Assalamualaikum..
Sebelum bercerita lebih lanjut moh kita tonton sedutan khas ni... Lepas tu cer teka which place pulak yang saya nak cerita kali ni....
Pernah pergi ke Batu Kurau? Ha... Sedutan tu tadi pasal Durian Batu Kurau yang
confirm bermutu
tinggi dan lazat dimakan. Rasanya memang power! Bagi peminat durian, kalau dengar yang durian tu datang dari Batu Kurau sure suka dan tak sabar nak beli kan??? Tapi hati-hati sebab ada peniaga yang letak nama Durian Batu Kurau untuk melariskan jualan
mereka dengan grade D24 dan sebagainya. Sebenarnya durian Batu Kurau ni tak der sebarang gred dan bukan durian kawen. Durian
Batu Kurau adalah durian kampung dan asli. Jom baca sambil layan lagu ni... Nyanyian Mr Os kite :)
Nak tahu Batu Kurau kat mana? Dah kenal dengan keluarannya kena tahu gak tempat asalnya kan... Sebenarnya Batu Kurau terletak di utara
Taiping dan merupakan salah sebuah mukim di daerah Larut Matang yang terletak
kira-kira 20 km dari
Bandar Taiping . Batu kurau boleh dilawati dengan
melalui Jalan Besar dari Kamunting ke Batu Kurau atau dari Selama
melalui Jalan Redang Panjang atau Jalan Pondok Tanjung ke Batu Kurau.
Dari sudut sejarah, Batu Kurau telah dibuka sejak tahun 1850-an lagi,
apabila pemimpin Batu Kurau yang pertama iaitu Tok Amar Wan Kasa Bin
Raja Hulubalang Petani telah dilantik menjadi Penghulu pada tahun
1859-1867. Dalam hal ini didapati sejarah kewujudan mukim Batu Kurau
adalah sezaman dengan sejarah pembukaan dan kemajuan bandar
Taiping pada
tahun 1850-1857 semasa Long Jaafar menjadi pembesar di jajahan Larut
(
Taiping). Dari itu tidak heranlah jika majoriti penduduknya bercakap dalam Bahasa Petani.
Menurut orang tua-tua, asal-usul nama Batu Kurau diambil sempena
daripada seketul batu besar yang menyerupai ikan kurau terletak di
tebing Sungai Kurau (berhampiran jambatan jalan raya Kampung Batu 14).
Sungai ini berpunca daripada beberapa batang anak sungai dari Kampung
Sempeneh, Anak Kurau, Changkat Lobak hingga ke Kampung Pondok Tanjung,
seterusnya mengalir ke
Bukit Merah dan masuk muara di Kuala Kurau,
daerah Kerian.
|
Orang Kuat Batu Kurau Berlatar belakangkan Masjid Alkurawi
Toh Sajak berada barisan hadapan 2 dari kiri - Photo milik Mania '77 |
Penduduk di Batu Kurau kebanyakannya terdiri daripada orang Melayu
keturunan Petani yang mempunyai pertalian darah dengan penduduk wilayah
Pattani, Selatan Thai. Sememangnya orang Petani suka memilih tempat yang
strategik untuk membuka kampung sesuai dengan cara hidup mereka yang
bercucuk tanam dan menternak haiwan. Mereka suka tinggal di kawasan kaki
bukit yang mempunyai lata sungai yang jernih airnya serta kawasan tanah
pamah yang berpaya untuk menanam padi. Kawasan kaki bukit memang sesuai
untuk tanaman pokok buah-buahan seperti durian, langsat, manggis,
cempedak dan sebagainya; sementara lata yang mengalir ke sungai-sungai
dapat membekalkan air ke sawah padi. Justeru, kehidupan orang Petani
yang begitu simbiosis dengan faktor alam semula jadi ini telah menjadi
satu nostalgia sebagaimana dengan serangkap lagu lama orang Petani
seperti di bawah :
"Ayun pak pek pak pong, Gulai asam pedas, Pakai baju tampung, Lenggang
bagai duras, Duras buaya kampung, Hilir-hilir mudik, Mana kampung kita,
Balik sana bukit!"
Justeru, walau di mana jua di negara ini, jika kita melihat
pemandangan topografi seperti ini sudah pasti penduduknya adalah terdiri
daripada orang-orang Petani. Sebagai contoh di negeri Perak orang
Petani juga tinggal di Ijok, Selama, Bukit Gantang, Air kuning,
Lenggong, Gerik dan Pengkalan Hulu; sementara di Kedah pula seperti di
Baling dan juga Sik.
|
Bangunan Masjid Al-Kurauwi, Batu Kurau - kerja wiring dilakukan oleh Mr Hb |
Nama-nama tokoh besar yang lahir dari Batu Kurau ialah seperti
Allahyarham Dato’ Seri Hj. Kamaruddin B. Mat Isa mantan Menteri Besar
Perak yang kelima (1970-1974) yang berasal dari Kampung Batu 16. Selain
itu, Allahyarham Tuan Hj. Muhammad Saman B. Muhammad yang lebih dikenali
sebagai Hj. Mat Saman Kati (1922-1995) berasal dari Kampung Relau
Berdiri, Batu 16; merupakan seorang ulama terkenal dan pernah dilantik
sebagai Mufti negeri Perak dari tahun 1978-1986.
|
Pemandangan dari puncak Gunung Kurau |
Batu Kurau mempunyai lebih dari seratus buah kampung! Antara kampung yang terdapat di Batu Kurau ini adalah Kampung Titi Kasai, Kampung Pondok Tanjung, Kampung Sungai Akar, Kampung Becah dan Kampung Pantai Besar Batu Kurau. Nak tulis semua tak de kemampuan heheh.
Antara sekolah yang terkenal di Batu Kurau ialah SMK Dato Kamaruddin,
manakala sekolah yang lain terletak agak jauh antara satu sama lain.
Kawasan perkelahan Air Terjun Kampung Sempeneh
Cempaka Batu Kurau sudah terkenal bagi penduduk di
Taiping dan sekitarnya. Anak kecil anda boleh mandi di kawasan air terjun
yang cetek dan berpasir, manakala yang remaja pula
boleh menguji keberanian dengan mandi di air dalam
dan berbatu. Biasanya kanak-kanak kampung akan
melompat dari jambatan besi ke air. Selain itu terdapat juga kawasan perkelahan Lata Air Hitam dan Jelai. Kesejukan dan kejernihan airnya pasti tidak boleh dilupakan oleh setiap pengunjung yang berkunjung.
|
Permandangan di Telaga Tujuh, Repoh, Batu Kurau |
Batu Kurau juga terkenal dengan keunikan Telaga Tujuh, yang asal usulnya
dikatakan mempunyai tujuh buah telaga di sungai di situ. Menurut
penduduk tempatan, Telaga Tujuh terhasil akibat daripada turunnya tujuh
orang puteri dari kayangan. Tetapi kini, telaga tersebut tinggal tidak
sampai tujuh buah kerana telah ditimbus oleh pasir sungai.
Di sini juga terdapat sebuah Pusat Dirasat Al Quran dan Tahfiz Batu Kurau yang dibina di atas sebidang
tanah seluas satu ekar, yang terletak di Kampung Sempeneh Batu Kurau,
Perak. Tanah dan sebahagian kos pembangunan Pusat Dirasat ini diwakafkan oleh
Tuan Hj Mahmud Zuhdi Hj Din dan keluarga beliau pada awal tahun 2004. Tujuan pembinaannya adalah menempatkan pusat yang dapat melahirkan pelajar yang mahir membaca al Quran mengikut Qiraat yang betul, melahirkan pelajar yang dapat menghafaz al Quran dengan sempurna, melahirkan pelajar yang boleh memahami, mantafsir dan menghayati al Quran, melahirkan pelajar yang berakhlak, bertanggungjawab dan berwawasan dan melahirkan pelajar yang berkemampuan memimpin institusi pengajian alQuran. Ia juga membuka kelas pengajian untuk penduduk kampung belajar membaca al Quran.
Selain daripada itu terdapat juga Pusat Tahfiz Nurul Iman yang dirasmikan Majlis Pecah Tanahnya oleh Menteri Besar Perak, YB Dato' Seri Zamry Abd Kadir pada 23 Januari 2011.
Di sini juga terkenal denga Silat Gayung Fatani. Seni silat ini adalah ilmu Silat Melayu yang diturunkan oleh pengasasnya iaitu asaskan Syeikh Abdul Rahman Tahir kepada anaknya juga seorang guru agama iaitu Haji Ramli bin Abdul Rahman
yang dikenali sebagai Tok Yah Ramli. Anak murid Haji Ramli Bin Abdul Rahman bernama Haji Abdullah Darus dan
Haji Mat Isa (Awang Pendekar) telah membuka dan mengembangkan ilmu
persilatan ini ke Batu Kurau, Perak dalam tahun 1948.
Selain daripada berniaga, masyarakat di sini juga kebanyakannya bekerja
sebagai petani dan menternak binatang untuk tujuan komersial. Terdapat
banyak dusun buah-buahan yang terkenal di sekitar kawasan ini dan mampu
memberikan pendapatan yang lumayan kepada para pekebun.
Bagi yang ingin berkunjung ke Batu Kurau, selain daripada kawasan perkelahan Air Terjun Kampung Sempeneh
Cempaka Batu Kurau; terdapat satu lagi tempat yang boleh dikunjungi. Paling best adalah kepada kaki pancing. Kurau Stone Fishing & Highland Stay: D'Bukit Homestay adalah tempat yang boleh dikunjungi untuk tujuan itu. Selain daripada memancing, aktiviti ATV
All-Terrain Vehicle), aktiviti makan-makan di restoran yang berkonsepkan gazebo, pakej motivasi dan aktiviti lasak seperti flying fox.
Antara anak kelahiran Batu Kurau yang berjaya menepa nama mereka adalah Saudara Jailani Abu Hassan (Jai), salah seorang pelukis Malaysia yang tersohor; Saudara Aloy, salah seorang kartunis popular tanah air dan Usu Azha Haji Hamzah, penulis, bekas editor dibeberapa majalah dan insan disebalik tabir beberapa buah drama.
|
Saudara Jailani Abu Hassan bersama karyanya yang dipamerkan di New York pada tahun 2011 |