Isnin, 28 Oktober 2013

Tesco On-line Shopping, Membeli-belah menjadi makin mudah!


Cuti minggu ni agak rileks sikit. Tak der gocoh sana sini sangat. Semua preparation produk dah siap. Tunggu nak mengantor je. Untuk hari ni sambil rehat-rehat, masak kena kemas rumah le hihi. Jangan ingat dapat rehat aja ya... Habis satu rumah dibongkah. Susun atur semula. Sakit pinggang mak dikkk tapi puas hati sebab dah lama sangat position perabot tak berubah-rubah. Tahap kalau pejam mata pun harus tak langgar apa le punya hafal dah lorong hikhik... Letih-letih mengemas sambung masak pulak. Hebatkan kita orang perempuan, letih kerja tak hilang dah sambung kerja kat umah pulak. Salute le dari saya ;D.


Tadi masa nak buka blog saya ternampak satu entri perkongsian Kak Ida dari Koleksi 1001 Resepi yang saya ikuti. Amboiii Kak Ida, dah kumpul 5409 followers you.. Kalau tengok dia punya fan view pulak 5931266 orang yang dah bertandang sejak April 2010. Tu le kalau otai kan. Kita orang baru memang telan air liur je la hahahah.


Berbalik dengan apa yang saya baca kat laman Kak Ida tu kay... Yang buat saya tertarik untuk berkongsi kat sini dengan sahabat semua. Ianya berkenaan satu lagi Online Shopping yang boleh kita buat dari rumah je. Tak perlu berdandan bagai sebelum keluar rumah dan tak perlu start keta dah untuk Shopping!! Heheh.. Yang perlu cuma komputer yang paling mustahak untuk masuk buat pembelian online. Kot tak der komputer memang nak mengonline camner pulak yer dak. Takkan takat tekan kat tapak tangan dah boleh kot.... Teknologi tekan kat tapak tangan tu ada dah tapi sanggup ke nak apply heheh. Satu lagi yang wajib ada... Pitih dalam bank atau nak lebih rasa macho (pada saya le kot sebab saya tak der yang ni) guna credit card. Kot tak baik masukkan duit dulu kat dalam akaun supaya leh guna perkhidmatan nih heheh.


Eh sedari tadi dok cita pasal shopping online tak tercita pulak sapa yang dah tingkatkan tahap shopping place diarang sampai tak perlu lagi kita jejak kat premis diarang untuk buat pembelian. Ha.. Nak tahu?? Ceteka heheh. Dianya Hypermarket. Rasanya ikut ranking no 1 kot (yang ni saya yang bagi heheh). Ada 47 cawangan di Semenanjung Malaysia ni kecuali di Perlis, Terengganu dan Pahang. Dan yang tawarkan 34 cawangan diarang untuk pasarkan Produk 2 Puteri heheh. Yup betul.... Tesco Store dah lancarkan 'Shope Online' diarang baru-baru ni. Wah.. Tak cukup dengan 47 cawangan yer.. Tesco tawar pulak pembelian online. Amboiii sampai setiap cara diarang cuba dekat dengan pengguna ek. Bagus.. Bagus... Ni le otak bisness namanya.


Saya pun lepas je baca cita Kak Ida, terus lawat laman web Tesco Store tu. Ambil tahu le sikit ala-ala minah kecoh heheh. Kepoh je lagaknya. Saya ni bukan le jenis online buyer tapi kan per, dapat gak saya cerita kat sahabat yang ada di sini. Mana le nak tahu ada yang berhajat nak guna khidmat ni. Tak sekarang, nanti nanti kan :).


Segala macam jenis produk yang ada kat Tesco diarang senaraikan kat dalam laman shopping online ni. Fresh food, grocery, baby products, chilled & frozen dan pelbagai lagi la. Saya tak le register lagi. Kan per buat waktu ni, mungkin untuk tempoh percubaan pihak Tesco cuma anjurkan di kawasan area Klang Valley je dulu. Kalau ada sambutan Insyaallah kemungkinan diarang akan perluaskan service diarang.


Kalau ada sahabat yang tinggal di Klang Valley yang berminat kena le masuk ke laman web Tesco Store nih di eshop.tesco.com.my. Pastu Sign up sebagai pengguna. Lepas dah sign up maka dah boleh le mula penjelajahan untuk bershopping online. Mudah sangat perkhidmatan yang diarang berikan.

Camner Kak Ida buat cam ni yer untuk kongsi dengan kita semua. Sapa le yang sudi ajar saya huhu


Kot-kot pulak nak tukar produk yang dah dipilih dengan produk lain boleh je buat pengubahan kat situ. Tak der masalah punya. Kata Kak Ida, nak alter banyak mana pun boleh asal jangan dah sampai time diarang buat penghantaran dok nak tukar memang tak le yang tu heheh. Pembayarannya pulak after dah terima barang yang kita tempah tu dan lepas puashati dengan produk yang diarang deliver. Kot tak boleh pulangkan balik kat diarang. Kalau menurut cerita Kak Ida, no charge for this.


Kot nak tukar ke nak check senarai yang dah kita tempah tu leh tekan kat Shopping Trolley yang kat belah kanan tu dan view le apa yang kita dah booking tadi. Masa ni kot nak alter ke hapa boleh je.



Bila dah selesai, klik kat check out dan booking time slot pulak.



Senarai barang yang dibeli tadi akan masuk dalam favourite list dalam akaun memasing. So next time kot nak beli dah ada jenis produk yang memang biasa kita beli, tak payah lagi dok scroll sana sini belek listing yang banyak tu. Jimat dah sikit masa yang ada dan tak le naik juling bijik mata lagi dah. Tapi kot nak alter - tambah atau kurangkan lain-lain produk pun masih dibuat lagi.


Nama pun ada produk kat Tesco Store, saya pun apa lagi mula le cari kot-kot Sos Char Kueyteow 2 Puteri ngan Cili Boh Asli 2 Puteri terselit atau tidak dalam senarai. Cari kat Grocery... Amboi betul kata Kak Ida, leh juling nak baca sesatu. Maleh nak belek, saya pergi kat bahagian search dan type Sos Char Kueyteow... Alhamdulillah Ada!!!! Bestnya. Walaupun gambo tak der lagi tapi sekurang-kurangnya sahabat-sahabat masih boleh dapatkan produk kitarang secara online. Butiran lain ada oklah. Cuma harap sedikit masa lagi diarang upload gambo le pulak, baru cunkan heheh.

Kat dalam tu masih menggunakan label Sos Char Kueyteow 2 Puteri yang lama tau. Linknya kat sini :)

Pastu cari pulak Cili Boh Asli 2 Puteri tapi hampa.. Tak der pun hukhuk.. Sedih akak dikkkk. Sedih dalam gumbira gitu boleh? Nak buat cam ner satu ada satu tak der huk huk. Harap-harap next time akan tersenarai cik Cili Boh Asli 2 Puteri nih.


Hah.. Kot ada yang berminat nak try perkhidmatan diarang ni cuma perlu bayar RM10.00 je sebagai service payment. Tak mahal mana mana pun kan. Memang berpatutan sesangat. Tapi kena tahu yer produk yang beso-beso tak der dalam senarai yer. Yang runcit je yang diarang senaraikan dan boleh kita beli. Baju-baju pun elek heheh. So kalau-kalau barang runcit dah nak kehabisan stok boleh le buat tempahan dan tunggu je ketibaannya esok ikut time slot yang kita pilih. Yang tu saya tak pasti macam mana jadinya sebab untuk waktu ni kata Kak Ida mudah le nak dapat time slotnya sebab tak ramai yang gunakan lagi perkhidmatan ni sebab masih baru. Next time tak tahu le kalau dah banyak. Mungkin pihak Tesco akan perbanyakkan lori diarang le kot.


Yang ni saya kongsikan pendapat Kak Ida lepas dia guna perkhidmatan nih.... Sori yer Kak Ida, saya copy and paste pendapat akak kat sini. Kan per, saya tak der pengalaman so kongsi pengalaman akak yer. Izinkan yer....


>>>>>>
Pronya....
1) takyah keluar rumah...duduk depan komputer aje...tok tek tok tek...
2) boleh tambah dan tolak any time sehingga malam sebelum barang anda di deliver...(day before delivery)
3) jika anda tak upaya nak keluar rumah misalnye takda kenderaan, takda sapa nak jaga anak kecik, sakit atau takut kena panas matahari atau hujan...servis ini amat berguna...:)
4) rumah anda jauh dari tesco...tapi anda kena pastikan kediaman anda termasuk dalam perkhidmatan ini... - boleh check kat sini
5) bayaran hanya dibuat after delivery...iaitu selepas anda puashati dengan barangan yang dihantar kepada anda...
6) selepas shopping utk pertama kali...semua barangan anda akan masuk ke dalam favourite list...lain kali jika anda nak shopping lagi click aje kat favourites...pastu alter aje kat situ...
7) bayaran untuk service ini hanya RM10....tak mahal mana dan mungkin berbaloi jika anda tinggal jauh dari tesco... - kalau tinggal dekat pun lebih dari RM10.00 kot akan kita keluarkan sebab harus teringin  nak beli yang lain-lain kan kan...(saya le tu heheh)
8) ada lagi....nanti kkida fikirkan...:)

....dan sekarang ni kkida nak cerita pula mengenai kekurangan shopping online ni...:P

1) letih ngadap screen komputer....sakit mata dok jegil kat website tesco ni...anda bayangkan ada berapa ratus produk kat tesco tu....dan most of the item mereka letak kat dalam kedai online mereka satu per satu...

contohnye jika anda nak beli sabun basuh baju...akan keluar semua jenis sabun yang anda tak minat nak tengok...satu per satu dari jenama, berat dll...letih weh....nak kena selak dari satu page ke satu page...sampai jumpa barang yang anda nak beli...kkida terpaksa duduk lebih dua jam kerana nak memilih barangan...itu pun ada barang yang kkida nak beli tiada dalam list mereka.....:\ - Tapi macam saya tadi, pergi kat search ada kat belah kanan tu, pastu type ler brand name atau product name. Biasanya kalau dah ada product yang memang jadi favourite kita buat sekian lama mudah le yer tak. Untuk produk baru kena le tengok -tengok kat senarai macam Kak Ida kata atau tulis kat ruang search tu apa yang kta nak cari. Insyaallah ada. Kot nak cari Sos Char Kueyteow 2 Puteri pun boleh heheh. Nanti tak susah dah masuk dalam favourite list korang kan kan...

2) jika anda nak guna barang tersebut immediately memang tak practical lah shopping online ni...mereka hanya akan deliver barang anda paling awal keesokan harinya....sekarang service ni masih baru...mudah utk anda dapat delivery slot pilihan anda...later bila ramai dah tahu mungkin susah sikit...

3) barang kering ok beli cara ni...barang basah tak berapa sesuai...contohnya sayuran dan lauk pauk...mungkin apa yang mereka deliver tak memenuhi piawaian anda...memang kita boleh rejek barang tersebut jika tak suka....tapi lecehlah...nak kena gak keluar rumah cari barang basah...

4) yang paling kkida tak berkenan sangat semalam adalah.....kkida still kena go tru satu persatu barang tersebut berdasarkan senarai mereka...yelah...takkan kita nak terus bayar camtu aje kan...nak kena pastikan dulu samada barang yang depa hantar ikut apa yang kita order...


dan nasib baik kkida periksa satu-satu...ada barang yang kkida order mereka tak masukkan dan mereka ganti dengan barang lain yang kkida tak nak...:)

5) melalui pengalaman semalam kkida dapat rasakan shopping kat tempat asal barang tersebut lebih selesa lagi berbanding beli online...sekurangnye dapat juga menjamu mata, belek-belek dan paling utama boleh gerakkan anggota badan...heheee...

cuma kekadang tu mungkin kita terlebih beli...barang yang tiada dalam senarai pun boleh termasuk sekali dalam troley....

....apa yang kkida sembangkan kat sini adalah pandangan dari pengalaman kkida sendiri....terpulang pada keperluan anda....sekali-sekala jika rasa malas nak keluar rumah bolehlah guna khidmat ni...

>>>>
Yup betul kata Kak Ida...  Terpulang pada sesiapa yang berminat le kan. Anyway thanks Kak Ida atas info tentang perkhidmatan Tesco ni. Mana le nak tahu kot-kot ada sahabat-sahabat yang terdesak boleh gunakan perkhidmatan diarang ni kan. Saya memang tak leh le buat masa sekarang. Kena keluar ke kawasan liputan baru leh heheh.


Selamat membeli belah... Jangan lupa dapatkan Sos Char Kueytoew 2 Puteri di Tesco On-line Shop juga!



Isnin, 21 Oktober 2013

Rempah Ratus: Kulit Kayu Manis dan Kelebihannya


Mulai hari ini saya nak bawa semua mengenali segala rempah ratus yang ada kat dapur rumah kita secara lebih dekat. Kan per... Selalu sangat guna tapi tu le mungkin ada kelebihan yang boleh kita manafaatkan yang kita tak tahu yer tak...


So harap-harap dalam perkongsian nih leh le kot terjumpa nanti... :)

Untuk permulaan nih meh kita sentuh pasal Kulit Kayu Manis. Rempah ni memang kerap kita guna dalam masakan kita nak-nak kalau ada sebarang majlis keraian. Yer la nak buat rendang, sup, nasi briani, nasi tomato dan macam-macam la kalau tak der kulit kayu manis tak sah le kan.

Kalau tak der selalu kat rumah pun harus kalau nak buat hidangan yang perlu gunakan rempah ni kita harus carinya kat kedai.



Mengikut cerita Cik Wikipedia, Kulit kayu manis merupakan sejenis rempah, dan nama sainsnya adalah Cinnamomum zeylanicum. Ianya sejenis rempah yang amat beraroma, manis dan pedas. Ia berasal dari Sri Lanka tetapi banyak diimport dari China dan Indonesia. Oooo kat Indonesia pun ada yer. Hehehhe baru akak tau dikkkkk.

Nama botaninya diambil daripada perkataan Arab yang bermaksud tanaman rempah berbau wangi. 

Kulit kayu manis digunakan untuk menumis. Ia juga boleh digunakan untuk menambah wangian pada air gula (sirap) semasa merebus. Untuk masakan barat, serbuknya digunakan untuk membuat cinnamon roll dan pai epal. Biasanya menggunakan rempah ini ke dalam makanan yang dibakar manis, anggur panas. Kulit kayu manis juga digunakan untuk membuat wangian.

Mengikut kata Mbah Wikipedia dari Indonesia pula, kulit kayu manis ini digunakan di Mesir Kuno sekitar 5000 tahun yang lalu, dan disebutkan beberapa kali di dalam kitab-kitab Perjanjian Lama.


Selain yang disebutkan tadi, Kayu manis juga secara tradisional dijadikan sebagai suplemen untuk berbagai penyakit, dengan dicampur madu, misalnya untuk pengobatan penyakit radang sendi, kulit, jantung, dan perut kembung.

Mengikut pernyataan dalam Majalah Pa&Ma, pada satu ketika dahulu kulit kayu manis amat berharga. Malah herba rempah ini pernah digunakan sebagai mata wang. Disebabkan berharganya juga rempah dari spesies cinnamomum ini, pernah menjadi penyebab berlakunya peperangan.
Pada kurun pertama tahun Masihi, kira-kira 350 gram kulit kayu manis sama dengan nilai kira-kira lima kilogram perak.



Spesis Kulit Kayu Manis

Sebenarnya terdapat beberapa spesies kayu manis yang dijual dipasaran diantaranya ;
  • Cinnamomum verum'(True cinnamon, Sri Lanka cinnamon atau Ceylon cinnamon).
  • C. burmannii (korintje, kasiavera, atau Indonesian cinnamon).
  • C. loureiroi (Saigon cinnamon atau Vietnamese cinnamon).
  • C. aromaticum (Cassia atau Chinese cinnamon).
Daun dan bunga kulit kayu manis

Kulit manis Ceylon sering kali hanya menggunakan kulit bahagian dalam yang lebih tipis, lebih memiliki kesegaran, kurang padat, lebih beraroma, dan lebih lembut dalam rasa daripada kasiavera. Kasiavera memiliki rasa yang lebih kuat (sering lebih pedas) daripada kulit manis Sri Langka dan umumnya berwarna merah kecoklatan sedang hingga ringan, keras dan bertekstur kayu, serta lebih tebal (2–3 mm (0.079–0.12 inch) dan menggunakan seluruh lapisan kulitnya. Selain itu jenis Cassia juga tak kurang popular.

Bagi menghasilkan kulit kayu manis yang kita kenali, kulit pokok nya akan dikeringkan terlebih dahulu sebelum dijadikan dalam bentuk kepingan atau batang. Kulit kayu manis ini juga boleh dikeringkan dan kemudiannya dikisar menjadi serbuk kulit kayu manis.

Sifat-sifat rasa dan bau kulit kayu manis ini datangnya daripada sebatian dalam minyak kulitnya yang dikenali sebagai cinnamo nal dehdye. Bagi setiap 5.2 gram kayu manis atau bersamaan dua sudu teh, ia mengandungi 45.5 peratus mineral, 11 peratus serat dan 5.2 peratus kalsium.


Khasiat Kulit Kayu Manis

Orang Mesir purba telah menggunakan kulit kayu manis dalam proses pengawetan mayat atau mumia. Herba rempah ini juga turut digunakan dalam makanan untuk mencegah daripada busuk dan rosak.

Kulit kayu manis juga boleh diperoleh dalam bentuk minyak sejat. Beberapa dari pada produk ini tidak dihasilkan untuk tujuan pemakanan tetapi sebaliknya ia digunakan sebagai minyak pati aromaterapi. Minyak ini amat kuat dan berkuasa. Pengambilan berlebihan boleh menekan sistem saraf utama. Oleh itu tidak digalak kan mengambil minyak ini untuk rawatan kecuali mendapat nasihat daripada pengamal perubatan yang bertauliah.

Dalam perubatan Ayurveda India, kulit kayu manis digunakan sebagai ramuan untuk merawat diabetes, masalah pencernaan dan selesema. Perubatan tradisional Cina telah menggunakan kulit kayu manis untuk merawat masalah selesema, batuk, sendawa, loya, cirit birit, sakit tekak dan kesakitan akibat haid.


Cara untuk menghasilkan ubat batuk dan selesema adalah dengan merebus kepingan kulit kayu manis di dalam air panas selama dua minit. Air ini juga boleh diminum seperti meminum teh herba. Pakar perubatan zaman pertengahan juga menggunakan kayu manis sebagai ubat untuk merawat batuk, serak, sakit tekak, sakit perut, kembung, cirit-birit dan senak perut.

Herba rempah ini juga dikatakan berguna sebagai ubat kepada mereka yang cenderung mengalami rasa panas pada bahagian atas tubuh tetapi memiliki bahagian kaki yang sejuk. Herba rempah ini merangsang peredaran darah terutamanya pada jari-jari tangan kaki.



Selain itu ia juga digunakan untuk artritis. Menerusi satu kajian di Universiti Copenhagen pula, pesakit yang mengidap artritis diberi setengah sudu teh serbuk kayu manis digabung­kan dengan satu sudu madu setiap pagi sebelum sarapan pagi.

Selepas seminggu, didapati pesakit dapat merasai perbezaan yang nyata dan boleh berjalan tanpa rasa sakit dalam tempoh satu bulan.

Malah kulit kayu manis juga mampu digunakan sebagai ramuan tradisional untuk otot-otot sakit dan gejala-gejala masalah virus seperti selesema dan demam. Ia juga mampu bertindak sebagai antiseptik semula jadi yang boleh membunuh kuman. Oleh itu, sekiranya tangan terluka dan tidak sempat mencari ubat, kayu manis boleh digunakan dengan disapu sedikit pada luka untuk mematikan kuman, namun ia agak pedih. 

Kayu manis adalah bahan kecantikan semula jadi dan bertindak sebagai ejen yang berkesan mengurangkan parut, menghilangkan jerawat dan melegakan kegatalan kulit kepala. Campuran minyak kayu manis dan minyak zaitun mampu mengurangkan garis halus pada wajah kerana ia melembap­kan kulit, seterusnya membuat­kan kulit lebih lembut dan kurang berkedut termasuk di bahagian hujung mata, selain boleh menggantikan pelembap bibir. 

Ia juga mampu bertindak membersihkan dan menyuburkan kulit kepala dengan cara menyingkirkan kulit mati dan menggalakkan pengaliran darah di bahagian berkenaan.  Ia boleh dilakukan dengan cara mencampurkan sesudu serbuk kayu manis bersama madu dan minyak zaitun, kemudian disapu ke kulit kepala sambil mengurut lembut, dibiarkan sekurang-kurangnya 15 minit sebelum syampu seperti biasa.

Bukan saja selamat, kayu manis juga memberi pilihan lebih murah untuk merawat masalah rambut gugur dan bercabang sekiranya digunakan secara konsisten.  


  Ia juga boleh membantu merawat jerawat namun ia perlu disapu nipis kerana ia agak pedih sekiranya disapu tebal. Lebih baik sekiranya ia dicampur dengan bedak sejuk atau madu sebelum disapu ke kulit.

Ekstrak kulit kayu manis turut digunakan untuk merawat masalah-masalah gastrousus dan untuk menenangkan perut. Kulit kayu manis bersifat karminatif, satu agen yang mampu membantu memecahkan angin usus dan secara tradisionalnya digunakan untuk menentang cirit-birit dan mabuk laut.

Kajian juga menunjukkan bahawa pengambilan sejumlah kulit kayu manis mampu mengurangkan kolesterol jahat atau LDL. Caranya adalah dengan memakan setengah sudu serbuk kulit kayu manis setiap hari. Serbuk ini juga boleh ditambah sebagai pemanis di dalam minuman kopi atau teh. Satu kajian di Jerman mendapati bahawa kulit kayu manis menyekat sepenuhnya penyebab kebanyakan jangkitan saluran urinari dan kulat yang bertanggungjawab untuk jangkitan yis vagina pada wanita.

Rempah berkenaan juga terbukti berkesan untuk mengawal kesakitan senggugut di mana ia mengandungi bahan kimia semula jadi yang dipanggil cinnamaldehyde. Kajian menunjukkan cinnamaldehyde meningkat­kan hormon progesteron dan mengurangkan penghasilan testosteron pada wanita, membantu untuk mengimba­ngi hormon.


Beberapa kajian menunjukkan bahawa kayu manis mungkin mempunyai kesan kawalan gula dalam darah, menjadikan ia bermanfaat terutama bagi orang yang mengidap diabetes. Dalam kajian yang diterbitkan penyelidik di Jabatan Pertanian Amerika Syarikat di Maryland, kayu manis didapati mengurangkan percambahan sel kanser leukemia dan limfoma, selain mempunyai kesan antipembekuan darah.

Satu kajian mendapati bau kayu manis juga mempunyai manfaat apabila ia mampu meningkatkan fungsi kognitif dan ingatan selain sumber makanan yang kaya mineral, serat, besi dan kalsium.  Penyelidik di Universiti Negeri Kansas, pula mendapati kayu manis mampu melawan bakteria E. coli dalam jus yang tidak dipasteur

Jika dicampur bersama teh hijau, kayu manis juga didapati mempunyai kesan yang mampu mengawal berat badan secara semula jadi.

Walaupun terdapat khasiat dan kebaikan kulit kayu manis, namun begitu pengambilannya perlu mendapat nasihat daripada pengamal perubatan bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari. Mereka perlu memastikan kesan sampingan sapuan atau pengambilan kayu manis dengan mendapatkan nasihat doktor atau mencubanya sedikit terlebih dulu, bagi mengelak masalah alahan.


Minuman Kesihatan

1. Untuk mengatasi tekanan darah tinggi :  Ambillah 2 jari kayu manis, 10 gram asam trengguli, 10 gram kencur, 15 gram daun sena, dan 20 gram daun saga. Lalu, rebuslah dengan 500 cc air hingga tersisa 200 cc. Air rebusan tersebut disaring dan diminum selagi hangat. 
Resep lainnya  :  1 jari kayu manis, 10 gram asam trengguli, 60 gram rambut jagung, dan 30 gram daun seledri, direbus dengan 600 cc air hingga tersisa 200 cc. Airnya disaring dan dinimum selagi hangat.
 

2. Untuk asam urat :  Ambil sebesar ibu jari kayu manis, 5 gram biji pala, 5 butir kapulaga, 5 butir cengkih, 200 gram ubi jalar merah, 10 butir merica, dan 15 gram jahe merah. Ramuan tersebut direbus dengan 1.500 cc air, dan biarkan hingga tersisa 500 cc. Kemudian disaring dan tambahkan 200 cc air susu cair dan diminum. Resep lain  :  seibu jari manis, 15 gram jahe merah, 5 gram biji pala, 5 butir kapulaga, 5 butir cengkih, dan 4 lembar daun sosor bebek. Rebuslah ramuan tersebut dengan 600 cc air hingga airnya tersisa 300 cc. Setelah itu, air rebusan disaring dan diminum.

3. Untuk mengatasi perut kembung dan masuk angin :  ambillah 5 gram kayu manis, 10 gram jahe, 5 butir cengkih, 5 gram pulasari, 5 gram adas, 5 gram biji pala, dan gula aren secukupnya. Ramuan tersebut direbus dalam 800 cc air dan biarkan hingga tersisa 450 cc. Kemudian disaring dan diminum selagi hangat, 150 cc. Lakukan tiga kali sehari.

4. Untuk obat mag :   rebuslah 10 gram kayu manis dengan 200 cc air dan biarkan hingga tersisa 100 cc, lalu disaring dan diminum selagi hangat.

5. Untuk mengobati diare :   ambillah 5 gram kayu manis dan 5 lembar daun jambu biji. Ramuan tersebut direbus dengan 600 cc air dan biarkan hingga tersisa 300 cc. Air ramuan tersebut disaring dan ditambahkan gula secukupnya, kemudian diminum dua kali sehari, 150 cc.   


5 Manafaat Untuk Kecantikan

1. Membuat bibir tampak berisi - Ada orang menginginkan bibir "berisi" untuk membuat kesan seksi dan menarik. Namun tak perlu berbelanja mahal untuk mendapatkannya, kerana kayu manis boleh menciptakan efek tersebut. Oleskan pelembab bibir dan tipis-tipis bubuhkan sejemput serbukkayu manis di atasnya. Ratakan campuran dan biarkan beberapa menit. Namun jangan langsung oleskan kayu manis kering pada bibir karena dapat memicu iritasi. ---Tapi jangan le kot sebab kulit kayu manis nih bersifat panas. Kang ada yang hitam bibirnya nanti :)

2. Masker antijerawat - Kayu manis memiliki manfaat antibakteri sehingga mampu melawan bakteria penyebab jerawat. Campurkan serbuk kayu manis dengan madu dan oleskan dengan kuas ke wajah yang sudah dibersihkan, biarkan mengering selama 10 menit,  dan bilas hingga bersih. Madu dapat mengurangi peradangan dan memberikan kelembaban pada wajah.


3. Penyubur rambut - Rambut rontok merupakan problem dikalangan banyak orang. Untuk menyuburkan rambut kembali, kayu manis boleh dijadikan pilihan. Gunakan kayu manis yang dicampur madu sebagai bahan masker rambut, biarkan 10-15 menit, kemudian bilas sampai bersih. Namun jika memiliki kulit kepala yang sensitif, sebaiknya Anda berkonsultasi dengan dokter terlebih dahulu.

4. Penyegar nafas - Kerena memiliki kandungan antibakteri, kayu manis juga dapat digunakan untuk membunuh bakteria-bakteria penyebab bau mulut. Caranya iaitu dengan menyeduh kayu manis dengan air hangat dan berkumur dengannya.


5. Scrub kulit kering - Kulit kering dan pecah-pecah akan mengganggu penampilan dan kesihatan. Untuk memperbaikinya, anda perlu menghilangkan sel-sel kulit mati dengan scrub. Kayu manis bisa digunakan sebagai scrub iaitu dengan mencampurkannya dengan garam, minyak zaitun, dan madu.


Kegunaan Dalam Pemakanan


Kayu manis bila dicampurkan pada masakan, akan menambah segar dan nikmatnya masakan. Akan tetapi, pemberian kayu manis dalam masakan sebaiknya sesuai takaran. 
Misalnya untuk masakan berkuah, campurkan kayu manis batangan kurang lebih 5 cm ke dalam seliter bahan cair. Untuk roti, kuih atau yang lainnya, cukup tambahkan sekurang-kurangnya sesudu teh serbuk kulit kayu manis.
 
Biasanya, rasa dan aroma kayu manis bubuk lebih tajam dibandingkan batang kulit kayu manis. Akan tetapi, serbuk kayu manis tidak dapat bertahan lama kerena serbuk kulit kayu manis mudah rosak dan aroma kayu manis akan hambar.

 
Pada masa sama, ada beberapa cara yang boleh digunakan untuk menikmati keenakan kayu manis selain mendapat seribu satu khasiat daripadanya.  

Antaranya adalah dengan menyapu kepingan roti dengan madu dan ditabur serbuk kayu manis untuk dinikmati sebagai sarapan atau merendam kayu manis dalam susu soya suam serta dicampur ke dalam makanan sebagai penambah perisa.


Sumber: Cik Wikipedia Malaysia
Mbah Wikipedia Indonesia
Pa&Ma
MyMetro
minumanindonesia

Jumaat, 18 Oktober 2013

Memancing di Tasik Bukit Merah... Best!!


Tempoh hari saya dengan Mr Hb berkesempatan untuk membawa anak-anak memancing di Tasik Bukit Merah yang berdekatan dengan rumah kami. Dulu saya ada ceritakan pasal kawasan kampung Bukit Merah nih kat sini...

Walaupun berdekatan tapi kesempatan untuk singgah dan lakukan aktiviti kat situ payah sangat nak dapat. Jadi bila berpeluang nih, bukan setakat memancing jadinya tapi habis dihangkut periuk belanga berpiknik sekali hahah.


Tapi tu le, persekitaran tak berjaga membuatkan rasa tak puas hati sikit le kalau nak berpiknik. Sampah merata-rata. Harap-harap pihak yang berwajib akan ambil tindakan sebab lokasi kat situ punya peluang yang amat cerah untuk dijadikan kawasan reakreasi untuk seisi keluarga.

Banyak aktiviti yang boleh dijalankan antaranya macam saya cakap tadi piknik, memancing, bersampan dan kalau pihak berwajib naikkan papan gelonsor ke apa leh jadi tempat kanak-kanak bermain. Kot nak cantik lagi buat trek untuk jogging. Tak yah kami yang tinggal dekat sini pergi jejauh ;) (jogging kawasan umah kang banyak berhenti bersembang dari jogging. Ramai sahabat yang menegur la katakan hahah).


Bila dapat peluang memancing nih... Amboiiii anak-anak dara 2 orang nih bukan main punya suka. Dari malam sebelumnya tak sabar-sabar dah. Siap masukkan bekalan bagai. Macam yer yer errr sahaja hahahah.

Sebelum bergerak Mr Hb pesan jangan bising kang ikan tak makan umpah. Huh.. Boleh pesan je la. Siap nyanyi bagai hahahah. Punya le excited sorang-sorang sampai pesanan tinggal pesanan je la. Bab bercakap apatah lagi le kan...

Tapi tu le mungkin ikan tak der masa tu atau mungkin mata kailnya tak sesuai (sebab tak sempat beli untuk tasik, yang ado laut dalam) satu pun tak dapat. Boleh penat je la hahahah.



Kononnya next time le nak pergi lagi. Tapi bile tengok keadaan Afif yang masih tak kuat kalau berdekatan dengan kawasan-kawasan tasik dan sebagainya membuatkan perancangan dibatalkan.

Dari kecil hingga sekarang dia nampaknya masih tak kuat kalau berada dikawasan tasik-tasik nih. Lepas dibawa berjalan-jalan di tasik pasti dia akan kelesuan yang amat sangat. Jika dulu harus sampai tengah malam meraung bagai sampai kami tak berani lagi pergi ke kawasan tasik.




Ingatnya dah umur 7 tahun nih dah ok le. Bila dah lama tak pergikan. Rupanya masih tak boleh. Jadi nampaknya kena hold on lagi le. Tengok le macam mana bila dia dah besar sikit lagi nanti. Sian Mr Hb tak dapat le dia gi memancing lagi hikhik... Baru je semangat sampai dah punah balik hahah.

Sib baik masa bawa dia mandi laut ke apa ok. Tak pulak jadi macam nih. Tak pe la... Kita gi tempat lain je nanti.











Khamis, 10 Oktober 2013

Laksa Penang 2 Puteri



Dah lama saya perhatikan pokok bunga kantan saya yang dah berbunga lagi tu. Dalam hati ni asyik merancang jer nak masak apa pula kali ni menggunakan bunga kantan tu. Asam pedas dah buat dah dulu. So kali ni nak lain sikit ler. Kebetulan saya tak der apa-apa projek dua hari ni selain daripada duduk kat rumah. So offer la kat Mr Hb kalau-kalau dia teringin nak makan apa.


Antara hidangan yang saya offer kat dia yang berbasekan bunga kantan adalah asam pedas (sekali lagi dalam masa terdekat isk), masak lemak dan laksa penang (laksa versi lain dia tak makan). Mulanya dia cakap apa pun ok tapi last-last dia nak makan Laksa Penang ler pulak. Heheh ok jer sebab kebetulan bunga kantan tu ada dua so sesuai sangat ler.

Ikan mata besar

Ikan tongkol

Ni tak kenal saja jer lagi. Nak kena babap ler jawabnya heheheh

So kitarang pun pergi ler ke pasar malam unuk beli ikan fresh selain daripada daun kesum dan lain-lain barang yang nak guna dalam laksa tu. Mahal sungguh ikan sekarang. Setakat 1 kg (7 ekor) ikan mata besar/ikan Uji Rashid dan 1 ekor ikan tongkol, tokeh tu caj RM22.00. Isk... Tapi nak sedap punya pasal ok jer la. Nak buat macam mana rega dah macam tu kot...


Pagi-pagi saya buat ler preperation untuk kuah laksa tu. Laksanya dah saya rendam semalaman. So cepat ler sikit kerja nanti. Sambil buat Pulut Lemak bersama Inti Kelapa yang saya kongsi semalam, saya siapkan sama laksa ni. Sib baik Mr Hb pun tak der projek apa-apa so boleh ler dia tolong kat dapur. Lega ler sikit.


Nak buat Laksa Penang ni tak susah mana pun tapi lecehnya nak siapkan ikan tu. Sib baik Mr Hb minta tokeh yang jual ikan tu siang dulu ikannya. So balik cuci jer lagi. Pastu nak perisi tulangnya. Isk yang ni rasa malas sangat. Tapi lepas tu senang... Campur semua dalam periuk masak jer. Tapi oleh kerana Mr Hb ada... Lagi mudah. Buat sama-sama. Prosesnya pun jadi tambah cepat. Sukanya... Proses masak pun dia yang buat sebab saya masak laksa yang dah direndam tu dengan masak cucur udang yang nak dimakan bersama laksa tu nanti. Jadi bila kuahnya dah siap. Dah boleh terus makan.Tak der la tunggu lama-lama.


LAKSA PENANG 2 PUTERI

By: Asamgaram2puteri


Bahan Kuah Laksa
  • 1kg ikan mata besar/ikan sardin/ikan termenung - bersihkan
  • 1 ekor ikan tongkol - bersihkan
  • 500g udang -  buang kulit tapi jangan buang. Bersihkan
  • 2 sudu besar Cili Boh Asli 2 Puteri
  • 2 kuntum bunga kantan - belah 2
  • 2 batang serai - diketuk
  • 20 keping asam keping - lebih pun ok kalau rasa kurang masam nanti
  • Seikat daun kesum - buang batang kerasnya
  • Garam, gula dan serbuk perasa
  • Air untuk merebus - agak-agak lebih atas sikit daripada bahan-bahan tadi
  • 2 sudu besar Sos Char Kueyteow 2 Puteri

Caranya 
1. Rebus ikan bersama udang, kulit dan kepala udang dan juga 10 keping asam keping sehingga mendidih. Angkat dan asingkan isi ikan daripada tulangnya. Air rebusan bersama asam keping ketepikan dahulu. Ambil sedikit untuk proses kisar nanti.

2. Kisar isi ikan bersama udang tadi sehingga halus. Tuang dalam air rebusan yang dalam periuk tadi. Kisar juga tulang ikan bersama kulit dan kepala udang. Tapis dan ambil airnya sahaja. Campur dengan air rebusan tadi.

3. Masukkan bahan-bahan lain dan masak sehingga mendidih. Rasa yer bagi secukup rasa... Asam garamnya. Tutup api.


Bahan Laksa
  • 1 bungkus laksa kering - rendam semalaman
  • Air secukupnya
  • Sedikit garam
Caranya
1. Basuh laksa yang direndam tadi.

2. Panaskan air sehingga mendidih. Masukkan garam diikuti dengan laksa tadi. Masak sehingga ianya kembang dan lembut. Tutup api.

3. Buang air rebusan tadi dan basuh dibawah air mengalir supaya dapat buang kanji yang terlekat pada laksa tadi dan supaya ianya tak melekat nanti. Siap.


Bahan Cucur Udang
  • 10 ekor udang
  • 5 sudu besar tepung gandum
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Secubit garam
  • Sedikit pewarna kuning- jika suka
  • Air
Caranya
1. Campur semua bahan kecuali udang dan buat bancuhan adunan yang tak terlalu pekat dan tak terlalu cair.

2. Panaskan kuali. Guna senduk besi dan panaskan terlebih dahulu. Bila dah panas tuangkan sesudu besar adunan tepung atas senduk tadi. Letakkan seekor udang. Tuang sedikit adunan tepung di atas udang supaya udang tak tanggal masa masak nanti dan goreng.

3. Dalam beberapa saat cungkil keluar aduanan di atas senduk beasi tadi. Biarkan sebentar dan ulang proses yang sama sehingga habis adunan. Cucur tadi, agak-agak dah masak boleh angkat.

4. Nak makan nanti potong kecil-kecil bersegi.


Bahan Sampingan Lain/Garnishing
  • Timun - potong nipis memanjang
  • Daun salad - potong kecil memanjang
  • Bawang besar - potong bulat nipis sikit
  • Telur rebus- potong 4
  • Bunga kantan - hiris halus
  • Cili padi - hiris kecil-kecil
  • Limau kasturi - belah 2
  • Cili merah - potong nipis

So kalau nak makan tu masukkan dulu laksanya. Diikuti dengan kuah, cucur udang, daun salad, timun, cili merah, bawang besar, cili padi, bunga kantan, telur rebus dan limau kasturi. Perghhhh maunya bertambah nanti.... Jemput makan (masak sendiri aaaa hehehh).



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...