Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Selasa, 7 Januari 2014

Lama tak berchatting.. 2 Puteri kini di Noodle Station, Food Court Tesco Taiping

Maafkan kami...
Maafkan kami...

Sebahagian lirik lagu Maafkan Kami dendangan Tan Sri P. Ramlee dengan rakan-rakannya.

Sebenarnya itu juga yang saya ingin ucapkan buat sahabat semua yang sudi bertandang ke laman ni.

Dah lama tak update sebarang berita kini saya tampil seketika untuk mewar-warkan bahawa bermula dari bulan Disember 2013 yang lepas 2 Puteri kini telah melangkah setapak lagi dalam industri perniagaan ini.


Alhamdulillah, kini buat pengguna semua boleh menikmati pelbagai hidangan enak yang diolah menggunakan Produk 2 Puteri. Semuanya di Noodle Station, Food Court Tesco Taiping.

Pelbagai menu yang enak disediakan buat pelanggan kami antaranya:-

1) Char Kueyteow 2 Puteri

2) Mee Goreng 2 Puteri

3) Mee Rebus Tok Perak

4) Nasi Rendang Ayam

5) Nasi Maharaja

6) Nasi Lemak

7) Pulut Kuning


Yang istimewanya semua hidangan yang disediakan itu menggunakan Sos Char Kueyteow 2 Puteri sebagai heronya (ramuan utama) manakala Cili Boh Asli 2 Puteri turut digunakan dalam beberapa hidangan. Termasuk masakan Sup Daging yang istimewa tau.

Mungkin Asamgaram2puteri akan senyap seketika dari arena perblogkan ini (amboi ayatttt heheh) namun Insyaallah kalau ada kesempatan kita akan bertemu kembali di sini.

Doakan kejayaan kami dan berilah sokongan jika sudi :) Kami amat menghargainya!


Terima kasih semua.....

Assalamualaikum..

Jumpa di Noodle Station, Food Court Tesco Taiping nanti!!!! Insyaallah puas hati.... :)

2 puteri yang turut membantu

 **mungkin akan ada satu dua soalan yang tak sempat dilayan kami ingin memohon ribuan maaf terlebih dahulu. bukan tak sudi tapi tak berkesempatan.... :)

Khamis, 12 Disember 2013

Sos Char Kueyteow 2 Puteri kini di Mydin Hypermarket Seremban 2, Negeri Sembilan


Sebenarnya dah seminggu saya simpan berita baik ni. Tak berkesempatan nak maklumkan sebenarnya. Maklum la banyak sangat yang perlu diuruskan.

Alhamdulillah, kini Sos Char Kueyteow 2 Puteri dah ke Mydin Hypermarket Seremban 2 dah.

Sebenarnya saya pun tak perasan yang satu order masuk ialah ke pasaraya baru tu. Ingatkan Mydin Hypermarket Terminal 2 yang masuk. Pelik gak sebab dua kali masuk. Tapi ingatkan nak tambah order heheh.


Entah macam mana leh tak perasan alamat yang tertera. Sibuk la sangat kan heheh.

Tup-tup masa hantar baru tersedar. Tu pun bila kakitangan Mydin Hyopermarket Terminal 2 tegur. Ooooo mak kau sudah silap da.. Malu weh....

Tapi syukur Alhamdulillah la kan :)


So buat sahabat yang ada di area Seremban, kot tak dapat nak cari Sos Char Kueyteow 2 Puteri di Mydin Hypermarket Terminal 2 leh le jengah-jengah di Mydin Hypermarket Seremban 2 pula yer.

Memang berbaloi tau kalau beli Sos Char Kueyteow 2 Puteri ni. Almaklum la pelbagai resepi istimewa boleh diolah dengan menggunakan Sos Char Kueyteow 2 Puteri ni. Bukan setakat masak Char Kueyteow yang best tu je :)

Nak pulak Mydin tengah mengadakan promosi sekarang. Sos Char Kueyteow 2 Puteri HANYA RM3.99 sebotol je. Memang tak memberatkan kalau nak cuba.


So cubalah sekarang!

Sabtu, 7 Disember 2013

Announcement: Tawaran Hebat Kembali Lagi di Mydin Hypermarket seluruh Malaysia




5 Disember 2013 - 6 Januari 2014

 
Pasaraya Mydin Hypermarket
Semperna Promosi Kembali Ke Sekolah Vol 2



Sos Char Kueyteow 2 Puteri kembali dengan penawaran harga yang HEBAT!!!!

Cepat DAPATKAN SEKARANG!!!!

Isnin, 2 Disember 2013

Rural Business Challenge 2013: Alhamdulillah... Idea Perniagaan 2 Puteri diterima

Lama tak bersiaran. Agak sibuk dengan persiapan penyertaan Program Satu Daerah Satu Industri (SDSI) yang diadakan di MITC Melaka tempoh hari. Yang saya war-warkan kat sini tempoh hari tu...

Ada ke antara yang kat sini pergi ke karnival tu?

gambo dari syamille lebah kelulut.. gambo dr cik abang tak dapat lagi

tempat pertama pavillion terbaik... 3 kali dah katenya. lagi gambo dari syamille lebah kelulut

Alhamdulillah.. Semuanya berjalan dengan meriah sekali menurut Mr Hb.

Mr Hb je yang hadir kat program tu sebab saya kena hadiri satu program lain yang berjalan di Kampung Gali Tengah, Raub, Pahang pada masa yang hampir sama dengan Program SDSI kat Melaka tu.




Program Anugerah Ilham Desa Peringkat Kebangsaan 2013.

Syukur Alhamdulillah akhirnya penantian untuk mengetahui keputusan Pertandingan Rural Business Challenge 2013 akhirnya terjawab.

Ingat tak saya dah ceritakan tentang pertandingan bawah tajuk Rural Business Challange 2013 tu kat sini bawah tajuk Promosi Tesco Store & Rural Business Challenge, juga di sini dengan tajuk Doakan Saya Yer!, kat sini bawah tajuk This Is The Day! dan kat bawah tajuk Cabaran Yang Telah Diharungi.
 
Hadiah RM2juta tu dah disavekan untuk syarikat RM Ninetysixbillion Enterprise tu tau. Tahun 2014 nyer hehehhe... (aaamiin ;)

Alhamdulillah akhirnya ianya mejadi kenyataan selepas kecut perut menanti jawapannya sekian lama. Memang lama tauu....Bulan 4 tutup pertandingan, interview bulan 7. Hah sekarang bulan 12 tapi masa terima berita dan hadiah tu bulan 11 heh...

Penantian memang satu penyeksaan. Tapi Alhamdulillah.. Penyeksaan yang berbaloi jadinya. Redha.. Redha heheh.

semua ni untuk 2 puteri kesayangan... moga Allah berikan yang terbaik untuk mereka, aaamiin

Memula tu pening gak nak pergi dengan sapa sebab Mr Hb dah ke MITCkan.. Sib baik teringat ayah bonda. Sib baik diarang sudi temankan. Dan Pak Su Sahidan yang familiar dengan Pahang ni sebab mertuanya dari sana. Lega le sesangat.

Kat sana kami diberi bilik penginapan. Tapi sebabkan tak muat nak tido ramai sangat yang datang, Pak Su Shahidan bawa mak ayah ke rumah kakak dia di Felda Klau. So nampaknya kena berulang le dia ke Bentong dan Raub sebab saya ditempatkan di Hotel Trans Mutiara Bentong. Thanks pak su.. mak su..

Nice biliknya. Memang selesa le untuk datang lagi nanti :)


Sedari hari pertama kami kat situ pada 29/11/2013 hingga 1/12/2013 hujan memanjang. Udah le berkasut warna beige.. Memang naya. Tapi hujan tu kan ke rahmat Allah so takpe la. Apa pun memang best kat situ sebab walaupun hujan berpanjangan orang yang datang ramaiiiii sesangat. Memang penuh la :)

Hadiah kemenangan disampaikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin. Bangga akak dikkkk. Beliau diiringi oleh Menteri Besar Dato' Sri DiRaja Adnan Yaacob selaku tuan rumah program.


Sempat gak ucapkan terima kasih pada YAB Dato' Seri Mohd. Shafie Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah sebab dibawah kepimpinan beliau nampak banyak gak le peluang yang terbuka untuk peniaga-peniaga muda nih (muda sangat le tuuuuu).

Sekurang-kurangnya dapat gak kami (orang-orang macam saya) mengetengahkan produk kami. Kadang-kadang peluang kita tak secerah orang lain bab-bab nak dapatkan bantuan jadi melalui program macam ni dapat jugak le kita tonjolkan diri kan...

Selain daripada kami, pemenang Pertandingan RBC kategori Idea Perniagaan, ada gak hadiah untuk kampung-kampung yang berinovasi yang diraikan dalam majlis ni. Sebenarnya majlis ni lebih kepada diarang kami ni cuma menumpang je huhu.. Tak der program untuk kami rupanya sobbbbb.

Kampung yang memang ialah Kampung Peruas, Hulu Dong, Pahang yang telah mengalahkan 9 penyertaan lainnya seluruh Malaysia dengan projek Pelancongan Desa. Mereka menerima hadiah berupa wang tunai RM50,000, trofi dan tiket ke luar negara.

johan kategori Anugerah Ilham Desa 2013... bagus la diarang ni

Hadiah kedua dimenangi oleh Kampung Parut Warijo, Batu Pahat, Johor dengan projek ternakan kambing, arnab dan pengeluaran baja organik. Mereka ni pulak dapat RM40,000, trofi dan tiket penerbangan juga ke luar negara.

memang menarik minat saya.. mula le ligat kepala ni :)

Tempat ketiga dimenangi oleh Kampung Batu 26, Bandar Baharu Kulim, Kedah yang mengetengahkan projek Alat Penetasan Unggas. Memang menarik hasil diarang ni. Mula le idea mencurah-curah kat kepala otak saya ni  heheh. Diarang mendapat RM30,000, trofi dan tiket penerbangan ke luar negara gak. Mana le diarang dapat pergi tu yer..... Nak ituttt..

Hadiah saguhati tak ingat le pulak sapa yang terima. Nanti kalau ingat saya betulkan balik info kat sini.

Apa pun syukur Alhamdulillah sekali lagi sebab rezeki ini dapat le jugak saya gunakan untuk projek kedua saya nanti. Huhu ingat boleh joli sakan. Idakkk jugak yer huhu..

So nantikan yer apa projek saya nanti heheheh.... Insyaallah akan saya war-warkan kelak :)

lihat le donia... ini le kami yang berwajah bangga tu.. heheheh ;)

Tahniah buat sahabat yang turut menang RBC 2013 kategori Idea Perniagaan nih... So apa perancangan mike yer laling semua? Macam yang dah ada produk nice... Teruskan hingga berjaya mana le nak tahu kita setaraf Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary kan.... (aaamiin heheh).

Kot yang belum sebab idea baru kan... Moga peluang yang Allah bagi ni tidak dipersiakan. Jadikan modal dikkk. Akak dulu duit sendiri je hahahah.

Terima kasih KKLW, Dr Noor Irfan Khairi dan panel juri serta semua yang terlibat. Tak lupa terima kasih yang tak terhingga buat family tercinta kerana sabar segala dugaan dalam menempuh kejayaan ini..

Allah bersama kita semua... Insyaallah :)

sempat je kau yer... alah tak kaco mana pun mmg tengah kerja akan so bg kerja sikit. bergambo dengan teman heheheh
sis Yana staff di KKLW yg byk membantu & layan kerenah teman. org nak kasi pun ngengadakan hikhik

Terima kasih juga buat sahabat semua yang sentiasa menyokong dan mendoakan kami. Akan kami berikan yang sebaiknya Insyaallah... :)

**ececehhh ngengada nak beri ucapan gak ek hahahah. Tu le tu hari tak dapat so kat sini le berkongsi ucapannya hahahah


Khamis, 21 November 2013

Program Satu Daerah Satu Industri (SDSI) 2013 di MITC Melaka dari 29/11/13 - 1/12/13


Alhamdulillah.. Dengan sukacitanya kami di asamgaram2puteri ingin mewar-warkan kepada pembaca semua bahawa Produk 2 Puteri telah terpilih sebagai pempamer bagi Negeri Perak untuk menyertai 


PROGRAM SHOWCASE SATU DAERAH SATU INDUSTRI (SDSI)

Bertempat di  MELAKA INTERNATIONAL TRADE CENTRE (MITC), MELAKA

Pada  29/11/2013 - 1/12/2013

* Jualan produk dengan harga yang menarik serta peluang rasa-rasa masakan dengan menggunakan Produk 2 Puteri akan diadakan dalam memperkenalkan Produk 2 Puteri yang telah ada dipasaran Mydin Hypermarket dan Tesco Store.


* Pengguna akan diberi resepi-resepi menarik yang menggunakan Produk 2 Puteri dalam masakan seharian.

Semua yang ada berdekatan Melaka dijemput ke Booth 2 Puteri ya...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...