Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Rabu, 17 Julai 2013

Rural Business Challenge 2013: Cabaran yang telah diharungi

Alhamdulillah.. Semalam kami sekeluarga selamat sampai ke rumah. Letih minda baru je nak hilang dah masuk bab nak meletihkan badan pulak hihihi.


Balik je dari pembentangan kat Putrajaya tuh, kitarang sewa hotel. Terasa letih pulak nak terus balik bulan-bulan puasa nih. Lagi pun nak kerah tenaga Mr Hb pun tak sampai hati sebab 2 minggu nih rancak sangat dia ke sana-sini. Jadi takut pulak kalau terlebih kerah kang tumpuan memandu kurang, merbahayakan diri pulak. Mana le nak mengadu nasib kalau dia tak der. :) Esok pulak dah nak ke KL lagi mengantorkan barang. Siannnn my hero tu...


Sampai je hotel, Ya Allah mata nih langsung tak leh nak buka. Macam makan ubat tidur, nak tidur je memanjang. Agaknya dah lama tak bercakap dan perah otak dengan pesatnya depan orang tu yang jadi macam tu kot hehe. Saya ni pulak sejak berhenti kerja dulu (dah hampir 9-10 tahun punnn) memang terus duduk belakang takbir je. Bab bercakap serah kat Mr HB. Face to face ker, by phone ker.. Ha.. Bila dah kena macam nih rasa penattt sangat. Padan muka teman heh.


Anak-anak pun letih melampau. Mana taknya kitarang bergerak dari kampung jam 2.00 pagi. Pastu stop sahur dah terganggu tidur diarang.  Bila keta stop nak isi minyak pun diarang terjaga jadi memang keletihan le masing-masing. Sampai je kat Putrajaya dah masing-masing terjaga so memang letih le jadinya. Sebenarnya sampai Putrajaya jam 7.00 pagi. Saya yang gerak ke lobby KKLW jam 7.49 heheh. Lepak jab dengan Mr Hb dan anak-anak dalam keta.


Semalam baru terasa segar badan. Tapi memandangkan dah ada di KL macam biasa le ambik kesempatan bawa anak-anak jalan pulak. Shopping baju raya sorang sepasang cukup la hihi. Baju yang ada pun cantik-cantik lagi. Lagi pun tu hari opah dan tok wan diarang ada hadiahkan kain buat baju kurung 2 pasang tapi berkat kehebatan nenek yang pandai buat baju kurung tu dapat sorang 2 pasang. Double rezeki Alhamdulillah... Suka diarang.



Cerita pasal situasi pada hari pembentangan tu? Heheh saya le peserta terawal yang sampai. Kul 7.49 pagi dah duduk tercangok kat lobby. Nak naik tak leh gi hihi. Pembentangan dijadualkan jam 9.00 pagi hehehe. Tapi biasa le bab-bab sampai awal ni. Memang adat kitarang baik menunggu dari ditunggu tak gitu? :) Kang lewat-lewat kang mana le nak tahu jadi apa-apa hal buat kita tak leh sampai kan ke naya. So lagi baik jadi penunggu untuk sesuatu yang bawa kebaikan. Tak der salahnya....


Tapi masa tu perasaan masih stabil lagi haha. Tapi kemdian bila datang peserta lain hah dah terasa macam masuk dalam icebox dah. Sejuk membeku sungguh. Tapi idak le macam Sudin dalam Seniman Bujang Lapok tu hahah. Yang itu tangki pecah. Saya sejuk membeku je hihi.


Bila dah sampai yang terawal nak present pun yang pertama le jawabnya. Kot datang sorang interview nih harus saya minta orang lain dulu. Tapi harus mau ingat Mr Hb ngan anak-anak ada kat bawah so terima le hakikatnya. Sampai bila nak push orang dulu yer tak.


Entah le apa yang jadi masa presentation tu. Idak le saya hengat satu hapa pun hahaha. Nak pulak pandang muka hensem dan macho serta cunnya ahli panel yang ada dok tengok pada saya. Lagi le gelabah bewak akak dikkk. Tapi apa-apa pun syukur sangat sebab yang selama nih saya dok bayangkan ahli panel yang muncung dan tahap keseriusan yang terlampau tu tak le terpamer pada wajah setiap ahli panel yang ada :). Mesra dalam serius.. Tu pada saya lah :) Yang best jutawan idola para peniaga macam saya, Dr Irfan Khairi pun betul-betul mesra walaupun mungkin pembentangan saya ni tah hapa-hapa yang pernah dia dengar hahah. First time kot dia dengar pembentangan paling lawak abad ini hahah.


Apa pun terima kasih pada setiap ahli panel yang ada masa hari pembentangan tu, staf-staf yang frendly dan krew tv yang menggoncang jiwa hahah. Paling saya bangga sebab Dr Irfan sudi nak pegang tengok Produk 2 Puteri. Bangga saya dibuatnya :D


Mana taknya kesudian beliau memberi semangat balik sebab sebelum tu ada dikalangan peserta yang beri komen mengatakan dia tak impress dengan packaging kitarang. Tak pe la.. Nak buat camner kalau dia tak impress. Harap-harap orang lain impress hendaknya sebab pandangan mata kita bukannya sama setiap orang kan. Takat ni itu yang mampu. Insyaallah kot dah mampu nanti saya gajikan sorang pakar dalam design produk so tak payah dah perah otak kecik yang belajar tak tinggi mana nih.


Anyway pasal peratus potensi kemenangan... Isk yang ni tak dapat saya nak agak le sebab rata-rata yang datang mak kau punya hebat idea masing-masing (saya tergolong dalam kategori rancangan perniagaan sebab tak cukup 12 hari untuk jadi 3 tahun). Buat diri ini terasa tak berani nak letak harapan yang tinggi. Cukup sekadar saya dah cuba sedaya upaya moga pihak panel dapat pertimbangkan pencapaian kami dengan sewajarnya.


Masa ditanya apa harapan saya dalam pertandingan ni pun tak dapat saya jawab. Yer la saya ni mewakili satu entiti perniagaan kecik yang diberi peluang akhirnya lepas mencuba berkali-kali. Dulu seringkali saya pergi ke mana-mana dengan harapan yang tinggi tapi kecewa jadi kali ni memang saya tak berani meletakkan harapan yang tinggi. Sebab itu kali ni saya cuma minta a part dari yang saya pernah minta dulu dalam pertandingan yang sama saya sertai last year. Dulu siap minta bangunan kilang dan sebuah lori sebab kilang yang ada sekarang terlalu sempit untuk menyimpan mesin dan stok bahan mentah serta van yang terlalu uzur. Kononnya nak dapatkan Sijil GMP le katakan haha.


Nak minta peluang pengiklanan pun takut tak dapat sebab hadiah ditawarkan RM10,000 je. Nak beriklan harus beratus ribu tu pasal saya fokus pada idea lain kami iaitu membangunkan produk dibawah jenama 2 Puteri. Walaupun ada antara panel yang mungkin tak berapa setuju dengan keputusan kami ni. Tapi entah la..

Kami di mana????

Apa pun terserah pada perbincangan mereka kerana mereka lebih arif dalam bidang masing-masing. Kalau dapat pastinya kami sekeluarga manusia paling gembira walaupun tak kisah le banyak mana yang diberi (walau sekadar hadiah kemenangan seperti yang ditawarkan). Kalau tidak pun kami tetap berterima kasih kerana memberi kami pengalaman yang Insyaallah dapat mengajar kami untuk terus berusaha. Insyaallah.


Kecewa???? Mungkin jika tak terpilih tapi apa pun kami serah pada Allah Yang Maha Berkuasa. Dia memberi kami peluang untuk mengetengahkan Produk 2 Puteri ke mata pihak-pihak yang berkuasa ni pun dah cukup baik. Insyaallah dengan ini kami akan lebih berlapang dada untuk terima sebarang keputusan.


Terima kasih tak terhingga pada Dr Irfan Khairi yang sudi beri idea dalam masa yang singkat pada kami. Insyaallah akan kami cuba buat yang terhabis baik (yang ni janji pasti cuba tau) untuk jayakannya sebab memang itulah target awal kami sebenarnya.


Terima kasih banyak-banyak semua yang sudi doakan kami dan terima kasih yang tak terhingga pada semua ahli panel dan staf-staf di Rural Business Challenge yang sudi mendengar pembentangan saya yang tak seberapa tampoh hari. Pengalaman ini amat berharga buat saya sekeluarga. Moga kejayaan dan kebaikan buat kita semua hendaknya. Aaamiin...


Terima kasih sekali lagi...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...