Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Rabu, 31 Julai 2013

2 minggu penuh cerita kini dia turut mengalami asthma

Lama tak bernukilan. Semuanya sebab banyak sangat peristiwa yang timbul sejak dua menjak nih. Nak nak pada Afif Khadyeeja, anak saya yang sulung tu.


Kalau dah banyak benda yang berlaku pada dia, saya dengan Mr Hb sure terbabit sama. Yer la.. Kitarang kan ibu ayah dia harus ikut terbias dengan apa yang berlaku pada dia. Hikhik.


Apapun terima kasih buat sahabat semua yang masih sudi bertandang walau tanpa nukilan terkini. Saya hargai sangat-sangat :)


Apa yang berlaku sampai saya tak sempat nak masuk N3?


Kisahnya macam nih. Last week dia ditukarkan tempat di dalam bilik darjah. Dari duduk depan kena duduk belakang. Alasan cikgu kelas dia, pelajar ditukarkan tempat duduk jika tidak hadir ke sekolah. Bermakna dalam sebulan kalau tak datang 2-3 kali, kena tukar pun 2-3 kali gak ar kot. Mulanya kami minta jasa baik cikgu kelasnya untuk pindahkan dia semula ke depan atas alasan dia tidak ke sekolah bukan sebab dia malas tapi kami yang tidak dapat menghantar atau mengambil dia jika ada urusan luar. Kami tak punya sesiapa yang boleh menjaga dia sementara kami tiada.


Anak saya pulak seorang yang agak aktif, punya masalah dyslexia dan tumpuannya mudah terganggu jika diletakkan dalam satu-satu keadaan dalam jangka masa yang lama. Jadi lokasi tempat duduk dalam kelas adalah amat penting pada saya berdasarkan pengalaman yang ada. Sementelah pula kami kadang kala terpaksa attend kerja-kerja luar yang terpaksa anak saya ikut bersama dan meyebabkan dia tidak dapat hadir ke sekolah. Lagi le dia perlu kekal di depan supaya mudah pada dia catch up mana-mana subject yang tertinggal. Atas alasan itu, amat penting untuk dia kekal berada ditempat lamanya.


Dan cikgunya tu pun setuju. Apabila dia dipindahkan ke depan seorang guru lain yang anaknya dikelas yang sama tak setuju dan arahkan anak saya kebelakang semula. Kuasa veto seorang guru pada pelajar yang tak mengerti apa-apa. Nak pulak Mr Hb jenis yang malas nak bising-bising jadi apa yang terjadi pada anak saya umpama angin yang berlalu. Akibatnya dia tanggung sendiri kesannya nanti.




Apa yang saya ketengahkan ini bukan kerana suka membangkang. Jauh sekali untuk mencari ruang perbalahan. Sekadar meluahkan perasaan sedih sebab, ketidak upayaan kami anak terpaksa ponteng sekolah walaupun dia kadang-kala menangis sebab suka ke sekolah. Lagi pula saya takut pelajarannya terjejas sebab tumpuannya  mungkin akan kurang bila duduk di belakang. Ini pernah terjadi pada saya suatu ketika dulu. Akibatnya pelajaran saya makin mundur dari seorang pelajar cemerlang menjadi pelajar yang bermasalah dalam pelajaran. Jadi minta dijauhkan hendaknya daripada ianya berulang semula.


Tapi berikutan dia ditempatkan dibelakang baru kami sedari yang dia punya masalah penglihatan. Semuanya bermula bila dia mengadu tidak dapat membaca apa yang tertulis dipapan tulis.


Mendengar hal itu, kami ke kedai cermin mata untuk memeriksanya. Namun keputusan diperolehi diragui. Jaid kami ke hospital pula untuk pengesahan tetapi doktor mencadangkan kami ke pakar mata untuk rujukan.


Bila pergi rujuk pada pakar mata, barulah jelas kepada kami yang Afif punya masalah penglihatan juga. Sedih juga hati sebab saya sudah berusaha untuk pastikan dia tak perlu memakai cermin mata. Tapi dah takdir dia mungkin, walau dijaga masih rabun jauh.. Akhirnya kini dia turut bercermin mata. Harap-harap bila dia bercermin mata nih dapat le dia baca apa yang tertulis di papan tulis nanti.


Baru je dia dengan kisah mula pakai cermin mata tiba-tiba balik dari Pulau Pinang hari Sabtu minggu ketiga Julai, dia mula batuk-batuk. Kami ke hospital untuk mengambil ubat batuk namun masih tak pulih. Malah 23 Julai nafasnya berdesit seperti lelah. Mr Hb bawa ke klinik dan dia diberi nabulizer. Lega sedikit tapi masih terus batuk-batuk.


Akhirnya pada 27 Julai dia dimasukkan ke hospital kerana lelah yang agak teruk. 3 kali diberi semburan ubat lelah masih tak hilang lelahnya. Di wad dia disahkan mengalami lelah. Selama ini saya yang syak tanpa pengesahan doktor kerana symptom-symptomnya seperti lelah.


3 hari di wad menyebabkan semua kerja kami tergendala. Nampaknya kami kena review balik cara kerja kami agar tak mengganggu kelancaran dalam memproses produk 2 Puteri.


Afif tetap Afif.. Walaupun tengah sakit dia tetap aktif. Itu yang merisaukan saya sebab bila asthma menyerang selalunya pesakit perlu rehat. Dia pula sebaliknya.... Tapi syukurlah mungkin sebab dia aktif, tempoh dalam wad tak lama. Dia semakin pulih.


Pada masa sekarang Afif masih perlu diberi semburan lelah setiap 4 jam. Jika tidak dia akan mula batuk-batuk dan kemungkinan besar lelahnya akan kembali menyerang. Moga dia akan kembali sihat walaupun lelah ini tak mungkin akan hilang lagi buat selamanya.... Sedih sangat tapi kena redha.. Ketentuan Ilahi tak siapa boleh halang. Cuma saya berdoa agar dia dapat jalani kehidupannya dengan lebih baik selepas ini.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...