Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Isnin, 4 November 2013

Resepi Hebat: Pajeri Nanas 2 Puteri

Dah lama tak kongsi resepi kat sini. Nak masuk entri pun dah makin jarang-jarang. Sibuk sikit dengan pelbagai agenda. Macam tu le kalau dah cari rezeki sendiri nih so kalau miss kerja, soru pun miss lah hikhik. Rindu pulak masa makan gaji dulu....


Wokay hari ni saya ambil kesempatan masa yang ada sikit nih untuk berkongsi satu resepi yang sebenarnya antara hidangan kegemaran Mr Hb tapi dah lebih 9 tahun baru nak belajar masaknya. Selalunya main beli jer...

Isk..isk..isk.. Sian Mr Hb kan dapat wife cam ginih. Hehhe.. Tak per biar lambat asal menjadi dengan jayanya tu yang penting kan...kan....

Alhamdulillah akhirnya Sabtu lepas (2/11/13) menjadi gak le saya masak Pajeri Nanas 2 Puteri untuk dihidangkan kepada Mr Hb. Syukur percubaan pertama saya dia puas hati. Siap makan bertambah-tambah.


Nenas tu sebenarnya pemberian mak. Masa dia kasi tu muda lagi sebab katanya ayah main ambik je. Tak tengok masak tak lagi. So saya peram le bagi masak.

Udah yang bagi tu mak Mr Hb so biar le kita masak hidangan yang Mr Hb suka kan.. Tu yang cuba gak masak Pajeri Nanas 2 Puteri. Alhamdulillah berjaya. Puas hati sungguh.


Sebenarnya resepi asal saya ambil dari perkongsian sahabat facebook, miss Lina Hana dalam Resepi Pilihanku! yang diambil dari sunber asalnya Resepi Bonda.. Lama dah saya simpan.. Dekat sebulan rasanya. Tak pun lebih hihi..

Kalau nak tahu sis Lina ni memang rajinnn sesangat kongsi resepi. Beraneka. Tapi si yang nak buat nih je yang tak berapa berkesempatan nak buatnya hahahha.

Tapi tu le kan... Udah jenis tak reti ikut aturan yang asal. Pantang lepa (terlepas pandang) ada je nak mengubahnya. Dah le firstime membuatnya... Gatall pulak tangan nak ubah sana sini resepi asal tu. Sib baik menjadi dengan jayanya... Kottt tak harus ke tong sampah perginya.

So... Hari nih dengan bangganya saya nak berkongsikan le resepi Pajeri Nanas 2 Puteri hasil olahan saya ni yer... Harap-harap berpuas hati macam Mr Hb yang suka sangat hasilnya.


PAJERI NANAS 2 PUTERI
By: asamgaram2puteri
Sumber: Lina Hana, Resepi Bonda..

Bahan-bahan
  • 1/2 biji nanas saiz sederhana - potong ikut suka (saya buat sebiji sebab saiz agak kecil)
  • Rempah 4 sekawan (cengkih, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga)
  • 1 sudu makan udang kering - ditumbuk
  • 3 sudu makan serbuk kari ayam/daging - bancuh dengan sedikit air untuk dijadikan pes
  • 1 sudu makan kerisik
  • 4 sudu makan pati santan
  • Air secukupnya
  • 1 sudu makan Sos Char Kueyteow 2 Puteri
  • Garam dan gula
  • Minyak untuk menumis
Bahan kisar
  • 5 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia 

Caranya
1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis rempah 4 sekawan diikuti bahan kisar dan udang kering. Tumis hingga naik bau.

2. Masukkan pes serbuk kari daging dan kacau sekali sekala hingga pecah minyak.

3. Masukkan nanas dan kacau bagi nanas tersalut bahan rempah yang telah ditumis tadi.

4. Tuangkan sedikit air dan biarkan ianya merendidih seketika.

5. Akhir sekali masukkan santan, kerisik, garam, gula dan Sos Char Kueyteow 2 Puteri. Lebihkan sedikit gula dan tunggu hingga mendidih.


Ha... Mudah je kan. Dah siap pun.

Dulu sebelum mencubanya punya le saya ingatkan susah. Dah cuba baru tahu mudah je hikhik. Lepas nih leh buat sambil pejam mata hahahha.... Angkuhnyaaaa kau hahahahha....

Makan pulak dengan nasi panas dan ikan goreng yang garing.. Perghhhh memang bangga sebab berjaya. Cuba lah!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...