Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Rabu, 18 Mei 2011

AFIF KHADYEEJA HAIROL - kelahiranmu ditunggu


Bismillahirrahmanirrahim.


Hari ini, 18/5/2011 pukul 9.15 malam - adalah hari lahir yang kelima untuk mu sayang. Ibu, ayah & adik doakan agar baby diberkati Allah & dilimpahi rezeki yang melimpah ruah dalam segala segi, berjaya dunia akhirat & menjadi anak yang solehah & hafizah Insyaallah....aaaminn.


Tetap segar dalam ingatan ibu akan detik kelahiranmu sayang. Detik kelahiran yang dinanti-nanti setelah 9 bulan dalam kandungan & setelah pernikahan ibu ayah masuk tahun ke2.


Pagi itu sekitar jam 8 pagi 18/5/2004, ibu rasa tidak enak sekali kerana air ketuban keluar dengan kerap. Melebihi kekerapan biasa ibu alami sejak 3 minggu sebelumnya. Ibu suarakan pada ayah untuk segera pergi ke hospital. Pukul 10.00 setelah ibu selesaikan kerja-kerja di rumah, kami bergerak ke hospital untuk membuat pemeriksaan.


Sebelum sampai di hospital sempat kami singgah di Pejabat Majlis Perbandaran Taiping kerana ayah mahu melihat tahap kerja-kerja pendawaian yang dilakukan oleh pekerjanya di situ. Dek kerana ayah cuba menyelesaikan masalah yang dihadapi pekerjanya, ibu ditinggalkan agak lama.


Puas ibu mencari ayah kerana telefon bimbit ibu tertinggal di dalam kereta. Mujurlah ibu terjumpa uncle Zamidi (Letrik Waza), dialah yang hubungi ayah untuk memberitahu bahawa ibu tertunggu di pintu pejabat.


Sebaik ayah tiba & setelah selesai ayah berbicara sebentar dengan uncle Zamidi, terus kami ke hospital. Pada mulanya doktor (Dr Ong Boon Teik - Taiping Medical Centre) tidak dapat mengenal pasti adakah yang keluar itu sebenarnya air ketuban (seperti sebelum-sebelum ini) kerana tiada bukaan langsung sehinggalah ianya keluar betul-betul di depan matanya. Ketika itulah doktor terus menahan kerana dikuatiri dikau akan kelemasan.


Sebaik ibu dimasukkan ke wad terus ibu diberi persalinan & dihantar ke bilik bersalin untuk dimasukkan ubat bagi mempercepatkan bukaan. Ibu berhajat agar dikau sayang lahir pada tarikh yang sama dengan ayah (19/5) namun bila memikirkan keselamatanmu ibu pasrah.


Doktor memberitahu bahawa ubat itu hanya akan menunjukkan kesan selepas 8 jam diambil. Doktor juga berpesan agar bersabar kerana mungkin proses kelahiran ini akan sedikit sakit kerana tiada bukaan langsung & mungkin mengambil masa yang lama. Mendengarkannya ibu menangis ketakutan. Mujur kahadirah ayah yang sentiasa disisi mengurangkan rasa gemuruh ibu.


Jam 8.15 malam semasa ibu menonton berita di TV3 ibu mula berasa sakit. Mulanya sekitar 15 minit sekali namun lama kelamaan sekitar 3 minit. Tepat jam 9.05 malam ibu dibawa kembali ke bilik bersalin. Sementara menanti kedatangan doktor ibu diajar cara2 melahirkanmu sayang. Ayah setia disisi sambil menenangkan ibu yang cemas.


Doktor tiba jam lebih kurang jam 9.10 malam. Pada mulanya dia menyangka ia hanya kesakitan awal sambil dia membebel memarahi jururawat, namun selepas dibuat pemeriksaan barulah diketahui bahawa bukaan ibu telah mencecah 9 cm & akan melahirkan bila-bila masa.



Tepat jam 9.15 malam tanggal 18/5/2006 lahirlah dikau sayang, Afif Khadyeeja Hairol ke dunia ini. Kelahiran yang diiringi dengan tangisan syukur ibu & ayah. Kelahiran yang dinantikan kami. Kelahiran yang mengikat kami keakhir hayat. Ayah yang sentiasa disisi telah mengazan & mengiqamatkan baby sebaik doktor selesai membuat pemerikasaan ke atasmu.


Alhamdulillah kini baby telah berusia 5 tahun. Syukurlah walau sepanjang 5 tahun ini pelbagai peristiwa & kejadian yang berlaku padamu, kau tetap aktif, bijak & sihat. Ibu bahagia memilikimu sebagai sebahagian dari hidup ibu, ayah & adik. Semoga kita semua terus diberkati Allah & semoga kejayaan dunia & akhirat menjadi milikmu sepertimana adik. Ibu, ayah & adik akan terus mendoakan kebaikan, kejayaan & rahmat Allah padamu aaaminn.

"WE LOVE YOU SAYANG" 

2 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...