Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Selasa, 29 Januari 2013

Jemput-jemput Pisang / Cucur Kodok.. Ong kedek kedek hahahah


Semalam saya ada ceritakan yang hari Ahad tu hari saya ada buat reunion dengan sorang sahabat lama masa sekolah rendah dulu. Yup dengan Azian Omar. Dia salah sorang yang agak rapat dengan saya dulu kat Sekolah Kebangsaan Bukit Merah. Orangnya kecik je kalau nak banding dengan saya yang agak menggalah ni dulu. Dulu la.... Sekarang kembang semangkuk pulak dah tak menggalah dah hahahhah.


Rasanya dah 23 tahun tak jumpa. Lepas saya berpindah ke Sekolah Menengah Gunung Rapat lepas dapat tawaran terus lost contact. Sib baik ada Facebook dapat le jalin ukwah balik. Dulu kalau balik kampung pulak start memerap kat umah tu yang terlost contact tu.


Kalau tak schedule nak jumpa dengan sorang lagi sahabat lama, Cikgu Roziah Mat Sawai tapi tu le dia kena pergi kenduri le pulak. Nak jumpa hari lain pulak dia meeting. Tak pe la may be next time Insyaallah.


Tak sangka dalam lama tak bersua muka pun sekilas pandang dah boleh kenal. Hihhih rupanya tak le berubah sangat yer walau dah tetua bangka ni rupa kita. Tapi tak tahu le pulak kalau berjumpa balik masa umur 50an sebab masa tu kedut mau dah beribu kat muka ni hikhik... Bersembang dan bergossip sikit (sekit je tau sebab kami orang baik heheh) sambil maka-makan tak sedar dah lebih sejam lepak kat Tesco Taiping tu. Anak-anak post masuk tempat main tu yang lagi tak sedarkan diri tu. Sib baik Mr Hb memasing tak songgeh bawa diri masing-masing lega banyak le jugak hihihi.


Masa jumpa tu sempat le dia bagi hadiah untuk anak-anak dare saya dua orang tu botol air tupperware sorang satu. Isk apa lagi suka diarang bukan main. Afif dah bawa ke sekolah pun. Izaz pun mulanya moyok gak nak bawa tapi saya tak bagi. Tapi lepas pujuk lega le sikit hihihi. Pisang pun banyak gak le mak dia kirimkan untuk saya. Hihih agak-agak mak dia ingat tak lagi sejarah budak nakal yang kakinya sangkut pada paku masa mandi kat anak sungai belakang umah dia dulu. Teruk ooo kena. Nampak tulang betis ar. Tapi yang bestnya tak nangis pun. Rasa sakit pun idak. Sib leh kontrol macho bila tengok koyakan tu. First time le tengok isi dalaman kita yang ala-ala berbiji-biji (kan ke cantuman sel-sel). Tapi lepas Allahyarhamah nenek marah baru le meraung dan baru terasa sakit. Tapi tak per baru 9 tahun per... Takat meraung sikit apa nak malu cerita hahahahah. Kena le lebih 20 jahitan dah tidur kat spital 2-3 hari. Keluar spital terus pergi sekolah sambut hari kanak-kanak hahahah... Sakit pun sekolah tetap nak pergi. Agaknya tu yang Afif pun macam tu kot, turun saya hahahah. Perasan kan??? Tapi sampai sekarang walau dah lama berlalu, betis kaki kiri tu tak le sapa pun sentuh terasa ngilu lagi. Dengar kata mak dia yang ambil isi betis yang tertinggal kat paku tu. Buat apa tah le. Tanam ke apa lupa nak tanya. Kakak dia pulak dengar cita pengsan berkali-kali hihihi. Penangan budak nakal ni le tu hahahha.


Pisang memang favorite anak-anak so walaupun banyak dekat separuh gak ar diarang dah makan dalam masa 2 hari. Montel-montel pulak tu pisangnya. Memang asyik makan. Mr Hb pulak pantang nampak pisang yang montel terus minta dibuatkan Cucur Kodok/Jemput-jemput Pisang. Ambil le sikit sebab kang ambil banyak kang ada yang muncung sebab tak puas makan. Tapi tu le sikit pun jadinya banyak sebab montel-montel pisangnya. Tak sangka si kecil Izaz pun suka. Siap pesan buat lagi esok. Insyaallah.... Tapi camner juadah ni leh dapat nama Cucur Kodok yer. Jemput-jemput tu ok le sebab kita nak kena menjemput sikit-skit masuk dalam kuali. Tapi Cucur Kodok macam geli je tapi sedap rasanya hahahah.

Camner ek nak buat bulat yang cun macam ni????

Teringat dulu kalau buat jemput-jemput harus keras macam batu. Tapi lepas kejadian kat rumah mak sedara saya, Norfadzilah K.S Mohamed kat Ipoh nun Alhamdulillah lepas-lepas tu terus menjadi. Sempat le termalu kat diarang. Waktu keras dulu tak le dia ajar cam mana cara yang sebetulnya tapi saya yang nekad lepas kest tu nak kena practise buat. Sib baik sekali try je lepas tu dah menjadi. Rupanya bancuhan tu kena cairkan sikit. Jangan letak tepung banyak sangat. Sukatan air pun tak banyak mana sebab pisang yang dah dilenyek tu kan ker macam berair sikit. Tapi macam biasa le saya ni tak pandai menyukat. Kang kalau nak cuba kang harus tak jadi punya. Tapi sampai sekarang tangan ni masih tak pandai nak buat bagi cantik je bulatnya macam hasil tangan Allahyarhamah nenek. Keras sangat kot tu yang tak jadi-jadi.


Jemput-jemput pisang ni nak sedapnya garing kat belah luar tapi agak-agak berongga kat belah dalamnya. Yang tu memang sedap. Hidang pulak dengan kopi O kawww memang masyuk ar. Hitam lawan hitam heheheh.


JEMPUT-JEMPUT PISANG/CUCUR KODOK

By: Asamgaram2puteri

Bahan-bahan
  • Pisang - buang kulit dan lenyekkan
  • Sedikit air - agak-agak 1/3 dari sukatan pisang tu
  • Gula
  • Garam
  • Tepung gandun - lebih kurang 1/3 gak dari jumlah pisang lenyek tu
  • Tepung beras - agak-agak dalam 2 sudu besar le untuk banyak sukatan ni
  • Sesudu kecil soda bicarbonate
  • Minyak untuk menggoreng

Caranya
1. Masukkan air, garam dan gula dalam bekas yang berisi pisang lenyek tadi tu. Sebatikan.

2. Masukkan tepung dan kacau secara kaup balik sebab kang kalau terlebih kacau tepung jadi liat. Kalau nampak cair sangat boleh tambah tepung sikit lagi tapi kalau terpekat pulak boleh tambah sikit lagi airnya.

3. Goreng dalam minyak panas secara terendam atas api yang last pusing (kecik sikit). Jangan letakkan terlalu banyak yer. Bagi ruang sikit dalam kuali tu supaya naiknya bulat sikit. Bila nampak dah gelap dah boleh angkat dan tuang atas tisu dapur tu yer untuk toskan minyaknya yang banyak tu.


Saya sekeluarga suka Jemput-jemput yang banyak rasa pisangnya dan tak gebu macam Apam Pisang. Jadi yang saya kongsi ni memang rasa pior le pisangnya. Bila koyak nampak je rongga-rongga yang cun melecun tu hihih. Penggunaan campuran tepung beras dengan tepung gandum tu pulak sebab kalau guna tepung gandum je akan jadi lembik sikit kulit luarnya kalau sejuk tapi dengan percampuran tepung beras ianya kekal bulat sikit tak benyek dah nanti. Kalau pandai bagi bulat cam bola tu lagiiii cantik. Saya masih kena belajar babtu. Isi dalamnya pulak rasa cam lembut sangat best ar... Ala-ala cair dimulut gitew hahahha. Nak tahu tengok gambar sahabat ni lebih kurang camni le rupa ebntuknya ;) Try le yer kalau ada pisang kat umah tu....


Isnin, 28 Januari 2013

Jelatah... Salad traditional orang Melayu


Selamat bercuti buat yang bercuti. Selamat bekerja buat yang bekerja macam kami hihihi. Tapi macam saya ni antara bercuti dengan kerja sama je sebab timenya tak le tetap masuk 8 pagi keluar 6 petang sebab sendiri punya kerja leh le nak lewatkan sikit tapi akibatnya siap pun lewat le. Lagi naya sebenarnya sebab dari mula masuk sampai siap lebih dari 8 jam kerja hahahha. Ingatkan kerja sendiri releks sikit rupanya takkkk lagi teruk ada la... Nampaknya hari ni overtime lagi le sebab nak kena siapkan cepat.


Semalam kitarang cuti sebab penuhi janji dengan sahabat yang dah lama sangat tak jumpa, Puan Azian Omar... Amboiiii formalnya panggilan hahahah. Rasanya dah 23 tahun sebab last sekali pun masa saya bersekolah di Sekolah Menengah Gunung Semanggol Perak (sekolah yang ada nama saya tercatat dalam daftar rekod selama lebih kurang sebulan tapi tak pernah saya jejak kaki pun. Pelikkan tapi tu le yang sebenarnya. Sebulan je pun sebab lepas tu saya berpindah ke Sekolah Menengah Gunung Rapat Ipoh). Jumpa balikpun melalui facebook gak. Disamping bersua kembali untuk ikat semula tali persahabatan yang terputus lama, ia jua sessi penghantaran produk yang dia booking sejak 2-3 minggu lepas. Dannn tak lupa sessi makan-makan. Buat pot luck le walau pertemuan tu kat Tesco Taiping hahaha. Bukan apa mudah kalau jumpa kawan-kawan kat sana sebab leh pos anak-anak dare 2 orang tu main kat dalam sambil ibunya bergossip hihih.


Darling, Agar-agar Jagung you memang sedap. Teringin nak mintak tapau tapi kang ai sorang je yang hadap sebab ai je yang suka Agar-agar yang berperasa ni. Insan-insan tercinta lain cuma suka Agar-agar sirap yo. Seday ai tak leh nak berexperiment. Syukur sangat you and your sister suka Nasi Lemak tu. Lega dengornya. Lupa nak minta Mr Hb cari daun pisang kot tak lagi kaw kan hihihi. Nama je duduk kampung tapi sebatang pokok pisang pun tak der kat umah ni hihhihi.

 
Kerja hari ni untuk penghantaran produk ke Tesco esok lusa. Insyaallah dalam jadual order Tesco tu ada termasuk order untuk Tesco Kajang dan Tesco Seri Alam ya. Tu hari saya ada terdengar ada sahabat yang bertanya tentang produk 2 Puteri kat sana. Maaf kitarang baru dapat order la. Insyaallah minggu ni juga akan sampai yer. Tunggu sekejab yer darling semua :) Dah bercuti semalam hari ni kena kerja le. Kelmarin pun tak dapat buat sebab selesaikan kerja kat Penang. Semua nak kena buat sendiri tu yang tak menang tangan. Ni pun kena ambil masa sikit sebab dah 2 hari tak update cita kat sini kan...


Tengah hari tadi saya masak Sambal Ayam Berkacang bersayurkan Jelatah je. Mudah dan cepat sesuai le dengan jadual kitarang yang agak padat hari ni. Cik Jelatah ni merupakan menu mudah yang main campur je semua bahan. Salad orang Melayu ni jangan buat main hihihi. Ehhh selalu saya tulis sayur jenis salad ni yer. Tah le kat rumah ni selalu gak buat macam-macam jenis salad. Sebabnya mudah hihihi. Tapi kalau nak cita dengan formalnya kita cakap le yang salad ni sihat sebab dimakan mentah hikhik...


Salad orang kampung ni seringkali dihidangkan masa kenduri kendara. Mungkin sebab pembuatannya yang terlalu mudah dan 'kena' dengan macam-macam lauk kenduri kot sebab tu ianya jadi pilihan. Sebut saja menu lauk apa pun... Kalau bersayurkan jelatan cam 'in' je. Dari Ayam Masak Merah, Kari Daging, Rendang dan selaga macam la. Tapi lagi in kalau lauk pauk tu jenis daging le yer. Tak kisah le daging ayam ke, daging lembu ke atau daging kambing. Tapi kalau berlaukkan jenis ikan, sotong atau udang cam jauh sikit larinya. Tapi kalau dimasak jenis kari mungkin 'in' balik kot. Tapi itu pandangan saya je. Kekadang saya pun buat gak jelatah ni walau masak lauk ikan.


Jelatah ni pulak ada dua tiga version. Ada yang biasa je, ada yang berkacang, ada gak yang berudang geragau bagai dan tak kurang gak yang main satu bahan je yang selalunya timun. Yang last tu versi orang dah tak de bahan lain kot kat peti ais so guna timun pun sodappppp.


Kali ni saya nak kongsi style yang biasa-biasa tu. Alah yang selalu orang buat untuk hidangan kenduri. Sebenarnya yang ni pun hasil kodekan saya sesuka hati. Try and error jadilah jelatah yang pada saya best hihihi. Semuanya hasil pengamatan je masa makan jelatah yang dihidangkan pada saya oleh orang itu orang ini.


JELATAH

By: Asamgaram2puteri

Bahan-bahan


Cuka - Agak-agak je banyak mana. Terserah juga nak cuka beras, cuka buatan atau cuka epal. Tapi kalau guna cuka epal ada rasa lain sikit. Mungkin ada tekak yang tak berapa serasi dengan cuka ni.


Gula - Secukup rasa. Masukkan bersama cuka dan kacau bagi sebati.


Garam - Sikit je tau. Bagi rasa je. Jelatan selalunya masam-masam manis. Juga masukkan bersama cuka dan bagi sebati. Nak mudah masukkan masa masukkan gula tadi.


Timun - Potong nipis tapi jangan nipis sangat. Ikut suka le nak bulat ke (kalau timun kecik), potong empat bersegi ke / Paysane ke (jenis potongan bersangkar).


Carrot - Potong nipis gak. Yang ni boleh buat potongan Julienne atau potongan Paysane.


Nenas - Kalau boleh pilih le yang tak masam sangat. Buang matanya dan buat potongan Paysane jugak.


Tomato - Sebiji je kalau besar. Kalau kecik sangat 2 biji dah ok. Buat potongan Section tapi nipis je yer.


Cili Merah - Yang ni nak bagi berseri lagi dan ada rasa pedas-pedas sikit. Cukup 2 biji okay dah. Buat potongan Diamond Shape (atau dikenali juga sebagai Losange). Jangan tebal sangat. Dah semua ala-ala nipis yang ni pun yer.


Bawang besar - Slice je nipis-nipis. Tak le banyak sangat kang bau bawang jelatah kita tak le sedap weh. Agak-agak sebiji ok dah untuk setengah biji nenas.


Campur je semua bahan dan nak sedap sejukkan sebentar sebelum dihidangkan.


Sonang jo bai tu kan. Yang susahnya pun nak potong nenas tu. Saya bab potong nenas serahkan kepada MR Hb, pro dalam bab potong memotong nih ahak*.... Okay selamat menjamu selera :)

Jumaat, 25 Januari 2013

Salam Maulidurrasul dan Kusus MeSTI 3 hari

Tak terlewat yer nak wish sahabat semua Selamat Menyambut Maulidurrasul.


Hihihih tu le balik dari kursus ni tak online kat sini tu yang terlewat wish tu. Mana taknya masa kursus tu baru tahu yang jadi pengusaha ni bukannya mudah. Banyak yang kena buat walaupun bekerja sendiri. Hadoiiii letih mak dikkkk. Belum mula lagi. Kalau dah mula entah le heheh.


Eh yer tak yer.... Kursus apa tak pulak saya cerita yer. Hehehhehe... Sebenarnya saya hadiri Kursus Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI). Kurus ni anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia. Tak le tahun saya yang kerajaan dah buat satu lagi garispanduan kat para pengusaha rupanya. Sib baik le dapat tawaran sertai kurus dari Jabatan Pertanian Kerian. Tapi kursus ni anjuran KPW Bagan Serai selama 3 hari. Kalau tidak harus saya guna sijil yang saya dapat tempohari je. Tup tup kena saman sebab tahun 2014 ni dah diwajibkan. Mintak dijauhkan le hendaknya... Hishhhhh nasib baik. Kot tak naya.


Sijil yang saya dapat tu pun dari Kementerian Kesihatan, bawah Akta Makanan 1983. Tak le tahu yang pihak kerajaan dah buat garispanduan baru untuk kami pengusaha IKS. Kot tak harus saya tunggu dekat tempohnya baru nak renew. Masa tu terlewat le sudah. Masa saya contact pegawai Kementerian Kesihatan yang handle syarikat saya dulu pun saya tak dimaklumkan pasal ni. Sepatutnya diarang kena le inform kepada kami, pengusaha-pengusaha ni. Tak pun yang macam saya yang dah register dengan diarang. Yang saya contact tu pun pasal saya nak tahu status sijil sebab yang saya sijil warna pink tu tak de logo apa-apa tapi pernah le tengok pengusaha lain ada pamer logo yang ada kanta yang bertulis LULUS tu. So nak le tahu yang saya leh guna tak. Tapi dah dia tak cakap apa sebab katanya dia dah handle bahagian lain. Saya pun tangguh le nak contact pegawai lain yang di rekomendkan. Tak le saya kalut sangat sebab plastik dan label banyak lagi hihih. Kang kalau dia kata boleh harus saya tergedik nak buat juga. Akibatnya kang ada pembaziran kang tu yang saya tangguh tu.


Masa jumpa pegawai dari SME Corporation Perak pun bulan 12 tu hari saya dan suami tak dimaklumkan pun pasal ni. Jadi bila masa kursus tu kata wajib ternganga le juga dibuatnya. Kalau le saya tahu dah lama saya register. Diarang should know this before lagi sebab bulan Oktober kerajaan lancarkan. Tapi tak pasti pulak secara besaran atau tidak sebabnya kata kat radio ada iklannya. Tapi dok dengar Sinar ke apa tak pulak pernah terdengar iklan ni. Sewajarnya benda-benda yang macam ni kena le pihak-pihak yang berkenaan dan berkaitan dengannya ambil innesiatif untuk beritahu. Tak kisah le dari department/jabatan mana sekali pun. Kami pengusaha ni bukan le tahu segala bagai sangat. Nak 'akrab' dan 'mesra' dengan pihak jabatan macam Jabatan Pertanian pun tak sempat sebab kitarang tak cukup kakitangan. So masa yang ada tumpu pada nak produce dan perkenalkan produk je. Pihak Jabatan Pertanian pun tak cakap. Tu camno. Sib baik ada le kakak-kakak pengusaha yang kuat dengan Jabatan Pertanian yang pernah pergi kursus dan apply sijil ni yang cadangkan untuk dibuat di daerah kitarang. Dan nasib baik nama kitarang naik untuk sertai kursus ni. Kot tak memang kena tunggu sampai sijil nak tamat tempoh le baru nak dapat tahu pulak.


Bukan le saya suka merungut atau complaint mana-mana pihak. Saya lebih suka berterus terang. Orang luar dengar semuanya indah tapi bila dah masuk industri ni kalau tak 'mesra' atau 'akrab' dengan mana-mana pihak akan terpinggir le kita. Saya ni pulak orang kecik je. Tapi mungkin sebab kecik sangat sampai tu yang orang terlupa tu kot heheh. Maafkan saya kalau ada pihak yang terasa tapi itulah hakikatnya. Mungkin saya ni berat mulut dan tak terlalu mesra alam sangat kot tu yang payah. Dah cuba dah asah lidah macam burung merbah tu nak bagi boleh bercakap banyak tapi tak jadi pun heheheh. Kalau you banyak modal mudah le sikit kerja mungkin tapi saya ni modal semua habiskan dulu untuk kuatkan perniagaan kitarang so sekarang dah kurang support nak jumpa orang sana sini. Baru padan muka kami huhu.


Masa kursus tu kitarang diterangkan le segala tanggungjawab yang perlu diamalkan dalam memastikan segalanya yang kami amalkan semasa memproses produk dan penjagaan yang perlu kami ambil kira demi untuk hasilkan produk yang baik dan menjamin keselamatan kesihatan pengguna. Alhamdulillah yang ini dah kitarang amalkan sedari awal kitarang beroperasi. Tu sebab pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dah luluskan dan keluarkan sijil pada kami. Tapi saya tak der le logo untuk diwar-warkan pada label produk untuk lebih yakinkan pengguna produk 2 Puteri. Itu pasal yang masa tengok logo yang ada kanta dan tertulis LULUS tu saya nak tahu sangat boleh ke tidak. Tapi rupanya yang itu yang lama katanya. Yang saya dapat agak baru tapi ada lagi baru iaitu MeSTI ni le. Isk.. Isk... Tu camner le saya nak tahu sebab yang saya tengok sijil tu Disember 2011 tapi tak ingat le sijil yang saya tengok tu bulan bila pulak.


Tapi saya mengaku le yang saya tak buat laporan seperti yang diminta. Banyakkkkk sangat borang yang kena isi. Bermula dari nak beli bahan mentah, nak buat produk, nak pasarkan, aset yang kena buat check up dan lelain le. Memang kebanyakan pengusaha IKS cam kitarang memang bab tu lemah le sesangat hehehe. Bukan tak amalkan. Kebanyakannya adalah rutin kitarang tapi tak pernah dibuat black and white. Nampakanya mulai dari sekarang kena mula buat. Sekarang nak kena le buat manual yang mudah untuk Mr Hb paling utamanya isi. Biasa la orang lelaki bab isi borang ke apa memang maleh sikit. Tapi bab kerja A++. Lagipun kitarang cuma berdua yang buat kerja jadi kena le sesuatu yang memudahkan supaya kerja jadi cepat siap. Jadinya saya kena buat balik borang tu yang bersesuaian dengan situasi kitarang.


Insyaallah dari segi kerja dan kebersihan memang saya tak risau sangat. Tapi tu le, yang paling saya risau sekarang adalah dalam bab insfrastruktur kilang kitarang. Binaan bangunan tu kitarang buat sebelum mula berniaga. Yea la kang tak bina kang kat mana nak buat produk yer tak heheh dah syarat nak buat produk premisnya kena berasingan dari tempat kediaman atau tempat kita buat aktiviti lain selaind aripada produce produk. Jadi banyak aspek yang agak tak ikut piawaian sebab mana le tahu masa tu. Main buat je. Dah siap dirikan bangunan ha... Sekarang baru tahu yang ada kelemahan dalam bangunan yang kami dirikan tu. Tu yang pening kepala nak cari modal lagi tu.


Sijil MeSTI ni dimestikan pulak minta jadi kena pasrah le masa buat applicationnya nanti. Tapi sebelum tu saya kena siapkan dulu borang-borang ni. Kang masa sport check nanti oleh Kementerian Kesihatan Malaysia tak le dibuang markahnya pulak. Tu semua diambil kira. Jadi nak tak nak kena buat le. Harap-harap markah tinggi bahagian production boleh bantu bahagian insfrastruktur sikit sebanyak. Harap-harap juga betul kata pegawai dari Kementerian Kesihatan tu yang katanya kalau ada masalah yang libatkan insfrastruktur atau sebagainya pihak SME Corpporation pulak yang akan take over bantu. Yer la nak kumpul modal untuk baikpulih insfrastruktur bangunan bukannya sikit. Mana nak adakan modal bahan mentah lagi, pasaran lagi dan mesin juga. Pening dibuatnya. Jadi kalau dapat bantuan yang semacam ni kami amat-amat berbesar hati le sangat. Pinjaman pun jadi lah sebab sekurang-kurangnya dapat bantu untuk perbaiki apa yang kurang.


Kami berhasrat sangat nak bagi yang terbaik pada pengguna produk 2 Puteri tapi yer la kadang-kadang kelemahan kami pun ada juga yang membataskan semua tu. Apa yang dapat kami jaga adalah perjalanan proses pembuatan produk tu biarlah bersih, selamat dan halal. Supaya pengguna 2 Puteri dapat yang terbaik. Hajat nak patuhi Amalan Pengilangan Baik (GMP) memang ada. Insyaallah kami akan usahakan perlahan-lahan supaya ianya jadi kenyataan. Bukan untuk kami sahaja tetapi juga buat pengguna yang kami hargai. Walau kami tak tahu le akan dapat tak logo dan sijil GMP tu yang dikatakan ribu riban tapi perlaksanaannya biar le dapat kami samastatuskannya yer tak? 'Samastatus' amboi perkataan... Ada ke dalam bahasa Malaysia tu hehehhe.


Insyaallah akan kami usahakan dalam masa terdekat ni untuk dapatkan Sijil MeSTI tu. Tapi sebelum tu kena update dulu apa yang kurang supaya dapat kami make surekan yang semuanya lancar nanti. Doakan kami yer... :)


Selasa, 22 Januari 2013

Saja mengomel sikit malam ni. Ambil kesempatan :D


Letih gak lepas balik dari kursus ni hihihi. Dah tua mudah pancetnya. Tapi tu le bukannya melompat ke apa yang letih lebih sangat tu pelik gak rasanya. Mungkin letih minda kottttt. Alasan bukan kepalang youuuu. Hahahhaha.


Balik dari kursus dah nak kena siapkan Sos Char Kueyteow 2 Puteri untuk penghantaran ke Tesco, Mydin Meru Raya dan penuhi tempahan sahabat-sahabat. Niii sekarang Mr Hb tengah buat dulu. Saya nak buat projek jab demi sahabat semua kat sini hihihi. Nampaknya kang berkampung le kat factory ni. Tah pukul berapa le nak siap weh. Sian anak-anak kena duduk bilik lepak sebab ibu ayah nak kena siapkan kerja dulu. Sib baik ada bilik lepak. Tak le diarang kena duduk bilik bungkus ni sebab orang luar tak leh masuk masa kerja. Berkorban demi kejayaan masa depan... Aaamiin. Esok lusa dah nak kena hantar. Tu le kalau tak der pekerja. Nak buat tu buat ni kita le juga. Bila kursus ni kerja yang leh buat awal-awal dah kena tangguh.


Ok lah nak out dulu. Nak tolong Mr Hb dah. Janji saya untuk kongsi ilmu yang saya belajar masa kursus Insyaallah nanti akan saya tunaikan. Ok babai and good night all...

Isnin, 21 Januari 2013

Bila masuk kursus semula


Hari ni sampai hari Rabu ni saya akan menghadiri kursus Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri yang dianjurkan bersama Kementerian Kesihatan Malaysia. Ada homework kena buat. Hihihi dah tetua pun ada homeworkkan. Ingatkan dah tak belajo ni tak der le homework rupanya adooo lagi hah.


Insyaallah nanti-nanti kalau free saya akan kongsi kat sini apa yang saya belajar masa kursus kay. Ary ni nak berceloteh panjang rasa letih sikit. Dah tetua nak belajar tu yang cepat pancet hahahahah. Apa yang pasti dah tak leh malas lagi le nak ngelat-ngelat dari buat record hahahha. Padan muka esei. Kay... Salamat beradu semua.. Ehhhh bukan beradu tenaga tapi tidur weh hihihi. Terima kasih ya buat sahabat yang sudi ziarah kami kat sini. Sayanggggg korang muuuuuah! Byeeee.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...