Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Rabu, 18 Mei 2011

Resepi Enak: BLEND ORANGE KEK

Assalamualaikum.


Sempena joined birthday party anak-anak kesayangan akhirnya berjaya juga aku buatkan kek sendiri siap dengan krimnya sekali. Selama ni main beli jer. Puas rasa hati walaupun bak kata Mr Hb...hancur hiasannya heheh. Tapi bila dah jadi baru dia tahu...Tak sesia dapat wife yang rajin cam nih heheh (kembang jab lobang hidung yang sedia kombang hikhikhik)


Apa yang penting...anak suka (nyanyi nih dengan sora serak-serak kura hihihi). Kek yang paling mudah kata kawan-kawan kat myResepi siap dengan 2 version..natural orange & pink ala-ala strawberry orange (as requested by Afif Khadyeeja).


BLENDED ORANGE CAKE 

(menggunakan loyang 9 inci)


Bahan-bahan:
  • 1 biji buah limau
  • 1 cawan minyak
  • 2 cawan gula halus
  • 3 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum * - diayak bersama
  • 1 sudu besar baking powder * - diayak bersama 

Caranya: 
  1. Cuci buah limau, potong dan buang biji dan urat putih di tengah-tengah. Potong lagi buah limau kecil-kecil bersama kulitnya sekali. Masukkan ke dalam blender bersama minyak, gula dan telur dan kisar hingga halus.
  2. Tuang bahan yang dikisar ke dalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit-sedikit sambil dikacau sebati.
  3. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang beralas dan gris.
  4. Bakar pada suhu 170C selama 40 minit hingga 1 jam atau hingga masak. 

* Untuk versi kukus - kukus 1 jam..Insyaallah menjadi & sedap  
* Tambah pes orange sikit dalam 1 sudu besar untuk rasa & color yang cun & sedap

*********************************************


BUTTERCREAM

(untuk sebiji kek)
By: Nurulhiza Zakaria Barclay


Bahan-bahan: 
  • 250g butter/shortening (kalau nak icing putih & lebih tahan panas, guna shortening. tapi, kalau nak lebih sedap, baik guna butterlah)
  • 125g krimwell/marvello/supertact (benda2 ni cari kat kedai bahan kek....takde marvello, guna supertact, takde supertact, guna krimwell)
  • 125g gula aising  (kena ayak dulu supaya tak berketul2 & campur sedikit air suam supaya rasa tak berpasir krim nanti)

Caranya :    
  1. Pukul butter + krimwell hingga putih
  2. Ayak gula aising & masukkan ke dalam butter, pukul lagi hingga kembang & putih.
  3. Sesuaikan warna jika suka untuk hiasan kek
**pukul dengan kelajuan minima akan memakan masa tetapi Insyaallah aisingnya akan lebih cantik & mudah dilepa

**tak payah simpan dalam peti ais


2 ulasan:

  1. nak cari limau dulu nih...dah lama teringin nak buat kek ni..

    BalasPadam
  2. cubalah Dila..insyaallah sedap :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...