:)
  • Garam & gula secukup rasa - Gula tu sikittt je bagi pancing rasa je
  • Herba Oregano kalau ada..Sikit gak hehheh
  • Parutan keju parmessan kalau ada - ikut ndak bagi lemak masam-masam lebih sikit

Caranya:
  1. Tumis layu je bawang besar & bawang putih tu
  2. Masukkan daging cincang tadi. Goreng hingga daging keperangan
  3. Masukkan sayur yang dicincang tadi & cili capsicum. Kacau sebati lagi
  4. Masukkan susu. Bagi susu terserap dengan daging tapi kena kacau selalu nanti pecah minyak pulak.  Sayur juga akan lembut masa ni.
  5. Masukkan tomato puree, tomato segar yang didadu tadi, mushroom & sikit air/stok daging (kalau guna 1 tin puree masukkan 1 1/2 -2 tin jugak airnya). Kacau lagi.
  6. Agak-agak secukup rasa garam, gula & herbanya yea...
  7. Masa hidang nanti boleh le taburkan keju parmessan kalau ada. Saya tak bubuh pun cukup lemak dah kat badan ni kuang kuang kuang..

Rasa-rasanya itu saja bahan-bahan & caranya. Harap ok la yea Umi.. Good luck. Dah ada basic nanti boleh puter-puter resepi macam saya sampai tak tahu mana asal mana hasil putaran dah huhu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...