Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Selasa, 6 November 2012

Satu Hari Lagi Memeningkan Kepala... Adehhhh


Hari kedua lepas balik kursus. Memang pening beb. Dan menyesakkan juga hehehh. Mana taknya 1 blog, 1 web dan 1 facebook nak kena update. Tak masuk lagi yang gegatal tangan dulu register hahaha. Hambik kauuuu. Tapi yang tu sabaq yer. Satu-satu dulu. Sat gi lintang pukang lak minda ni. Naya.


Alahei... Rumah mak pun tak sempat nak pergi lagi niy. Kenduri dah nak dekat. Kang murka pulak bonda kesayanganku itu. Maaf seberntar ya bondaku Nafisah Haji K.S Mohammed, anakanda tengah pening ni. Kang kot gi sana kang dengan pening-pening ni kang bukan anakanda yang menolong bonda. Bonda lak kang yang nak kena picitkan kepala nih ;P. Camner bonda nak buat kerja. Insyaallah jab gi anakanda sampai kayyyy.


Nak masak pun tak sempat ha.. Mana taknya leka perah otak sedar-sedar jam dah pukul 12 lebih. Sedar pun sebab anak-anak dengan Mr Hb balik. Ouuu berapa jam dah ni???? Nak masak Mr Hb kata tak payah sebab dia nak kena keluar terus lepas antar anak. Jadinya sambung balik le perah otak hihi. Itu pasal yang sempat berbloging nih hihih. Letih dah perah otak. Jadi rehat sebentar bersama Kit Kat (eh tolong promo ni dapat komisyen tak???).


Petang ni pulak baru nak kerumah mak, Insyaallah. Tolong apa yang patut. Kenduri kahwin terakhir dalam keluarga kami yang kecil nih. Lepas ni lama lagi ler nak tunggu kenduri lagi. Mak saya walau umurnya dah 67 tahun tapi cucunya paling tua baru umur 12 tahun, Aiman Hakimi Rosli. Pastu baru Hani Zafirah Rosli. Keluarga kakak saya stop lepas dapat sepasang. Sib baik abang ipar tercenta, Mr Rosli Tabah wokay je heheh.


Lepas dua anak dare dan anak teruna kakak saya, Nazrol Izwani Nadzri baru le saya pulak hadiahkan cucu buat mak. Hhihi anak dare 2 orang saya berikan, Afif Khadyeeja Hairol (6) dan Izaz Rashyeeda Hairol (4). Tapi adik saya, Amir Rahimi Nadzri follow dengan pantas. Walaupun dia kahwin lepas saya dengan Rusnah Mansor adik ipor tercayang tapi anaknya, Noratiqah Amira Amir Rahimi sebaya dengan Afif. Yang kedua, Riffat Danish Amir Rahimi sebaya dengan Izaz manakala adiknya, Taqif Akmal Amir Rahimi muda sikit. Dia le yang bagi cucu lelaki semula lepas beberapa tahun tak der heheh.


Adik ketiga saya, Shamsul Anuar berkahwin dengan Norafiza lepas setahun abangnya berkahwin. Yang ni lagi dahsyat, bagi 3 terus anak dare kat mak heheheh. Yang sulung Siti Hawa Shafiqah Shamdul Anuar sebaya dengan Izaz. Yang kedua, Siti Hawa Sofeya Shamsul Anuar muda setahun dan yang kecil sekali yang dengor-dengor cita terus ada je Siti Hawa Safeya Shamsul Anuar.



Hehhe kaya dengan anak dara keluarga niih. 3 je lelaki berbanding 7 perempuan. Tinggal Asyu (adik saya), Intan Syahreena Nadzri untuk tentukan belah mana yang akan bertambah. Jangan tunggu lama-lama opah nak tengok rupa cucu dari anak bongsu dia yer heheh.


Agak-agak paling cepat pun lagi 8 tahun dari sekarang per baru nak kenduri balik. Abang Aiman entah le, lelaki payah nak agak. Tapi heeh agak-agak sure kakak Hani Zafiera dulu. Lepas tu sapa yang follow agaknya. Orang kata anak dare bagi menantu awal hehhe. So antara kami bertiga sapa dulu agaknya heheh.. Apa pun, tungguuuuuu....................

Isnin, 5 November 2012

Kursus Usahawan ICT - NCIA UKM Bawah Program NCER. Pening kepala akak dikkk


Beberapa hari ni saya tak der, kena pergi kursus anjuran NCIA-UKM bawah program NCER untuk bagi celik internet. Dah tetua ni kena lak masuk belajar balik. Camner ghopernya. Hiiii.



Khosyok hihi


Cikgu cikgi sumer muda-muda belaka jadi main dengan anak murid yang dah agak berkarat ni memang mencabar le hihihi. Siap ada yang hilang kesabaran dah hihi. Mana taknya sorang pening nak menghadap student yang lebih slow dari siput ni ha. Ko bayangkan le slownya siput tu dan pastu bayangkan yang super duper extra slow. Haaa kau. Ambik. Yang sorang lagi dah tau slow tak sedor diri nak pergi gak tunjuk muka. Jadinya gamat le bilik tu. Sib baik tak der yang cedera parah hihiihi. Boleh ker hahahah. Ngengadakan dialog. Tak ler sampai camtu tapi gamatnya pasti hihhi.


Aduh.. Masa belajar tu terasa sangat diri ni slownya ya Rabbi. Agak-agak kalau saya pun dapat student yang macam kitarang ni entah le... "Ampun ibu ibu bapak bapak, saya enggak bisa dong! Maunya kasi hantuk ini kepala sama itu dinding ya. Tolong le gi balik masak. Tak yah le datang dah". Hhiiih. Boleh gitew????


Patut la orang charge memahal nak buat benda nih. Tapi siapa le kita. Mana le nak cekau ribu riban nak bayar orang. Yang ada ni pun cukup-cukup nak buat modal je. Selalu tercekik je hihihi. Semua support sendiri dik. Jangan ingat mudah ndak dapat bantuan IKS macam yang selalu kia dengor tu. Ikut nasib je (eh yer ke?). Memang syok je dengor kerajaan bagi juta-juta untuk pengusaha IKS tapi entah le. Katanya salur sana salur sini. Isk... Bukan leeee nak mengharapkan tongkat baru nak jalan. Memang selama ni belajar jalan sendiri tak guna apa-apa tongkat pun. Tapi tu le sakit jugak kalau berjalan tak der lapik kat kaki ni. Duri, kaca tajam sangat. Luka lama pun tak sembuh lagi dah dapat luka baru. Tu yang sedih tu huhu... Sesekali dapat peluang belajar free wajib kena grap walau dah tau slow kan ke main hihihi.

BLU - Budak Lebih Umur hihihi



Yang datang ni memang kebanyakannya pior makcik-makcik, pakcik-pakcik. Siap ada yang bawa xkod lagi kau. Hambik. Nak belajar sendiri tak pandai, kena le bawak bodyguard kan. Kot tak lagi le naya. Tu yang kekadang cari huruf n pun dok ingat lari nyorok ke mana dah hihi. Tapi tu le kena gak belajar. Nak majukan hidup. Sapa cakap orang melayu malas berusaha. Cuma peluang je kurang cerah. Dok hujan je hihhihi.


Kitarang belajar apa??? Alah yang korang terer le buat blog guna wordpress, buat facebook dan yang berkaitan gejet-gejet semua. Sib baik time pack tak sempat nak belajar internet guna handphone yang canggih tu. Kot tak lagi lemau ler hihiih. Akak guna nokiah je dikkk. Tak denya berlink-link dengan internet ni. Yang akak tau cukup leh call, leh mesej udah. Sikit-sikit tu leh le ambik gambo tapi nak share kat sini tak le reti. Nak buat camner banyak lagi yang nak kena master.



Memang le akak dah ada blog. Dan memang le blog ni akak bina sendiri. Tapi sebenarnya blog Asam Garam 2 Puteri ni akak main hentam kromo binanya dulu. Dengar kata free apa lagi. Amboi yer pantang dengor free terus nak cekau je. Adat le tu hehehh. Peluang sapa nak bagi kan. Mula-mula dulu hadoi haiiii pening gak. Tiap hari belek tapi postnya tak juga. Lepas 3 hari belek dari pagi sampai malam baru paham. Sib baik le Mr Hb sporting. Makan nasi bungkus le anak beranak 3 hari tu hihihi. Lepas tu baru nak post. Rasanyala, tak le ingat bebenor weh. Otak teman ni karat dikkk tak le kuat sangat ingatannya. Post lak main suka-suka hati je hantar. Entah le sapa baca masa tu maunya demam kura hihihi. Jangan marah yer sapa-sapa yang kena tu....


Sib baik sahabat facebook ada yang sudi beri tunjuk ajar lepas sudi visit blog akak ni. Tapi ko bayangkan le camner nak pujuk diarang yang otai tu supaya berkunjung kat blog yang meskin ni. Sib baik diarang sudi. Sis Znuriniatti, tq dear:). Ok tak susun atur post kat sini sekarang? Banyak gi kena ubah suai tapi tunggu lah yer hihi. Sat gi kerja tah ke mana pulak dok asyik tumpu kat blog-blog nih. Yer la dah ada dua ni kena kerja lebih le. Kat facebook 2 Puteri lagi. Isk... Eh kot sudi mohon like yer facebook 2 Puteri laling sumer.


Dah le pening buat blog kat Wordpress. Pening nak pikir reka letak. Ni pening pulak nak buat ayat promal-promal. Derhaka kang cikgu marah lagi hihihi. Saya ni kalo takat ayat merapu meraban boleh le. Memang le tak sesuai dengan imej corporate yang disampaikan tapi for me chill beb. Nak jumpa orang biar le santai tak le tension nanti. Tapi produk HARUSSSS TERBAIK. Jadinya saya cecuba link la blog ni dengan blog 2 Puteri kat wordpress tu. Yang tu formal, yang ni santai mantai. Ok gitu????


Ni kalau ada lagi yang agak-agak sesuai atau tersalah ni tolong le beri tunjuk ajar yer. Lagi satu pada yang pesan-pesan kat sini suwuh lawat blog mike, bukan saya tak sudi. Kalau ada yang arti tu sampai le saya, tapi kalau tak hihihi maaf yer. Bila bukak ada iklan, memang akak terus lari dikk. Soh soh tak tahu nak tekan mana. Pada yang follow pun cam tu gak. Pening saya nak buat camner nak sampaikan rasa terima kasihnya. Harap-harap yang baca ni faham yer. Thank you so much dear from deep of my giant heart.


So lepas ni kot sudi lawat le kami kat  http://2puteri.wordpress.com/ yer. Tak le cantik lagi tapi Insyaallah gimme time kay. Tak pun kat http://www.facebook.com/pages/2-Puteri/153553131366801. Mohon like yer darling ;)


Agak-agak lepas ni apa le jadinya dengan blog kitarang kat wordpress tu yer. Jangan naik sawang dah le hihihi. Saya ni pun pening tak habis lagi sejak 3 hari lepas nak belek-belek apa yang patut kat sana tu. 


Ok see you all again later. Nak perah otak yang banyak lemak ni balik.


Jumaat, 2 November 2012

Sambal Telur Rebus Bergoreng 2 Puteri.. Kahwinkan dengan nasi lemak sedappp


Malam ni kitarang melemakkan badan dengan hidangan Nasi Lemak dan Sambal Telur Rebus Bergoreng 2 Puteri. Hihihi tah tetiba lepas balik kursus tadi terasa teringin pulak nak makan nasi lemak. Lagipun ringkas je cara nak masak hidangan ni tu yang tak kisah masak memalam nih. Biasanya saya kalau makan nasi lemak bersama sambal ikan bilis dan telur rebus wajib ada. Tapi memandangkan dah malam ni satukan dua hidangan yang biasanya diasingkan dan tiadakan satu lauk iaitu ikan bilisnya. Apa tu???? Peningnya. Heheh ayat pusing-pusing tapi maksudnya Saya Buat Sambal Telur Rebus la hihihi....


Pelik lak tekak ni sekarang. Kata nak diet tapi dok mintak hidangan yang berlemak bagai. Isk isk isk.... Cam ner nak kurus ni? Dah makin motel rasanya.


Hikhikhik dah makan baru nak sedar. Bole gitu?? Rasanya cam boleh blah je. Berangan kuat hihihi.


Sebenarnya sambal telur ada berbagai variasi. Satu sambal goreng. Satu lagi sambal telur pecah, yang ni biasanya Allahyarhamah nenek buatkan untuk saya masa kecil dulu sebab saya tak makan pedas. Tapi pecahnya pun dalam sambal gak. Peliknya kalau masak cam ni idak le pulak saya kata pedas. Boleh gak makan... Boleh gitu hihihi. Ngengada kan... Yang lain pulak sambal telur rebus biasa dan yang nak saya kongsi ni Sambal Telur Rebus Bergoreng. Bahan dan resepi sama tapi bentuk je berbeza.


Jenis telur pun bergantung pada stok dan apa yang kita rasa inginkan. Telur ayam ker, telur puyuh ker, telur itik pun ok. Semua boleh. Jangan telur buaya udah. Agak-agak kalau telur ostrich tu kalau rebus lama mana yer????


Nak menasi lemak tu tak susah tapi nanti-nanti yer saya kongsikan resepinya. Sebabnya malam ni terasa nak kongsi resepi Sambal Telur Rebus Bergoreng 2 Puteri dulu. Amboi panjangnya nama saya bagi hihih. Gasak le yer janji kowang paham maksud dihati huahuahua. Sebenarnya dulu saya ada kongsi resepi Sambal Tumis Ikan Bilis 2 Puteri. Bahan-bahan dan langkah-langkahnya sama je cuma tukar main dishnya je. Pastu tiadakan air asam jawa, lebihkan gula bagi extra manis sikit... Garam tu kurang lah macam biasa. Cara saya lah ni sebenarnya. Tak tahu lak cara orang lain. Tapi dengan bangganya saya katakan sedappp hihihi. Perasan kan ;P


Sambal Telur Rebus 2 Puteri

By: Asamgaram2puteri

Bahan-bahan:
  • Beberapa biji telur 
  • Bawang besar dan sedikit bawang putih yang dikisar halus
  • Cili Boh Asli 2 Puteri
  • Sos Char Kueyteow 2 Puteri
  • Gula & garam secukup rasa
  • Bawang  besar yang dipotong bulat
  • Daun pandan untuk mewangikan masakan jika suka
Caranya:

Eh silap resepi da hihihi

Mula-mula rebus terlebih dahulu. Kalau suka boleh gak goreng sebentar bagi agak-agak cun gitew... Nak cantik, kelar sikit kelilingnya. Pastu ketepikan. Kalau rajin belah le dua bagi nampak molek dipandang mata. Tapi kalau kerajinan dah kurang bior je hahahhah.



Tumis bawang besar dan sedikit bawang putih yang dikisar hingga naik bau. Pastu masukkan Cili Boh Asli 2 Puteri. Masak hingga cili garing. Kalau suka masa ni masukkan simpulan daun pandan. Saje je nak bagi wangi.



Tambahkan Sos Char Kueyteow 2 Puteri, garam dan gula secukup rasa. Gaul sebati.



Cam ni le lebih kurang hihihi.




Masukkan bawang besar yang dipotong bulat. Gaul lagi tapi sekejab je sebab best gak kalau bawang tu rasa rangup lagi masa nak gigitnya. Ok dah siap!


Ha sekarang hidangkan bersama Nasi Lemak, Ikan Bilis goreng, Kacang Goreng dan slice of timun. Hmmmm yummy beb. Sedap tau... Tak caya? Pergi beli Cili Boh Asli 2 Puteri ngan Sos Char Kueyteow 2 Puteri kat Tesco Store atau Mydin pastu masak. Haaa... Masa tu baru tau hihihi. Dah le jom lemakkan badan hikhikhikkkhi

Khamis, 1 November 2012

KEBAIKAN MANDI Dan Sebaiknya SEBELUM SUBUH


Just want to share some article.... Ewahhh speaking London kau hahahhah... Lepas ni kena rajin-rajin le amalkan walaupun sejuk gedi hihih... Hari ni kongsi dua le sebab esok-esok kena gi kursus pulak. 3 hari lak tu. Takut tak sompek lak nak kongsi cerita kat sini.


Kalau dulu bangun le awal mana pun, mandinya lastttt sekali lepas selesai kerja rumah segala. Kononnya kang kotor balik dah nak kena mandi lagi hihi. Lepas ni kena tobat dah. Mandi dulu baru siapkan apa yang patut. Lagi pun nak mengadap Allah SWT kena le wewangikan??? Baru nak insaf sob sob...

tintapendeta...  Mandi yuk

Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. Oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda. Jika kowang mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan. Meh tengok antara manfaatnya yang boleh kita dapat:


1. Kulit lebih lembut dan halus
Pada waktu pagi selalunya kita akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. Tapi lepas ini, jika kowang nak memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. Begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. Kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

Dengan adanya pancutan air, maka ion negatif dan ion positif terpecah. Ion positif yang lebih berat, membuat ion ini cepat jatuh sedangkan ion negatif dapat melayang di udara. Itulah sebabnya kita merasa lebih nyaman dan segar ketika mandi di air terjun atau ketika menghirup udara setelah hujan kerana terdapat ion negatif di udara. Dalam satu pancutan, jumlah ion negatif meningkat 10 kali ganda setelah digunakan shower selama 5 minit dan terus bertambah dengan semakin lamanya penggunaan shower. Tetapi harus diingat, bahawa wap panas dapat meningkatkan ion positif, maka bila kita mandi pastikan ada ruang udara dan sehingga terjadi pertukaran udara.

Penggunaan shower juga dapat memberi urutan pada wajah kita sehingga wajah kita dapat bernafas dengan lebih baik. Maka untuk mendapatkan kesan yang baik, hendaknya shower tidak digunakan secara tegak lurus, tetapi dengan megiring lebih kurang 60 darjah. Jadi, tidak ada salahnya cuba menggunakan shower ketika mandi sebagai terapi untuk wajah kita yang mulus nih hihih.


2. Melancarkan peredaran darah


Jika peredaran darah kita lancar maka tubuh badan akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. Malah kita juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih. Best kan???


3. Meningkatkan kesuburan
Kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila kita mandi pada waktu pagi. Ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita. So kalau nak tambah lagi molek sangat le yong.. Pakat-pakat dengan yeop yer hihih.



4. Mengurangkan risiko darah tinggi
Untuk kowang yang memiliki penyakit darah tinggi dan nak elak pun elok sangat ni, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk kowang mengurangkan penyakit tu. Insyaallah, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit tu akan pulih. Setidaknya tak le tahap membahayakan idak? Penyakit 3 serangkai ni mana leh hilang bila dah ada tapi Insyaallah cara ni leh turunkan paras bahayanya.


5. Mengurangkan tekanan serta tenang
Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah celsius. Buat yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik untuk menghilangkannya. Oleh itu, ubahlah tabiat kepada mandi pagi sebelum subuh. Kalau tak alami depression pun bagus gak amalkan. Tenang je rasanya. Lagi best pastu terus solat lagi le tenang.



6. Meningkatkan sel darah putih
Mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. Apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. Oleh itu, kita tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit. Tu sebab mak ayah dulu susah nak dapat penyakit terutama yang teruk-teruk tu.


7. Mengeluarkan racun dalam tubuh
Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.



gif,avatar,animated,emotion8. Turunkan berat badan 
Air yang sejuk dapat membantu kurangkan lemak dalam badan. One big good news for those like me hihihi.


9. Jangkitan kulit
Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.


10. Selesema dan sakit kepala
Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.


11. Insomnia 
Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah, pendarahan hidung, selsema dan sembelit.

Kelebihan lain http://i136.photobucket.com/albums/q181/ycc2106/gif/expressions/aha.gif
Daripada Imam Ahmad As-Syaraji; dalam menjaga kesihatan Rasulullah S.A.W mengamalkan mandi fajar iaitu mandi sekitar pukul 4 pagi (sebelum subuh). Kelebihannya ialah:

1) Tidak terkena penyakit asma
2) Terhindar dari angkara jahat seperti sihir bauk dari jin atau manusia.
3) Tubuh badan menjadi sihat - leh kurus oooo. Katanya
4) Wajah bercahaya
5) Doanya mudah dimakbulkan Allah
6) Wajah menjadi awet muda


Wajah Iras Siapa???? Why???? Untuk apa iras-iras ni????


Semalam saya ada baca apa yang tertulis dari kiriman sahabat di Facebook tentang rahsia terciptanya wajah kita persis ibu atau ayah kita. Kadang-kadang persis datuk nenek, saudara-saudara yang lain. Rasa sebak pulak tetiba. Ya mungkin itu le agaknya rahsia yang Allah cuba tunjukkan kat kita yang kadang-kala kita terlupa untuk merenungnya lebih sikit.

Hrithik Roshan & Bradley Cooper

Macam muka saya ni rasanya mix and match ramai orang dari datuk, nenek, mak dan ayah. Sebabnya saya tengok idak le muka ni sama sangat dengan mak saya, Hjh Nafisah Hj K.S Mohammed; tak le pulak capai 50% rupa ayah, Allahyarham Hj Nadzri Yeop Mat Yassin. Dan walaupun ayah saya bukan mamak tapi ramai yang tegur bertanyakan adakah saya kacukan mamak. Itu petandanya persis atuk, Allahyarham Haji K.S Mohammed pun ada le sikit. Dan muka saya tak bujur jadi persis nenek, Allahyarhamah Hjh Yong Abdullah. Wahhhh sukanya!!!


Bila tengok wajah anak pun camtu. Tapi Afif Khadyeeja tu saya tengok turun saya banyak cuma mata ambik mata atuknya. Tapi kadang kala bila direnung balik tengok macam nenek, Hjh Pan Jaafar dan opah dia, Hjh Asma Jaafar je isk hihihi. Jadi mix antara saya dengan belah Mr Hb. Wajah adik, Izaz Rashyeeda pulak persis belah Mr Hb mix dengan anak mak cik saya, Siti Ayu Najiha. Memang kadang kala kalau tengok macam tengok mak sunya tu pulak hihih.


Mr Hb pulak mukanya ada persis ayah sikit tapi bakinya entah mungkin saudaranya yang lain kot. Gaya jalannya persis atuknya, Jaafar tapi yang ni satu yang buat saya sering terkena dulu... Suaranya persis sangat dengan suara ayah dia. Dulu masa 'bercinta' awal-awal perkenalan dulu selalu tersalah panggil kalau call guna phone rumah. Naik malu beb hihihi. Kowang pernah kena tak??? Hihihi.... Panggil abang terkena ayah. Adoiiiii hihihihi.


Eh dah panjang lebar pulak cerita pasal ni. Jom le tengok apa yang tercatat buat saya ngomel pasal muka dan persis siapa ni. Lepas baca ni ambik cermin dan cari agak-agak siapa yang sama dengan kita. Jadikan game pun best. Nanti la bila anak besar sok nak buat nih dengan diarang. Telek & imbau hihihi.


Sumber gambar: Muhammad Halimi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...