Perkongsian catatan perjalanan suka duka kehidupan dan business - produk makanan dengan jenama 2 PUTERI yang berupa Dodol, Sos Char Kueyteow (boleh didapati di Pasaraya TESCO & MYDIN) & Cili Boh Asli (terdapat di Pasaraya TESCO). Juga perkongsian tentang kejayaan kecil tetapi amat bermakna. Perkongsian segala ilmu kehidupan dan akhirat. Semoga hari ini akan lebih baik daripada semalam & esok akan menjadi yang terbaik daripada hari ini.
Sabtu, 30 April 2011
Isnin, 25 April 2011
Resepi Hebat: Kuah Kacang 2 Puteri
Bismillahirrahmanirrahim.
Kuah Kacang... Satu hidangan sampingan yang memang best sangat. Dengan satu sos ni kita leh nikmati macam-macam hidangan dengannya. Lain-lain jenis lak tu. Antaranya cucur udang, dimakan bersama soto, lontong, dengan nasi impit, pecal dan kalau masukkan lebih sikit serai leh dijadikan kuah satay.
Kali ni saya nak kongsi resepi mudah yang biasa saya gunakan untuk memasak kuah kacang ni. Simple ja. Dan macam biasa le main tambah-tambah je ikut sukatan hati. Insyaallah walau tak de sukatan yang tepat tapi kalau kita mainkan peranan deria yang ada hidangan tu akan tetap menjadi. Cuma yang penting bahan-bahan harus tepat.
Saya ni pun sebenarnya tak de la belajar direct tentang nak masak kuah kacang ni. Lebih kepada main agak-agak sendiri je. Itu pasal le tak de sukatan khusus. Tapi Insyaallah hasilnya nanti akan tetap dapat puaskan hati. Lagi satu kalau buat banyak-banyak leh simpan dalam peti sejuk beku. Insyaallah tahan lama. Nak guna cuma panaskan je.
KUAH KACANG 2 PUTERI
(Sos yang enak dimakan bersama cucur udang, carkoi, soto, pecal, satay dan lain-lain main dish)Bahan-bahan:
- 500g kacang tanah - sangai (goreng tanpa minyak, kalau rajin buang dulu kulitnya & blender halus)
- 2 biji bawang besar - potong nipis (cincang halus pun tak per)
- 2 ulas bawang putih - potong nipis (tak ndak guna pun tak per)
- 2 Sudu besar Cili Boh Asli 2 Puteri
- Sesudu makan Sos Char Kueyteow 2 Puteri
- Sedikit air asam jawa - secukup rasa (jangan masam sangat nanti tak sedap)
- Garam & Gula secukup rasa
- Minyak untuk menumis
Caranya:
1. Tumis bawang merah, bawang putih & Cili Boh Asli 2 Puteri sampai naik minyak
2. Masukkan Sos Char Kueyteow 2 Puteri, garam, gula & air asam jawa secukup rasa. Kacau rata
3. Masukkan kacang tanah yang telah dikisar tadi & gaulkan sebati. Kalau mahu sedikit cair boleh tambah air sedikit sahaja.
** Untuk jadikan kuah sate cuma perlu tambah serai, lengkuas & halia yang telah dikisar halus. boleh juga ditambah santan jika suka.
** Nikmati lah sajian ini bersama cucur bawang, nasi impit, soto dan lelain hidangan pasti puas hati (insyaallah)
Labels:
2 Puteri,
My Product,
Resepi 2 Puteri,
Sauce / dipper
Ahad, 10 April 2011
Resepi Enak: Kek Coklat Kak Ros
1001resepi:
kek coklat kak ros
Bahan A
4 biji telur
2 cawan minyak masak
1 tin susu cair
1 camca teh esen vanila
(campurkan semua bahan dan gaul rata)
Bahan B
4 cawan tepung gandum
2 camca teh soda bicarbonat
2 camca teh baking powder
2 cawan coco powder
1 camca teh garam halus
3 cawan gula halus
(campurkan semua bahan dan ayak kecuali gula)
Bahan C
2 cawan air mendidih
Cara:
campurkan bahan B kepada bahan A...gaul rata...tuangkan air mendidih dan gaul sebati.... tuangkan kedalam cake pan yang telah di gris dan di alas....bakar pada suhu 180C selama lebih kurang sejam...
kek coklat kak ros
Bahan A
4 biji telur
2 cawan minyak masak
1 tin susu cair
1 camca teh esen vanila
(campurkan semua bahan dan gaul rata)
Bahan B
4 cawan tepung gandum
2 camca teh soda bicarbonat
2 camca teh baking powder
2 cawan coco powder
1 camca teh garam halus
3 cawan gula halus
(campurkan semua bahan dan ayak kecuali gula)
Bahan C
2 cawan air mendidih
Cara:
campurkan bahan B kepada bahan A...gaul rata...tuangkan air mendidih dan gaul sebati.... tuangkan kedalam cake pan yang telah di gris dan di alas....bakar pada suhu 180C selama lebih kurang sejam...
Labels:
Cake
Langgan:
Catatan (Atom)