Syarikat
RM Ninetysixbillion Enterprise ditubuhkan pada 27 Julai 2010 dengan mengeluarkan produk makanan dibawah jenama
2 Puteri. Produk berkenaan ialah
Sos Char Kueyteow 2 Puteri dan Cili Boh Asli 2 Puteri.
Walaupun masih baru tetapi kami telah menerima sambutan yang menggalakkan daripada pengguna-pengguna yang mahukan produk makanan yang halal, bersih dan terjamin kualitinya. Bermula dari kedai-kedai runcit, pasar basah, pasar malam dan kedai-kedai makan sekitar Ipoh, Taiping, Selama, Kuala Kangsar, Trong, Parit Buntar hingga ke Pulau Pinang kami bergerak sendiri.
Kini kami telah melangkah lebih jauh lagi ke seluruh Malaysia dengan memasarkan produk kami di 34 rangkaian Pasaraya Tesco Store di bahagian 'Produk Malaysia Citarasa Kita' dan 10 rangkaian Mydin Hypermarket di bahagian Sos dan bahagian Agrobazaar. Pada tahun 2013 kami akan memasuki 22 buah rangkaian Pasaraya Carrefour seluruh Malaysia. Kami akan berusaha untuk mendekati pengguna kami sehampir mungkin.
Produk 2 Puteri
Pada masa ini kami hanya memasarkan 2 jenis produk iaitu
Sos Char Kueyteow 2 Puteri dan Cili Boh Asli 2 Puteri. Kedua-duanya dipekkan mengikut saiz yang sesuai untuk pengguna-pengguna di rumah. Pembuatan kedua-dua produk ini dihasilkan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Agama Islam demi menjaga kebersihan dan kualiti produk. Segala bahan mentah yang digunakan dijamin Halal seperti yang disyaratkan.
Sos Char Kueyteow 2 Puteri merupakan satu produk yang membantu pengguna mendapatkan hidangan Char Kueyteow yang enak dan menepati hidangan Char Kueyteow yang sebenar. Dengan langkah-langkah mudah yang disertakan, pengguna kini dapat menikmati hidangan Char Kueyteow dalam satu pakej yang lengkap iaitu enak, mudah, murah dan paling penting juga berbaloi dengan wang yang dikeluarkan. Ini kerana,
Sos Char Kueyteow 2 Puteri tidak hanya enak dibuat Char Kueyteow malah boleh diaplikasikan ke atas lain-lain hidangan seperti Mee Goreng, Pasta, Lauk-pauk dan boleh dimakan begitu sahaja.
Pada tahun ini kami berazam untuk mengeluarkan
Sos Char Kueyteow 2 Puteri dalam saiz besar bagi memudahkan pengguna yang membuka restoran atau warung mendapatkan produk kami. Ramai pengguna
Produk 2 Puteri yang mengeluh dan mahukan saiz yang menepati keperluan mereka.
Cili Boh Asli 2 Puteri pula menggunakan hanya cili asli tanpa campuran lain kecuali air bersih, garam dan pengawet yang dibenarkan. Dengan itu warna dan rasanya adalah asli dari cili yang telah diproses halus demi memudahkan para pengguna dalam memasak. Melalui penggunaan produk yang asli ini, hasil masakan adalah menjadi lebih cantik, enak dan lazat.
Logo Jenama 2 Puteri
2 Puteri dipilih sebagai jenama produk keluaran kami bersemperna 2 orang cahayamata perempuan kami. Potret wajah kedua-dua mereka sewaktu kecil diabadikan sebagai logo sebagai tanda kasih kami terhadap mereka.
Dengan penuh kasih sayang juga kami ingin memastikan produk yang kami hasilkan di bawah jenama ini berkualiti dan diyakini pengguna. Untuk itu kami memastikan hanya bahan yang terpilih dan terbaik sahaja dalam menghasilkannya. Paling penting kami juga menggunakan produk yang benar-benar terjamin Halal mengikut syarat JAKIM/JAIN. Kami turut memastikan setiap penghasil produk adalah berkualiti dan terbaik.
Komitmen Kami
Kebersihan dan keselamatan adalah keutamaan kami dalam menghasilkan produk yang terbaik untuk para pengguna. Oleh itu, kesemua produk keluaran kami dihasilkan mengikut standard piawaian yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dibawah Akta Makanan 1983.
Dalam menghasilkan produk yang terbaik dan berkualiti, kami hanya
menggunakan bahan mentah yang terpilih, segar dan dijamin Halal oleh
Jabatan Agama Islam. Produk kami juga telah disahkan Halal oleh Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIP) pada 20 Mei 2011, kurang 1 tahun sejak ia mula dipasarkan.
Selain daripada aspek keselamatan produk dan kilang yang kami telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, premis perkilangan kami diluluskan oleh Majlis Daerah Kerian (MDK).
Selain daripada itu kebersihan premis turut dipantau agar memenuhi
keperluan dan syarat dalam menghasilkan produk makanan yang bersih dan
selamat. Dengan itu, walaupun kami merupakan sebuah organisasi yang
kecil namun segala kualiti yang baik kami terapkan dalam memberi yang
terbaik pada para pengguna. Cara perlaksanaan yang kami amalkan adalah
melengkapi syarat yang ditetapkan oleh KKM. Adalah menjadi hasrat kami agar suatu hari nanti
Produk 2 Puteri akan mendapat taraf GMP dan HACCP.
Jaminan kami hanya produk yang berkualiti dan segar
dihasilkan di kilang kami untuk semua pengguna.Untuk itu stok sediaada
tidak disimpan lama dipremis kilang. Setiap penghantaran merupakan stok
baru yang dihasilkan oleh kami.
Visi dan Misi kami
Kami akan terus berusaha untuk menghasilkan produk yang bermutu, bersih, selamat dan pelbagai di bawah
jenama 2 Puteri. Walaupun kami telah mendapat Sijil Pemeriksaan Keselamatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia di bawah Peraturan Kebersihan Makanan 2009, kami akan berusaha untuk memenuhi piawaian Skim Pensijilan GMP (GMP) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.
Kami juga akan mula mengeluarkan pek besar bagi
Sos Char Kueyteow 2 Puteri supaya memudahkan pengguna yang ingin mengusahakan perniagaan makanan seperti di restoran, warung, hotel dan katering. Selain daripada itu kami juga akan berusaha untuk meluaskan lagi pasaran produk ke seluruh Malaysia agar memudahkan pengguna mendapatkan bekalan produk kami di mana-mana sahaja.
Juga, bermula pada tahun 2013 kami akan merancakkan lagi perniagaan kami dengan mengadakan
kelas untuk sesiapa yang berminat mempelajari teknik dan cara memasak Char Kueyteow, Mee Goreng, Kueyteow Goreng, Bihun Goreng dan Maggie Goreng yang enak dan sempurna.
Keunggulan 2 Puteri
1. 100% merupakan milik bumiputera Islam
Sebuah syarikat milikan penuh bumiputera Islam dan merupakan sebuah syarikat baru yang berdaya saing dalam pembangunan produk makanan yang suci dan halal
2. Produk yang bersih, suci dan Halal
Mengutamakan kebersihan, kesucian dan mementingkan aspek Halal dalam penghasilan produk, kami mengaplikasikan syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan JAKIM/JAIN dalam semua aspek.
3. Harga yang sangat kopentetif dan berpatutan
Kami berusaha untuk memenuhi keperluan dan kemampuan setiap pengguna. Ini dapat dizahirkan dengan meletakkan diri kami sama seperti pengguna lain yang mahukan produk yang berkualiti dalam harga mampu milik.