Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Selasa, 10 April 2012

Nasi Ayam Hainan 2 Puteri (set lengkap)


Assalamualaikum

Bulan Mac tu hari masa belek-belek fb ternampak satu set menu hidangan nasi ayam masakan sahabat Sally Rashid. Teringat pula pada mertua yang gemarkan nasi ayam ni jadi terus dicatatkan resepinya. Selalu buat simple je main masak macam nasi biasa cuma tambah stok ayam Maggie dan ayamnya yang telah diperap bersama Sos Char Kueyteow 2 Puteri digoreng je. Yang ni ayamnya dipanggang sesuatu yang belum pernah saya cuba. Lagi satu, bila baca resepi Sally Rashid ni baru perasan bahawa resepi nasi tu ada kat belakang label botol. Kalau selama ni saya baca jarang nak follow kali ni kena ikut ler sebab Sally Rashid kata best.


Jadi masa ke Tesco itu hari terus beli bahan-bahan untuk masak nasi ayam ni. Tapi ayamnya tak ler beli seekor terus sebab famili suka drumstik dan isinya je. Bahagian kaki pulak untuk Afif Khadyeeja sorang so beli part yang digemari je.


Hari Sabtu minggu lepas terus buat almaklumlah masa tu je ada kesempatan. Hidangan tu saya buat sebahagiannya ikut resepi Sally, Maggie, sup dan sambal lada Nasi Ayam Hainan dari JintanManis dan ada yang saya buat seperti yang biasa dilakukan. Kombinasinya Alhamdulillah menghasilkan satu hidangan yang dipuji oleh mertua dan Mr Hb. Paling best Afif makan bertambah. Siap puji dan pesan nanti buat macam ni lagi pada ibunya. Disebabkan nasinya banyak dapat gak ler peluang titipkan sikit buat mertua yang gemarkannya itu yang dapat pujian tu. Kembang setaman hati ni heheh.


Credit pada semua yang menyumbangkan resepi yang best ni.

*******************************

NASI AYAM HAINAN

- Set hidangan

By: Sally Rashid & Ros (Bukan Sekadar Masakan)



Bahan Sup:
  • 1/2 ekor ayam
  • 3 ulas bawang putih - diketuk
  • 2 inci halia - diketuk (kalau rajin boleh potong nipis)
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 sudu minyak zaitun/minyak bijan
  • Sedikit garam
  • Air - paras tenggelam ayam di dalam periuk
  • Daun sup dan daun bawang - hiris halus

Caranya:
  1. Satukan semua bahan dan masukkan air.
  2. Rebus dengan api kecil sehingga 1/2 jam atau sehingga ayam masak.
  3. Apabila ayam telah masak, keluarkan dan ketepikan sebentar untuk turunkan suhunya.
  4. Bagi stoknya tambah dengan daun sup dan daun bawang dan dikacau sebentar. Tutup api.


Bahan Nasi:
  • 2 sudu besar margerin
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 500g beras - dicuci dan toskan
  • 600ml air 
  • 1/2 sudu besar minyak zaitun/minyak bijan
  • 2 ulas bawang putih - diketuk (biasanya saya cincang halus)
  • 2 inci halia - diketuk (juga cincang halus jika suka)
  • 2 helai daun pandan
  • 2 1/2 sudu besar stok ayam maggie

Caranya:
  1. Masukkan margerin dan minyak masak. Panaskan hingga margerin cair.
  2. Tumis halia, bawang putih dan daun pandan. Kacau hingga naik bau. Jangan lama-lama sebab bawang putih cepat jadi kehitaman tau.
  3. Masukkan stok dan terus kacau lagi bagi sebati.
  4. Masukkan pula beras dan kacau sebati. Bagi semua beras tersalut dengan bahan tadi. Kemudian ratakan di dalam periuk guna senduk je.
  5. Masukkan pula air dan minyak zaitun. Masak seperti biasa.
**tujuan cincang halus tu bukan apa, saya tak suka membazir jadi bila dah dicincang sure kita makan kan sumer tu. Kalau takat diketuk je sure akan diketepikan sebab tak saper nak makan. Kalau dah bercampur dengan nasi memang tak terasa punya dah :)


Bahan Ayam:
  • 3 sudu besar Sos Char Kueyteow 2 Puteri
  • 2 sudu besar madu 

Caranya:
  1. Ayam yang direbus tadi digaul rata dengan campuran Sos Char Kueyteow dan madu. Ketepikan sebentar untuk diperap dan akan memberikan warna yang lebih menarik kepada ayam.
  2. Panaskan ketuhar pada suhu 200C selama 20 minit.
  3. Panggang dalam ketuhar kira-kira 1/2 jam atau sehingga kekuningan.
**saya selalunya goreng jer. Tapi kalau kesuntukan masa, tak nak masak pun dah ok sebab ayam dah direbus sehingga masak. Boleh je dimakan begitu sahaja



Bahan Sos Cili:
  • 5 biji cili merah
  • 3 biji cili  padi - jika suka pedas. Jika tidak abaikan je
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 inci halia
  • 1 sudu besar minyak zaitun/minyak bijan
  • 1 sudu besar gula
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu makan jus limau nipis
  • Garam dan gula secukup rasa

Caranya:
  1. Cincang semua bahan mentah dan masukan ke dalam mesin pengisar bersama bahan lain. Kisar hingga halus.
  2. Masak sehingga pekat di atas api kecil. Selalu dikacau supaya tidak hangus dibahagian bawahnya.
  3. Perasakan baru tutup api.


Bahan Sos Kicap:
  • 5 sudu besar Sos Char Kueyteow 2 Puteri
  • 3 sudu besar madu
  • 1 sudu teh stok ayam maggie - jika suka
  • Sedikit air
  1. Campurkan semua bahan dan masak sehingga mendidih.

Bahan Hiasan/Hidangan Sampingan:
  • Salad
  • Timun
  • Tomato
  1. Kesemua bahan dihiris nipis kecuali daun salad. Rendam dalam air garam seketika untuk buang kotoran.
  2. Hidangkan bersama set nasi ayam tadi.

Selamat mencuba :)



2 ulasan:

  1. Sedapkan...rasa nak buat lagi lah..hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju sangat :) Terima kasih yea sudi kongsi resepi ni.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...