Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Isnin, 10 Disember 2012

Mydin RTC Gopeng.... Dah Buka Ke Belum? Tanda Tanya...


Alhamdulillah... Hari ni masuk lagi satu order dari Pasaraya Mydin Gopeng. Syukur sangat dengan rezeki ni. Insyaallah Rabu ni, 12 Disember 2012 kitarang pergi hantar. Sebenarnya stok kena hantar Khamis 13 Disember tapi disebabkan kami perlu menghantar stok ke Tesco Store dan Mydin Hypermarket MITC Melaka jadi kami kena percepatkan le untuk Mydin RTC Gopeng ni. Alhamdulillah stok tengah disediakan so tak le kalut sangat hihi. Kot tak harus pinau biji mata sebab tinggal lagi berapa hari nak kena hantar beb hihihi.


Short notice sungguh. Sib baik le teman ni teror hahahahha. Amboiiii terrrr riak le pulak. Isk tak baik, humble... Humble.... Maaf yer darling-darling sumer, saya ni kot dibiarkan eksen je mengaku terer. Leh handle semua konon je. Sebenarnya jantung ni berdegup kencang malu nak cita hahahh.


Rasanya baru je mengantor produk ke Mydin RTC Gopeng tu hari. Kalau tak salah 22 November lepas. Ada saya tulis cita tentangnya kat sini. Alhamdulillah baru je berapa minggu. Syukur Alhamdulillah....


Sebenarnya tak le saya tahu bila openingnya Mydin RTC Gopeng tu. Tu hari kalau tak salah dengar katanya dalam bulan 12 ni. Tapi tak sure tarikh yang betul. So tak le saya tulis apa-apa entri lagi selepas tu berkenaan Mydin RTC Gopeng nih. Hihihi risau gak kang tulis punya tulis tapi sebenarnya tak bukak-bukak lagi Mallnya tu. Naya pulak kalau ada yang baca kat sini pergi cari. Skodeng kat Mydin punya wall pun tak der pulak ceritanya. Yang last saya baca berkenaan pembukaan kat Mydin Manjoi. Yang tu dah lama dah... Bulan Jun lepas. Kalau Mydin Manjoi dah beberapa kali dah hantar stok.


Tapi apa pun Alhamdulillah stok yang kitarang hantar dulu pun dah habis, dah nak kena hantar stok baru. Tak payah le nak kisah bila bukaknya lagi sebab kalau tak camner leh habis iyer tak????


Terima kasih semua penduduk sekitar Gopeng dan yang telah mendapatkan produk kami kat pasaran. Tak kira le kat mana pun. Hhihi jangan merajuk pulak ingat saya tak wish... Saya sayang korang la. Harap semuanya berpuas hati dengan produk 2 Puteri. Insyaallah kami akan sediakan yang terbaik untuk korang semua.


Alhamdulillah..... Terima kasih Ya Allah...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...