Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Khamis, 29 Ogos 2013

Songs: 'Skyfall' Versi Tentera Rusia Lebih Berhantu. Biar betul..


Tadi masa merayap ke blog Oh Bulan! ternampak satu artikel tentang lagu Skyfall nyanyian kakak tiri saya sebelah tok wan tok nek pun bukan si Adele tu (hahah perasan lebih le pulak yer...hahah).


Apa lagi terus le saya setop dan baca apa yang ditulis. Perasaan nak tahu mula le mencanak hehe.


Apa yang tertulis ialah 'Skyfall' Versi Tentera Rusia Lebih Berhantu? Isk.. Tak bley le macam nih. Akak Adele dah best ar.

Saya pun scroll le ke bawah sambil baca sambil berharap yang ada le dikongsikan bersama video (selalunya tak menghampakan!). Ndak gak le tengok betui ke.


Tulis Oh Bulan! Perhatian peminat pada lagu tu dan akak Adele dah beralih arah dah kepada barisan koir tentera Rusia yang dikenali sebagai Alexandrov Ensemble Official Armed Forces Choir yang telah mempersembahkan lagu tu dengan penuh perasaan dalam sebuah rancangan bual bicara TV Rusia minggu lepas.



Katanya lagi: Persembahan hebat 7 orang tentera tu telah membuatkan pengacara-pengacara rancangan tu terkejut dan seakan tidak menyangka mereka mampu menyanyi dengan penuh perasaan. Saya yang tengok pun terharu beb. Tak sangka tengok muka 'ceroi' je... Tapi bila bukak mulut perghhhh. Berdiri bulu roma den ni hah.


Patut le sapa yang tengok video nih kat YouTube mula falling in love kat deme dah. Kasih mula berbelah bagi antara diarang nih dengan akak Adele sendiri. Saya pun mula le kot ada kemampuan bercita-cita nak bawa diarang jadi recording artis gitu hahahha. Masyukkk hahhaha.

Moh layan tengok betui ke idak. Minit pertama tu relek le jangna le terus-terus harapkan lebih kay. Diarang baru nak fill tuh. Masuk TV le katakan lagi le dup dap dup dap jiwa. Tapiiii... Bila dan masuk rohnya ha... Baru tau. Eh moh le kita tengok :)



 Sumber artikel dan gambo: Oh Bulan!

Resepi Hebat: Sambal Tumis Ikan Bilis 2 Puteri


Asalamualaikum.


Ni saya nak kongsikan resepi Sambal Tumis Ikan Bilis 2 Puteri seperti yang selalu saya hidangkan buat keluarga tersayang. Sambil tengok dan salin resepi meh layan lagu nih... Sama enak dengan Sambal Tumis Ikan Bilis 2 Puteri tau ;)




Resepinya mudah je tak de sukatan. Cuma ikut je pengalaman kita. Saya ni kalau lauk pauk memang jarang ambil sukatan. Memang main masuk je apa yang dirasa sedap. Kot rasa kurang, tambah lagi bagi rasa tu sedap. Main ikut rasa je :)


Sambal Tumis Ikan Bilis 2 Puteri

By: Asamgaram2puteri


Bahan-bahan:
  • Bawang besar dan sedikit bawang putih yang dikisar halus
  • Cili Boh Asli 2 Puteri
  • Sos Char Kueyteow 2 Puteri
  • Air asam jawa
  • Gula & Garam secukup rasa
  • Air
  • Ikan bilis yang telah dicuci bersih
  • Bawang  besar yang dipotong bulat
  • Daun pandan untuk mewangikan masakan jika suka
  • Tepung jagung + air

Caranya:

1.  Tumis bawang besar dan sedikit bawang putih yang dikisar hingga naik bau.



2.  Masukkan Cili Boh Asli 2 Puteri. Masak hingga cili garing.

3.  Tambahkan Sos Char Kueyteow 2 Puteri, garam, gula, air & air asam jawa secukup rasa. Gaul sebati.



4.  Masukkan ikan bilis & daun pandan. Gaul rata.

5.  Masukkan bawang besar yang dipotong bulat. Gaul lagi.


6.  Untuk membanyakkan kuahnya alternatif jika tidak mahu sambal tumis terlalu pedas, masukkan air bancuhan tepung jagung. Masak hingga pekat.

7.  Sedia dihidangkan bersama nasi lemak, roti atau lain-lain hidangan yang digemari


** Ikan bilis boleh diganti dengan ikan kering, sotong, telur dan pelbagai jenis lagi cuma sesuaikan dengan bahan-bahan lain. Nyum-nyum-nyum...enak sekali. Cubalah :)


 

Selasa, 27 Ogos 2013

Ilmu: Minyak zaitun - Khasiat dan kebaikannya yang optimum


Hari ni saya nak sentuh berkenaan Minyak Zaitun pulak. Minyak zaitun nih yang asal dari buah zaitun yer bukan milik si Zaitun pulak. Kot le tersalah tafsir sebab saya tulis huruf besar pada capital letter Z tuh udah macam nama orang pulak hehhe. Woop jangan mare kang kena jual heheh.

Sebelum kita menyelam dengan lebih lanjut moh rujuk En Wikipedia dulu.. Apa katanya? Selain tu kita jengah juga tempat lain untuk dapatkan lebih informasi kay :)



Zaitun adalah merupakan sejenis species daripada tanaman yang tertua di dunia. Rekod sejarah menunjukkan pokok zaitun mempunyai pelbagai guna khasnya dalam bidang perubatan sejak zaman purba Mesir.

Nama saintifik zaitun ialah Oleaeurofea. Tinggi pokoknya kira-kira tiga meter. Daunnya hijau terang dan buah yang masak ranum berwarna ungu kehitaman serta amat kaya dengan vitamin A, B1, B2, C, D, E, K, dan zat besi. Buah zaitun yang paling baik kualitinya ialah yang dihasilkan di Greece. Bagaimanapun Sepanyol dan Itali merupakan pengeluar minyak zaitun terbesar.



Seperti pokok kelapa, setiap bahagian pokok zaitun ada kegunaan kepada manusia. Sememangnya zaitun ialah satu lagi anugerah alam ciptaan Allah yang amat bermanfaat kepada kesihatan kita. Ini telah diakui dunia perubatan. Antaranya dapat digunakan untuk memasak, kosmetik, ubat herbal, sabun dan juga sebagai bahan bakar untuk lampu minyak. Minyak zaitun dianggap sebagai minyak yang sihat kerana mengandung lemak tak jenuh yang tinggi (utamanya asam oleik dan polifenol)


MINYAK ZAITUN

Minyak zaitun amat jernih dan berkilau, lagi mahal harganya. Minyak zaitun baik untuk kesihatan luaran dan dalaman manusia. Paras asidnya yang rendah memudahkan penghadaman kita. Vitamin E yang terkandung di dalam minyak zaitun didapati boleh merendahkan kolestrol LDL(kolestrol jahat), tekanan darah, dan risiko koronori jantung.

Kebanyakan minyak yang dikomersilkan diproses secara menghapus zat pemakanannya. Adalah penting untuk menggunakan minyak zaitun tulen daripada yang jernih dipasaran. Minyak zaitun yang tulen adalah extrak pertama buah zaitun tanpa penggunaan bahan kimia atau haba bagi memastikan kadar asid yang rendah. Hanya minyak zaitun yang tulen mempunyai keupayaan serangan terhadap penyakit. Ia bukan sahaja menyihatkan tetapi juga menambah perisa dalam masakan.


Ibnu Qayyim meriwayatkan bahawa minyak zaitun yang dibancuh dengan sedikit garam boleh meredakan radang gusi dan gigi. Menurutnya lagi minyak zaitun dapat menawarkan racun dan mengeluarkan cacing.

Minyak zaitun juga amat popular digunakan dalam produk kecantikan. Ia boleh menguatkan akar dan melembutkan kulit. Untuk mendapat rambut yang sihat dan lebat pula, gunalah minyak zaitun untuk mendandan rambut dan urut di kepala.

Kajian saintifik pula mendapati amalan memakan minyak zaitun amat membantu mengurangkan risiko barah payudara kerana ia kaya dengan Vitamin E.


Firman Allah Taala
       Demi buah tin dan buah zaitun..  (Surah at-Tin, Ayat 1)

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
       Makanlah minyak zaitun dan lumurlah minyaknya, kerana ia berasal daripada pohon yang penuh berkat. (Riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah)

Minyak zaitun jernih dan berkilau seperti cahaya. Ini disebut di dalam al-Quran surah An-Nur:35:
       ...yang dinyalakan dengan minyak yang banyak faedahnya (iaitu) zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah barat, yang minyaknya (sahaja) hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api...


Terdapat 3 jenis minyak zaitun dipasaran iaitu Extra Virgin Olive Oil, Olive Oil dan . Diantar ketiga-tiga ini, Virgin Alive Oil merupakan minyak zaitun tulen yang mempunyai seranga terhadap penyakit. Ini kerana minyak zaitun tulen merupakan extrak pertama buah zaitun tanpa penggunaan bahan kimia atau hababagi memastikan kadar asidnya rendah. Minyak zaitun dara atau extrak pertama. 


Minyak zaitun yang terbaik di dunia adalah minyak zaitun Syam as Syarif. Ini kerana buah zaitun dalam Surah At-Tin menurut tafsiran Imam Hasan al-Basri RA:
       Tin: Sebuah bukit terletak berdekatan Kota Damascus: Jabal Qasiyon. 
       Zaitun: Sebuah bukit yang terletak di Baitul Muqaddis
       Kedua-dua tempat ini terletak di negeri Syam....
                                                                                                        Wallahu'alam...



DAUN DAN BATANG POKOK ZAITUN

Daun zaitun bermanfaat sebagai penggalak sistem imun manusia. Masyarakat Timur Tengah telah mengamalkan meminum teh daun zaitun sejak berabad yang lalu untuk merawat batuk, sakit tekak, demam dan gout.

Ibnu Qayyim juga menjelaskan bahawa daun zaitun boleh merawat luka dan gatal-gatal. Pendek kata, daun zaitun bersifat antibiotik. Oleh yang demikian, pengambilan daun zaitun mestilah mengikut dos tertentu.

Batang zaitun pula boleh dibuat perabot. Malah ada juga tasbih yang diperbuat daripada kayu zaitun. Tasbih daripada kayu zaitun ini kelihatan agak berminyak dan agak harum. 

Sesungguhnya setiap ciptaan Allah di alam ini ada manfaat bagi manusia. Bagi anda yang gemar makan piza, pilihlah yang ditabur dengan zaitun. Ingat! Zaitun amat berkhasiat. 

Menurut riwayat, setelah bahtera Nabi Nuh a.s. berlabuh, pokok zaitun merupakan objek pertama yang kelihatan.


KANDUNGAN MINYAK ZAITUN

Pelbagai komponen bioaktif seperti asid lemak, vitamin, komponen mudah meruap, komponen larut air dan serpihan mikroskopik buah zaitun terkandung di dalam minyak zaitun.

Asid lemak merupakan kandungan utama minyak zaitun terdiri dari asid oleik, asid linoleik dan sedikit asid linolenik.

Asid oleik merupakan salah satu asid lemak dari jenis tidak tepu mono, merangkumi 55 hingga 85 peratus kandungan minyak zaitun. Kajian menunjukkan bahawa asid oleik dapat mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, kanser dan penuaan dan bagus untuk bayi dalam kandungan.



Asid linoleik dan linolenik adalah dari jenis asid lemak tidak tepu poli yang menganduingi Omega 6 dan Omega 3. Nisbah Omega 6:Omega 3 dalam minyak zaitun menepati nisbah yang disarankan untuk orang dewasa selain turut membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.

Kandungan peroksida atau antioksidan yang tinggi di dalam minyak zaitun berfungsi menentang pengoksidaan oleh radikal bebas dan oksigen reaktif di dalam badan kita. Ia juga mengandungi sterol tumbuhan yang menghalang badan daripada menyerap kolesterol berlebihan di samping kaya dengan vitamin E yang terbukti baik untuk kesihatan kulit.

Kualiti sesuatu minyak zaitun ditentukan oleh kandungan asid bebas dan peroksida di dalamnya.

 

KHASIAT MINYAK ZAITUN

Minyak zaitun boleh digunakan untuk dalaman sebagai ejen kesihatan dan diluaran untuk kecantikan. Ia merupakan syarat utama untuk gaya hidup yang lebih sihat. Sesetengah ini adalah anjuran Sheikh Nazim al-Haqqani.


A) Manafaat Kepada Kecantikan Tubuh Badan Dan Wajah
Ciri-cirinya yang boleh melembutkan kulit digunakan sebagai agen pelembut kulit tubuh. Menurut Ulama Zahbi, minyak zaitun elok untuk menguat dan mengilatkan rambut dan mencantikkan kulit badan. Menurut Ibnu al-Qayyim, minyak zaitun adalah penyeri wajah.


Cara penggunaan: 
1) Menghilangkan parut bekas jerawat di muka - Ratakan campuran 3 sudu teh minyak zaitun dengan 1 sudu teh minyak habatussauda pada muka, biarkan selama 3 jam dan cuci. Boleh juga disapukan terus tanpa campuran minyak habatussauda.

2) Menghilangkan parut pada anggota lain dibadan - Ratakan campuran 6 sudu teh minyak zaitun dengan 2 sudu teh minyak habatussauda pada anggota badan. Biarkan selama 2 jam dan cuci.
Boleh juga disapukan terus tanpa campuran minyak habatussauda.

3) Untuk pelembab wajah - Kandungan zat linoleic acid mampu menjaga air menguap. Zat ini amat baik untuk digunakan sebagai pelembab kulit yang kering dan mulai berkedut . Caranya sapukan pada wajah sambil dipicit ringan selama 10 minit. Kemudian bilas dengan air bersih.


4) Untuk penyubur rambut - Minyak zaitun dapat membantu menyuburkan rambut supaya rambut lebih hitam dan lebat.

Cara penggunaannya: Cukup dicampurkan dengan syampu yang dipakai kemudian dibilas sampai bersih.

Atau dijadikan minyak rambut. Minyak zaitun merupakan minyak rambut utama kepada Nabi Muhammad SAW (antara sifat Baginda, sentiasa memastikan rambut disapu minyak bagi mencantikkan dan kemas).

5) Merawat kesihatan kulit - Caranya dengan mengoleskan minyak zaitun ketika mandi. Kulit tubuh pun akan terjaga kelembabannya dan terlihat lebih bercahaya kerana ia membantu menuteralkan radikal bebas kerana ianya kaya dengan vitamin dan flavonoid.
6) Untuk merawat tangan dan kuku - Caranya dengan mencampurkan satu senduk makan minyak zaitun dengan air hangat untuk merendam tangannya 1 minggu sekali. Kebiasaan ini membuat kulit tangan dan sekitar kukunya lembut.
7) Untuk perawatan kaki - Kaki pecah-pecah atau kasar dapat diatasi dengan perawatan minyak zaitun. Caranya dengan mengoleskan minyak zaitun ke telapak kaki dan sekitar pergelangan kaki. Bungkus dengan kaus kaki dan kenakan selama tidur pada malam hari. Kemudian bersihkan dipagi harinya. Boleh juga dilakukan pada tangan. Lakukan secara rutin selama satu bulan untuk hasil maksima.
8) Untuk kulit tubuh - Caranya dengan mencampur minyak zaitun dengan garam kasar, untuk membuat scrub tradisional. Selain membantu pengelupasan sel-sel mati, pemakaian minyak zaitun pada tubuh dapat membuat kulit lebih cerah. 
9) Jika kulit terbakar - gunakan minyak zaitun yang dicampur dengan garam untuk menyembuhkannya. Boleh juga disapukan terus tanpa campuran garam.
10) Untuk awet muda, anti penuaan dan menyerikan wajah - sapu ke wajah sebelum tidur (namun ianya mungkin tidak sesuai untuk wajah berminyak dan yang mudah berjerawat)

 
B) Manafaat Kepada Kesihatan
1) Menurunkan Risiko Penyakit Jantung - Kandungan antioksidan nabatinya sangat tinggi sehingga akan menurunkan risiko Penyakit Jantung. Cukup dengan menambah 2 sudu makan minyak zaitun ke dalam masakan berminyak, bersantan, berlemak/berkolestrol tinggi (kambing, lembu, kerbau, udang etc). Semua lemak akan menjadi sisa tanpa diserap ke dalam badan. Ia boleh menghilangkan perut buncit, lemak-lemak, masalah berat badan dan risiko penyakit jantung. 
2)  Mencegah Barah Payudara Dan Pelbagai Penyakit Kanser LainMinyak zaitun dapat mereduksi kerosakan sel (kerosakan ini dapat mendatangkan kanser). Fenol dalam minyak zaitun extra virgin bertindak sebagai antioksidan pencegah penyakit untuk menghambat proses kanser; asam oleat dikatakan mencegah penyebaran tumor.

Kajian yang dijalankan ke atas wanita oleh Harvard School of Public Health dan Anthens Scholl of Public Health mendapati amalan mengambil minyak zaitun lebih dari sekali sehari boleh mengurangkan 25% risiko menghidapi kanser payudara.

Kandungan Vitamin E yang tinggi telah menghalang kemusnahan sel yang menjadi punca kanser. Kajian yang diketuai oleh Professor Miguel Gassull dari Hospital Universiti Germans Trias Pujol, Barcelona, Spanyol ini ternyata berjaya membuktikan minyak zaitun menghalang pembentukan kanser kolon.

Kajian lain yang dijalankan di Universiti Oxford menambahkan bukti yang menunjukkan minyak zaitun berkesan dalam membantutkan kanser kolon. Dr Michael Goldacre dan sekumpulan pengkaji dari Institute of Health Science membandingkan kanser, makanan dan pengambilan minyak zaitun dari 28 negara termasuk Eropah, Amerika Syarikat, Brazil, Colombia, Kanada dan China. Hasil kajian menunjukkan negara yang mempunyai pengambilan daging yang lebih dan sayuran yang kurang mempunyai risiko menghadapi kanser yang tinggi. Namun, dengan pengambilan minyak zaitun ianya menjadikan punca risiko itu menjadi kurang.

Saintis Jepun mendakwa minyak zaitun tulen yang disapu pada badan selepas berjemur boleh memeliharanya daripada kanser kulit.

Cara penggunaan: Dibaca rukyah saratan dan sentiasa disapu pada anggota terkena kanser contohnya kanser otak di kepala, kanser payudara dipayudara dan sebagainya.


3) Menghilangkan Artritis, sakit sendi dan sakit lutut - Minyak zaitun mengandung Prostaglandin yang bermanfaat untuk mengatasi nyeri sendi dan kemerosotan tulang.

Cara penggunaanya: Masukkan dalam campuran makanan sehari-hari dan akan membuat antinyeri dengan melumasi sendi dan mencegah pembengkakan. Atau dengan mengoleskan minyak zaitun pada nyeri otot atau nyeri sendi.

Atau letakkan kapas pada kapas lalu dibalut pada lutut (atau mana-mana anggota sendi yang sengal) sebelum tidur.  

4) Mencegah Diabetes - Kandungan minyak zaitun berupa lemak tak jenuh tunggal sehingga minyak zaitun bermanfaat untuk menurunkan kadar gula dalam darah serta risiko diabetes type 2.



5) Menghentikan Rasa Nyeri - Kandungan oleokantal dapat mencegah radang, sama seperti penghilang rasa sakit iaitu ibuprofen dan obat antiradang lainnya. Minyak zaitun dapat digunakan untuk ubat oles luka lecet, luka sobek dan gangguan yang berisiko menimbulkan radang, bengkak dan nyeri.

6) Mencegah Pikun/hilang daya ingatan - Kandungan Asam lemak tak jenuh tunggal dalam minyak zaitun berfungsi untuk menjaga struktur sel dan membran dalam otak, sehingga membantu mencegah hilangnya ingatan.

7) Mencegah Osteoporosis - Minyak zaitun membantu penyerapan mineral dan kalsium yang diperlukan untuk mencegah kemerosotan tulang.


8) Memudahkan Penghadaman, Usus, Sakit Perut, Kecacingan, Angin dan Menghilangkan Sembelit - Paras asid yang rendah membuatkan ianya dapat membantu dalam memudahkan sistem penghadaman badan serta mengawalnya.

Cara penggunaannya: Mengatasi sembelit dengan cara meminum 1 sudu teh minyak zaitun setiap pagi atau ketika sembelit. 

Masalah sembelit juga dapat diatasi dengan memakan jeruk buah zaitun.

atau boleh juga mencuba: Dibaca ayat Syifa' dan diminum sesudu 1 jam sebelum makan apa-apa

9) Merendahkan Kolestrol, Tekanan Darah, Risiko Sakit Jantung dan Pelbagai Masalah Kesihatan Lain - Vitamin E dalam minyak zaitun membantu dalam merendahkan kolestrol LDL, tekanan darah dan risiko sakit jantung. Untuk itu, selepas mengambil lemak yang tinggi diikuti dengan pengambilan minyak zaitun, dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.

Vitamin K pula menghalang darah dari melekit dan membeku.

Minyak zaitun juga membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, arteriosklerosis dan pelbagai masalah akibat proses penuaan.

Cara pengambilan: Campurkan 2 sudu makan minyak zaitun ke dalam setiap masakan. 
*Namun mengikut pendapat saya di 2 Puteri/Asam Garam 2 Puteri adalah sebaiknya pada akhir proses memasak kerana minyak zaitun tulen tidak sesuai digunakan dalam suhu panas



9) Sebagai Tonik Kepada Masalah Penuaan Dan Masalah Seksual - Ia juga sebagai tonik kepada masalah penuaan dan melambatkan prosesnya.

Ia juga dapat mengatasi masalah seksual dan melincinkan proses persetubuhan. Disapu pada anggota kelamin untuk menjaga kesihatan batin dan dicampur ke dalam masakan. Disapu kepada anggota kelamin lelaki atau wanita untuk proses kelamin yang menakjubkan.

10) Mengubati Penyakit Kulit - Minyak zaitun berkemampuan dalam mengatasi penyakit kulit yang dideritai antaranya bisul, ruam lampin, gatal-gatal.
 
11) Mengatasi Penyakit Gigi Dan Gusi - Minyak zaitun turut membantu mengatasi ulser mulut yang kronik, sakit gigi dan gusi. 

Cara penggunaannya: Mencampur sedikit minyak zaitun bersama garam dan disapu pada gusi yang mengalami ulser. Boleh juga dibuat basuhan mulut.

12) Menghalang Berlakunya Keracunan - Kebaikan lain minyak zaitun adalah menghalang berlakunya keracunan makanan.

13) Leukimia - Dibaca ruqyah saratan diminum 1 sudu makan 1 jam sebelum makan apa-apa selama paling kurang 40 hari.

14) Gastrik - Dibaca ayat Syifa' dan diminum sesudu 1 jam sebelum makan apa-apa.

15) Gangguan jin, sihir, saka, santau - Zaitun ruqyah disapu di anggota sujud, anggota wudhu, tempat sakit atau sendi-sendi utama.

16) Sebagai Minyak Urut - Elok digunakan sebagai minyak urut dengan mencampurkannya dengan ma'warad atau air mawar.



17) Makanan Tambahan Ibu Mengandung Dan Dalam Tempoh Penyusuan Anak - Baik untuk membantu penyerapan vitamin, mineral dan nutrien yang penting kepada fetus selain mengatasi masalah sembelit yang selalu mengganggu.

18) Batu Karang - Campuran minyak zaitun bersama air limau nipis dikatakan baik untuk menghancurkan batu karang. Sitrat dari air limau nipis dikatan berupaya menghancurkan batu karang. Penggunaan minyak zaitun pula sebagai agen pelincir. 

Cara penggunaannya: Sesudu besar minyak zaitun dan sesudu besar air perahan limau nipis dicampur 4 cawan air lalu diminum. Mereka yang pernah mengamalkan petua ini melaporkan biasanya batu karang akan keluar bersama air kencing beberapa jam selepas mengambil campuran minuman ini.



CARA PENGGUNAAN

1) Ambil secara berterusan sekurang-kurangnya sesudu teh (23gram) dua kali sehari diwaktu pagi sebelum sarapan dan sebelum tidur.

2) Campurkan 2 sudu makan minyak zaitun ke dalam setiap masakan.






Sumber: Wikipedia
tayibah.com
manfaatdankandungan

Jumaat, 23 Ogos 2013

Ilmu: Teknik Mengasah Pisau dan Tips Penjagaan Pisau Yang Jarang Digunakan

Lagi cerita pasal pisau. Tu hari dah saya ceritakan tentang jenis-jenis pisau, perbezaan dan tips pilih pisau yang tepat. Hari ni pulak saya nak kongsikan cara-cara nak asah pisau kita ni bagi tajam gitew. Yang ni saya ambil hasil perkongsian cik gulamolasses.

Masa tengah skodeng jenis-jenis pisau yang saya terjumpa artikel yang cik gulamolasses kongsi ni. Terasa penting juga untuk tambah ilmu kita itu yang buatkan saya nak kongsikan kat sini juga. Selain daripada tu juga saya kongsikan tips penjagaan pisau yang jarang digunakan.

Buat Ms Miny (I hope it's right to call you Ms yeah coz I think you are girl :) Is it right? Hihihi make a wild guess base on nickname & question hahah) Insyaallah maybe next time saya akan kongsi cara nak proses daging sejuk beku. What a good question (amboi macam cikgu cikgi lak yer heheh). Actually saya tak minat sangat dengan daging sejuk beku coz I prefer fresh jadi tak berapa berani nak jawab terus :)

Sabar yer, Insyaallah saya akan cuba carikan jawapan untuk pertanyaan tu selengkapnya and teruskan bersama 2 Puteri ya....

Ok back to our topic... :)


Pisau-pisau, terutama pisau-pisau yang (berjenama) yang khas untuk memotong / memperoses daging (pisau butcher) adalah pisau yang berkualiti tinggi yang mempunyai kekerasan bilah melebihi HRC 53 ke atas. Bilah pisau-pisau ini direka agar lebih keras dan mempunyai daya tahan untuk menahan (retain) ketajaman pisau dalam jangkamasa yang lama (robust blade).

Adalah lumrah seseorang untuk memiliki pisau yang berkualiti tinggi. Lepas beli, nak kena asah pisau, satu hal..!, pulak. Memang ramai dikalangan kita, ada pisau 'cantik' tapi tumpul..walaupun dah berkali-kali asah..tetapi masih tidak mencapai ketajaman yang memuaskan.

Di sini saya sekadar berkongsi ilmu / pengalaman tentang teknik menajamkan pisau daripada pengalaman sendiri dan bacaan dari pelbagai sumber.

Mungkin ada orang diluar sana yang lebih arif tentang teknik mengasah pisau. Tak mengapa kita sama-sama kongsi ilmu.


Cara Mengasah

Cara mengasah pisau ada berbagai cara, terpulang kepada citarasa seseorang. Tiada cara yang spesifik atau khusus bagaimana cara yang betul untuk mengasah mata pisau. Masing-masing dengan cara sendiri.

Dibawah adalah kedudukan mengasah yang disyorkan. (sebagai panduan sahaja)




Gambar contoh: mengasah pisau

Jenis mata pisau yang disyorkan

Dibawah adalah contoh jenis-jenis mata pisau.

 TIDAK SESUAI
 Sudut mata pisau terlalu nipis (hollow grind)
Mata pisau mudah 'sumpih' @ 'sumbing' jika terkena tulang atau benda yang keras

  
SALAH
Sudut mata pisau tidak cukup sudut (obtuse) (mencakah)
Mata pisau tidak cukup tajam @ majal (blunted)
Mata pisau cepat/mudah tumpul

KURANG BAIK
 Sudut mata pisau bersudut-V (V @ wedge shape)
mengurangkan ketahanan (retain) ketajaman mata pisau 
(durability of cutting edge)

BENTUK DISYORKAN
Untuk mencapai mata pisau yang sempurna. Mata pisau diasah dengan sedikit separa bulat kearah mata pisau. Dalam bahasa teknikal, kita panggil 'cembung' (slightly convex). Menjadikan mata pisau lebih tahan lama (durability) dan ketahanan (robust) serta ketajaman mata pisau boleh bertahan lebih lama (retain cutting edge). Mata pisau akan lama-kelamaan meningkat naik (haus) akibat daripada penggunaan dan geselan 'butcher steel'.

Menggunakan Batu Asah

Terdapat berjenis-jenis batu asah di psaran. Anda kena pastikan anda tahu standard grit yang betul kerana pengeluar batu asah mempunyai standard mereka sendiri. Grit batu asah jepun tidak sama dengan grit batu asah buatan Amerika atau Eropah dll.


Contoh batu asah

* Kelas grit disini hanyalah sebagai panduan yang disyorkan sahaja. Pemilihan adalah bergantung kepada perasaan inidividu itu sendiri (personal feeling) dalam memilih grit batu asah.

Batu Asah Kasar (grit 120) (rough grinding) (to reestablish the shape and edge)
Untuk tumpul teruk - untuk membuang/canai serpihan/sumbing di mata pisau atau bila bilah pisau sangat tumpul.

Batu Asah Sederhana kasar (grit 220 - grit 700) (to sharpen) (membentuk mata pisau)
Untuk tumpul yang biasa (normal) - untuk menajamkan mata pisau selepas membuat kerja. Mata pisau yang tidak terlalu tumpul (ketajaman yang biasa).

Batu Asah Halus (grit 800 - grit 1200) (to finishing) (menajamkan mata pisau)
Mata pisau secara amnya masih lagi tajam - cuma nak menambahkan lagi ketajaman. Digunakan untuk mendapatkan balik ketajaman tanpa mengasah pisau secara berlebihan.

Batu Asah Halus (grit 4000 dan keatas) (to last finishing/polishing) (mengilap)
Untuk mendapatkan mata pisau yang sangat tajam - digunakan untuk mendapatkan sudut yang tepat dan mata pisau yang sangat tajam. Banyak digunakan pada pisau cukur, pisau sushi dll. dimana memerlukan ketepatan hirisan yang tepat.

Juga digunakan sebagai 'polishing stone' untuk membuang calar dan 'burr' pada mata pisau yang ditinggalkan oleh batu kasar. Batu grit 2000 keatas digunakan sebagai 'finishing' dalam pengasahan pisau. Tetapi tiada had grit yang menjadi tanda aras untuk 'finishing' asahan. Ia bergantung kepada individu tersebut yang mana seseorang itu suka.

Grit yang disarankan untuk 'finishing' adalah grit 8000. Tetapi untuk amatur atau pengguna biasa grit 3000 hingga grit 6000 sebagai 'finishing' asahan juga sudah memadai untuk menghasilkan pisau yang sangat tajam.

Jadi, secara prinsipnya, seseorang memerlukan 3 jenis batu asah.
1) untuk asah kasar/canai (rough grind)
2) untuk menajamkan (to sharpen)
3) untuk mengilap (hone)

Dibawah adalah contoh-contoh hasil asahan daripada grit batu asah yang berbeza grit

Grit 120

Grit 220

Grit 320

Grit 400

Grit 600

Grit 800

Grit 1000

Grit 1500

Grit 2000

Grit 3000

Grit 5000

Grit 8000

Grit 15,000

Lebihan / Sisa logam (Burr) Pada Mata Pisau

Setelah kita mengasah mata pisau, kalau kita amati betul-betul, terdapat lebihan/sisa besi yang terhasil daripada asahan kita. Lebihan besi ini dipanggil 'BURR'. Selalunya profesional menggunakan 'butcher steel' atau menggunakan batu asah yang ber grit tinggi (polish stone)untuk membuang 'burr' ini.

Dibawah adalah contoh-contoh 'burr' yang terhasil daripada asahan kita.

contoh burr - 1

contoh burr - 2

contoh burr - 3


Menggunakan 'Butcher Steel' @ 'Sharpening Steel'

Ada pengguna yang salah anggap bahawa 'butcher steel' adalah batu asah atau sebagai penanggal lemak pada pisau dll. Tanggapan ini adalah salah !. Tujuan menggunakan 'butcher steel' adalah untuk
1) membuang 'burr' pada mata pisau selepas asah dan untuk
2) menajamkan / membetulkan mata pisau setelah digunakan pada satu jangka masa tertentu,
untuk mendapatkan ketajaman nya semula.

contoh 'butcher steel' - 1
Besi penajam mata pisau (sebagai contoh sahaja)

contoh 'butcher steel' - 2
Besi penajam mata pisau (sebagai contoh sahaja)

Tahap kehalusan batang 'butcher steel' adalah penting dalam pemilihan 'butcher steel'. Tahap kehalusan ditentukan oleh nombor lurah yang terdapat pada batang 'butcher steel' itu.

Jenis 'Fine - butcher steel' mengandungi kurang lurah, lebih dalam lurah.
Jenis 'ultra-fine butcher steel' mengandungi banyak lurah dan lebih dekat lurah-lurah
Tetapi semua bergantung kepada ke individu itu sendiri (personal feeling).

Prinsipnya mudah dalam memilih butcher steel:
semakin kecil bilah pisau, semakin kecil lurah pada 'butcher steel' yang digunakan


Contoh jenis-jenis 'butcher steel'


Butcher steel' digunakan dengan 'menggesel' kan mata pisau kiri-kanan pisau, kebiasaaannya cukup untuk memdapatkan ketajaman pisau dengan beberapa kali 'gesel' (stroke). Tekanan 'geselan' bergantung kepada tahap kehausan mata pisau tersebut (wear). Proses 'geselan' ini hanya dilakukan beberapa 'stroke' sahaja hingga sampai mendapat balik ketajaman mata pisau tersebut. cukup !!.
Sebarang 'stroke' tambahan tidak membantu untuk menaikan ketajaman pisau tersebut.

Darjah sudut untuk membuat 'stroke' yang disarankan adalah lebih/kurang 20 darjah 
Jika selepas kita membuat 'stroke', tapi masih tidak mendapat ketajaman yang memuaskan, pisau tersebut perlu di asah kembali.

Walaupun pisau terbaik sekali pun akan tumpul juga bila digunakan selalu (heavy use). Mata pisau yang sudah haus tidak boleh menggunakan 'butcher steel' untuk mendapatkan ketajaman pisau. Pisau tersebut mesti di asah dengan batu asah untuk mendapatkan ketajamannya kembali.


Tips Penjagaan Pisau Yang Jarang Digunakan

Penjagaan pisau

Untuk mengelakkan pisau yang jarang digunakan berkarat, pastikan mata pisau dicuci bersih dan dikeringkan dengan sempurna selepas digunakan. Permukaan mata pisau harus disaluti dengan satu lapisan minyak atau gris dan disimpan sebelum digunakan semula.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...