Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Jumaat, 12 Ogos 2011

Komputer Oh Komputer

12 Ramadhan 1432 bersamaan 12 Ogos 2011...

Lama gak rupanya aku tak dapat masuk facebook dek kerana masalah komputer ku yang tetiba je menyerang. Sakit hati betul coz masa tinggal itu hari ok jer sebelum pergi kursus Sirim. Semangat je mula tu nak tengok FB lepas 4 hari tak tengok..Yea la masa ni ler resepi sipi yang best-best akan keluar sempena Syawal yang akan menjelang. Selain tu semangat nak buat aneka kuih sendiri untuk berbuka...Alih-alih tak boleh buka dah. Huaaaaa sedih sangat.

Dah berapa kali antor service tapi masih gak tak dapat-dapat buka. Apalah salah ku??? huhuhu. Adakah sudi si dia teman anto sekali lagi komputer ini pergi service esok? Kang naik muak lak bebudak kat pusat service tuh pandang wajah yang anggun ni kat tempat diarang heheh. Boleh dikatakan selang sehari pergi. Anak-anak pulak bila dah kerap sangat mula le buat kedai tu macam pusat riadah diarang. Walaupun dua-duanya puteri tapi lasaknya ya Allah...naik letih mulut ni menceceh. Agak-agaknya macam mana le kalau dua-dua ni lelaki yea... Huuuu tak sanggup nak bayang heheh. Tak pe la selalunya orang cakap anak-anak yang lasak ni bijak kan Aaminnn.

Agak-agak apa cerita ye kekawan FB semua? Sure banyak resepi yang best yang dikongsi bersama. Nasib baik la tu hari sebelum berkursus sempat ambil serba sedikit resepi yang bila di buat fuhhhh Alhamdulillah best. Dalam bersedih kerana masalah cik komputer ni sempat le juga try beberapa resepi yang menarik dan syukur menjadi dengan cemerlangnya...Terima kasih Kak Rahayu Samsu, Kak Windu Kowang, Puteri Manja & Zue Zunaidah (FB); Junjs11, Citarasawan, Yani, Kak Besah & Kak Fida (MyResepi); Kak Azlita Aziz (fromintankitchen) dan lain-lain juga atas kongsi resepi yang best itu. Saya hargai sangat-sangat.

Moga-moga masalah komputer nih akan cepat selesai le hendaknya. Rindu gak nak berceloteh dengan teman-teman di FB.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...