Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sabtu, 18 Februari 2012

Baby... Afif Khadyeeja Hairol


Tadi masa belek-belek laman blog yang wajib dibuka saban kali ternampak satu artikel suntingan kak Jee dalam Dunia dari Dapur Kak Jee. Artikelnya pasal ORANG JAWA ADA PETUA TENTUKAN JANTINA ANAK...DENGAN IZIN ALLAH.

Isk..mula bergetar rasa hati ni sebab teringin nak belajar dari kak Jee. Dah lama hati nih terasa nak tambah sorang lagi baby. Terbau-bau wanginya tubuh badan diarang. Bauan syurga (jangan salah sangka pula itu pada saya la sebab diarang ni mana ada dosa). Kulitnya yang lembut dan halus...Ya Allah tak tahan rasanya hati ini. Tambah-tambah bila dah diserikan dengan 2 puteri yang lincah, teringin sangat nak dapatkan boboi pula. Kalau boleh 2 orang jugak ler ;)


Tapi...bila difikir-fikirkan balik mampu ke nak jaga dia, nak ulang balik semua perkara. Mampu ke dengan keadaan kami ni?

Dalam keluarga nih sebaik sahaja ditubuhkan company Rm Ninetysixbillion sejak 1 1/2 tahun yang lalu, boleh dikatakan banyak yang perlu dibuat untuk membesarkan syarikat. Banyak perancangan yang dibuat oleh kami. Banyak juga pengorbanan yang perlu dilakukan. Segala lubang digali segala dugaan ditempuhi. Pada masa ini, semua tu diharungi bersama-sama 2 puteri, Afif Khadyeeja dan Izaz Rashyeeda.

Bila pergi berjualan pun wajib usung diarang bersama. Mencari lubang bahan mentah pun diarang ikut serta. Nak buat macam mana, dah tak gajikan pembantu jadi semua tu kena tanggung ler bersama. Nak tumpangkan mertua kesian pulak diarang dah tua. Dengan kelincahan 2 puteri nih memang tak terlayan nantinya. Nak gajikan pembantu pun nak buat apa sebab apa gunanya berhenti kerja dan buat kerja di rumah kalau nak bagi orang lain jaga gak. Jadi kalau ada si kecil lagi sorang alahai kesiannya...

Lagipun masa pantangkan Izaz tu hari Mr Hb yang kena jaga semua. Jadi pastinya kalau pantangkan yang akan datang ni pun dia. Aduh kesiannya, mana lagi dengan kita yang dalam pantang, puteri yang ada, syarikat yang juga harapkan tumpuan lebih serta baby. Pastinya tak terdaya si Mr Hb.

Lagi pulak ikut pengalaman mengandungkan 2 puteri ni baru 2 bulan pun dah macam nak masuk 5 bulan badan nih. So pastinya kali ni pun macam tu jugak. Akibatnya baru mengandung 7 bulan dah semput tak dapat buat apa sangat dah sampai le melahirkan diarang. Akibatnya asti Mr Hb yang kena take over semua. Yang peliknya perut besar bukan main tapi hasilnya yang keluar cuma 3.1kg dan 3.05kg je isk...isk...isk.... (Itula pasal le kot badan nih maintain menggebu juga sebab turunnya sikit jer heheh).

Lagipun permintaan Mr Hb kalau boleh yang kali ni biar la lelaki pulak. Itu yang buatkan hati terlebih gusar. Memang ler sendiri pun teringin nak lelaki tapi bila ada harapan yang besar dari Mr Hb lagi la terasa beratnya. Aduhai...


Umur pun dah 35 tahun. Pengakhiran umur yang subur bak kata orang-orang medik ni. Rancanganya kalau nak tambah kalau boleh nak lagi 2 orang, jadinya umur 38 kot yang last sekali so boleh ker. Itu pun kalau mengandung yang ke 3 tahun depan. Kalau nak tunggu selesa sikit mingkin lagi 2-3 tahun baru nak mengandung semula. Jadi umur untuk yang ke4 dah 39 atau 40 tahun. Isk..isk.

Hati ni teringin tapi dengan semua tu mampu ke? Ya Allah aku serahkan pada Mu untuk tentukannya. Tapi Insyaallah nanti nak kena juga belajar kat kak Jee. Bukan apa kalau tak kita, mungkin untuk anak nanti :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...