Ibu negeri dan pusat pentadbiran Perak, Ipoh merupakan sebuah bandar raya yang terletak dalam daerah Kinta
. Bandaraya ini yang terletak kira-kira 200 km ke utara Kuala Lumpur merupakan bandaraya keempat terbesar di Malaysia selepas Kuala Lumpur,George Town, dan Johor Bahru.
Ipoh pada mulanya hanyalah menjadi tumpuan tempat persinggahan dan perniagaan terpenting bagi daerah-daerah sekitarnya selian daripada lokasi yang terkenal dengan perlombongan Bijih Timah. Nama "Ipoh" diambil daripada pohon "epu" panggilan oleh orang putih atau lebih dikenali sebagai "pokok Ipoh" dengan getahnya yang beracun dan digunakan oleh Orang Asli untuk panahan sumpitan mereka. Manakala orang Cina pula menyebutnya sebagai 'Ipoh' atau 'Paluh'.
Sehingga tahun 1980an, Sungai
Kinta menjadi perhubungan utama di antara Ipoh dengan kawasan-kawasan
lain dalam atau luar negeri Perak. Selepas tahun 1874, perkembangan
daerah Kinta amat lembab terutama masalah perhubungan melalui Sungai
Kinta. Kenderaan seperti sampan, gajah dan kereta lembu memakan masa
yang lama. Dalam tahun 1884, jalan raya wujud menghubungi kawasan
perkampungan Gopeng dan pelabuhannya di Kota Bharu dan seterusnya
menghubungkan kawasan perlombongan Papan dengan Batu Gajah.
Sehingga tahun 1889, hospital telah mula dibina di Ipoh dan hospital
baru pula dibina di antara kawasan stesen keretapi dan Balai Polis
Pusat. Manakala tahun 1889-1890. Dalam tahun 1893, lebih separuh
rumah-rumah atap telah di robohkan dan diganti dengan bangunan-bangunan
jenis batu, begitu juga longkang dan parit telah diperbaharui.
Jalan-jalan disusun semula dan pokok-pokok untuk berteduh ditanam. Dalam
tahun ini juga, 'Ipoh Sanitay Board' telah diwujudkan dan ia
bertanggungjawab tentang kebersihan Ipoh. Dalam bidang pelajaran, Sekola
Menengah Rendah Inggeris yang pertama di daerah Kinta telah dibina
dalam tahun 1895 dan dikenali sebagai Anglo Chinese Boys, Ipoh.
Ipoh telah menjadi bandar yang terbesar di negeri Perak dan kedua
besarnya di Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1895. Pada masa
itu juga perhubungan jalanraya antara Ipoh dengan tempat-tempat lain di Lembah Kinta diperbaiki. Jambatan kayu menyeberangi Sungai Kinta diganti
dengan jambatan besi pada tahun 1900.
Perkhidmatan dan kemudahan awam
disediakan. Pembekalan bahagian sistem pembentungan ditubuhkan pada tahun
1898 dan diperkenalkan penggunaan tangki najis pada tahun 1905. Kawasan
lapang pertama telah diadakan pada tahun 1898 yang kini dikenali
sebagai 'Padang Ipoh'. Padang Kelab Lumba Perak dibina pada tahun 1904,
'Peoples Park dan kawasan memperingati J.W.W Birch (James Ewheeler
Woodford Birch) telah dibina pada tahun 1909.
Di
antara tahun 1905-1914, kawasan pentadbiran bandar Ipoh berkembang
hingga menyeberangi Sungai Kinta dan di sini wujudnya Pekan Baru (Ipoh
New Town) ke Jalan Anderson. Stesen keretapi, hotel, dewan bandaran
(town hall), dan pejabat pos juga dibina. Begitu juga panggung wayang
dan kenderaan bermotor telah mula mengambil tempat di Ipoh.
Perkhidmatan bas bermula pada tahun 1910 dan tahun 1911. Pejabat
pendaftar kereta motor telah ditubuhkan di Ipoh. Pada tahun 1905-1915,
'Kinta Saitary Board North' telah diwujudkan dan tahun 1916-1941 'Kinta
District Board' yang diwujudkan diketuai oleh A.S Jelf di bawah
pentadbiran 'British Military Administration' mengambil tempat.
Manakala dalam tahun 1946-1954, 'Kinta Town Board' telah wujud yang
bermula dibawah penyelarasan Major J.S Drake dan pada tahun 1954-1956,
G.S Walker menjadi pengerusi 'Ipoh Mengelembu Town Council' ditubuhkan
pada tahun 1957-1962 diketuai oleh Encik Abdullah Bin Uni. Pada 31 Mei
1962, Ipoh telah dinaikkan ke taraf perbandaran dan dikenali sebagai
'Majlis Perbandaran Ipoh' yang dipengerusikan oleh E.G Walker.

Pada 27 Mei 1988, DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan telah
mengishtiharkan taraf Bandaraya kepada Ipoh, Ibu Negeri Perak Darul
Ridzuan. Majlis Perbandaran Ipoh dikenali sebagai 'Majlis Bandaraya
Ipoh' dan ketua eksekutifnya bergelar Datuk Bandar. Sebagai Ibu negeri Perak Darul Ridzuan, Ipoh merupakan pusat
pentadbiran, perdagangan, sukan, kebudayaan, kewangan, politik,keagamaan
dan juga pendidikan.Kini dibawah pimpinan Datuk Bandar, Majlis
Bandaraya Ipoh terus berusaha untuk menjadikan Bandaraya Ipoh sebagai
sebuah bandar yang dinamik dan unggul. Kini, Ipoh telah berada dibawah pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh
atau Dewan Bandaraya Ipoh, dimana ia telah pun menyerap masuk
pekan-pekan kecil yang berada disekitar bandar seperti Chemor, Jelapang,
Falim, Menglembu, Tambun dan Tanjung Rambutan ke dalam wilayah
Bandaraya Ipoh.
Secara sejarahnya, Ipoh terbahagi kepada Pekan Lama
dan Pekan Baru yang mana dipecahkan oleh Sungai Kinta ditengah-tengah
bandarnya.
Terdapat 25 buah pekan dan bandar disekitar Ipoh di bawah pentadbiran MBI antaranya:
- Ampang
- Bercham
- Buntong
- Chemor
- Cyber City
- Falim
- Station 18
- Sunway City
- Tambun
- Taman Cempaka Ipoh
- Tanjung Rambutan
- Tasek
Penduduk di Ipoh adalah terdiri daripada majoriti kaum Cina. Dialek Cina
Kantonis adalah bahasa pengantar orang-orang Cina di sini walaupun
terdiri daripada kebanyakan kumpulan dialek Cina Hakka, dan Cina
Kantonis. Kebanyakan penduduk di Ipoh bertumpu di Menglembu, Buntong,
Tasek, Ampang, Bercham serta Pasir Puteh menjadikan keluasan bandaraya
Ipoh menjadi semakin besar jika diambil kira pekan-pekan yang terdapat
di sekitar pinggir Bandaraya Ipoh.
Catatan Sejarah
Berikut merupakan fakta-fakta yang boleh diungkapkan dengan kewujudan
Bandaraya Ipoh dan serba sedikit mengetahui tarikh-tarikh Ipoh
ditubuhkan.
- 01.01.1980 - Majlis Perbandaran Ipoh ditubuhkan
- 12.05.1988 - Ipoh diisytiharkan sebagai bandaraya.
- 01.10.1989 - Majlis Perbandaran Ipoh mengambil alih pentadbiran Zon Perdagangan Bebas di Jelapang II seluas 3394 hektar.
- 21.03.1989 - Majlis Perbandaran Ipoh menjalin hubungan di antara Datuk Bandar Ipoh dengan Bandaraya Fukuoka, Jepun sebagai bandaraya kembar atau 'Sister City'.
- 1991 - Penduduk MBI seramai 382,633 orang dengan keluasan 134.7 km/persegi.
- Ipoh turut menjalinkan hubungan dengan Guangzhou, China juga dibawah konsep bandaraya kembar/'sister city'
Ekonomi
Pembangunan ekonomi di Ipoh mula berkembang kebelakangan ini. Banyak pusat-pusat perniagaan, perumahan dan pusat hiburan yang tumbuh dengan pesatnya. Antara kawasan yang mula berkembang naik adalah Greentown, Meru
Raya, Medan Ipoh Bestari dan Station 18.
Dengan perkembangan yang semakin pesat ini, pihak pemaju juga semakin berani melabur di Bandaraya ini. Antaranya Mydin Hypermarket telah membina 3 buah cawangan pasarayanya secara sekaligus di Negeri ini pada tahun 2012. Sebuah lagi cawangan pasarayanya di dalam perancangan iaitu berlokasi di Ulu Kinta. Selain itu beberapa perancangan pelaburan lagi yang telah dirancang untuk merancakkan lagi perkembangan Bandaraya Ipoh ini adalah melalui pembinaan antaranya I-Avenue dan Lang Valley Mall.
Pelancongan
1)
Lost World of Tambun
Merupakan tarikan dari Sunway City Ipoh yang terletak di Tambun, Lost
World of Tambun adalah antara taman tema air di Perak. Ia akan membawa
anda ke pengembaraan yang penuh dengan keseronokan bersama keluarga dan
rakan-rakan. Terletak di antara kawasan rimbunan kehijauan dan batu
kapur, Lost World of Tambun menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik
sehingga membuatkan anda ingin datang kembali.
2) Muzium Darul Ridzuan
Muzium ini terletak di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, Ipoh yang
berhampiran dengan Bangunan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
Perak. Telah dibuka pada tahun 1992 dan bangunan muzium telah dibina
lebih dari 100 tahun yang lalu. Ia memaparkan pelbagai jenis artifak
menarik yang berkaitan dengan sejarah dan pembangunan bandar Ipoh
terutamanya dalam sektor perlombongan bijih timah.
3) Muzium Geologi
Muzium ini mula ditubuhkan sejak tahun 1957 berlokasi di Jalan Sultan Azlan Shah. Ia memaparkan pelbagai
jenis mineral, batuan fosil dan batu permata dari dalam dan luar negara
yang berjumlah lebih 600 koleksi.
4) Tokong Gua
Sepanjang Jalan Gopeng, kelihatan banyak tokong-tokong gua yang
merupakan kebangaan Ipoh. Nam Tin Tong, Koon Yam Tong, Sam Poh Tong,
Ling Sen Tong merupakan antara tokong-tokong ternama di situ. Dinding
gua dihiasi dengan pelbagai lukisan dan kaligrafi Cina yang berunsurkan
agama Tao dan Buddha. Di Jalan Kuala Kangsar pula tokong gua yang paling popular adalah Perak Tong.
5) Tokong Paloh Ku Miew
Paloh Ku Miew ialah tokong tertua di Ipoh, yang menyembah Tai Pak Koong, dewa tempatan yang melindungi kaum Cina apabila mereka mula-mula menetap di Ipoh. Antara penyumbang utama kepada tokong ini ialah Yau Tet Shin,
seorang pelombong yang sangat terkenal pada masa itu. Tokong ini dapat
dilihat daripada jambatan Hugh Low Street (Jalan Sultan Iskandar) yang
memisahkan pekan baru dengan pekan lama Ipoh.
6) Masjid Panglima Kinta
Masjid ini dibina oleh Dato Panglima Kinta. Masjid ini terletak di
pekan baru Ipoh. Masjid ini juga dijadikan sebagai Masjid Negeri bagi
umat Islam bersembahyang dan melakukan Ibadah. Menjadi salah satu mercu tanda yang terkemuka di Ipoh yang menjadi kebanggaan
kepada masyarakat Islam keseluruhannya sebagai asas kepada Islam
7) Taman Dr Seenivasagam
Taman yang terletak di tengah bandar Ipoh ini merupakan salah satu
taman yang lama dibina di Ipoh, sesuai untuk pengunjung melepaskan
lelah dan beriadah kerana taman ini mempunyai trek motorsikal mini,
kolam ikan, tasik serta padang yang agak luas. Taman ini jugak mempunyai
replika taman diluar negara, iaitu Taman Jepun yang hanya terletak
bersebelahan dengan pintu masuk utamanya.
8) Struktur Bangunan di Bandaraya Ipoh
Struktur bangunan yang terdapat di bandaraya Ipoh sangat unik dan
bersejarah, banyak bangunan lama yang dicantikkan dan berwarna warni
menjadikan Ipoh sangat terkenal dengan bangunan bersejarah yang cantik. Pada
masa sekarang MBI dalam usaha membaik pulih semua bangunan lama untuk
cantikkan dan jadikan sebagai tarikan pelancong.
9) Kinta Riverfront
Destinasi baru yang menarik di Ipoh iaitu di Kinta Riverfront terdapat
sebuah hotel baru. Pemandangan menarik di sini adalah sekitar Sungai
Kinta yang dihiasi dengan Lampu LED sepanjang Sungai Kinta dihadapan
hotel Kinta Reiverfront menjadikannya jolokan I-city Ipoh. Selain itu,
Jambatan-jambatan terkenal diseluruh dunia dibina dalam saiz mini disepanjang
sungai kinta ini menjadikan ianya sangat menarik sebangai destinasi
bergambar. Ianya satu destinasi baru bagi Ipoh dan pembinaannya masih
belum siap sepenuhnya.
10) Bulatan Sultan Idris
Bulatan Sultan Idris merupakan bulatan yang menjadi mercu tanda bagi Bandaraya Ipoh.
11) Stesen Keretapi Ipoh
Stesen Keretapi Ipoh juga dikenali sebagai Taj Mahal oleh masyarakat tempatan kerana rupa bentuknya yang seakan-akan Taj Mahal.
12) Kolam Renang Dewan Bandaraya Ipoh
Komplek Kolam Renang Dewan Bandaraya Ipoh adalah antara yang terbesar
dan termoden di Asia Tenggara yang dibina bertaraf Olimpik.
13) Tugu Peringatan J.W.W Birch
Merupakan sebuah mercu tanda bersejarah yang terkenal Bandaraya Ipoh.
Birch Memorialmerupakan Menara Jam yang dibina pada tahun 1909 untuk memperingati J.W.W. Birch,yang telah dibunuh di Pasir Salak pada tahun 1875.
14) Pusat Perkelahan Chepor
Pusat Perkelahan Chepor merupakan tempat perkelahan yang paling popular di Ipoh.
Airnya yang sejuk dan
nyaman memberi ketenangan kepada mereka yang ingin melepaskan penat
lelah selepas bekerja terutamanya pada hujung minggu bersama keluarga.
Pengunjung dapat menikmati pemandangan indah Pusat Perkelahan Chepor
pada bila-bila masa.
15) Perpustakaan Tun Abdul Razak
Perpustakaan Tun Abdul Razak menyediakan banyak bahan rujukan dan bacaan untuk semua golongan.
16) Taman Jepun
Taman Jepun terletak di Taman Rekreasi D.R.Seenivasagam atau Taman D.R di
Ipoh, Perak. Dengan keluasan 1.2 hektar, taman ini dibina mengikut
struktur lanskap yang unik sama seperti taman Jepun yang terdapat di
Fukuoka.
17) Taman Rekreasi Gunung Lang
Taman Rekreasi Gunung Lang terletak di Jalan Kuala Kangsar bersebelahan
dengan Lebuh Raya Utara Selatan. Gunung Lang berlatarbelakangkan
pemandangan semulajadi yang terdiri daripada hamparan bukit batu kapur
dan tasik yang menjadi daya tarikan utama pengunjung dari dalam mahu pun
luar negeri.
18) Gerbang Malam
 |
Gerbang Malam yang menjadi salah satu tarikan pelancong dalam dan luar - azamnecrone |
Gerbang Malam terletak di tengah-tengah Bandaraya Ipoh dan dibuka setiap hari pada pukul 8-12 tengah malam
19) Ipoh's Memory Lane
Flea Market / Pasar Karat ini terletak di Memory Lane, Ipoh dan dibuka setiap hari Ahad pagi.
Selain dari tarikan
yang dinyatakan untuk pelancong dalam dan luar negara, Ipoh telah dilabelkan oleh para seniman dan penerbit sebagai salah satu
lokasi sesuai untuk penggambaran melihatkan kepada kecantikan alam
semula jadinya. Filem-filem yang diterbitkan dan dilakonkan di Ipoh
diantaranya ialah:
- 1980 - Potret Maria, dibintangi Sarimah Ahmad, Rubiah Suparman dan Zulkifli Zain
- 1999 - Anna and the King, dibintangi Chow Yun-Fat dan Jodie Foster, diarahkan oleh Andy Tennant.
 |
F. M. S. Bar & Restaurant was founded in 1906 by a Hainanese immigrant. F. M. S. stands for
Federated Malay States, reputed to be the oldest restaurant in Malaya. |
- 2002 - Embun, diarahkan oleh Erma Fatima.
- 2003 - Paloh, diarahkan oleh Adman Salleh.
- 2003 - Kadhal Kisu Kisu, diarahkan oleh P. Vasu.
- 2004 - Tun Tan Cheng Lock.
- 2005 - Sepet, dibintangi Sharifah Amani, diarahkan oleh Yasmin Ahmad.
- 2005 - Gubra, dibintangi Sharifah Amani, diarahkan oleh Yasmin Ahmad.
 |
Hongkong and Shanghai Bank was built in 1931 in Neo-Renaissance style. It was the tallest in
town until post-independence and still operating until this very day. |
- 2006 - After This Our Exile, dibintangi oleh Aaron Kwok dan Charlie Young, diarahkan oleh Patrick Tam.
- 2006 - Goodbye Boys, diarahkan oleh Bernard Chauly.
- 2006 - Lust, Caution, dibintangi Tony Leung Chiu Wai dan Lee-Hom Wang, diarahkan oleh pemenang Oscar dari Taiwan Ang Lee.
- 2007 - Mualaf, dibintangi Sharifah Amani, diarahkan oleh Yasmin Ahmad
- 2008 - Telent Time diarahkan oleh Yasmin Ahmad
- 2010 - Love and Death in Java, diarahkan oleh Bill Donovan
 |
The Town Padang Mosque
was constructed by Shaik Adam, a wealthy Tamil Muslim in 1908 in Mogul
style at a cost of $500,000. - Ipoh Mali Photography |
 |
Chung Thye Phin Building was built in 1907 by the last Kapitan Cina of Perak and the
building was named after him. It has long been associated with medicine,
which it first housed Dr RM Connelly's Medical Hall, then Oldfields
Dispensaries and finally Georgetown Dispensaries, which was closed down
many years ago. |
 |
Straits Trading Building
where OCBC Bank housed currently. This building was erected in 1907 in
Italian Renaissance style, with a corner clock tower on top of the
building. At the peak of their business, Straits Trading Company handled
half of the tin ore sales in the state. |
Pendidikan
Big 3 di Ipoh selalunya merujuk kepada 3 buah sekolah missionarya atau
mubaligh atau nama jalanannya sekolah orang putih. Sebab apa dinamakan
sekolah orang putih ialah sebab ianya dibuka oleh orang putih yang
selalunya orang kuat gereja.
1) Methodist ACS
Ditubuhkan pada 31 Julai 1895 menjadikannya antara sekolah tertua di
Ipoh. Letaknya di Jalan Lahat dan merupakan antara sekolah pertama di
Malaysia yang ada kolam renang, gimnasium dan gelanggang badminton.
Sebagai
sebuah sekolah mubaligh dan methodist, hanya lelaki dibenarkan belajar
di sekolah ini dari Darjah 1 sampai Tingkatan 5. Bila dah masuk
Tingkatan 6 barulah ada pelajar perempuan yang lazimnya datang dari
Sekolah Perempuan Methodist atau nama glamernya MGS (Methodist Girl
School). Antara yang paling menarik belajar di Methodist ACS ialah
dalam jadual waktu sekolah ada slot 'Kelas Renang'.
2) Anderson
Ditubuhkan pada 6 Februari 1909 dan terkenal di seluruh Malaysia sebagai
sekolah hoki yang kuat sebelum wujudnya sekolah sukan macam Bandar
Penawar atau Bukit Jalil. Terletak di Jalan Hospital dan betul-betul
berdepan dengan Hospital Besar Ipoh atau nama sekarangnya Hospital Raja
Permaisuri Bainun.
Macam ACS juga, sekolah ini hanya menerima
pelajar lelaki sehingga ke Tingkatan 5. Antara bekas-bekas pelajar yang
power dari sekolah ini macam Megat Junid Megat Ayob, Tajol Rosli, Samy
Vellu, Ahmad Boestamam dan Mohammad Nor Khalid atau lebih dikenali
sebagai kartunis Lat.
Anderson pernah dijadikan lokasi untuk penggambaran filem terakhir arahan arwah Yasmin Ahmad iaitu Talentime.
3) St Michael
Pada tahun 1912 Reverend Father JB Coppin telah membeli sebidang tanah
di Kampung Pisang. Tujuan beliau membeli tanah bukanlah kerana hendak
berkebun pisang tetapi membuka sekolah adanya. Tanggal 4 Disember 1912
lahirlah St Michael.
Sama seperti ACS dan Anderson, St Michael
adalah sebuah sekolah khusus untuk budak lelaki sahaja. Antara
kebanggaan St Michael ialah persatuan pengakap mereka yang dikenali
sebagai 02 Kinta dan merupakan pengakap paling steady dalam Malaysia.
Selain dari itu sekolah ini antara segelintir sekolah di Malaysia yang
ada menawarkan sukan golf kepada para pelajar.
Macam Anderson, St
Michael juga pernah menjadi lokasi penggambaran filem arahan Yasmin
Ahmad iaitu Sepet dan Gubra. Agaknya kalau Yasmin Ahmad tak meninggal
lagi mungkin ACS pun dah jadi lokasi penggambaran.
Hari ini semua
Big 3 ini diiktiraf sebagai sekolah elit di Perak dan merupakan antara
yang terbesar dari segi jumlah pelajar. Dan macam biasa, sebagai Big 3
ketiga-tiga sekolah ini selalu bermusuhan antara satu sama lain baik
dari segi akademik, sukan atau pun berebut awek sekolah MGS, Main
Convent, Tarcissian, Ave Maria dan sebagainya.
Satu lagi sekolah yang hebat tapi tak termasuk dalam group Big 3 adalah Sekolah Menengah Gunung Rapat, sekolah saya dari form 1 - 4 1/2 heheh yang setengah lagi saya dah bertukar ke Kedah pulak. Apa pun saya sayangggg sangat sekolah ni tau. Terasa rugi minta berpindah dulu tapi sesal dahulu pendapatan kan.... Sekolah yang terkenal sebagai Sekolah Sukan Negeri diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan. Maknanya handal dari segi akedemik dan sukan. Hebatkan???
Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Rapat adalah
sekolah harian terbaik di negeri Perak dan terletak kira-kira 8 km dari
pusat bandaraya Ipoh. Sekolah ini mula ditubuhkan pada tahun 1984
dengan menerima pelajar-pelajar daripada sekolah rendah yang
berhampiran. Pada tahun 1989, SMKGR mula menerima
pelajar-pelajar luar daripada 3 buah sekolah rendah asrama desa iaitu
Pasir Panjang Ulu, Batu Kurau dan Lenggong. Dalam masa yang sama, SMKGR
juga menerima pelajar-pelajar dari luar bandar melalui Program Rancangan
Khas (saya le antara studentnya masa tu).
Pada tahun 1991 sehingga 1999, bilangan tenaga
pengajar dan pelajar terus bertambah. SMKGR juga telah terpilih sebagai
Akademi Sukan Negeri (ASN) dan juga telah terpilih untuk untuk
menjalankan Projek Tunas Cemerlang Olahraga yang dibiayai oleh Majlis
Sukan Negara (MSN). Pada tahun 1998, SMKGR telah mencapai kejayaan yang
cemerlang dalam keputusan PMR dan SPM. Pada tahun yang sama juga,
sekolah ini telah dinaikkan taraf ke sekolah gred A. Dewan sekolah ini
telah mula dibina pada tahun 1999 dan mula digunakan untuk pelbagai
aktiviti pada tahun 2001. SMKGR telah dianugerahkan Keputusan Pencapaian
tertinggi Daerah Kinta PMR dan SPM. Pada tahun 2002, SMKGR sekali lagi
mengekalkan kecemerlangan akademik dan menerima Anugerah Gemilang
Akademik SPM dan PMR bagi kategori Sekolah Menengah Bandar. Pada tahun
2005, SMKGR telah dianugerahkan "Anugerah Sekolah Lima Bintang".
Pada Mac 2007, SMKGR telah mencipta sejarahnya
yang tersendiri apabila diiktiraf sebagai "Sekolah Kluster
Kecemerlangan" bagi kategori sekolah harian oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia. Pada tahun 2008 pula, SMKGR telah dijadikan sebagai Sekolah
Sukan Negeri Perak. Justeru, pelbagai alatan dan kelengkapan sukan mula
dibekalkan kepada sekolah ini. Antaranya ialah dengan pembinaan sebuah
stadium mini dan juga trek sintetik yang telah siap pembinaannya
pada Jun 2010. Pada tahun 2009, SMKGR telah dianugerahkan "Anugerah
Cemerlang PMR 2009" bagi kategori Pencapaian Sekolah Terbaik Daerah
Kinta Utara oleh Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Utara.
 |
BArisan orang-orang kuat SMGR 2009 bersama ayahanda Dato Salleh (pengetua sekolah) yang tercinta - Diana Hussain |
Banggakan?? Kembang kempis hidungku sebab pernah jadi salah sorang daripada warganya. Tapi satu yang saya confirm, ramai sahabat yang keluar dari sekolah tercinta ni sebagai orang-orang yang hebat! Bangga sangat dengar tapi malu pun ada sebab saya je yang gagal. Tapi kalau le dulu saya tahu kelemahan saya, mungkin nasib saya pun macam diarang. Tapi tu le suratan Allah tak siapa yang tahu. Moga ada kebaikan disebaliknya... :)
Sukan
Satu kawasan yang luas iaitu di Kampong Simee telah dipilih oleh
Dewan Bandaraya sebagai Pusat Sukan. Sukan utama yang popular bagi bola sepak dan sukan-sukan lain, juga bagi acara padang banyak berlaku di Stadium Perak.
Bersebelahan Stadium Perak terdapat juga stadium tertutup iaitu
Stadium Indera Mulia, memainkan peranan sebagai hos bagi sukan badminton. Ipoh juga rumah kepada Perak FA.
Berdekatan dengan stadium terdapat Kompleks Sukan Renang
yang dikendalikan oleh Dewan Bandaraya. Ia dibuka kepada orang umum
dengan kadar harga yang berpatutan (RM1 untuk hari biasa/RM2 untuk cuti
umum dan hari minggu). Kompleks ini mempunyai kolam bersaiz Olimpik,
kolam untuk menyelam, kolam berombak, kolam bersederhana saiz dan kolam untuk kanak-kanak.
Ipoh merupakan tuan rumah velodrom iaitu dipanggil
Velodrom Rakyat.
Ia merupakan Velodrom yang pertama di Malaysia dimana ia dibina atas
inisiatif Dato' Darshan Singh Gill (sekarang Tan Sri Dato' Seri).
Tambahan lagi, Ipoh juga menyerlah sebagai salah satu dari beberapa
bandar di Malaysia yang mempunyai "stadium astroturf" untuk sukan hoki,
yang dipanggil
Stadium Azlan Shah.
Untuk sukan golf pula, padang golf popular yang terdapat di Ipoh ialah Kelab Golf Diraja Perak (sebelah
Tiger Lane atau
Jalan Sultan Azlan Shah). Kelab Golf Meru terletak di Jelapang. Selain itu, jalan menuju ke Batu Gajah, terletaknya Clearwater Sanctuary golf club. Tempat juga lokasi bagi sukan-sukan lain termasuklah Kelab Kilat di Pasir Pinji, Padang Ipoh di Pekan Lama, Padang Polo, dan padang polo di Iskandar Polo Club di Ampang Baru.
Pengangkutan ke Ipoh
- Jalan Persekutuan: Jalan umum di malaysia menghubungkan Ipoh dengan
pekan-pekan sekitarnya dan juga Negeri-negeri lain (seperti pekan Gopeng, dan bandaraya Kuala Lumpur ke arah selatan).
- Lebuhraya: Dengan terbinanya Lebuhraya Utara-Selatan, kenderaan dapat bergerak dengan pantas serta lebih efisyen berbanding Jalan Umum. Walaubagaimanapun, sesetengah pekan seperti Kampar
hanya boleh dihubungi melalui Jalan Umum. Pemandu yang menggunakan
Lebuhraya Utara-Selatan terpaksa memilih keluar ke Ipoh dari mana-mana 4
jalan keluar - Simpang Pulai, Ipoh(S) , Ipoh(U) & Jelapang.
- Keretapi: Stesen keretapi Ipoh dioperasikan oleh Keretapi Tanah Melayu
(KTM) dan ianya terletak di Pekan Lama. Landasan keretapi ini hanya
dapat menghubungkan di antara Ipoh dengan pekan dan bandar-bandar
berdekatan.
- Bas: Terminal bas antara-bandar terletak di Silveritage Galleria
dekat Jalan Gopeng, berdekatan dengannya ialah Gunung Rapat, selatan
Ipoh (dahulunya terletak di Medan Kidd, Pekan Lama). Satu lagi terminal bas yang lebih besar dan canggih dibina di Meru Raya, satu lagi kawasan yang semakin pesat membangun di Ipoh. Di sini juga terdapat pusat pentadbiran kerajaan Perak.
- Udara: Bagi penerbangan udara, Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah
merupakan satu-satunya lapangan terbang di Ipoh. Ia terletak berdekatan
dengan Gunung Rapat. Walaubagaimanapun, lapangan terbang ini hanya
memberi perkhidmatana penerbangan domestik (dan satu penerbangan
antarabangsa).
- Sejak Mei 2006 (bagi Malaysia Airlines) dan September 2006 (bagi AirAsia),
penerbangan telah digantung untuk mendarat di Ipoh. Diantara
alasan-alasannya ialah jalinan udara yang tidak menguntungkan serta
landasan yang terlalu pendek (untuk kes AirAsia).
- Penerbangan antarabangsa pula hanya terdapat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
(di Lembah Kelang, 200km ke selatan), dimana ia boleh dihubungi di
jalan darat oleh bas ekspress (harga lebih kurang RM50 seperjalanan).
- Buat masa ini, lapangan terbang Ipoh digunakan oleh satu-satunya syarikat penerbangan Indonesia dan memberi perkhidmatan udara diantara bandar Medan-Ipoh.

 |
Bangunan ini terletak di Pasar Yau Tet Shin yang lebih dikenali oleh
mat rock sebagai "Bazar Bulat" yang berhampiran dengan Jubilee Park di
pusat bandar Ipoh. Sayangnya bangunan ini telah dirobohkan pada
penghujung 90'an dan kini ia dijadikan kawasan meletak kereta. - karatijau |
Sumber: Wikipedia
Majlis Perbandaran ipoh
Superkinta.blogspot