Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Khamis, 31 Mei 2012

Burger Malaysia


Assalamualaikum.


Dah makan? Breakfast apa tadi?


Kami sekeluarga cuma makan Burger Malaysia je tadi. Alah resepi ambik kat MyResepi le macam biasa. Kat situ memang banyak resepi yang best-best.


Alhamdulillah Burger Malaysia ni dah banyak kali saya buat. Memang tak menghampakan. Siap diolah untuk hasilkan lain-lain kuih. Buat doh pizza la, roti la. Main belasah je janji sedap ok la kan.


Kali ni meh saya kongsikan resepinya. Dah banyak kali buat baru ingat nak kongsi resepi hahah. Bukan apa, gambarnya tak dapat snap sendiri so tu yang malas nak kongsi resepi. Tapi memandangkan dah lama saya tak kongsi apa-apa resepi. Kena gak ler kongsikan kat sini resepi simple yang biasa saya buat. Pinjam kengkawan blogger punya gambar ok kot. Mintak halalkan semua-semua gambar milik kawan-kawan yang saya kongsi kat sini ya.


BURGER MALAYSIA

By: Yani, MyResepi
Hasil: 8 - 12 biji besar bola tenis


Bahan-bahan:
  • 200g tepung gandum
  • 140ml susu/air
  • 2 sudu besar butter/margarine - biasanya saya guna margarine je
  • 2 1/2 sudu besar gula halus
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu kecil dry yeast
  • Minyak untuk menggoreng

Caranya:

1.  Campur semua bahan dan uli sehingga tidak melekat ditangan. Buat bulat besar. Tutup guna kain kering dan biarkan ianya mengembang sehingga 2 kali ganda.


2.   Tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan angin dari doh tu. Kemudian bahagikan kepada beberapa bahagian dan bulat-bulat kecil. Biasanya saya buat dalam 25g je besarnya sebab kang masak dia mengembang. Biar dia mengembang lagi 2 kali ganda.


3.  Goreng dalam minyak yang sederhana panas sehingga perang kekuningan.


4.  Belah 2 roti yang dah siap dimasak. Hati-hati jangan sampai putus. Isi dengan sambal tumis ikan bilis dan letakkan sekeping timun yang telah dihiris nipis tadi.


Penting ni..

** Tambah tepung sikit-sikit masa menguli kali terakhir sebelum masak supaya mudah ia membentuk.

** 1 cawan tepung tu lebih kurang 125g. Jadi kalau nak buat 200g guna 2 cawan atau kurangkan sedikit. Kalau guna sukatan 2 cawan Insyaallah tak akan lembik. Kena uli lama-lama sikit biar sampai lembut.





** Doh boleh buat mini pizza, donut, pau dan lain-lain hidangan roti. Saya kadang-kadang bakar je. Sapu sikit margarine/telur kat atasnya. Than tabur bijan. Sedap gak ler.

** Kalau doh tu pecah-pecah mungkin sebab tak tutup doh betul-betul. Bukan setakat gentel-gentel jadi bulat saja. Kena tutup doh rapat-rapat macam kena tutup inti kat dalam. Tutup rapat-rapat supaya bentuk pun bulat dan cantik.

** Kalau nak doh bulat-bulat dan cantik, masa kita buat doh tu bulat-bulat kecil biar doh tu selama 30 minit. Kemudian terbalikkan doh lembut tadi supaya permukaan tadi kering sedikit selama 10 minit. Bila goreng, guna api perlahan supaya kulitnya jadi cantik, tidak kasar serta bahagian dalamnya masak.


** Kalau doh tu tak kembang, sebabnya terlebih garam. Jadi pastikan kalau butter yang digunakan dah ada garam tak payah tambah banyak garam lagi. Lagi satu penyebab doh bantat adlah sebab terlebih butter.

** Sukatan lain: 1 sudu besar butter, 3/4 cawan air, 2 cawan tepung, 1 sudu besar gula, 1/4 sudu kecil garam, 1 sudu kecil (4g) yis. Letak air sahaja sebab kang takut muak kalau guna susu.


Ok nanti cubalah. Insyaallah sedap :) Mr Hb cukup suka.


1 ulasan:

  1. Sedapnye tengok bulan2 posa ni. hihi.
    nak try insyaAllah sebab saya dan suami memang suka. ;)
    terima kasih bagi resepi. ;)

    Gastrik di bulan Puasa - Qiss Me Mommy Healthy

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...