Salam Merdeka semua!!
Sedar tak sedar dah 56 tahun kita merdeka ye. Alhamdulillah Malaysia semakin maju bersama peningkatan usia kemerdekaannya. Moga keharmonian dan kesejahteraan yang kita miliki sekarang akan terus berkekalan diwarisi oleh anak cucu kita kelak.
Sedikit flash back peristiwa silam yang pernah terjadi pada negara kita yang tercinta sebelum kemerdekaan kay...
Sejarah awal Malaysia bermula dengan kewujudan manusia awal berusia
40,000 tahun yang ditemui di Kompleks Gua Mulu dan kompleks gua niah,
Sarawak. Secara dasarnya sejarah negara ini telah melalui empat zaman
utama sejarah manusia iaitu Prasejarah, Proto Sejarah, Zaman Pertengahan
dan Zaman Kolonial.
Semenanjung Melayu berubah menjadi pusat perdagangan Asia Tenggara apabila China dan India
memulakan perdagangan mereka melalui pelabuhan di Selat Melaka.
Penemuan beberapa tapak arkeologi Zaman Proto Sejarah membuktikan wujud
petempatan pesisiran pantai seawal abad ke2 Masihi lagi. Ia membawa
kepada kemunculan kerajaan awal sebelum abad ke10 adalah merupakan penemepatan pesisir pantai dan pelabuhan kecil. Ini termasuk Langkasuka dan Lembah Bujang di Kedah, Beruas dan Gangga Negara di Perak
, dan Pan Pan di Kelantan
.
Pada awal abad ke15, Kesultanan Melaka wujud dan kemakmuran ekonominya
telah menarik minat penakluk daripada Portugis pada tahun 1511 diikuti
oleh Belanda dan Britain untuk mewujudkan penempatan atau koloni di
Selat Melaka.
Manakala di Borneo pula, kewujudan kerajaan purba Marudu sebelum abad
ke-13 Masehi dan Santubung lebih awal lagi membuktikan telah wujud
entiti politik yang mendahului kewujudan Kesultanan Brunei dan
kesultanan Sulu.
Zaman Penjajahan
Penempatan terawal British di Malaysia bermula dengan pendudukan
Pulau Balambangan pada tahun 1769 hasil dari perjanjian dengan
Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu. Manakala penempatan Selat Koloni
DiRaja Britain diwujudkan pada 1826, dan Britain sedikit demi sedikit
menyebarkan pengaruh dan kawalannya ke atas seluruh semenanjung.
Penempatan Selat termasuk Pulau Pinang, Singapura
dan Melaka
.
Pada 1867, Inggeris menjadi semakin agresif dan mula mendapatkan negeri
negeri Melayu yang lain. Disebabkan perang saudara, gangguan persatuan
sulit Cina, Britain telah dipilih untuk menyelesaikan masalah masalah
penduduk Negeri Selat. Akhirnya, Perjanjian Pangkor ditandatangani yang mengakibatkan perluasan kuasa Britain ke negeri negeri Melayu (iaitu Perak
, Pahang
, Selangor
dan Negeri Sembilan yang dikenali juga Negeri-negeri Bersekutu). Negeri-negeri lain yang dikenali sebagai Negeri-Negeri Tidak Bersekutu ialah Perlis
, Kedah
, Kelantan dan Terengganu
yang berada di bawah kuasa Thai.
Di Broneo
pula, Borneo Utara yang dahulunya berada di bawah pemerintahan
Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu sekarang Sabah) telah berada
dibawah pajakan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British pada tahun 1881
sehingga 1946 apabila ia ditabalkan sebagai Koloni Diraja British.
Manakala Sarawak menjadi milik keluarga Brooke
sebelum dari itu.
Akibat penaklukan Jepun
pada Perang Dunia II
dan kebangkitan komunis, kesedaran untuk merdeka semakin menyerlah dan
kuat. Perkara ini amat dikhuatir oleh British khususnya dalam menjaga
kepentingannya dan masyarakat imigran. justeru British mewujudkan Malayan Union,
masyarakat Melayu bangun menentang dan mahukan sistem yang pro-melayu,
menolak kemasukan Singapura dan mahukan sistem kewarganegaraan tunggal
(berbanding dwiwarganegara, yang membolehkan kaum pendatang mendapat
status warganegara Malaya dan negara asal mereka). Kemerdekaan untuk
semenanjung diperolehi pada 1957 di bawah nama Persekutuan Malaya, tanpa
Singapura.
Beberapa Peristiwa Sebelum Kemerdekaan
1. Perang Tanah Melayu (1941-1942)
 |
Sebuah pesawat PBY Catalina RAF dalam misi tinjauan ditembak jatuh oleh Tentera Jepun, dengan jelas menyatakan hasrat Jepun untuk berperang
|
2. Pembunuhan beramai-ramai Parit Sulong berlaku pada 23 Januari 1942 yang dilakukan oleh anggota Division Pengawal Imperial (
Imperial Guards Division) dari Tentera Imperial Jepun terhadap tentera berikat semasa penaklukan Tanah Melayu ketika Perang Dunia II.
Beberapa hari sebelumnya, tentera Berikat telah menyerang hendap
tentera Jepun berhampiran Gemas dan meletupkan jambatan di situ dalam pertempuran Jambatan Gemencheh.
Tahanan perang yang cedera itu ditendang dan dihentak dengan buntut
senapang oleh Pengawal Imperial. Mereka yang tercedera ditahan dalam
bangunan kayu. Mereka kemudian dikumpulkan dan diperiksa oleh Chief of
Staff Lt. Gen. Nishimura Takuma, General Officer Commanding, Division
Pengawal Imperial yang memberikan arahan untuk "menghapuskan" tahanan
yang tercedera.
Pada petang 22 Januari 1942, mereka diperintahkan untuk berkumpul di
belakang baris kedai yang rosak berdekatan. Mereka yang tercedera
dipapah oleh mereka yang mampu berjalan, setelah dijanjikan rawatan
perubatan dan makanan. Sementara menunggu ditempat perkumpulan, samaada
duduk atau terbaring lemah, tiga mesingan, tersorok di bilik belakang
mulai menembak, mengsasarkan tahanan tersebut. Sejumlah tahanan yang
masih hidup di tikam dengan bayonet. Selepas itu baris rumah kedai
tersebut dirobohkan dan mayat tahan diletakkan di atasnya. Enam puluh
galon minyak dituang diatas timbunan itu dan api dihidupkan. Menjelang
tengah malam, timbunan kayu dan mayat membentuk abu setinggi dua kaki
sebelum diisikan ke dalam lubang bom dijalan berhampiran. Rekod rasmi menunjukkan seramai 150 orang yang tercedera dibunuh. Hanya tiga orang tentera Australia terselamat dan dua daripadanya masih hidup
sehingga tamat perang. Dua tentera Australia yang tercedera dan sempat
melarikan diri dari pembunuhan beramai-ramai itu dan menjadi saksi
mengenai layanan Jepun terhadap tahanan perang.
3. Kawat Maut Sandakan adalah kejadian paling buruk diketahui dalam siri kejadian yang mengakibatkan kematian sehingga 6,000 orang awam hamba kerahan Indonesia dan tahanan perang pihak Berikat, yang ditahan oleh Empayar Jepun semasa Perang Pasifik semasa Perang Dunia II, di kem penjara di Borneo Utara.
Dari keseluruhan tahanan yang ditawan di kem tersebut semasa
perbarisan, hanya 6 yang diketahui terselamat selepas perperangan.
 |
24 Oktober 1945. Kem tahanan perang Sandakan. Beberapa bulan selepas ia
ditinggalkan dan dimusnahkan oleh tentera Jepun, tidak banyak yang
tinggal di kem yang dibakar itu. Dalam kawasan halaman No. 1 (gambar)
kubur mengandungi mayat 300 tahanan Australia dan British dijumpai.
Mereka dipercayai tahanan yang tinggal di kem selepas siri kawad kedua
ke Ranau. Setiap kubur mengandungi beberapa mayat, dalam sesetengah kes
sehingga 10 mayat. (Jurugambar: Frank Burke.)
|
Peristiwa Semasa Peralihan Malaysia
1. Malayan Union yang ditubuhkan pada 1 April 1946 di King's House (Carcosa Seri Negara) selepas Perang Dunia II merupakan sebuah gabungan Negeri-Negeri Melayu dengan Negeri-Negeri Selat (tanpa Singapura) untuk menjadi pengganti British Malaya.
Rancangan
Malayan Union yang akan melibatkan Negeri-Negeri Selat, tetapi tidak termasuk Singapura, akan terdiri daripada Majlis Perundangan dan Majlis Mesyuarat Kerajaan
yang diketuai oleh seorang Gabenor British. Sultan-sultan Melayu masih
akan mengekalkan kedudukan masing-masing tetapi dalam bidang kuasa yang
sangat terhad, iaitu berkaitan tentang agama Islam dan adat Istiadat
orang Melayu sahaja. Sebaliknya pihak British akan terus memerintah
melalui sebuah majlis penasihat yang diluluskan oleh gabenor Malayan
Union. Kerajaan
Malayan Union akan mengambil alih semua aset
negeri-negeri Melayu, kecuali aset yang berkaitan dengan agama Islam dan
harta peribadi sultan-sultan. Di Pulau Pinang dan Melaka yang tidak
mempunyai sultan, Pesuruhjaya Residen
akan menjadi ketua pentadbiran. Beliau diberi banyak kuasa dan hanya
bertanggungjawab kepada Gabenor. Ini sekaligus menunjukan kedaulatan
British di Tanah Melayu. Di mana pihak British bertindak mengawal semua
perkara mengenai Tanah Melayu. Dan mereka lebih berkuasa berbanding
sebelum pendudukan Jepun.
Skim
Malayan Union juga mencadangkan undang-undang baru yang
memberikan kewarganegaraan kepada semua orang yang dilahirkan di Tanah
Melayu dan Singapura, serta pendatang yang tinggal di sana selama
sekurang-kurang 10 tahun daripada 15 tahun sebelum 15 Februari 1942.
Semua warganegara Malayan Union yang baru itu akan mempunyai hak-hak
yang sama, termasuk penerimaan masuk untuk perkhidmatan awam. Akhir
sekali, kewarganegaran Tanah Melayu diberikan kepada semua tanpa diskriminasi kaum dan kepercayaan atau pun turut dikenali sebagai 'jus soli'.
Bertentangan dengan jangkaan British, penduduk Melayu, yang biasanya
bersikap lemah lembut dan sering boleh di arah untuk melakukan itu dan
ini telah bangun bersama-sama untuk membantah skim yang baru itu.
Komuniti Cina dan India juga tidak ghairah dan telah mengkritik sesetengah peruntukan yang terdapat di dalam kertas putih Malayan Union. Malayan Union dibubarkan secara rasmi pada 21 Januari 1948.
2. Persekutuan Tanah Melayu merupakan sebuah persekutuan 11 negeri di Tanah Melayu. Ia dibentuk pada 31 Januari 1948 oleh sembilan Negeri-Negeri Melayu dan dua penempatan British Pulau Pinang dan Melaka.
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani pada 21 Januari 1948 di King House dan diumumkan oleh kerajaan British . Perjanjian ini ditandatangani oleh Raja-Raja Melayu, dan Sir Edward Gent,
sebagai wakil Kerajaan British . Perjanjian ini adalah sebagai
persediaan ke arah penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari
1948. Perjanjian ini penting kerana ia memansuhkan Malayan Union
dan menyatukan negeri-negeri Melayu dalam sebuah Persekutuan untuk
pertama kali. Kedudukan Raja-Raja Melayu juga telah dikembalikan.
Dalam Perjanjian Persekutuan ini, walaupun negeri-negeri Melayu menjadi negeri naungan British, Pulau Pinang dan Melaka kekal menjadi tanah jajahan. Seperti Malayan Union, persekutuan ini tidak dianggotai Singapura, yang sebelum ini dianggap sebagai sebahagian dari Malaya.
3. Darurat Tanah Melayu merupakan darurat yang telah diisytiharkan oleh kerajaan British di Malaya dari tahun 1948 hingga tahun 1960.
Darurat ini diikuti dengan penarikan hak-hak sivil, pemberian kuasa
istimewa kepada pihak polis, dan langkah-langkah lain yang bertujuan
untuk mengongkong kegiatan politik haluan kiri, terutamanya Parti Komunis Malaya
(PKM). Perang gerila merupakan sebahagian daripada konflik yang sedang
berlaku antara PKM dan parti haluan kiri yang lain dengan kerajaan
British bermula dari penyerahkalahan Jepun pada tahun 1945 sehingga
penandatanganan perjanjian damai antara komunis dengan kerajaan Malaysia
pada Disember 1989.
4. Peristiwa Balai Polis Bukit Kepong adalah kejadian serangan komunis semasa keadaan darurat di Persekutuan Tanah Melayu selepas Perang Dunia II. Dalam kejadian tersebut, balai polis Bukit Kepong diserang oleh segerombolan 180 orang komunis bermula sekitar jam 5.00 pagi pada 23 Februari 1950.
Dalam kejadian tersebut, sekitar 25 orang anggota polis berjuang
habis-habisan sehingga seorang demi seorang gugur. Dua orang isteri
anggota polis marin
turut mengangkat senjata apabila mendapati suami mereka terkorban dan
mereka terus bertempur bersama anggota-anggota lain sehingga kehabisan peluru. Dalam kejadian ini, 17 orang anggota polis dan hampir 40 orang komunis telah terkorban.
5. Rundingan Damai Baling merupakan perundingan di antara Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan Parti Komunis Malaya (PKM). Rundingan ini diadakan di Baling English School (sekarang Sekolah Kebangsaan Tunku Putra) di Baling, Kedah Darul Aman, Malaysia pada 28 dan 29 Disember 1955.
Proses rundingan di Baling itu boleh dianggap sebagai antara usaha
terakhir Kerajaan Perikatan menyakinkan pihak British bahawa rakyat
tempatan layak memerintah dan bersedia untuk menuntut kemerdekaan.
Selepas beberapa hari pertemuan bersejarah itu berlangsung, Tunku terus
berangkat ke London untuk meneruskan rundingan kemerdekaan dengan
British.
Kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957
Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu merupakan peristiwa pengumuman kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Tarikh ini dipilih dalam mesyuarat antara Ketua Pemuda UMNO Tun Sardon Jubir dan timbalannya Haji Ahmad Badawi (bapa Perdana Menteri Malaysia ke-5) di Kepala Batas, Pulau Pinang pada 1956. Mufti Pulau Pinang, Haji Abdullah Fahim (bapa Haji Ahmad Badawi) turut ikut serta dalam perbincangan tersebut.
Malam Merdeka
 |
Pengisytiharan kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman |
Sebelum pemasyhuran kemerdekaan Tanah Melayu dibuat, pada 30 Ogos 1957 pukul 12.00 tengah malam di Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur, telah diadakan upacara menurunkan bendera Union Jack
bagi menandakan berakhirnya penjajahan British di Tanah Melayu dan
lahirnya sebuah negara baru yang berdaulat, setaraf dan setimpal dengan
semua negara-negara yang berdaulat di dunia. Bendera Persekutuan Tanah
Melayu telah dinaikkan oleh anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)
sambil disaksikan sendiri oleh Tunku Abdul Rahman.
Upacara Pengisytiharan
Pada 31 Ogos 1957 bertempat di stadium yang baru dirasmikan iaitu Stadium Merdeka,
Kuala Lumpur telah menyaksikan peristiwa bersejarah bagi Tanah Melayu
iaitu secara rasminya penyerahan pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu
daripada pemerintahan British kepada warganegara Tanah Melayu.
Adikung Duke membawa watikah perlembagaan yang menyatakan pengunduran
daripada perlindungan British terhadap negeri-negeri Melayu dan
kedaulatan terhadap Pulau Pinang dan Melaka.
Raja-raja Melayu mula melangkah ke pentas dan Duke mengambil tempat di
depan pentas sambil menerima hormat diraja sambil diiringi oleh Sir
Donald MacGillivray. Ketika itu merupakan kali terakhir satu-satu
upacara negara menyanyikan lagi kebangsaan British di Persekutuan Tanah
Melayu. Kemudian, baginda Duke membacakan perutusan daripada baginda Ratu Elizabeth II akan pernyataan baginda yang mengalukan kemasukan Persekutuan ke dalam Komanwel dan mendoakan kejayaan negara ini.
Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman bangun dari tempat duduknya dan
menerima watikah perlembagaan sebagai lambang penyerahan kuasa
pemerintahan sepenuhnya kepada Persekutuan Tanah Melayu. Duke mengambil
tempat duduk dan Tunku mulakan ucapannya dalam bahasa Inggeris.
Setelah Tunku mengucapkan penghargaan kepada Great Britain akan
pertolongan untuk mencapai kemerdekaan, beliau mula membaca teks
"Pengisytiharan Kemerdekaan".
Pengisytiharan itu disambut dengan laungan "MERDEKA" 7 kali sebagai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama di hadapan 20 ribu rakyat Persekutuan Tanah Melayu dan Raja-rajanya serta perwakilan dari 30 negara-negara Komanwel dan negara-negara asing lainnya. Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan dengan iringan Lagu Kebangsaan Negaraku yang buat pertama kalinya diperdengarkan secara rasmi dalam sebuah negara baru. Diikuti pula selepas itu dengan seruan azan oleh tokoh agama Islam iaitu Datuk Hassan Azhari sebagai simbolik lahirnya sebuah negara baru dimana Islam, merupakan agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu dan tembakan meriam seratus satu das.
Dengan bunyi nobat nafiri, Yang di-Pertuan Agong diiringi oleh Duke
of Gloucester, berangkat pergi dari pentas diikiuti oleh pemerintah
Melayu yang lain, Perdana Menteri dan Sir Donald MacGillivray. Kemudian,
Doa Selamat dibacakan bagi memohon keberkatan dan keredhaan Allah
terhadap sebuah negara yang baru dilahirkan.
Dengan pengisytiharan itu, maka berakhirlah penjajahan Inggeris dan kuasa Baginda Ratu ke atas Persekutuan Tanah Melayu termasuk Pulau Pinang dan Melaka
iaitu sejak lebih 170 tahun. Pada hari itu juga Pesuruhjaya Tinggi
British terakhir di Persekutuan Tanah Melayu, Sir Donald MacGillivray
dan isterinya telah meninggalkan negara ini dan pulang ke England.
Salam Merdeka :)
 |
Akta Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 (c. 60)
|
Sumber: wikipedia.org/wiki/Pengisytiharan_Kemerdekaan_Tanah_Melayu