Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sabtu, 11 Mei 2013

Jalan-jalan ke Zoo Taiping...


Hari ni berkesempatan bawa anak-anak jejalan. Kesian le jugak asyik terperap dengan buku dan aktiviti harian kat rumah je selalunya. Kalau tak pun ikut kitarang beli barang. Ha.. Masa tu diarang dapat le singgah main jab ke apa. 2 in 1 gitu.


Tapi hari ni memang fokus nak bawa diarang keluar untuk beriadah. Memula planning nak 'daki' Maxwell Hill tapi idak le daki sendiri heheh... Naik jeep le heheh. Tak mampu dah weh nak panjat sendiri bukit yang tinggi tu. Maunya sempoit esei ni kang. Bukan le selim melim lagi dah hehehhe. Actually sendiri pun memang berhajat nak tawan Bukit Maxwell ni sebab kali masa naik dulu umur baru 12 tahun. Masih di alam sekolah rendah. Skang anak pun dah masuk sekolah rendah lama tak lamanya dah tak naik. Mr Hb pun katanya tak pernah jejak pun. Isk hagak camtu kot orang local nih. Yang jauh berkali-kali sampai, yang dekat mata nih idak pun terjijaknya. Tapi tu le mungkin masih tak der rezeki hajat tak kesampaian sebab katanya hari ni kerja pembersihan sebab ada pokok tumbang. Mungkin dah halang jalan so sehari le tutupnya.


Tu le patut ikut plan yang memula, pergi esok je. Tapi tah Mr Hb tak sesabo pulak nak pergi awal. Hasilnya.. Ubah planning. Nak bawa ke mana pulak le anak-anak dare berdua ni. Nak bawa swimming... Bekal baju tak der. Akhirnya Izaz cakap yang dia nak pergi Zoo. Terus hala ke Zoo Taiping pulak. Akhirnya ini le destination kitarang lepas planning pertama tak menjadi. Apa pun sib baik anak-anak puas hati. Tu yang penting.


Kat Zoo Taiping saya tengok diarang tengah buat renovation. Tapi tu tak mengganggu pengunjung-pengunjung yang ada. Biasa le hari ni kan cuti so memang ramai le yang berkunjung. Tapi kitarang antara yang terawal le berkunjung sebab dah perancangan nak naik Bukit Maxwell tak menjadi tadi. Pusing punya pusing dekat 3 jam kitarang kat dalam tu. Apa yang di buat tah heheh tapi tu le asyik tengok binatang semua. Pastu layan anak main jab kat tempat permainan yang ada dibina kat dalam tu. Pastu puas diarang main, ulang tayang pusing satu Zoo tu naik trem pulak heheh. Sib baik perhentiannya dah diubah jauh sikit dengan tempat berhenti sebab kerja-kerja renovation termasuk kat kawasan trem yang asal. Kot tak harus layan pusing dua tiga kali hikhik.


Lepas puas pusing, kitarang mula berangkat untuk keluar dari Zoo. Masa nak keluar Afif pulak nampak orang ambil gambar dengan si sawa. Apa lagi terus dia stop tengok. Memula kitarang layan le kot dia teruja nak tengok je. Alih-alih dia cakap nak bergambar dengan ular juga. Isk... Biar betul anak dare ni. Memula Mr Hb tak kasi. Risau dia heheh. Tapi dek kerana dia berkeras gak nak bergambar dengan cik ular, lembut gak le hati Mr Hb. Tapi yang bergambar Afif sorang je la, kami-kami nih tak hehe. Mr Hb kata dia geli. Izaz pun memang payah. Jangan kata dengan ular, dengan orang pun dia payah hehe. Saya tah dah tetua ni tak gemar pulak dengan semua-semua tu. Mungkin aura berani tu dah makin pudar kot heheh.


Tapi salute le kakak yang ambil gambar tu. Sekali snap je dalam bising-bising kitarang suruh Afif pandang camera sebab dia tengok tang muka ular tu je dia berjaya gak dapat satu frem gambar yang cukup-cukup cantik pada saya. Gambar ngam-ngam tengah, tak der sesapa yang terinterframe dan paling penting perfect la pada saya. Yang saya cakap ada yang terinterframe tu bukan sapa tapi staff dia le berdiri keliling Afif sebab Afif nampak cam kasar sangat pegang cik ular tu. Sampai naik berkedut satu badan heheh. Diarang pun nampak risau. Nak buat camner anak dare ku lasak sikit (sikit ker heheh).



Lepas siap je gambar dia, hangus kitarang dengar kata-kata betapa bangganya dia bergambar dengan ular. Siap puji diri pastu kutuk-kutuk pulak kitarang terutama ayahnya sebab tak berani cam dia. Sepanjang jalan sampai balik rumah asyik dengar tu je. Naik rentung kitarang hahah. Apa pun memang saya tahu dia jenis berani cuba segala bagai. Dari kecik memang macam-macam yang dia buat. So tak pelik le kalau dia berani dengan cik ular ni. Saya pun tak pernah galakkan dia jadi penakut sebab pada saya itu akan jadi penghalang untuk dia cuba sesuatu. Kalau dia yakin teruskan tapi kena minta izin kitarang dulu le. Tugas kitarang pulak untuk tentukan apa yang dia nak buat tu elok ke tidak.


Tapi dalam berani tu baru-baru (actually sejak bulan 11 tahun lepas) ni saya perasan yang dia jadi fobia pada tangga. Nak naik atau turun tangga nampak cam payah sangat. Siap berpaut dua tangan kat palang tangga tu. Dia cakap takut jatuh. Tapi tak pernah pulak saya tahu yang dia pernah jatuh tangga sebab selalunya kitarang dengan dia je kalau ke mana-mana. Memula ingat dia main-main tapi semalam nampak teruk sangat masa naik fly over masa nak lintas jalan. Saya cuba convince dia supaya tak takut dan janga ikut perasaan. Tapi nampaknya kena ulang banyak kali le sebab dia ni kalau dah tetap satu-satu perkara lambat le kita nak pujuk supaya dia ubah pendapat. Harap-harap benda ni tak le lama. Hendaknya dia pulih le cepat. Risau saya...



Malam ni tinggal sensorang sebab Mr Hb ke kilang pulak memasak. Heheh tadi dah habiskan masa jejalan, kena kerja overtime le nampaknya. Entah le sampai pukul berapa pulak tapi tu le apa nak buat tu je mata pencarian kitarang. Tak kerja tak der gaji heheh. Masa ni le teringat masa makan gaji dulu. Kan ke best 9-5 jer. Nak gi jejalan dengan family pun idak risau tiap hujung minggu. Tapi tu le bila pikir-pikir balik mungkin ada hikmahnya apa yang Allah jadikan jadi kena redha hihihh. Tapi kerjaya dengan family kena seimbangkan seberapa yang boleh supaya kejayaan sebenar milik kita. Insyaallah...


Jumaat, 10 Mei 2013

Akan datang: Promosi Produk 2 Puteri di Pasaraya Tesco Store yang terpilih

Dah 5 hari menyepi dari menulis kat sini. Bukan bersedih ke atau terlebih celebrate bila wakil rakyat yang dipilih kalah/menang. Tapi sebaik je lepas mengundi line kat kampung saya ni lup jab. Ni pun niat nak menulis pepagi tadi tak dapat sebab line tak berapa mengizinkan. Sib baik malam ni ok dah. Kot tak lagi lama le menghilang heheh.


Nak pulak minggu ni start busy sesangat bila tarikh promosi dah makin hampir. 18 Mei - 19 Mei ni Insyaallah akan bermula promosi untuk Produk 2 Puteri (Sos Char Kueyteow 2 Puteri & Cili Boh Asli 2 Puteri) di Tesco Store Ampang.


Nak masak memasak untuk bagi rasa tu tak dapat le yer. Maaf yer promosi kitarang tak macam yang selalu tu. Almaklum la kitarang ni tinggal nun jauh di utara manakala promosinya pulak nun jauh di KL dan Selangor. Cam ner le nak masak memasak mengantorkan makanan pulak. Tak der idea pulak nak minta tolong sesapa masak sebab kang menyusahkan orang pulak nak mengantor sana sini sebab lokasi berubah tiap 2 minggu.


Untuk promosi nanti kami just decide untuk buat tawaran hebat beli mana-mana Produk 2 Puteri akan dapat 1 BUNGKUS CILI BOH ASLI 2 PUTERI 280G secara PERCUMA. Jadi jangan lepaskan peluang yer untuk dapatkan Produk 2 Puteri di lokasi-lokasi yang terpilih.


Ada 5 cawangan yang ditawarkan kat kitarang. Semuanya date berlainan. So boleh le serang kat setiap cawangan untuk dapatkan produk kitarang yer. Ni jadualnya:


  1. 18-19 Mei 2013 - Tesco Store Ampang
  2. 1-2 June 2013 - Tesco Store Kajang
  3. 15-16 June 2013 - Tesco Store Puchong
  4. 17-18 August 2013 - Tesco Store Mutiara Damansara
  5. 31 August - 1 September 2013 - Tesco Store Shah Alam

Pada masa ni itu je yang mampu kitarang tawarkan pada pengguna 2 Puteri ni. Beli mana-mana satu Produk 2 Puteri akan dapat 1 BUNGKUS CILI BOH ASLI 2 PUTERI 280G secara PERCUMA. Kalau beli lebih akan dapat lebih le Insyaallah.


Insyaallah mungkin kalau ada rezeki lebih kami akan buat lebih banyak tawaran promosi yang lebih menarik untuk pengguna kami. Akan kami usahakan untuk memberikan yang terbaik untuk semua pengguna Produk 2 Puteri Insyaallah...


Jangan lupa yer, pergilah ke Pasaraya Tesco seperti yang tersenarai di atas pada tarikh-tarikh berkenaan untuk dapatkan Produk 2 Puteri untuk tawaran menarik kami ini. Manakala untuk cawangan Tesco Store lain Insyaallah sedikit hari lagi kami akan tampil dengan tawaran-tawaran lain yang juga menarik.



Ahad, 5 Mei 2013

Marilah Mari.. Pergi Mengundi, Jangan Lupa Kewajipan Pada Negara


Pru 13 yang dah ditunggu sejak sekian lama dah tiba. Dah mengundi?? Heheh saya sudah. Tunaikan di Sek Keb Bukit Merah. Pusat mengundi saya kat situ. Pergi idak le awal sangat sebab siapkan kerja-kerja kat rumah ni dulu, siapkan anak-anak dan makan Mr Hb baru le bersiap keluor.Tunaikan kewajipan pada keluarga terlebih dahulu. Gitu heheh.


Kat tempat saya tak le ramai sangat. Mungkin sebab dah pendalaman kot heheh. Jadi mudah dan cepat je selesainya. Tup tup dalam 10 minit kot dah siap. Isk macam tak percaya.


DUN dan Parlimen masing-masing bawa janji masing-masing untuk bangunkan kawasan yang jadi rebutan. Tempoh berkempen tu hari banyak gak ar janji-janji yang ditabur. Menziarah sana sini untuk tunjuk yang hajat nak berbakti pada penduduk setempat. Doa saya agar ianya tak berakhir masa tempoh berkempen je. Harap-harap tu berpanjangan le setiap masa yang ada. Janji perlu ditunaikan agar tidak dikatakan munafik nanti. Jangan le setakat ada acara besar-besar je boleh nampak muka.


Malam ni pakat-pakat le kita tunggu dengor sapa yang menang. Harap-harap calon pilihan kita dinobatkan sebagai pemenang. Tak kisah le siapa yang dipilih yer tak. Udah kita pilih harus kita nak si dia tu yang menang.


Ok jom kira detik untuk lihat sapa yang akan tadbir kewasan kita. Macam saya cakap tadi moga-moga yang kita pilih akan jadi pentadbir kat kawasan kita. Tapi tak kira le sapa pun yang menang malam nanti (lepas pengundian dan pengiraan berakhir) saya harap sangatlah tunaikan janji-janji yang diberikan. Yang tak dapat tempat kat kawasan yang dicalonkan pun jangan lah merajuk. Kot lebih afdhal kalau turut sama dengan wakil yang terpilih bangunkan kawasan-kawasan yang kita berhajat nak tadbir. Itu yang lebih baik....


Tahniah buat Yang Berhormat yang terpilih mentadbir kawasan masing-masing dan moga Janji Ditepati. Tahniah sekali lagi... :)


Khamis, 2 Mei 2013

PRU 13: Pilihan raya makin dekat, jalankan amanah & tanggungjawab yang diberi


Alhamdulillah hari ni agak lapang sikit. Jadual waktu belah pagi agak lenggang lepas hantar anak ke sekolah. Tapi takat kul 11 pagi je la. Pastu kena start enjin balik le. Camtu le kalau merangkap suri rumah sepenuh masa ni. Hidangan untuk keluarga pun sesibuk mana pun tetap kena siapkan hidangan untuk yang tersayang.


Uishhh sana sini dok dengar lagu Mari Mengundi dah yer. Macam-macam versi yang dok dengar tapi tah le feeling lebih terasa kalau dengar old version tu. Mungkin sedari kecil lagu tu wajib berkumandang kot sebab tak der lagu lain tu yang telinga ni lagi tangkap syok kalau dapat dengar versi lama tu.



Demam mengundi kali ni lain macam sikit rasanya. Tak macam dedulu walau dulu-dulu pernah gak saya bersama kawan-kawan serumah bertandang ke sana sini untuk dengar ceramah. Tak kira le group mana pun kami main redah je heheh. Masing-masing muda lagi tak der perasaan sangat nak mengundi atau ambil tahu sangat. Yang tahu cuma nak senghonok jer. Bila sampai masanya masing-masing tarik selimut tak der sorang pun keluor mengundi heheh. Bikin kecoh je lebih...


Tambah-tambah bila negara dok aman dan segala kelengkapan apa yang nak semua ada. So memang tak ambil pusing sangat hal-hal lain. Yang dok terbentang dalam kepala ni kerja, have fun dan cari duit lebih sebab nak beli handbag le, baju le, kasut le bagai. Isk... Tah le tapi apa yang nak difikirkan lagi kalau dah tak der masalah. Hidup aman, apa yang nak semua leh dapat janji kerja.. Kerja.. Kerja. Dengar lak sana sini ada je peluang untuk orang yang nak sambung study, nak tambah pendapatan dan pelbagai lagi peluang yang menjanjikan kehidupan yang lebih baik cuma kena usaha je lagi le tak susah susah nak pikir.


Tapi tu semua nostalgia masa membesar kata orang heheh (besar mana le nak capai tu yer hehe). Sekarang bila dah ada anak (itu yang terpenting dalam hidup saya sekarang), dah ada business sendiri baru le tahu betapa pentingnya negara aman dan terjamin kebaikan untuk rakyatnya. Baru le nak buka mata sikit. Dan baru le mula nak risau masa depan negara. Sebabnya negara aman, Insyaallah kehidupan pun akan sempurna. Janji semua pihak kena amanah le. Kot tak payah gak.


Dulu kalau cuti-cuti seperti raya le bagai KL akan lengang (rasanya sekarang pun kan). Masa tu yang ramai orang Indon, Bangla dan seangkatan dengannya yang datang kat sini akan lepak kat Chow Kit, Pekeliling dan banyak lagi tempat le. Masa tu terasa tak amannya kalau berjalan ke tempat-tempat tu. Gerun semacam je bila kita berjalan sensorang mata diarang memerhati gerak langkah kita. Memang tak aman. Terasa macam kita sesat tempat orang je sebab selama ni kehidupan kita aman je. Tapi masa tu memang confirm rasa tak aman. Diarang tu tak le buat apa pun cuma melepak je kat tepi-tepi jalan dan usha kita tapi rasa tak seronok la sebab ni negara kita. Tempat kita kan. Sepatutnya kita bebas ni terbalik pulak. Tapi diarang pulak yang terasa aman kat negara kita ni berbanding kita masa tu.


Kejadian tu membuatkan saya baru sedar yang keamanan ni penting sesangat. Kalau tak kita tak bebas untuk jalankan aktiviti seharian kita. Memang tak best sangat.

Tak pernah terbayang yang negara kita akan begini juga. Ya Allah... Cukup cukup lah yer

Kejadian demontrasi yang pertama berlaku di ibu negara diikuti yang berikut-berikutnya juga buatkan saya rasakan keamanan mudah terancam kalau kita tak bersatu hati. Masa tu saya dah tak tinggal kat KL tapi dek kerana segala selok belok kawasan sana ada le dalam memori saya, buatkan saya terasa lagi goyang. Dalam kita berasa aman dan bebas buat apa yang kita suka, kita digemparkan dengan hal macam tu. Dulu dok tengok je dalam kaca TV. Dalam hati cukup takut, jangan le jadi macam tu kat sini. Tapi bila terjadi sendiri kat negara kita setelah lama merdeka pun, hati ni mula nak ambil tahu hal-hal negara. Tak kan masa saya membesar saya nak bebas bermain ke sana sini tapi masa anak-anak saya biarkan mereka hidup dalam ketakutan pulak. Sepatutnya keadaan tu masa dulu-dulu je, masa sekarang tak lagi tapi terbalik pulak.

Sanggup ke kita tengok anak-anak yang tak tahu apa-apa ni jadi mangsa ketidak amanan di negara kita??

Demontrasi menyebabkan banyak kemusnahan berlaku. Harta benda, keselamatan dan pelbagai lagi akan musnah dalam demontrasi ni. Saya sebagai peniaga tahu le perasaan peniaga lain yang tak boleh cari makan masa tu. Orang lain tak per la ada gaji tiap bulan tapi peniaga ni mana le nak ada semua bagai. Kalau kerja ada le gajinya. Kalau tak tongkat dagu le. Nak pulak kalau masa demontrasi tu ada kemusnahan harta benda kita harus lagi satu runsingnya. Dah le tak der pendapatan hari tu, nak kena baiki pulak apa yang rosak. Kalau sewa lagi satu hal. Isk... Memang menyusahkan betul dek akibat demontrasi yang merosakkan tu.


Jadi peliharalah keamanan. Pentingkan rasa bebas dan damai yang kita kecapi sekarang. Jangan biarkan ada pihak yang nak porak perandakan negara kita. Mungkin bagi pihak tu kalau rosak Malaysia ni dia boleh lari ke negara lain yang lebih aman padanya. Tapi pada kita yang tak mampu ni macam mana? Nak kena jadi pelarian atau tawanan di negara sendiri ke? Saya mengaku apa yang berlaku confirm saya tak mampu nak bawa keluarga keluar dari negara ni. Anak-anak akan tanggung beban hidup dalam negara yang rosak ni. Keselamatan mereka terancam. Bagai mana diarang nak jalani hidup macam yang kita pernah alami dulu?


Yer la masing-masing ada rasa tak puas hati sana sini. Jangan kata korang, saya pun ada le sikit rasa tak puas hati. Almaklum la kita ni manusiakan. Hati perasaaan dan keinginan tu macam-macam. Selalunya selera tinggi. Tapi tu bukan bermaksud kita boleh musnahkan keamanan yang ada untuk puaskan hati kita. Ada salurannya yang betul supaya keamanan terjaga dan ketidakpuasan hati terlerai.


Paling penting juga demi menjaga keamanan negara kita ni disamping kita nak jayakan jadi negara yang pesat berkembang, masing-masing kena bertanggungjawab dan amanah le. Pemerintah kena jalankan tanggungjawab yang diberikan dan amanah untuk bangunkan negara. Bukan setakat masa nak pancing undi je baru nak ziarah kampung ke kampung. Rakyat kena bertanggungjawab sebab masing-masing yang pilih pemerintah kan. So terima dulu, kalau tak puas hati cukup 5 tahun pilih le untuk tukarkan orang-orang yang buat kita tak puas hati tu. Tapi lebih baik jangan pilih yang tak jalankan amanah diarang je. Yang baik-baik kita kekalkan. Tak payah nak tumbangkan melulu-lulu bagai. Rakyat juga kena amanah untuk jalankan tanggungjawab sebagai warga negara yang baik dan turut bangunkan negara jadi lebih berjaya. Pekerja juga kena bertanggungjawab atas amanah kerja yang diberikan. Sejujurnya bekerjalah dengan lebih amanah, jangan curi tulang dan jangan buang masa. Amanah telah diberikan dan jadi satu dosa besar kalau kita tak amanah. Nak pulak jadi punca rezeki kita yang kita bagi pulak pada anak-anak kita makan. Lagi le kena jalankan amanah tu betul-betul. Negara akan maju kalau semua pegang amanah. Ekonomi juga akan lebih meningkat Insyaallah.


Kalau masing-masing tak bertanggungjawab tu le yang berlaku kemusnahan tu. Kalau tak amanah pulak, akan buatkan hati banyak yang kecewa dan terluka. Akibatnya orang-orang yang kecewa ni cari jalan pendek dengan adakan demontrasi. Jadi peliharalah amanah dan tanggungjawab masing-masing. Macam gak kita jaga amanah kita dan jalankan tanggungjawab kita sebagai ibu bapa pada anak-anak. Keadaannya lebih kurang sama cuma bezanya institusi tu kecil atau besar je. Tapi coraknya lebih kurang sama je.


Heheh sebenarnya saya nak tulis ni pasal kain-kain rentang yang digantung kat tengah-tengah jalan raya tu. Tah kenapa bila dan start tekan keyboard ni terasa nak sentuh pulak bab amanah dan tanggungjawab ni. Memang le berkaitan sedikit sebanyak tapi tu le terlari topik sikit. Sebenarnya say acukup gerun sekarang nak lintas kat bawah terutama kalau angin kencang atau hujan yang disertai angin  ni. Dengan botol air 500ml le, 1 liter le, batu le semua ada. Bila-bila masa boleh jatuh kena penunggang atau pemandu kereta yang boleh buatkan eksiden. Isk gerun. Tadi saya nampak pulak buluh yang diikat pada kain rentang. Tercacak ke bawah sebab diikat belah kiri dan kanan supaya tegang. Kalau le nak jadi cerita buluh tu jatuh dan tercacak atas kepala, Nauzubillah tapi apa yang akan berlaku agaknya? Benda ni jangan buat mudah sebab boleh akibatkan kematian, pergolakan sebab ada keluarga yang tak akan puas hati dengan keadaan tu dan pelbagai lagi masalah yang kalau dipikirkan eloklah turunkan.



Nak rentang atas jalan tu buat le elok-elok. Guna tali banyak sikit tarik atas bawah, kiri kanan. Jangan le gantung benda-benda merbahaya ni. Kang tak pasal-pasal ada yang kena saman berjuta-juta (sekarang tak main ratus ribu yer) pulak. Mungkin tak der lagi yang berlaku, Syukur Alhamdulillah tapi better be safe than sorry kata nenek.


Ahad ni dah nak mengundi so pilih yang terbaik dan satu harapan buat pemimpin-pemimpin yang terpilih, tolong lah Yang Berhormat semua jalankan amanah dan tanggungjawab yang kami sandarkan ini untuk kemajuan tempat Yang Berhormat sekalian. Insyaallah rakyat akan lebih hormat pemimpin yang betul-betul bertanggung jawab dan amanah... Insyaallah :)


Rabu, 1 Mei 2013

Happy Birthday Izaz Rashyeeda yang ke 5 tahun

Ary ni 1 Mei dah. Semalam hari lahir puteri kesayangan yang bongsu (bongsu ke??? Heheh), Izaz Rashyeeda Hairol yang ke 5 tahun.


Maafkan ibu yer laling, lambat wish kat sini. Anyway birthday dah sambut kan semalam. Dengan kengkawan kat tadika, cikgu Yat, Kak Nurul, ibu dan ayah.


Sedap kek adik pilih, blueberry cake. Tahun ni main beli je kek untuk adik. Rasanya birthday kakak esok pun beli gak. Ibu quite busy le dear. Tetambah nanti nak buat promosi, harus produk kena standby extra dari selalu. Sorry yer. Cikgu Yat pun tegur sebab ibu beli je kali ni. Ternanti-nanti gak dia rupanya nak tengok buah tangan ibu heheh. Last year ibu buatkan Kek Angry Bird Red Valvet. Heheh ikut main sedap je ibu decorate. Sib baik menjadik. Idak le malu kat dia hehe.


Tahun ni hajat adik nak dapat birthday cake princess terpaksa dilupakan sebab dah cari tak der. Kat kedai tu kurang kot yang nak cari kek Princess. Insyaallah next year kot ada rezeki ibu try buat ek. Tak pun kalau tak sempat kita tempah yang best punya, Insyaallah... Ibu cuba penuhi janji ibu kay. Tapi kalau adik nak tukar lain terpulang. Ibu ikutkan je.


Suka tak dengan gift yang ibu bagi tu? Baby doll yang adik dok usha dulu tu masa kat Tesco. Tak sangka dah 36 tahun masa berlalu doll tu masih relevant ek. Hahah. Kira adik ni pengganti ibu le yer main baby doll tu. Dulu ibu yang main doll tu. Skang adik pulak heheh. Nanti kita ambil gambo buat kenangan. Nanti kita framekan sebelah menyebelah gambar kita kay. Position dan style kena sama le baru umph heheh. Adik kasi nama apa yer kat baby doll tu? Princess Dayana Sophea. Amboiii nama. Dahsyat heheh.


Tahun ni adik demand banyak ek gift. Tu hari minta mainan doktor-doktor. Kalau dapat janji tak nak mintak dah. Ok le. Tak sampai 3 hari lepas tu adik minta lagi. Isk.. Ikut ibu udah le. Tapi ayah lak yang bagi green light. Adik pilih fishing lak. yer le tu nak main tu.... Tapi baby doll ni ibu yang nak bagi sebab banyak kali sangat adik sebut. Tapi masa ayah suruh pilih apsal tak ambik. Pandai le sangat yer...


Hajat adik nak bagi gift kat kengkawan pun dah tertunai. Tak sangka ayah beli sampai 4 jenis untuk diberi pada kengkawan adik. Keropok Super Ring, Keropok Bantal, gula-gula coklat dan sumi jelly. Ok le janji kengkawan adik makan nanti. Tak membazir Insyaallah.


Amboiii adik ngan kakak pun ambik peluang ek. Beli segala macam gula-gula bagai. Terlepas dari kandang le katakan ek. Udah nanti makan jangan terlebih sangat. Kang otak tumpul. Gigi tak der baru tau.


Ok lah dik, ibu tak leh lelama menulis ni. Banyak kerja lagi yang ibu nak kena buat. Sian kat ayah buat sensorang ;).


Ibu dan ayah doakan agar adik sentiasa sihat, bertambah bijak, jadi anak yang solehah dan berjaya dunia dan akhirat. Dunia kita kejar tapi untuk akhirat pun harus kita pelihara. Sentiasa kerjakan perintah Allah tau. Ibu dan ayah doakan juga adik (ngan kakak) jadi anak yang cemerlang, gemilang dan terbilang di dunia dan akhirat. Ibu dan ayah sentiasa sayangkan adik. Muuuah!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...