Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Selasa, 27 November 2012

Kari Udang Marvelous 2 Puteri... Sesedap nama hihihi


Tu hari tengok kat pasar udang harimau aummmm murah je dijualnya. Apa lagi terus je la capai 1/2 kg. Kat kepala ni dah dok mikir-mikir dah nak masak apa agaknya udang ni... Masak sambal (hihihi mentang-mentang le perasan pakar), bakar, lemak atau ??? Sulit..Sulit nak pilih resepinya le pulak.


Dalam dok pikir tu tetiba pulak Mr Hb cakap yang dia nak makan Kari Udang. Hok aloh... Baru je mengkari ikan dah nak udang pulak??? Bulan ni dah berapa kali masak kari dah... Isk. Tapi kalau dah minta selalu tu kiranya sedap le tu hehehh. Payah Mr Hb minta kalau tak sedap hihihi.


Saya pun ok je la. Nak buat camner dah cik laling minta buat je la. Lagi pun saya jenis tak kisah janji sedap udah hihih. Terpuji diri lagi nampakkkk hahahahha.


This time saya mengkarikan cik udang tu pun ikut style Kari Kepala Ikan2 Puteri Special Oppa Mamak Style yang saya ingat tak ingat tu hahah. Kan per maleh ah nak cari buku yang saya salin resepi tu. So ikut step yang agak-agak ingat udah le kot hihih. Memang itu le kelemahan saya, ada resepi tapi suka maleh nak ikut. Tu camno???


Untuk Halba Campur, sekarang ni saya dah tak guna yang beli siap tu. Ikut nasihat sis Shiela, Spice Journey kita untuk buat sendiri. Takat campur Halba, Biji Sawi ngan Jintan Putih tu idak le susah mana pun. Main hagak je pun mana nak lebih mana nak kurang, tapi yang sure hasilnya ok lahhh tak der le teruk sangat.



Untuk penyedap kari si Serbuk Beras Sangai pun saya buat gak. Lepas sangai, apa lagi kerah le tenaga anak-anak dare kat umah ni. Tu pun pesan berkali-kali, tumbuk perlahan-lahan, hati-hati, tangan jangan masuk dalam ibu lesung tu ecetra.. ecetra... Jadi ibu ni kalau tak pesan banyak tak sah kata orang hahah. Nasib le sapa jadi anak saya hahah.


Tapi dek kerana terlebih nak bagi sedap, kali ni saya tambah pulak Buah Keras dan Biji Poppy dalam kari tu. Baru le ada lemak-lemak syahdunya bila ada kedua ramuan tambahan tu. Yang gegatal beli biji poppy tu masa orang dok sibuk kata Kari Mamak kat restoran tu ada letak Biji Poppy. Dek kerana nak tahu sangat apa jadi bila ada bahan tu terus saya beli masa ke Tesco tu hari. Tapi tah le pada tekak saya sama je ada Biji Poppy ni ke tidak. Hahah tekak antara bangsa ni dah imiun dengan segala macam bahan dah. Yang ni pun ditugaskan pada anak dare dua orang ni tumbuk hingga halus. Memang puji le hasil diarang.... Halus je. Kot saya pun tak dapat camnih.


Hasil kari ni memang kawww. Sedap je. Buat pulak pekat. Memang masyuk ar. Sedar tak sedar udang tu kononnya nak simpan sampai malam tak dapat. Tinggal sikit je. Baik tak payah iye dak.... Habiskan je la. Kuahnya pulak simpan untuk makan malam bersama roti. Cukuplah diet sikit dah siang makan kaw-kaw. How I wish ada Pulut Kuning.... Perghhhhhh. Cik Laling... Jom cari udang lagi!!!


KARI UDANG MARVELOUS 2 PUTERI

By: Asamgaram2puteri.blogspot
Gambar: time2masak

Bahan-bahan
  • 1kg udang - agak-agak je hihi
  • 50g rempah kari ikan/rempah kari udang - yang ni special untuk makanan laut seperti udang, sotong
  • 3 sudu besar Cili Boh Asli 2 Puteri
  • 1 biji bawang besar
  • 5-6 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia - mayang halus panjang
  • Sedikit kacang panjang - potong 1 inci panjang
  • 100ml santan - nak best yang fresh yer
  • 1 sudu besar halba campur 
  • 1 sudu besar serbuk beras sangai 
  • Tomato - belah 4. Kalau tomato tu kecik belah 2 je
  • Daun kari
  • Minyak 
  • Garam dan Gula
  • Segenggam asam jawa - kalau guna pes, agak-agak le kemasamannya yer
  • Air secukupnya

Caranya:
 
1. Tumis halia,bawang merah, bawang besar dan bawang putih.

2. Masukkan juga halba campur. Tumis hingga bawang jadi keperangan.

3. Bawang dah perang baru masukkan rempah kari yang dibancuh dengan Cili Boh Asli 2 Puteri ditambah sedikit air bagi jadi pes sebab Cili Boh Asli 2 Puteri pekat. Kang susah nak jadikan pes pulak. Jangan lupa daun karinya sama yer. Masak rempah atas api kecil hingga jadi garing dan naik bau. Pastikan api tu slow je bagi dia pelan-pelan masak sampai garing. Nak best masukkan sikit garam dulu untuk garingkan rempah tu. Garam membantu rempah jadi garing dengan lebih cantik. Gaul sesekali jangan bagi rempah hangit yer. Nak lebih syok, tutup periuk tu. Kang masa nak gaul buka akan terbau semerbaknya hasil tumisan. Kang Cik Hb terbau harus dia tegur kata wangi. Tu le petua saya bagi Mr Hb perasan yang kita masak sedap heheheh. Syhhhh jangan cita kat dia yer ;)


4. Bila rempah dah garing, masukkan serbuk beras sangai tadi. Nak tahu rempah tu garing ke tidak boleh tengok pada pes tu yang dah makin kering. Keluarnya minyak yang kita tuang masa tumis tadi dan baunya yang semerbak. Kalau tutup periuk, bila sesekali bukak nak kacau... Perghhhh masyukkk je baunya macam saya cakap tadi ;) Kacau sebentar.

5. Masukkan air asam jawa ikut sukatan yang disukai yer yang dibancuh dalam santan. Nak cerita banyak mana asam tu pun tak reti sebab masing-masing punya citarasa kan hihih. Sebab asam jawa dicampur dalam santan tu saya tak sure sangat tapi sebab nak kasi kick lagi kot hihihi. Allahyarhamah nenek suka buat camni.


6. Bila dah baik punya menggelegak, masukkan udang, sedikit gula dan garam secukup rasa. Masa ni turn api bagi kuat sikit yer. Sebabnya kang udang tu keras pulak kalau masak lama. Gula tu nak bagi naik sikit rasa manis udang tu. Baru terangkat beb ;)


7. Masukkan sama serentak dengan udang, kacang panjang yang dipotong pendek 1 inci. Kalau rajin setiap satu potong lagi dua agak-agak 1/2 inci. Maksudnya tak putus le.

8. Bila udang masak, masa ni kecikkan api semula dan renehkan dalam kira-kira 3 minit. Tujuannya nak bagi kari kita cantik bila terbit minyaknya. Baru cun mata yang memandang :) Tapi make sure jangan lama, kang tak sedap kalau udang tu keras ya.

9. Last sekali baru masukkan tomato. Gaul-gaulkan jab. Tutup api.


** Rempah kari guna yang fresh yer. Maksud saya yang baru bukak plastiknya. Jangan guna yang dah lama terbuka plastiknya walau belum tamat tempoh. Jadi cara terbaik kalau ada baki rempah, ikat dan simpan dalam peti sejuk.

** Garam masukkan kali pertama masa tumis rempah tujuannya bantu bagi rempah tak hangit. Boleh juga masukkan bawang kisar dalam pes nih.

** Ingat yer, api masa tumis kecik je. Tapi kena kacau selalu gak takut hangit rempah nanti. Lepas masukkan ikan besarkan sikit. Bila perhatikan yang ikan tu dah masak, baru kecikkan balik. Biarkan merenih dalam 5 minit lagi.

**Kalau tak nak guna kacang panjang, boleh tukar dengan nenas yang potong kecik-kecik ikut suka macam mana bentuknya.Tak pun lain-lain sayuran seperti buah belimbing buluh atau timun. Apa pun semua tu bagi kelaian pada kari kita. Nenas rasa lain, belimbing buluh rasa lain. Try semua baru tahu :)


Ok... Selamat Memasak semua :)


2 ulasan:

  1. Kalu dah hubby request, kena layan tu. Mel pun kalau hubby rq apa2, maknanya sedaplah tu kita masak. Dari dia makan di luar, baik kita penat di dapur nak jamu dia makan.ehe..Kena simpan resepi udang ni, Bintulu banyak gak udang ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. kat Bintulu harus udangnya lagi nyaman ya :) Betul cakap Mel, memang Mr Hb jarang request sbb dia jenis easy, apa pun ok. tapi sesekali request haruss di ambil peduli.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...