Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Jumaat, 3 Ogos 2012

Coretan Aktiviti Semalam - Ngantor Sana Sini


Alhamdulillah...


Selamat dah kitarang sampai kat umah setelah seharian keluar ke KL untuk hantar business proposal untuk Rural Business Challange anjuran KKLW, antar agreement dengan Tesco dan settlekan masalah dengan Mydin.


Letih betul terkejar ke sana ke sini bulan-bulan puasa ni. Tapi syukur sangat semuanya tak der halangan smooth jer hingga selesai. Cuma kat Mydin jer tersadai jab. Semalam tunggu dekat 4 jam akhirnya balik camtu jer. Katanya hari ni diarang faxkan. Tapi tadi lepas tunggu tak masuk-masuk saya call diarang balik. Baru tadi jam 11 lebih baru terima. Alhamdulillah kiranya 3 kerja penting semalam membuahkan hasil.


Masa hantar business proposal tu nampak ramai gak yang hantar. Rezeki siapa ler agaknya yer. Saya pun ada gak tanya bila akan dipanggil interview atau apa step yang diarang, pihak KKLW akan ambil lepas ni. Katanya after selection, yang terpilih akan diinterview tapi tak tahu either kat KKLW sendiri atau diarang akan turun padang ke lokasi kita. Owh... Tak kisah ler mana-mana pun harus standby. Siapkan diri hahah. Takut kang bila diinterview tergagap-gagap pulak. Almaklum ler dah lama tak ditemuduga. Rasanya last masa nak masuk kerja Affin dulu.


Kakak yang ambil business proposal saya cakap our PM, himself yang akan announcekan masa Merdeka nanti. Pergh.. Lagi berapa hari kauuuuu. Tak lama lagi akan jadi kenyataan!!! Tak sabar nak tunggu detik tu.




Risau sungguh hati mak dikkk hahahha. Ia ler kita ni business kecik jer tapi harapan besar nak tawan gunung. Jadi kalau ada orang tolong sediakan lift atau escalator tu baguih sangat la heheh. Kecik tapak tangan, kawah dodol ku tadahkan heheh.


Dalam proposal tu kami mintak satu kilang yang tak ler besar sangat tapi berkeupayaan untuk lancarkan perjalanan memproses produk. Nak minta yang besor-besor rasanya kang orang tak sudi pulak bagi so ukur baju kat badan sendiri la. Kitarang minta ler kedai pejabat kat Meru Perdana 2, Ipoh. Yang tu pun kalau nak beli isk... Maunya 10 ke 15 tahun lagi baru dapat. Tu pun dengan harga sekarang ler. Agak-agak masa tu dah tak dapat dah harga tu. Maunya melambung lagi. Saya usha kawasan lain di Meru Raya dah naik RM1jut kau... Dulu masa mula jual RM600 rib jer macam building yang saya minta. Tapi masa tu tak rancang nak duduk Ipoh so melepas heheh. Macam ye yer je ada duit nak beli hahah. Doa-doakan ler yer saya dapat apa yang diminta tu yer... Thanks :)


Yang bestnya building yang saya minta tu, hari Rabu last week tanya RM5++ rib lagi. Lepas 2 hari dah naik RM6++ rib pulak. Adeih.. 2 hari naik hampir seratus kauuuuu. Berpeluh dengar. Hagak-hagak kalau macam ni bila ler termampu saya nak dapatkan satu factory building yang elok sikit? Nasib baik KKLW tawarkan pada sesapa yang terpilih geran, boleh gak cuba mohon. Mana ler nak tahukan rejeki akak sekeluarga dikkk. Lepas satu beban masalah. Lagi sekali nak mintak tolong doa-doakan ler kami supaya jadi antara yang akan dapat geran tu.




Selain tu kami mintak gak sebuah lori yang comel untuk angkutkan produk. Kot tak macam mana nak jual produk-produk yang ada tu. Sekarang ni guna van tapi berapa sangat ler dapat diangkutnya. Yang ni ok ler dari mula tanya sampai siap surat sebutharga maintain tak naik dah. Lega ler jugak dengar heheh.


Kebetulan hari Isnin tu hari kitarang dapat agreement untuk ditandatangani dengan pihak Tesco untuk supply barang. Happy ya amat. Untuk Tesco nanti kami akan supply both of our product, Sos Char Kueyteow 2 Puteri and Cili Boh Asli 2 Puteri. Masuk Tesco mean... Kena supply the whole Tesco in Malaysia exclude Tesco Extra. Kitarang kita ada lebih kurang 30-36 buah Tesco. Fuyyoooo bestnya. Tapi kalau ada permintaan menggalakkan dari pengguna akan diserap masuk ke Tesco Extra juga some other days. Kalau masuk yang tu nanti ada ler 46-47. Alhamdulillah :).


Harap-harap uolls dapat le beri sambutan untuk produk kami ni kay. Insyaallah kami akan berikan yang terbaik untuk semua. Jadi tak rugi beli dan cuba. Nak cari rezeki yang halal untuk keluarga kami kena ler beri yang terbaik kan :).


Minggu depan kena ke KL lagi ler jawabnya nak hantar Sos Char Kueyteow 2 Puteri ke Mydin. Dan agak-agaknya bulan ni harus ke KL 2-3 kali lagi agaknya. Tak per... Demi masa depan anak-anak akan ku gagahkan jua heheh.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...