Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Khamis, 18 April 2013

Sos Char Kueyteow 2 Puteri.. Membantu anda menghasilkan hidangan enak untuk keluarga tersayang!


***********************



Sos Char Kueyteow 2 Puteri merupakan satu produk keluaran syarikat kami dalam memberikan satu alternatif buat penggemar Penang Char Kueyteow untuk mendapatkan satu hidangan yang lebih memuaskan selera anda semua! Puas kerana dihasilkan sendiri dan puas kerana rasanya yang enak menepati selera masing-masing. Harganya juga murah dan berbaloi dibeli.


Dengan resepi yang disertakan akan memudahkan kerja-kerja memasak supaya walaupun untuk pertama kali mencuba menghasilkan hidangan ini juga akan mendapat hasil yang memuaskan dan seperti hidangan Penang Char Kueyteow yang sebenarnya. Sesiapa sahaja kini boleh menghidangkan sendiri hidangan Penang Char Kueyteow untuk dinikmati bersama keluarga dalam harga yang amat berpatutan. Ianya dapat memberi kepuasan yang sebenar kerana keenakannya.


Selain hidangan khusus Penang Char Kueyteow, Sos Char Kueyteow 2 Puteri juga dapat diolah untuk lain-lain hidangan antaranya menggoreng pasta, mee, bihun; menambah perisa dalam hidangan Asam Pedas, Sambal Tumis, Masak Kicap dan Nasi Ayam Hainan. Resepi-resepi untuk hidangan-hidangan itu turut kami kongsikan di laman blog Asam Garam 2 Puteri dan 2puteri.wordpress untuk memudahkan anda. ‘Fell Like A Chef!’ Jadi berekperimentasilah dengan Sos Char Kueyteow 2 Puteri kami dan hasilkan hidangan enak dengannya.



 


Ramai juga dikalangan pengguna setia kami kini dapat menambahkan pendapatan mereka dengan menggunakan produk Sos Char Kueyteow 2 Puteri dalam hidangan mereka. Ada juga yang bersedia menjadi wakil jualan dikawasan tempat tinggal atau tempat kerja masing-masing kerana harganya yang amat berpatutan selain dari kepelbagaian hidangan yang boleh dilakukan. Jika anda turut berminat untuk menyertai kami boleh hubungi kami.


Memiliki status Halal daripada Jabatan Agama Islam Malaysia, Sos Char Kueyteow 2 Puteri boleh digunakan didalam hidangan anda tanpa was-was.  


Kini Sos Char Kueyteow 2 Puteri telah menembusi pasaran 34 cawangan Pasaraya Tesco Store seluruh Malaysia dibahagian ‘Produk Malaysia Citarasa Kita’ dan 10 buah cawangan Mydin Hypermarket dibahagian Sos dan bahagian Agrobazaar. Untuk senarai boleh lihat di sebelah kanan laman blog Asam Garam 2 Puteri atau di 2puteri.wordpress. Syarikat juga dalam proses memasarkan Produk 2 Puteri di 22 cawangan Pasaraya Aeon Big sedikit masa lagi.


Dengan harga kurang daripada RM6.00 (350g) untuk sebotol yang dapat menghasilkan sehingga 10 hidangan Char Kueyteow, ianya memang berbaloi. Ayuh dapatkan Sos Char Kueyteow 2 Puteri di pasaraya berdekatan anda sekarang!



Selasa, 16 April 2013

Sejarah & Pelancongan: Lumut, Perak


Lama dah tak cerita bab Sejarah & Pelancongan di Negeri Perak ni kan. Sibuk sangat jadi tak sempat nak selongkar sana sini untuk buat catatan bab nih. Yer la alang-alang nak berkongsi biar le sekomplete yang boleh yer tak. Kot-kot leh le bantu serba sikit sahabat kat luar sana kalau nak buat sejarah atau kajian tempatan untuk sekolah diarang. Macam sorang adik tu tak ingat nama dia yang guna catatan saya ni untuk rujukan kertas kerja dia. Bangga gak dapat bantu orang walau saya pun ambil dari pelbagai sumber. Yer la saya ni pun mana le sempat nak pergi sana sini untuk buat kajian so apa yang mampu saya kongsi adalah dari sumber-sumber seperti Majlis Daerah atau dari sumber Perpustakaan Daerah masing-masing selain daripada perkongsian cik Wikipedia. Ada gak dari orang perseorangan. Tapi yang pasti kena rajin dan sudi luangkan masa yang lebih la heheh. Kalau nak tanya lebih-lebih saya pun tak pandai sangat. Jadi tu yang saya buat rujukan ni supaya tambah sikit ilmu kat dada ni terutama pasal negeri kesayangan saya nih :) Kot ada yang kurang leh le kongsikan dengan saya yer kat sini. Mana le nak tahu ada yang masih tak cukup. Leh sama-sama kita tambah ilmu.

Ok jom sembang pasal Sejarah & Pelancongan di Lumut, Perak pulak :).
************************



Lumut merupakan bandar tepi laut yang menghadap Selat Dinding dan Selat Melaka di negeri Perak. Lokasi bandar ini bersetentangan dengan Pulau Pangkor dan dikenali ramai sebagai pintu masuk ke pulau tersebut. Sebuah pelabuhan atau pangkalan dibina di Lumut bagi kemudahan sesiapa yang ingin berkunjung ke Pulau Pangkor.

Lumut berada di bawah pentadbiran daerah Manjong yang merupakan nama baru bagi daerah Dinding. Bandar ini terletak kira-kira 84km ke selatan bandaraya Ipoh, ibu negeri Perak. Pada 16 Febuari 1935, di Bandar Tanah Merah telah berlaku istiadat menandatangani penyerahan daerah Dinding kepada kerajaan Negeri Perak dan bersemperna dengan peristiwa itu Tanah Merah diganti nama sebagai Bandar Lumut. Dan bagi memperingati  peristiwa tersebut Masjid Al-Adly telah dibina di bandar Lumut sebagai melambangkan tanda kesyukuran atas penyerahan jajahan Dinding kepada kerajaan Negeri Perak. (scribd.com)




Sejarah

Lumut yang dahulunya dikenali sebagai "Tanah Merah" telah dibuka oleh seorang anak raja Selangor yang bernama Raja Engku Busu pada abad ke17. Selepas beberapa tahun membuka Lumut, baginda serta pengikutnya telah diserang oleh lanun. Dengan demikian, Tanah Merah tinggal terbiar tidak didiami orang. Sungguhpun makam baginda tidak diketahui, tetapi namanya masih tinggal menjadi kenangan, yakni Bukit Engku Busu yang terletaknya di belakang bandar Lumut.

Sejarah penempatan awal ini dibuktikan oleh Perjanjian Pangkor yang ditandatangani pada abad ke17 antara Raja Perak dengan kompeni Inggeris yang bertujuan untuk menghapuskan perompak laut dan lanun yang berpengkalan di Lumut ini. Perjanjian itu ditandatangani pada tahun 1874

Keistimewaan

Lumut merupakan sebuah lokasi yang strategik dari segi maritim. Di sini terdapatnya:
  • Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia yang dipindahkan dari Woodlands, Singapura.
Pada hari 18 Mac 1983, Markas Armada TLDM telah dipindahkan dari pangkalan bersejarahnya di  Pangkalan Tentera Laut (KD Malaya) Woodlands, Singapura ke Pangkalan TLDM Lumut. Pemindahan ini adalah susulan daripada perancangan kerajaan pada tahun 1969 untuk mewujudkan satu pangkalan tetap TLDM di Semenanjung Malaysia yang serba baru dan lebih moden, yang turut dipanggil KD Malaya, di Lumut, Perak.

Markas Armada Woodlands, Singapura
 
  • Pantai Teluk Batik
Teluk Batik terletak 7km dari pelabuhan/Jeti Lumut, Perak. Pantainya sepanjang 2km dikunjungi ramai para pelancong dalam negeri. Pantai yang terletak lebih kurang 6.5km daripada Bandar Lumut adalah sebuah destinasi pelancongan dan perkelahan yang ideal untuk dikunjungi kerana memiliki kemudahan-kemudahan istimewa yang diperlukan sebagai tempat pelancongan menarik. Pantainya yang panjang dan berlatar belakangkan hutan hujan tropika menarik hati sesiapa sahaja yang memandang. Pelbagai kemudahan disediakan di sini seperti chalet, gerai makan, tandas, tempat persalinan, tempat letak kereta dan taman permainan kanak-kanak. Kawasan pantai ini dikelilingi oleh keindahan hutan hujan tropika yang merimbun di bukit-bukit yang terdapat di sekelilingnya. Anggaran keluasan Teluk Batik ialah lebih kurang 60 ekar persegi manakala panjang pantainya adalah 1 km.Di sini juga merupakan lokasi Pesta Laut Lumut yang diadakan semasa cuti penggal persekolahan.



Teluk Batik dinamakan Teluk Batak pada zaman awal kewujudannya. Sejarah Teluk Batik dikatakan bermula kedatangan kaum Batak dari Kepulauan Sumatera di Indonesia. Ceritanya bermula apabila pada zaman dahulu lanun-lanun dan perompak menjadikan perairan Selat Melaka tempat mereka merompak dan merampas hasil dagangan dan kepunyaan pemilik oaring-orang yang menggunakan laluan Selat Melaka tersebut. Walau bagaimanapun pada 26 April 1974 nama Teluk Batak telah ditukar kepada Teluk Batik. Diberitahu oleh kebanyakan penduduk asal berhampiran (Kampung Teluk Muruk dan Kampung Padang Tembak) panggilan Teluk Batak kekal sehinggal awal 80an, selepas itu oleh kerana panggilan Teluk Batak tidak sedap didengar maka ianya telah ditukar dengan panggilan Teluk Batik
  • Pusat menyelenggara kapal selam
  • Pusat membaiki kapal 
  • Teluk Rubiah
Teluk Rubiah terletak berhampiran dengan Teluk Batik, di pelabuhan Lumut, Manjung, Negeri Perak. Teluk Rubiah menjadi terkenal kerana di sini kerajaan Malaysia menempatkan kawasan perumahan untuk keluarga tentera laut hasil pemindahan pangkalan tentera laut di Woodland, Singapura ke pelabuhan Lumut, Perak sekitar tahun 1978.


Pantai Teluk Rubiah terletak lebih kurang 6 km dari bandar Seri Manjung. Ia merupakan sebuah pantai yang landai, indah dan menarik. Kawasan sekitar berhampiran pantai ini merupakan hak milik sebuah resort yang membangunkan pantai ini iaitu Teluk Rubiah Golf & Beach Resort. Selain daripada dilengkapi kemudahan penginapan, resort ini juga menyediakan padang permainan golf 18 lubang.
  • Teluk Muroh
Sunset at Teluk Muroh, Lumut



Perhubungan

Lebuh Raya Ipoh–Lumut dibina dari Ipoh ke Lumut bagi memendekkan perjalanan. Bandar yang terdekat dengan Lumut ialah Manjong, Sitiawan, Pantai Segari, Pantai Remis dan Bota Kanan serta Seri Iskandar.

Isnin, 15 April 2013

PRU13 dan wakil rakyat... Satu amanah dari kami


Dewan Parlimen dah bubar. Senarai calon dah masing-masing mula keluarkan untuk perhatian umum. Ada yang dah kita tahu confirm, ada yang masih ura-ura dan ada yang belum jelas siapa. Sebagai rakyat biasa just wait and see sambil berdoa agar yang tercalon kat kawasan kita tu adalah orang-orang yang benar-benar ikhlas bekerja untuk memajukan 'kawasannya'.


Amboiiii ada hati nak campur urusan politik pulak ker saya ni hahahah. Lawak-lawak...


Sebenarnya saya ni lebih kepada pemerhati dan pemikir (chewahhhh cam betul je bagi pangkat kat diri sendiri, layak ke hehe). Memerhati sikap dan perbuatan yang para calon dan yang pegang (pemenang le tu) 'kawasan' memasing. Tapi tak jauh le memerhati. Takat kawasan sendiri je hihi. Memikir adakah apa yang dilakukan seperti yang dikatakan. Dan memikir adakah 'kawasan' maju dibawah pentadbiran si terpilih.


Saya ni maleh ar nak cita pro mana-mana pihak. Lagi baik cita saya pro Produk 2 Puteri heheh. Lagi berbaloi untuk masa depan. Saya pun bukan ambik pot sangat sebenarnya bab-bab ni. Cuma yang penting bagi saya adalah kawasan/negara maju (kalau tak besar pun nampak perubahannya), saya leh cari makan dengan mudah dan anak-anak akan hidup dengan harmoni tanpa ada masalah. Dapat belajar dan teruskan hidup dengan sebaik mungkin. Itu je yang cukup penting pada saya. Tapi sebagai 'pemerhati dan pemikir' bila dah ada anak dan tanggungjawab ni terasa pulak nak bersuara walaupun saya sedar suara saya ni kecik le sesangat. Tak der sapa le yang nak dengar sangat heheh. Sebenarnya yang saya nak sentuh sangat adalah pasal keikhlasan semua yang bertanding untuk benar-benar jalankan tanggungjawab memasing untuk warga daerah atau kawasan memasing yang telah memenangkan calon-calon berkenaan. Macam le saya tahu hati budi orang kan. Memandai je nak bercakap.
 

Saya amat berharap agar calon-calon yang dinamakan untuk bertanding tak kira kat mana tolong le jalankan amanah 'kami' (ramai ni... Penduduk semua tau) ni sebaik mungkin. Tak kisah le bawah BN ke, Pas ke, PKR ke atau apa sekalipun yang penting nawaitunya untuk bangunkan kawasan masing-masing. Jangan le takat bagi manifesto je kat 'kami' ni tapi bila dah selesai mengundi 'hilang terus' dari kawasan yang dimenangi. Kami ni pilih 'anda' sebagai wakil kami supaya apa yang kami hasratkan terutama untuk miliki kawasan yang 'membangun' akan terlaksana. Kami tak minta bangunan tinggi yang puluhan juta. Kami tak minta sesuatu yang tak setara. Cuma apa yang kami hasratkan agar sesuatu yang simple tapi dapat dinikmati oleh semua. Bukan susah pun...


Takat pasangkan lampu jalan menerangi jalan raya tuju ke kampung kami, baiki jalan yang rosak dan indahkan kawasan dengan lanskap yang cantik terutama kat Tasik Bukit Merah tu pun ok. Kalau boleh bina le kawasan reakreasi yang lengkap dengan tandas, tempat permainan dan sebagainya supaya penduduk tempatan atau pengunjung luar boleh nikmatinya bersama. Nikmat Allah dah beri cuma perlu kerja sikit je lagi. Syukur kat kawasan saya ada Perpustakaan Awam, ada Pusat Komputer, ada Pusat CTC untuk kaum ibu tambah ilmu dan lelain. Apa yang betul dan dah terbina, kami ucapkan ribuan terima kasih. Cuma kami minta sedikit lagi ruang untuk cantikkan kawasan kami supaya tak malu dipandang orang-orang luar. Di daerah/kawasan lain pun mungkin ada keperluan masing-masing. Kami amat berharap lepas je menang, tolong adakan perbincangan dengan masyarakat setempat supaya jelas apa yang diperlukan oleh penduduk untuk pembangunan kawasan masing-masing. Jangan cuma berbincang antara kalangan sahaja kerana kadang-kadang apa yang perlu tidak berapa jelas. Kadang-kadang terlupa kerana asyik. Apa yang saya cakap ni pun mungkin ada yang tertinggal. Setiap orang ada harapan dan keperluan masing-masing cuma sebolehnya keperluan untuk masayarakat setempat tolonglah diutamakan.
 

Syukur kerajaan sediakan hari bertemu pelanggan. Kami rakyat tempatan amat mengalu-ngalukan tindakan kerajaan ini. Lorong yang diberikan ini kami cuba manafaatkan untuk mengutarakan permasalahan kami agar keperluan kami dapat dibantu serba sedikit. Permasalahan kami dapat ditolong apa yang mampu. Namun, apa yang kami harapkan agar ianya tepat seperti yang dijadualkan. Andai tidak mampu mengadakan pertemuan setiap minggu, jadualkan setiap dua minggu atau sebulan sekali asalkan ianya telus terlaksana. Ini, kadang kala berjam-jam penduduk tempatan menanti untuk bertemu dengan wakil rakyat mereka namun akhirnya masing-masing pulang hampa kerana pertemuan itu dibatalkan atas masalah-masalah yang dikatakan tidak dapat diatasi. Kalau sesekali mungkin boleh difahami, namun jika setiap minggu bagaimana?


Terima kasih atas pemberian BRIM dan pelbagai lagi inisiatif yang pihak kerajaan berikan untuk membantu kami dalam menjalani kehidupan seharian. Sekurang-kurangnya beban kami terasa berkurangan walau sekejap cuma. Terima kasih juga atas kemajuan yang dikecapi.


Namun sebagai wakil pilihan kami, kami harapkan bukan sahaja yang datang terus dari Kerajaan Pusat. Kami turut harapkan wakil pilihan kami dapat menghubungkan permasalahan penduduk setempat dengan Kerajaan Negeri dan Pusat agar ianya selaras dan dapat dipernuhi keperluan yang sewajarnya. Sesekali tunjukkan muka bersama khalayak supaya kami kenal dan terasa gembira wakil pilihan kami sanggup bersama kami dalam susah dan senang. Sanggup menjalankan aktiviti bersama. Mungkin banyak penganjuran program dijalankan seperti Pertandingan Futsal dan sebagainya akan tetapi apa yang lebih mendekatkan wakil pilihan kami dengan kami, masyarakat tempatan adalah majlis yang bertaraf rakyat seperti hari sukaneka kawasan atau paling mudah pun majlis-majlis kenduri.


Tahniah buat calon-calon yang terpilih. Tahniah buat wakil yang menang kerana yang menang itulah yang dipercayai sanggup menjalankan tanggungjawab dengan ikhlas untuk kawasan masing-masing. Tolong jadi nadi kami yang menggerakkan kawasan penempatan kami menjadi semakin baik, tolong jadi mata yang melihat kekurangan kami yang ada dan tolong jadi mulut kami untuk menyampaikan hasrat kepada pihak yang berwajib agar setiap permasalahan dan harapan kami menjadi nyata. Terima kasih atas kesudian untuk mewakili kami penduduk marhein di tanah air tercinta.


Buat pemengang kerusi Parlimen, buat pemegang tampuk kerajaan, buat pemengang Jabatan-jabatan atau agensi-agensi kerajaan... Kami harapkan datuk-datuk dan YB-YB semua dapat memberikan yang terbaik pada kami rakyat Malaysia. Buat satu garis panduan yang jelas yang meliputi semua lapisan masyarakat. Pandu jabatan atau agensi masing-masing ke arah kerja yang lebih bersih, cekap dan paling penting amanah supaya tanggungjawab yang dijalankan adalah lebih ikhlas dan terbaik.


Saya tertarikh dengan lafaz sumpah yang dilakukan oleh jentera BN Kelantan dalam berusaha untuk mendapatkan kemenangan dalam pilihanraya kali ini. Lafaz yang buatkan kita sebagai rakyat lebih yakin akan ketelusan masing-masing untuk berjaya. Adalah menjadi impian saya agar lafaz ini diucap oleh semua wakil-wakil rakyat yang bertanding untuk lebih bekerja untuk pembangunan kawasan masing-masing. Juga menjadi impian saya supaya semua kakitangan kerajaan untuk turut sama melafazkan sumpah ini agar masing-masing lebih jujur dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing. Mungkin ada yang marah membaca apa yang saya coretkan berkenaan ini. Namun, jika benar-benar kita hasratkan Malaysia menjadi satu negara yang hebat tak salah kalau kita lafazkannya.


Tahniah sekali lagi pada calon yang terpilih. Tahniah terlebih dahulu buat wakil rakyat yang menang. Kami doakan datuk-datuk dan YB-YB memberikan yang terbaik untuk Kejayaan Malaysia!

Jumaat, 12 April 2013

Izaz's Roti Cheese Power Business


Kali ni saya nak kongsikan satu resepi hasil buah tangan si kecil, Izaz Rashyeeda Hairol dengan sahabat semua. Anak-anak saya ni dua-dua jenis payah makan. Terlalu cerewet sebenarnya. Tapi bab-bab reka-reka jenis menu diarang ni memang teror tapi dalam lingkungan jenis makanan yang diarang sentuh je la. Yang lain-lain selagi tak diminta tak payah le jamu, tak disentuhnya diarang sedap macam mana pun.


Izaz ni paling payah makan. Sedari kecil macam tu le. Tapi badan tak le slim macam kakak, Afif Khadyeeja Hairol. Mungkin jenis badan sedap dipeluk so tak makan pun tak nampak kekurangannya. Nak kata makan benda merapu pun tak sangat sebab saya tak galakkan diarang makan junk food. Sesekali tu ada le excuse tapi sebulan sekali pun payah le. Cuma Afif tak le dapat dipantau sangat sebab disekolah mana le tahukan. Tapi saya percaya tak selalu gak dia makan yang merapu ni sebab dia tak tahan pernah demam bila makan terlebih. Mungkin sebab tak biasa heheh.


Izaz ni bab-bab reka-reka dan hias makan dia memang nombor 1. So walaupun dah tak baking membaking ni tetap dalam stok kena ada hiasan kek tu... Macam manik 100 thaousand la, chocolate urai la. Tak per la janji dia asak minda untuk creatif tak gitu.


Ha... Hari ni saya nak kongsi salah satu daripada menu gubahan dia yang antara dia suka. Siap bagi nama sendiri tau. Izaz's Roti Cheese Power Business! Kat mana yang power business dia tah le heheheh. Memula dengar hairan gak bila dia minta bukakkan roti untuk buat Izaz's Roti Cheese Power Business ni. Dek kerana nak tahu, tengok je la. Bila dah siap oooo baru le tahu apa kebendanya heheheh. Jom tengok yer hidangan ciptaan si kecil 4 tahun ni.... ;)


IZAZ'S ROTI CHEESE POWER BUSINESS
By: Izaz Rashyeeda Hairol, Asamgaram2puteri

Bahan-bahan





Ambil sekeping je yer roti ni. Tak kisah le roti perang ke, roti putih ke janji sekeping yer untuk satu hidangan.


 Ambil sekeping cheese juga.


Caranya


1. Letakkan sekeping cheese di atas kepingan roti tadi.


2. Lipat seperti di atas atau gulungkan sahaja. Dah siap Izaz's Roti Cheese Power Business :)


Heheheh... Ok tak resepi dia? Yang ni resepi untuk satu hidangan. Kot nak lebih kena buat lebih la yer heheh. Selamat menjamu selera ya :)


Khamis, 11 April 2013

Jabatan Kerajaan/pihak berwajib, tolong kami bantu kami...


Beberapa minggu lepas saya dapat satu email bertanyakan tentang maklumat produk kerana diarang berminat untuk pasarkan produk 2 Puteri ke pasaran luar negara. Isk tak sangka ada gak yang sudi mengetengahkan produk kitarang. Tapi dalam syok tu terasa risau gak tetiba satu syarikat besar berpangkalan kat Amerika tunjuk minat terhadap produk keluaran syarikat kami yang kecik ni. Boleh percaya ke yang company ni benar-benar wujud. Betul ke company ni betul-betul berminat? Banyak persoalan yang timbul dalam benak.




Dalam tengah pikir-pikir tu kami terlepas le jugak beberapa hari tak berbalas-balas email diarang. Nak pulak tengah sibuk renew sijil Halal, apply MeSTI (Kementerian Kesihatan Malaysia), siapkan produk disamping lain-lain kerja yang berderet tunggu. Memang terlupa le jadinya. Lepas minggu kedua bila kerja-kerja dah surut, saya check dulu company diarang. Wujud ke idak. Tengok yup.. Bukan spam ke hapa tapi company diarang pasarkan produk games dan yang seangkatan dengannya. Saya pun balas le reply lebih kurang. Menolak le kononnya. Nak karang panjang lebar takut salah pulak. Teman ni omputeh gugup sikit... Oh My English!
 
Tup-tup tadi diarang balas balik (amboi cepat ko... Selang dua hari je dari akak reply). Diarang tunjukkan yang company diarang turut pasarkan produk makanan dan pelbagai lagi... Amboiii besar le company diarang. Eiii rupanya ada cabang lain rupanya diarang ni. Jual produk yang kebanyakannya dari China. Banyak pulak tu produk yang diarang jual. Dari serbuk lada hingga ke mesin untuk industri perkilangan, semua ada. Nak pulak bila tengok jumlah order yang diarang ambik 2 tone le 50 carton le bagai. Camner agaknya company kecik macam saya ni nak supply.... Bukan sangsi dengan kemampuan kitarang nak keluarkan produk sebab sekarang ni pun kiatarang berdua je yang kerja dengan 44 cawangan pasaraya Hypermarket dan beberapa buah kedai-kedai biasa kitarang suami isteri leh cover. Tapi masalahnya mana le nak cari modal untuk beli bahan mentah. Yooooo..... Mau pusing kepala ini machiam meeeeiii....  Fuhhh dah gelabah bewak. Camner nih. Kami dah le tak pandai bab-bab ni. Kang tersilap setuju ada masalah lain pulak timbul. Dalam dok pikir tu jawapan tak le bagi lagi sebab pertama-tama kena pikir cari lobang yang terbaik untuk beri khidmat nasihat, pastu baru bergerak ke arah mana yang perlu.
 
Dalam dok pikir-pikir terlintas nak cari agensi kerajaan yang berkaitan untuk bertanyakan panduan dan syarat-syarat untuk pasarkan produk. Bincang dengan Mr Hb, kami setuju untuk pergi terus ke Ipoh untuk bertanya secara direct. Nak tuju jabatan mana pun tak pasti, benyak sangat dari Miti, Mida hingga ke apa-apa le. Pening. Sib baik yang saya tahu semua tu disatukan bawah satu building ICCT kat Ipoh nun. Kot tak naya pusing-pusing. Kami bertolak ke sana lepas ambil anak dari sekolah. Kiranya sampai sebaik lepas rehat tu ok le kan.


Mula-mula saya singgah kat Mida (Malaysian Investment Development Authority). Tanya le kot diarang leh bantu, rupanya Mida ni untuk pengusaha yang nak meningkatkan tahap kilang diarang jadi yang lebih baik. Cam nak besarkan ke, nak beli mesin ke hapa gitu le kot. Tapi yang diarang layan cuma pada yang buat jualan RM2.4juta setahun. Paling sikit pun RM500ribu. Amboiii mak, paling cepat pun leh guna khidmat diarang 15 tahun lagi kot (hahahah berangan le sangatttt). Diarang suruh gi ke Miti pulak. Sib baik bersebelahan je heheh. Saya pun tuju le ke Miti (Ministry of International Trade and Industry) pulak. Lepas saya terangkan serba sedikit tentang tujuan kami serba sedikit, baru kami tahu yang Miti cuma buat pada selected country. Kot country yang diarang tak select tak leh bantu. Adoi mak... Susah le ini machiam. Diarang suruh ke Matrade pulak. Gocoh-gocoh kami ke Matrade yang berlokasi di tempat lain pulak. Tengok jam dah dekat pukul 3.00 petang. Kang lambat naya je. Udah le nak pergi dua tempat lagi lepas selesai dengan yang ini.
 
Sampai kat Matrade (Malaysian External Trade Development Corporation) dalam kul 3.00 lebih. Elok tanya pada receptionist yang ada rupa-rupanya pegawai yang berkenaan tak masuk le pulak. Sebenarnya Matrade sewa je kat situ dan hanya hari Selasa dan Rabu je yang dia ada. Kalau tak base kat KL. Udah balik tangan kosong le wajabnya. Lepas selesai kerja-kerja yang lain kami bertolak balik dalam hujan. Umpama hati yang sedih ni huhu (Gedis le pulak ek hahahah).



Pepagi Rabu kami try call pegawai Matrade tapi lepas dua kali contact masih tak berjawab, saya try pulak hunting line diarang ke KL nun. Sib baik disambut. Lepas cerita serba sedikit tentang tujuan kami pegawai berkenaan beritahu yang kami tak layak untuk export produk ke oversea sebab bukan company Sdn Bhd. Kalau register kepada Sdn Bhd (Sendirian Berhad) baru boleh tapi kena register dengan Matrade pulak. Aduhhhh nampaknya peluang berkubur sebelum bermula le. Nak register company jadi Sdn Bhd kena RMribu-ribu. Kalau tak salah RM2000.00 kot paling kurang. Pastu kalau dah jadi Sdn Bhd kena cari Company Secretary untuk urus segala berkaitan akaun. Tah berapa kena bayar untuk khidmat diarang. Mana nak kena sediakan produk ikut speck pihak pemborong untuk membolehkan produk sampai ke sana. Aduh susahnya jadi pengusaha ni.

Kalau boleh tu kalau ada kes macam kami ni bagi le khidmat nasihat atau panduan supaya kami tak terkial-kial sendiri. Jangan le tolak sana sini. Kalau boleh, bantu kami supaya dapat pasarkan produk seperti yang diminta oleh pihak sana. Bukan ke ni satu dari hasrat kerajaan untuk pasarkan produk Malaysia ke pasaran antarabangsa? Jadi kenapa bila ada peluang, tak di cuba ketengahkan? Mana yang betulnya. Atau peluang ni hanya untuk company yang gah (ada nama) dan ada duit banyak sahaja? Kami pergi untuk minta khidmat nasihat supaya syarikat yang kecil dapat berkembang menjadi besar Insyaallah. Tapi yang kami dapat sebaliknya. 'Terkubur sebelum bermula' itu yang lebih tepat. Sedih tapi itulah realiti sebagai sebuah syarikat kecil yang cuba menongkah arus. Daratan luas hampir digapai namun ada yang menolak supaya hanyut lebih jauh lagi.




Baru-baru ni pulak kami dapat satu massage dari sahabat lama Mr Hb. Dah lama dah lost contact tapi syukur berhubung balik melalui facebook. Suka sangat Mr Hb dapat jumpa sahabat lama dia. Lepas dapat tahu perkembangan kami sebagai pengusaha produk yang memasarkan produk kami kat Pasaraya Mydin dan Tesco Store, dia bertanggapan kami dibantu oleh sesebuah parti sebab tu boleh masuk ke pasaraya-pasaraya berkenaan. Membaca apa yang ditulisnya membuatkan saya terasa sangat terkilan. Terkilan yang amat sangat sebab kami hanya berjaya dengan hasil usaha sendiri. Berhempas pulas untuk pastikan setiap usaha kami mendatangkan hasil seperti yang diharapkan. Tiada jalan mudah untuk kami walau untuk medapatkan sekecil bahan mentah. Sehingga sekarang kami masih tersekat atas pengorbanan kami ini kerana modal kami terlalu kecil sewaktu awal perusahaan dan kami telah berhabis untuk pastikan produk kami ada dipasaran. Paling saya terkilan bila usaha Mr Hb yang berembun dan tidak tidur hanya untuk penuhi appointment bagi membincangkan cara nak pasarkan produk dengan pihak pasaraya berkenaan. Kami tinggal jauh di Perak ni, jadi untuk pastikan sampai tepat pada masa yang dijanjikan Mr Hb kena pergi seawal mungkin. Tak kira pulak masa menghantar produk yang dia terpaksa tidur kat mana saja yang boleh supaya jika berlaku apa-apa boleh buat plan B supaya produk selamat sampai seperti yang dijanjikan.

Seperti yang saya pernah sebut  kat sini (kalau tak salah le), kami sebagai pengusaha atau peniaga tidak wajar pamerkan atau war-warkan siapa yang kami sokong. Itu syarat utama supaya produk keluaran tidak dipulau oleh mana-mana pihak atau akan timbul sebarang masalah kelak. Seperti kata "Undi anda adalah rahsia" begitu juga dengan kami, biarlah rahsia heheh. Tetapi jangan sangka orang Melayu hanya berjaya dengan pertolongan yer. Tak semuanya yang berjaya tu dibantu. Kami orang Melayu masih punya semangat dan tekad untuk berusaha. Memang le kami pun mengharapkan bantuan jika boleh untuk meringankan beban kami ni tapi kalau tak ada pun kami kena terus berusaha sebab anak-anak masih perlu disara.


Begitu juga bila ada pihak yang menyarankan kami untuk 'pull back' dari memasarkan produk dipasaraya-pasaraya yang berkenaan. Memang la baik tujuan dia berkongsi nasihat, takut kami tersalah langkah. Tapi menjadi impian setiap pengusaha terutama pengusaha kecil untuk menempatkan produk di pasaran besar. Melalui kewujudan pasaraya besar secara tak langsung kami dapat bergerak ke seluruh Malaysia dalam memperkenalkan dan memasarkan produk kami ini yang mana kalau kami lakukan sendiri tak mungkin akan pergi sejauh ini. Nak harapkan pemborong, rasanya lebih kurang le dengan apa yang pihak pasaraya berikan. Kalau kami takut dengan semua cabaran yang ada kerana takut tersalah langkah, macam mana kami nak perkenalkan produk kami. Mungkin akan terkubur sebelum bermula juga. Tambahan pula sekarang banyak kedai-kedai runcit yang mengeluh kerana kekurangan pelanggan. Macam mana kami nak tempuh keadaan pelanggan yang kurang, pesaing yang banyak tu.



Apa yang saya ceritakan ni bukan tujuan nak mengadu domba atau mempertikaikan setiap kata orang. Udah macam tak leh dinasihat pulak kang. Takkk.. Tapi nak ceritakan bahawa payahnya nasib untuk berjaya kalau kejayaan hanya diukur pada wang ringgit, kroni atau berapa gulung ijazah yang ada. Saya tak punya wang ringgit yang banyak, tiada kroni dalam mana-mana parti dan tiada ijazah yang bergulung-gulung. Saya belajar setakat STPM manakala Mr Hb Sijil Pendawaian dari IKM. Tapi kami punya perancangan, tekad dan syarikat untuk dimajukan. Dalam usia kurang dari 3 tahun kami berjaya lunaskan cita-cita untuk pasarkan produk dipasaraya besar, punya sijil Halal seperti yang diwajibkan dan kini dalam proses untuk dapatkan Siji MeSTI yang dimestikan pada setiap pengusaha. Kami telah capai dari segi pembungkusan, piawai dan sebagainya seperti produk-produk syarikat yang telah lama wujud yang ada 20 hingga 30 tahun lamanya. Apa yang kami kurang sekarang adalah kemampuan untuk pergi lebih jauh kerana masalah kewangan. Kami amat berharap pihak kerajaan atau mana-mana pihak dapat membantu kami dalam aspek ini.


Atau sekurang-kurangnya pihak yang berkenaan seperti Fama, Mardi, Sirim, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, SME Corporation, Matrade, Miti atau lain-lain kementerian yang berkaitan la kenalpasti produk atau syarikat yang ada potensi untuk diketengahkan. Jangan cuma pilih syarikat yang besar-besar sahaja kerana syarikat-syarikat kecil juga boleh menjadi besar andai ada landasan yang betul. Saya tengok banyak cabang yang pihak kerajaan sediakan dan war-warkan. Sampai pening kepala nak pilih masa satu yang sesuai dengan kita. Tapi bila kita cuba approach pihak sana tunding pihak sini, pihak sini kata pihak sinun. Pihak sinun kata ok tapi senyap sunyi sampai kesudah. Akhirnya yang merana kami pengusaha kecil. Jangan cuma dipandang ijazah yang bergulung-gulung andai kami dapat buktikan kami masih mampu bersaing. Jangan dibaca terlampau dalam pada pencapaian jualan kalau modal untuk memasarkan produk terlalu kecil. Dan jangan dihalang perkembangan sesuatu produk andai dikatakan tidak didalam golongan yang berkenaan sahaja. Bantu kami dengan bimbingan. Bantu kami dengan nasihat dan tunjuk ajar. Dan bantu kami dengan kewangan yang sepatutnya supaya kami akan capai matlamat sebagai satu syarikat IKS yang berjaya.

Mungkin pengalaman dulu dikatakan punca pengusaha yang ada sekarang susah mendapat bantuan kewangan. Itu memang tidak dinafikan tetapi jangan kerana salah orang lain terpalit pada kami. Yang sewajarnya pantau secara dekat sebelum dan selepas diberi bantuan. Insyaallah, jauh mana dapat kami lari kalau pihak yang berwajib sentiasa ada berdekatan. Kalau payah suruh sign satu agreement yang nyatakan lepas dapat pinjaman, kalau tak bayar pihak kerajaan boleh ambik dari akaun syarikat yang ada tanpa perlu bnyak bicara. Alah nak ambil duit sendiri harus ada je cara yang boleh diikhtiarkan betul tak. Tapi jangan le sampai kami pulak yang teraniaya. Banyak dah syarat pihak berwajib tuntut dah kami cuba penuhi jedi kalau bahagian kami ni tolong le pulak. Baru le win-win situation... Tak gitu????


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...